Monday, October 2, 2017

Lagu "All I Ask" (Dendangan Asal Oleh Adele) Dan Sedikit Pandangan Peribadi


All I Ask - Bruno Mars (Adele's Cover). Live at BBC Radio 1.

Beberapa hari lepas, aku serta anak perempuan aku singgah sekejap ke sebuah outlet menjual buku dan alat tulis iaitu Smart Bookshop. Ianya terletak di Time Square Mall, Bintulu. Semasa kami ke sana, pelanggan tak berapa ramai. Mungkin dalam 5 ke 8 orang saja kot. Kami berdua ke sana sebab nak beli beberapa buku dan alat tulis untuk kegunaan harian di sekolah anak aku.

Sedang aku belek beberapa buku di sebuah rak yang tak jauh dari kaunter pembayaran, aku terdengar beberapa pekerja tengah syok menyanyi lagu "All I Ask" dendangan Adele ni. Pada mulanya aku rasa pelik juga. Mungkin disebabkan rasa kebosanan yang amat sangat kerana tak ramai pengunjung yang datang, beberapa pekerja tadi cuba untuk menghiburkan hati masing-masing dengan menyanyi lagu tersebut. Nasib baik suara sedap. Rata-rata yang nyanyi pun amoi-amoi belaka. Kalau suara tak sedap, dah lama aku blah dari kedai tersebut. Selama ni aku dengar lagu tu pun macam biasa saja. Tak adalah nak mengamati sangat liriknya. Tapi oleh kerana pekerja-pekerja Smart Bookshoop tadi syok sangat menyanyi lagu tu, aku pun rasa macam teruja juga lah. Lepas tu, aku google jap lirik lagu ni. Wow, sedih jugak.

Adele (Sumber Foto : Wikipedia)

Tapi itulah hakikat tentang muzik. Jika lirik serta melodinya benar-benar bercantum menjadi satu tindak balas kimia yang bagus, ianya akan menghasilkan letupan yang akan meninggalkan bekas di hati kita. Adele sememang seorang penulis lirik serta komposer yang bagus dan bukan sekadar mempunyai kekuatan vokal yang mantap. 

Feel lagu ini amat mirip dengan lagu-lagu RnB dan balada era lewat 80an dan sepanjang 90an. Ianya mengingatkan aku dengan beberapa nama besar dalam genre tersebut seperti Peter Cetera, Peabo Bryson, Luther Vandross, Brian Mcknight dan ramai lagi. Lagu "All I Ask" ini juga hampir menyerupai beberapa lagu yang pernah dihasilkan oleh Diane Warren dan David Foster. 

Secara keseluruhannya, aku amat menghormati penyanyi yang berbakat seperti Adele. Dalam video di atas pula, Bruno Mars membawakan lagu tersebut dalam gayanya tersendiri. Ianya tetap terbaik kerana feelnya masih serupa seperti mendengar versi asal. Oh ya, lupa nak bagitau. Lagu ni Adele tulis bersama Bruno Mars. 

Sekurang-kurangnya masih ada beberapa komposer lagu pop masa kini yang masih mengekalkan cara penulisan lirik serta melodi seperti zaman terdahulu (great ballad songs to be precise). Disebalik ledakan muzik terkini yang dibayangi oleh penyanyi-penyanyi auto-tune dan melodi yang dubstep-oriented, masih ada juga sinar harapan dalam pembikinan "honest music" di kalangan generasi millennial. 

"If this is my last night with you
Hold me like I'm more than just a friend
Give me a memory I can use
Take me by the hand while we do what lovers do
It matters how this ends
'Cause what if I never love again?"

All I Ask by Adele (Live at Ellen Degeneres Show 2016)


1 comment:

  1. Adele dan Ellen.. thanks for sharing. tak pernah tengok clip ni lagi..
    Aku paling suka giler Ellen buat video Hello.. favourite aku.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...