Monday, July 31, 2017

Album Review : Zainal Abidin - Self titled (1991)

Zainal Abidin - Self titled (1991)

 Album yang sudah mencecah usia 26 tahun ini (sebaya dengan umur adik bongsu aku ni) secara jujurnya merupakan antara album artis tempatan dalam genre pop kreatif yang paling aku minati. Pada masa album ini rilis di dalam pasaran, tak banyak artis yang bawa genre sebegini; gabungan pop muzik dengan elemen tradisional. Kalau adapun, antara yang masih aku ingat cuma Sheqal dengan album "Nusantara".

 Album yang diterbit dan dijuruterakan oleh Roslan Aziz Production ini juga merupakan batu loncatan buat label tersebut dalam menyebarkan produk-produk mereka yang lain seperti album-album dari Sheila Majid, Afdlin Shauki, Zubir Ali, Amir Yusof dan ramai lagi. Ya, sebelum jadi seorang pelakon serta pelawak, Afdlin Shauki merupakan seorang struggling artist yang cuba untuk membawakan muzik R&B, jazz serta sedikit funk.

 Berbalik kepada album ini tadi. Setelah pembubaran kumpulan Headwind, Zainal Abidin (vokalis band tersebut) dengan tanpa membuang masa cuba untuk tampil ke dalam industri muzik dengan album solo pertama beliau ini. Formula serta eksperimentasi muzik beliau yang menggabungkan muzik pop kontemporari dengan sedikit suntikan tradisional atau world music ternyata membuahkan hasil. Album ini mendapat sambutan oleh media massa pada ketika itu walaupun ianya mengambil masa beberapa bulan untuk diterima di radio (sumber ini aku dapat daripada beberapa rakan-rakan facebook).

 Boleh dikatakan semua lagu-lagu dalam album ini bagus belaka. Bak kata orang putih, "All killer no filler". Terlalu banyak gabungan muzik dari funk, pop, ghazal (rujuk pada lagu "Insaf") serta reggae (rujuk pada lagu "Manis"). Tetapi kesemua gabungan ini nampak kena pada tempatnya. 

 Dari segi penulisan liriknya juga amat kreatif. Bait-bait puitis hasil karya Mukhlis Nor (beliau menulis hampir kesemua lagu dalam album ini) sememangnya unik dan kehadapan dari zamannya. Kalau diamati oleh penggiat muzik serta sastera indie pada ketika ini, aku rasa ianya masih relevan ini dihayati oleh golongan ini. 

 Rating aku untuk album ini? 5/5 

P/S : Aku cuma mampu beli CD reissue sahaja. Versi piring hitam yang limited edition (kalau tak silap hanya dikeluarkan sebanyak 300 unit sahaja dan ditandatangani oleh Zainal Abidin sendiri) tu aku tak mampu beli disebabkan harganya yang mampu membuatkan anda menangis apabila melihat dompet semakin kempis. Untuk informasi lebih lanjut, sila klik di link INI ya.

Hijau - Zainal Abidin (Live at Dari Studio 1 Astro Ria)

Manis - Zainal Abidin (Live at Zoom In RTM 1)

Ikhlas Tapi Jauh - Zainal Abidin Feat. Afdlin Shauki

Wednesday, July 19, 2017

Short Blog Entry : Michael Jackson's Thriller - The 35th Anniversary


Celebrating the 35th anniversary of Michael Jackson's Thriller album in 3 format (12" LP, cassette and special edition CD)

"Just beat it, no one wants to be defeated. Showin' how funky and strong is your fight. It doesn't matter who's wrong or right. Just beat it,"

Thriller - Michael Jackson (Official MV)

Billie Jean - Michael Jackson (Official MV)

Beat It - Michael Jackson (Live in Munich HIStory Tour)

Monday, July 17, 2017

Movie Review : The Accountant (2016)

Official Movie Poster

Jika dipetik nama Ben Affleck pada beberapa tahun lepas, mungkin beliau bukanlah material yang sesuai untuk digelar "the next action hero" walaupun pernah membintangi beberapa filem aksi lasak. Namun tahun 2016 adalah waktu yang sesuai buat Ben Affleck keluar dari kepompong genre romantic comedy mahupun filem berkisar tentang teori konspirasi kepada yang lebih menitikberatkan aksi serta mutu lakonan yang mantap, sebagai contoh filem Batman Vs Superman : The Dawn Of Justice serta The Accountant.

Dalam filem ini Ben Affleck memegang watak Christian Wolff (walaupun bukan nama sebenar watak ini, sekadar alias) yang merupakan seorang juruaudit dalam bidang perakaunan serta dalam masa yang sama menjadi seorang pembunuh upahan (sort of). Keupayaannya bukan sekadar pada teknik mempertahankan diri mahupun menembak, tetapi watak Christian Wolff ini juga seorang yang amat terperinci dalam pengiraan akaun. Ini adalah disebabkan beliau mempunyai penyakit Autism sejak dari kecil.

Filem ini mengetengahkan sebuah mesej yang sungguh unik iaitu berkenaan tentang individu yang menghidap penyakit mental sebegini dan mempunyai keupayaan atau keistimewaan yang orang normal tidak mampu lakukan. Kebolehan mengingat sesuatu perkara yang terperinci merupakan salah satu daripadanya. Ini mengingatkan saya dengan sebuah filem lakonan Tom Cruise serta Dustin Hoffman yang bertajuk "Rainman" (1988) di mana ianya berkisar tentang keistimewaan seorang pesakit Autism dalam dunia perjudian. 

Walaupun lakonan Ben Affleck dalam filem ini tidak memerlukan dialog yang terlalu banyak, namun watak beliau sebagai Christian Wolff amat memberansangkan sekali. Kita boleh lihat kemampuan Ben Affleck dalam mengamati babak pengiraan penyata akaun yang rumit serta penguasaan seni mempertahankan diri yang sungguh bagus sekali. Ianya hampir menyamai beberapa babak pertarungan dalam filem John Wick yang lebih ke arah "Kali", sebuah seni mempertahankan diri yang sering dipraktikkan di dalam dunia ketenteraan di USA. 

Filem ini berbaloi untuk ditontoni. Rating saya? 3/5

The Official Trailer

Wednesday, July 12, 2017

Entri Mini : Asam Garam Seorang Pemandu Grab

Kisah ini berlaku pada 8 Julai 2017 (Sabtu) yang lepas.


Baru ambil pelanggan di satu lokasi dan hantar ke kediaman beliau. Jumlah asal tambang trip ni sebenarnya RM13. 

Sekali pelanggan guna kupon promo grab bernilai RM10, aku hanya dapat tunai RM3 saja. Haha. Tapi yang bagusnya Grab Wallet aku ter-top up RM10, jadi aku tak perlu reload lagi buat masa sekarang. Begini rupanya jadi pemandu Grab. 

Ok la. Sekurang-kurangnya aku tak rasa tertipu dan masih ada situasi "win win". Dah lama nanti inshaAllah confirm masyuk. Haha. Amin.

Perkhidmatan Grab Car baru sahaja dilancarkan di kawasan Bintulu, tempat aku ni. Jadi pihak Grab buat sementara waktu sedang giat melakukan pelbagai jenis promosi termasuklah memberikan kupon promo secara atas talian kepada pengguna. Dalam hal mencari pemandu kereta Grab pula, pihak syarikat ini juga dalam rancangan untuk merekrutkan seramai mungkin individu yang berminat dengan perkhidmatan sebegini. Aku adalah antara orang-orang yang berminat tersebut




Monday, July 3, 2017

Ulasan Filem - Guardians Of The Galaxy Vol. 2

nice kan?

Masa aku tengok part 1 dulu, ianya memang agak mengecewakan. Storyline agak merapu dan filem tersebut agak susah untuk dihadam bagi aku. Aku tahu ianya lebih berorientasikan filem cereka angkasa lepas dan elemen-elemen merepek sememangnya harus ada. Star Wars pun banyak merepek juga tapi aku dengan mudah dan segera, agak senang untuk menghayatinya. Namun bagi GOTG Vol. 1 dahulu ianya tidak mencapai standard tersebut.

Tapi situasi agak berbeza dengan Vol. 2 ini di mana ada watak-watak terdahulu yang diberikan penekanan lebih seperti Yondu dan Peter Quill a.k.a. Star Lord. Watak Groot yang comel juga antara daya penarik pada kali ini. Part 1 dahulu aku tak suka sangat dengan watak Groot ni. Mungkin disebabkan ianya boleh dirujuk sebagai watak picisan yang mudah dilupakan.

Dalam Vol. 2 ini pula kita diperkenalkan juga dengan watak Ego, makhluk celestial yang juga ayah kepada Star Lord. Hubungan yang rumit di antara mereka berdua juga adalah penarik kepada filem ini. Apa yang dapat aku katakan, kali ini watak Star Lord diberi penekanan yang menyeluruh. Namun ianya tidaklah sampai meminggirkan watak-watak lain.

Vol. 2 ini cukup menarik dan apa yang penting bagi aku, ianya lebih bagus dari part 1. Elemen humor juga merupakan antara penyedap filem ini yang membuatkan anda benar-benar terhibur sepanjang menontonnya. Watak Drax yang dibawakan oleh Batista itu pun boleh tahan kelakar walaupun hakikatnya Batista bukanlah seorang pelawak. Kalau Bradley Cooper kita sudah sedia maklum. Terbukti sudah yang mamat ni memang kelakar melalui filem The Hangover, walaupun kali ini beliau hanya memegang watak animasi bernama Rocket, seekor rakun bermulut celupar. 

Kesimpulannya, filem ini amat berbaloi untuk anda menonton bersama kawan-kawan serta keluarga di pawagam. Enough said.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...