Wednesday, July 12, 2017

Entri Mini : Asam Garam Seorang Pemandu Grab

Kisah ini berlaku pada 8 Julai 2017 (Sabtu) yang lepas.


Baru ambil pelanggan di satu lokasi dan hantar ke kediaman beliau. Jumlah asal tambang trip ni sebenarnya RM13. 

Sekali pelanggan guna kupon promo grab bernilai RM10, aku hanya dapat tunai RM3 saja. Haha. Tapi yang bagusnya Grab Wallet aku ter-top up RM10, jadi aku tak perlu reload lagi buat masa sekarang. Begini rupanya jadi pemandu Grab. 

Ok la. Sekurang-kurangnya aku tak rasa tertipu dan masih ada situasi "win win". Dah lama nanti inshaAllah confirm masyuk. Haha. Amin.

Perkhidmatan Grab Car baru sahaja dilancarkan di kawasan Bintulu, tempat aku ni. Jadi pihak Grab buat sementara waktu sedang giat melakukan pelbagai jenis promosi termasuklah memberikan kupon promo secara atas talian kepada pengguna. Dalam hal mencari pemandu kereta Grab pula, pihak syarikat ini juga dalam rancangan untuk merekrutkan seramai mungkin individu yang berminat dengan perkhidmatan sebegini. Aku adalah antara orang-orang yang berminat tersebut




5 comments:

  1. ada kawan buat part time kata tak berapa nak untung terutamanya kalau tempat hantar penumpang tu tak ada penumpang lain yang nak diambik...rugi duit minyak...kata dia la....tapi utk pengguna memang untung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu memang saya setuju sgt, especially kalo kena tempat yang takde pelanggan sgt. susah gak la mcm tu.

      Delete
    2. yang tu memang saya setuju sgt, especially kalo kena tempat yang takde pelanggan sgt. susah gak la mcm tu.

      Delete
  2. kalaulah ada tuk tuk macam kat thailand/india

    ReplyDelete
  3. Lum try lum tau bro.cuba lah dulu mana tau dpt rezeki lebih

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...