Monday, July 17, 2017

Movie Review : The Accountant (2016)

Official Movie Poster

Jika dipetik nama Ben Affleck pada beberapa tahun lepas, mungkin beliau bukanlah material yang sesuai untuk digelar "the next action hero" walaupun pernah membintangi beberapa filem aksi lasak. Namun tahun 2016 adalah waktu yang sesuai buat Ben Affleck keluar dari kepompong genre romantic comedy mahupun filem berkisar tentang teori konspirasi kepada yang lebih menitikberatkan aksi serta mutu lakonan yang mantap, sebagai contoh filem Batman Vs Superman : The Dawn Of Justice serta The Accountant.

Dalam filem ini Ben Affleck memegang watak Christian Wolff (walaupun bukan nama sebenar watak ini, sekadar alias) yang merupakan seorang juruaudit dalam bidang perakaunan serta dalam masa yang sama menjadi seorang pembunuh upahan (sort of). Keupayaannya bukan sekadar pada teknik mempertahankan diri mahupun menembak, tetapi watak Christian Wolff ini juga seorang yang amat terperinci dalam pengiraan akaun. Ini adalah disebabkan beliau mempunyai penyakit Autism sejak dari kecil.

Filem ini mengetengahkan sebuah mesej yang sungguh unik iaitu berkenaan tentang individu yang menghidap penyakit mental sebegini dan mempunyai keupayaan atau keistimewaan yang orang normal tidak mampu lakukan. Kebolehan mengingat sesuatu perkara yang terperinci merupakan salah satu daripadanya. Ini mengingatkan saya dengan sebuah filem lakonan Tom Cruise serta Dustin Hoffman yang bertajuk "Rainman" (1988) di mana ianya berkisar tentang keistimewaan seorang pesakit Autism dalam dunia perjudian. 

Walaupun lakonan Ben Affleck dalam filem ini tidak memerlukan dialog yang terlalu banyak, namun watak beliau sebagai Christian Wolff amat memberansangkan sekali. Kita boleh lihat kemampuan Ben Affleck dalam mengamati babak pengiraan penyata akaun yang rumit serta penguasaan seni mempertahankan diri yang sungguh bagus sekali. Ianya hampir menyamai beberapa babak pertarungan dalam filem John Wick yang lebih ke arah "Kali", sebuah seni mempertahankan diri yang sering dipraktikkan di dalam dunia ketenteraan di USA. 

Filem ini berbaloi untuk ditontoni. Rating saya? 3/5

The Official Trailer

4 comments:

  1. Ben Affleck ni merundum zaman dia dengan Jennifer Lopez….Tapi sejak kawin ngan Jennifer Garner ni nampak bintang dia naik semula…

    ReplyDelete
  2. Dia mcm tom cruise jugak.dah tau yg diorang takkan dpt tawaran belakon filem romantik.so beralih ke film action pulak.filem ni mmg best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi filem The Mummy dia yang baru2 ni banyak kena kritik teruk huhu

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...