Fell On Black Days - Soundgarden (Live at David Letterman)
Ini merupakan lagu pertama yang aku dengar dari Soundgarden. Pertama kali dengar ialah melalui radio dalam rancangan Alternative Chart sekitar tahun 1995. Kalau tak silap dari Radio 4 (kini Traxx FM). Mungkin agak lambat untuk aku mengenali mereka pada ketika itu. Sebelum itu mereka sudah pun mendapat nama dan penghormatan di dalam scene muzik alternative dan grunge dengan 2 buah album (Ultramega OK dan Louder Than Love).
Sangat terpaut dan tertarik dengan gaya vokal Chris Cornell yang dapat menguasai tone rendah dan high pitch dengan bagus sekali. Kiranya beliau mempunyai 4 octave vokal. Ada juga aku dengar seorang "otai" bercerita sebelum ni di mana Chris Cornell punya vokal sepatutnya join untuk band hair metal macam Motley Crue, Twisted Sisters dan banyak lagi. Mungkin disebabkan vokal high pitch beliau kot yang menyebabkan orang itu bercakap sedemikian. Mamat tu mengada-ngada rasanya. Haha.
Album Soundgarden yang benar-benar memberi impak kepada aku ialah Superunknown. Masih ingat lagi semasa zaman remaja dulu di mana aku beriya-iya kumpul duit dan beli kaset ini. Pernah juga aku pasangkan kaset ni di dalam kereta pakcik aku (Pak Usu aku memang rapat dengan aku masa tu). Pak Usu aku ni pun minat muzik rock juga tapi lebih ke arah heavy metal seperti Def Leppard, Iron Maiden, Scorpion dan sebagainya. Reaksi beliau setelah mendengar lagu-lagu dari album Superunkown ini agak mengejutkan tapi kelakar juga. Dia bagitau "Sia-sialah kau beli kaset ni. Dah la lagu tak sedap. Lain kali kau beli la kaset dari band-band yang best sikit,". Guess he was wrong about it, now that Soundgarden has become one of the legends in rock history. Sampai sekarang aku masih simpan kaset tu.
Ya, aku akui. Tak semua orang dapat hadam muzik Soundgarden. Ramai yang berpendapat bahawa muzik mereka bagaikan pertembungan muzik hard rock ala Black Sabbath dengan irama punk rock. Kadang-kadang ia disaduri dengan irama perlahan yang bluesy. Tapi itulah kekuatan yang ada pada band ini. Chris Cornell berjaya mencipta satu formula muzik di dalam band beliau. Muzik mereka dapat didefinisikan sebagai universal di mana jika anda boleh layan irama heavy metal, anda juga boleh menikmati unsur-unsur yang kompleks seperti prog-rock bawaan band Rush dan kadang-kadang berubah mood mendengar sesuatu yang mellow seperti genre muzik yang dibawakan oleh David Bowie.
Dalam beberapa perkara, aku lebih senang dengan muzik Soundgarden berbanding Pearl Jam mahupun Nirvana. Muzik mereka yang ada unsur progressive itulah yang benar-benar menjadi penarik. Melalui album "Down On The Upside" formula tersebut kedengaran semakin menjadi-jadi dan ramai peminat mereka menyukainya. Apabila mereka mengumumkan untuk disbanded pada tahun 1997, ramai yang kecewa. Kerjaya Chris Cornell tidak berakhir di situ. Beliau lahir pula dengan album solo pertamanya bertajuk "Euphoria Morning". Melalui album inilah Chris Cornell menghasilkan lagu-lagu yang lebih bermelodi serta melankoli.
Can't Change Me - Chris Cornell (Live at David Lettermen '99)
Apabila band Audioslave ditubuhkan, pada awalnya aku agak skeptikal. Bagaimana muzik hardcore rap dapat bergabung dengan vokal Chris Cornell? Bukankah ianya akan kedengaran agak awkward dan pelik? Tetapi sangkaan aku meleset apabila band ini meriliskan single pertama dari album debut mereka yang berjudul "Chochise". Ianya sesuatu yang diluar jangkaan dan benar-benar menepati citarasa peminat muzik hard rock.
Chocise - Audioslave
Pada 17 Mei 2017, kita dikejutkan dengan kematian Chris Cornell. Laporan polis mengatakan bahawa beliau membunuh diri dengan menggantungkan dirnya di dalam bilik hotel. I was devastated and found it hard to believe. Banyak yang mengenali Chris Cornell bahawa beliau seorang yang friendly walaupun kadang-kadang pemalu. Malah 8 jam sebelum persembahan Soundgarden (mereka reunited semula pada tahun 2010) Chris sempat update dalam twitter beliau yang dia merasa seronok dan teruja untuk menjayakan showcase tersebut. Malah beberapa hari sebelumnya juga Chris sempat mengucapkan ucapan selamat harijadi serta kata-kata cinta buat isterinya melalui twitter. Bagaimana seorang yang ceria dan mempunyai hidup sempurna sebegini boleh mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri? Tapi itulah kehidupan. Ianya sukar diramal. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.
Apabila siasatan dibuat semula atas permintaan keluarga mendiang, ternyata ada unsur yang mencurigakan di mana ada unsur yang berkaitan dengan kegagalan medikasi. Kesahihan ini anda boleh rujuk melalui Google News dan beberapa media yang lain. Aku tak dapat nak cakap apa. Aku tak handal dalam bidang teori konspirasi ini. Kalian boleh baca berita tu di SINI.
Whatever it is, Chris Cornell sentiasa diingati sebagai antara hero rock yang pernah menyinari zaman remaja aku serta yang sebaya dengan aku. Setelah Kurt, Layne dan Scott, kini seorang lagu hero grunge mengakhiri hidupnya. Legasi beliau pastinya akan dikenang sentiasa. Thank you for the music, sir.
eddie vedder, last man standing...
ReplyDeletesedih™
Deleteikut jejak kurt juga ni.
ReplyDeletesusah nak cakap. huhu.
Deleteaku ada poster besar dia tergantung kat bilik aku masa zaman study di ITM Segamat satu masa dahulu...tahun 1991 kalau tak silap...antara yang menjadi kenangan dari zaman remaja...
ReplyDeletefuhh betul2 cool tu
Deleteeit bukan bro BERT kata xsuka dan xfaham kenapa grunge sodehh kehkeh da lalu zaman 90an..ofkos mesti terlayan gantung poster jugak..
Delete1st lagu SG dengar adalah Birth Ritual. lepas tu terus berjangkit....
ReplyDeletevokal high pitch chris memang menggila dalam lagu ni
DeleteLepas chrie cornell ni mati, Shinedown dua malam berturut2 buat "moment of silence" untuk dia dan serious berbual dua2 malam kat liverpool audience 13,000 dan birmingham audience maybe 15,000 memang total senyap, takde sound, semua respect permintaan vokalis shinedown sebagai warm up band.
ReplyDeleteTapi dua dua malam tu jugak, langsung tak disebut iron maiden si chris cornell ni,
respect to shinedown
Deleterespect to shinedown
DeleteSuch a loss...
ReplyDeleteindeed sis
Deleteindeed sis
Delete