Thursday, April 8, 2021

NIKMAT SOLAT BERJEMAAH DI MASJID / SURAU YANG SEMAKIN TERHAKIS

NIKMAT SOLAT BERJEMAAH DI MASJID / SURAU YANG SEMAKIN TERHAKIS
Kita faham. Disebabkan pandemic yang melanda dunia sekarang ini, banyak perkara normal yang seirng lakukan semasa tahun 2019 dan sebelumnya telahpun sukar untuk dibuat pada masa ini. Antara salah satu perkara yang menjadi kerinduan serta hampir merasa kehilangan ialah solat berjemaah di masjid. Aku bukanlah alim sangat cuma itulah. Benda macam inilah yang sering kita fikirkan, betapa kita merasakan ianya sebenarnya adalah penting dalam hidup kita namun sebelum ini kita hanya pandang remeh sahaja.
Sesetengah tempat masih lagi mempraktikkan solat berjemaah secara penjarakan social. Namun perasaan merapatkan saf di dalam solat Jemaah itu jauh lebih baik daripada yang ada sekarang.
Mudahan pandemic ini segera berakhir supaya kita dapat kembali ke fitrah yang sebenarnya. Amin. P/S : Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi.



4 comments:

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...