Monday, September 18, 2017

Ulasan Buku "Metamorphosis" Serta Kritikan / Saranan Buat Thukul Cetak

 Rekaan kulit depan buku yang asal untuk "Metamorphosis" dalam bahasa Jerman (Sumber : Wikipedia)


Buku berjudul "Metamorfosis" karya Franz Kafka terbitan Thukul Cetak

Die Verwandlung a.k.a. The Metamorphosis (1915) hasil karya Franz Kafka.

Sepatutnya jika diteliti dan diamati penceritaan kisah ini, ianya amat menarik sekali kerana novek ini menggarap dengan baik sekali tentang beberapa isu berkaitan kemiskinan, kesempitan hidup, penyakit misteri serta kepincangan di dalam sesebuah keluarga akibat masalah kewangan. Ianya juga merupakan sebuah novel yang diceritakan dengan gaya surreal dan melangkaui zamannya.

Sinopsis buku ini cukup mudah sebenarnya. Ianya mengisahkan seorang penjual fabrik bernama Gregor Samsa yang pada suatu hari tidak dapat turun berkerja akibat daripada perubahan fizikal badannya di mana tiba-tiba berubah menjadi seperti seekor serangga. Keadaan ini menyebabkan Gregor hilang pekerjaan dan terpaksa hidup berkurung di dalam rumah. Ahli keluarganya berasa terbeban dengan situasi yang berlaku terhadap Gregor, ditambah pula dengan isu hutang yang dihadapi oleh kedua ibu bapanya. Akhirnya Gregor mati kelaparan akibat dikurung di dalam bilik oleh keluarganya. Pengakhiran cerita ini sebenarnya cukup sadis dan menyayat hati.

Namun oleh kerana aku membaca buku karya Franz Kafka ini dalam bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Thukul Cetak, maka ada beberapa kekangan yang aku hadapi. Salah satunya ialah, aku kepeningan membaca tulisan dari buku kerana cara menterjemahnya agak berterabur dan mengelirukan. Baik dari segi susunan ayat serta tatabahasa, terlalu banyak kesilapan yang dilakukan.

Ini bukan kali pertama pihak Thukul Cetak membuat terjemahan terhadapa beberapa buku popular dunia. Sebelum ini ada juga mereka menterjemahkan buku karya Che Guevara dan Karl Marx. Masalah yang sama juga dihadapi. 

Aku rasa pihak Thukul Cetak kena banyak belajar lagi dalam ilmu menterjemahkan buku ke bahasa Melayu dengan lebih kemas dan elok. Mereka kena kemaskan lagi cara terjemahan dan kualiti seharusnya dijaga. Terlalu banyak kesilapan sebegini boleh menghilangkan mood pembaca untuk menghabiskan bacaan.

Video tentang Franz Kafka

4 comments:

  1. Bro! Buku Franz Kafka ni memang berat bro. Banyak sangat existential questions yang timbul apabila kita membaca buku Franz Kafka. Bila aku baca buku 'The Trial' memang terasa the psychological aspect of being persecuted by the state without knowing your actual guilt, which can then be transposed to parallel conditions of existential dread in the face of a perceived absence or outright rejection of Being. Basically Franz Kafka captured the profound loss of direction which Western society suffered at the culmination of the capitalist project in the late 19th century Western world. They had suffered a profound loss of ideals and direction with their materialist dogma which in the end consumed them. And in "The Trial', we see that the protagonist is himself unable to form any resistance to state persecution due to his profound loss of self.
    Memang sempoi bro!

    ReplyDelete
  2. Betul.aku ada beli buku karl marx terjemahan tu.pening aku membacanya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kualiti google translate sekarang pun dah makin bagus

      Delete
  3. aku pun ada beli satu buku terjemahan Thukul, karya Plato bertajuk Mampusnya Sokrates Meneguk Racun.. baru baca separuh tapi dah tertangguh dekat beberapa bulan.. memang boleh agak buku terjemahan biasanya akan rasa kekok.. cuma yang tak sangka, perterjemah tambah cerita rekaan dia sendiri.. ibarat macam kita sedang baca cerita dalam cerita.. walaupun dia cuma tambah dekat awal atau penghujung setiap bab, tapi dia tak bezakan font atau letak pembahagi antara tulisan Plato dengan tulisan rekaan dia sendiri.. agak distracting dan perterjemahan yang kurang jujur terhadap karya asal.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...