Monday, June 5, 2017

Ulasan Showcase "Showdown In Borneoland" (Kyoto Protocol & Nice Stupid Playground)

Official Flyer

"Awesome performances. A dream-come-true experience for Borneo indie fans,"

Apabila aku terbaca di facebook yang pihak pub/bistro Alice In Borneoland akan membawa Nice Stupid Playground ke Miri pada 6 Mei 2017, tanpa berlengah masa aku terus dapatkan tiket melalui pembelian atas talian. Nice Stupid Playground beb, bukan mudah untuk menonton mereka secara langsung. Sebelum ini pihak pub/bistro pernah mengundang OAG serta Gerhana Skacinta membuat persembahan di venue mereka ini. Cuma untuk kali ini ada kelainan sedikit di mana bukan hanya satu tetapi 2 buah band yang diundang iaitu Kyoto Protocol serta Nice Stupid Playground.

Mungkin budak-budak yang lahir era 90'an tidak berapa mengenali band ini, tetapi bagi kami dari Generation X serta awal Gen Y, band inilah yang memeriahkan zaman remaja kami. Nice Stupid Playground mula mendapat tempat di hati peminat-peminat mereka melalui lagu-lagu mereka yang terdapat di dalam album kompilasi "Boys & Girls 1 + 1 = 3", terbitan Positive Tone (label indie yang cukup terkenal suatu ketika dahulu).

Formula pihak Alice In Borneoland menggandingkan Nice Stupid Playground dengan sebuah band alternative tempatan Kyoto Protocol nampaknya sangat disambut baik orang ramai pihak. Kyoto Protocol, sebuah band yang berpaksikan genre alternative rock ini pada awalnya aku mengenali mereka daripada sebuah rancangan realiti TV suatu ketika dahulu berjudul "Versus" terbitan TV3. Nama mereka juga cukup gah di dalam scene muzik indie sekarang. Tajuk untuk acara ini juga cukup menarik iaitu "Showdown In Borneoland". Kiranya ok jugalah, gandingan band baru dan lama.

Acara pada malam itu bermula pada pukul 9 malam dengan Kyoto Protocol yang memulakan persembahan. Terus terang aku katakan, pada awalnya aku tak berapa kenal sangat dengan band ni. Hanya pernah tertengok beberapa muzik video mereka di Youtube dan Facebook. Tetapi setelah menyaksikan mereka membuat persembahan, band ini sememangnya jiwa lama. Sound mereka kedengaran seperti kebanyakan band dari era 90'an. Ini betul-betul menepati selera aku. Vokalisnya kedengaran macam Dave Grohl juga, itu adalah bonus bagi aku. Haha. Betul-betul enjoy melihat mereka membuat persembahan.
 Kyoto Protocol in action

 Kyoto Protocol in action...again

 Sesi Meet and Greet bersama Nice Stupid Playground

Bergambar bersama frontman Kyoto Protocol, Fuad AlHabshi

Band Kyoto Protocol ini juga ada mendendangkan beberapa lagu melayu yang diolah dengan cara mereka sendiri. Mereka juga ada menghasilkan sebuah EP yang mengandungi lagu-lagu cover bahasa melayu dengan olahan terkini, kreatif dan kedengaran segar bertajuk "Pahlawan". Paling menarik dan kelihatan sedikit lucu ialah apabila pemain kibod band ini (which is a white caucasian man) menyanyikan lagu "Tak Mengapa" (dendangan asal A Rahman Hasan) dengan lancar sekali tanpa ada pelat mat salleh pun.

Selesai Kyoto Protocol membuat persembahan selama sejam, kini tiba pula Nice Stupid Playground membuat persembahan. Setlist mereka dimulakan dengan lagu "Beautiful Life" yang diambil dari album kedua mereka. Kelihatan kebanyakan penonton pun mula memenuhi ruang hadapan berdekatan dengan stage. Ada juga yang bertepuk tangan dan nyanyi bersama. Lagu kedua pula bertajuk "Miracle" diambil dari album yang sama. Lagu ketiga pula ialah "She Wants", antara track yang terdapat di dalam album kompilasi "Boys & Girls 1 + 1 = 3". Keadaan menjadi agak happening pada masa ini diiringi dengan sorakan serta aktiviti sing-a-long. Rupa-rupanya ramai juga die hard fans band ini yang berada di sini. Ok lah tu, sekurang-kurangnya aku tidak keseorangan.

Pada malam itu, Nice Stupid Playground ada juga membawa beberapa lagu dari album baru mereka yang dijangka akan rilis pada awal tahun depan. Sound mereka masih sama dan kebanyakan lagu-lagu baru tersebut masih lagi catchy serta melodic. Agak sesuai dengan halwa pendengaran aku serta mana-mana individu yang meminati sound britpop/indie sebegini.

Sekadar catatan peribadi, Nice Stupid Playground merupakan antara beberapa band penting yang menjadi sumber inspirasi dalam aku berkarya, baik dalam muzik mahupun dalam penulisan kreatif. Band ini boleh dikatakan antara batu loncatan yang memeriahkan scene alternative/indie di Sarawak pada dekad 90'an dahulu. Setelah band ini menjadi artis rakaman di bawah label Positive Tone, maka banyaklah kugiran indie muncul di dalam scene alternative/indie Kuching seperti Nerd, Radish Fan, The Drive dan banyak lagi. Suatu ketika dahulu, aku juga pernah menubuhkan sebuah band alternative/indie iaitu Tresno semasa zaman kolej sekitar tahun 2000 tatkala album Nice Stupid Playground yang pertama berjudul "My Life Is My Parents Biggest Television" tengah hype masa tu.

 Nicestupidplayground - 2017 line-up

 Charles Rossem (frontman) sedang khusyuk bernyanyi

 Nice Stupid Playground

Nice Stupid Playground

Nice Stupid Playground menamatkan setlist mereka dengan lagu Bedroom Window. Lagu ini jugalah yang menaikkan nama mereka di persada industri muzik tempatan khususnya di dalam arena independent serta underground. Penonton semakin menghampiri stage dan aktiviti sing-a-long semakin menjadi-jadi sehinggakan microphone Charles Ephrem Rossem (vokalis/frontman) diambil oleh peminat mereka. Macam sesi karaoke pun ada.

Persembahan oleh kedua-dua band tersebut amatlah menghiburkan dan sesuatu yang akan dikenang sampai bila-bila. Bagi pihak Kyoto Protocol, ini merupakan kali pertama mereka di sini. Nice Stupid Playground pula sudah 17 tahun tidak menjejakkan kaki ke Miri.

Dari segi sistem siar raya, pihak organizer seharusnya diberi pujian. Mungkin ada beberapa kesilapan teknikal tetapi tidak ketara. Boleh dikatakan ianya hanyalah kes-kes terpencil. Secara keseluruhan, bunyian yang keluar dari kebanyakan speakers adalah sentiasa di dalam keadaan stabil dan tidak terlalu membingitkan. 

Terima kasih sekali lagi buat pihak Alice In Borneoland kerana membawa artis-artis dari dunia independent ini membuat persembahan di venue anda. Ini juga adalah antara suatu usaha untuk memeriahkan scene muzik indie/underground di Miri. Support! 

Sempat selfie pulak dengan Charles. Haha.



Bedroom Window - Nice Stupid Playground (Live at Alice In Borneoland)



7 comments:

  1. Aku ada beli kaset 1+1=3 tu dulu.lagu bedroom window mmg layan.diorang tak bepecah ok la.terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la. dulu pun ada kaset 1 + 1 = 3 tapi entah lesap ke mana dah kaset tu skrg.

      Delete
  2. Bukan zaman aku...tapi ada juga terdengar sekali sekala...tapi memang sedap..

    ReplyDelete
  3. versus tu tv9, ulangan tv3

    btw, waktu versus aku perasan muzik/showmanship KP (dan OCK) seakan2 terbatas/terkekang, mungkin disebabkan tema versus ataupun lagu projek yg diberikan tiap2 minggu tidak seragam/sesuai dengan jiwa muzik KP/OCK

    ReplyDelete
  4. huhu. sori2 tak tau pasal channel tv tu. lagipun jarang tengok tv.

    ReplyDelete
  5. wowwwwww. sik sangka dah boleh join kyoto protocol

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...