Monday, May 31, 2021

FUNKO POP! ROCKS - FREDDIE MERCURY OF QUEEN (184)

FUNKO POP! ROCKS - FREDDIE MERCURY OF QUEEN (184)
Ini merupakan funko Freddie Mercury yang pertama untuk aku. Jika kita merujuk kepada laman web ataupun aplikasi telefon pintar Funko, terdapat 4 design rasmi untuk Freddie Mercury sahaja. Manakala untuk bandmates yang lain juga ada cuma hanya mempunyai satu design sahaja.
Freddie Mercury dikatakan memakai kain robe serta mahkota seperti di dalam gambar ini semasa menjayakan konsert Live Aid di Stadium Wembley pada 13 Julai 1985. Ianya merupakan salah sebuah persembahan epik mereka setelah lama hiatus dari industri muzik sebelum itu.
Kalau ada rezeki nanti, mungkin aku akan cuba dapatkan koleksi funko Freddie Mercury yang lain serta anggota beberapa anggota Queen seperti Brian May, John Deacon dan Roger Taylor. Queen sudah semestinya dan sentiasa diingati sebagai salah sebuah band rock terhebat sepanjang zaman.
"Eyyy ooh!"




Friday, May 28, 2021

APABILA ARTIS BERCAKAP JUJUR

Kecoh juga pada 10 April lepas berkenaan sebuah video temuramah antara DJ Nazz dari Gegar FM dengan Megat dan Edy J dari band skinhead ACAB. Di dalam video tersebut ada menyatakan Megat tidak menyukai band seperti Butterfingers dan OAG kerana pada dekad 90'an dahulu ketika band beliau baru mula bertapak di dalam scene muzik independen, kedua-dua band tadi dianggap sell out. Siap Edy J back up lagi mengatakan sampai sekarang Loque tidak suka dia sebab menganggap Edy juga seorang sell out.
Perdebatan ini sebenarnya bukan benda baru dalam scene muzik di dalam Malaysia terutama sekali apabila melibatkan muzik independen ataupun dahulunya sering dilabel underground. Luahan rasa tidak puas hati ataupun tidak menyukai apa-apa yang dilakukan oleh artis lain adalah lumrah dan perkara biasa. Sifat seorang artis ini kebanyakan masanya sentiasa berlaku jujur semasa berkarya mahupun dalam menyuarakan pendapat. Jika tidak jujur, buat apa gunanya berkarya dan terlibat dalam dunia seni?
Pasal Megat dan Edy J, aku hormat kedua-dua individu ini kerana mereka merupakan antara entiti penting dalam pembentukan muzik Oi di dalam Malaysia. Walaupun aku bukanlah die hard fan band ini dan kebanyakan masa aku jarang dengar muzik mereka (kalau dengar pun, secara kebetulan), tetapi aku hormat band ini atas kejujuran mereka dalam berkarya dan dari segi self expression.
Yang peliknya, aku adalah peminat Gerhana Skacinta dan sentiasa follow apa-apa rilisan yang dikeluarkan oleh band ska legenda ini. Aku sentiasa berpendapat bahawa Edy J seorang yang genius dalam muzik. Terutama sekali muzik bawaan serta yang diperjuangkan oleh beliau selama ini. Pernah jumpa dia dahulu semasa festival Rocktoberfest tahun 2017. Sejujurnya dia antara artis paling ramah ketika itu dan sempat juga berborak sekejap dengan beliau.
Jika Megat tidak minat Butterfingers dan OAG, so what? Ianya tidak membantutkan aku untuk terus minat kedua-dua band tersebut. Kebanyakan artis atau band antarabangsa pun mempunyai attitude free spirit sebegini (mereka akan luahkan apa yang terbuku di hati tanpa rasa menyesal) seperti Freddie Mercury, AXL Rose, Kurt Cobain (antara beberapa artis yang kadang-kala emo semasa sesi interview), tetapi kita masih lagi meminati muzik mereka sehingga sekarang. Orang-orang macam ini sebenarnya sangat kreatif serta genius.


Interview DJ Nazz Bersama A.C.A.B.

Monday, May 24, 2021

DARI NEGERI BERTUKAR MENJADI WILAYAH

Mulai 8 April 2021 yang lalu, Sabah dan Sarawak tidak lagi disebut sebagai negeri akan tetapi ditukar panggilan kepada istilah lain iaitu wilayah. Ramai yang terkejut dengan perubahan ini. Ada pelbagai pandangan yang aku baca, baik di media sosial mahupun di beberapa portal berita yang sahih. Kebanyakannya lebih ke arah menyuarakan pendapat masing-masing.
Sebenarnya perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dibahaskan. Ianya sudahpun diperkatakan sejak penubuhan Malaysia dahulu di mana ianya menggabungkan 4 wilayah iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Akan tetapi malangnya Singapura tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1965 disebabkan beberapa isu politik. Jika kita meninjau balik beberapa perkara di dalam Malaysia Agreement 1963 yang berbunyi:
Name, States and territories of the Federation
1. (1) The Federation shall be known, in Malay and in English, by the name Malaysia.
(2) The States of the Federation shall be –
(a) the States of Malaya, namely, Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negri
Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor and Trengganu; and
(b) the Borneo States, namely, Sabah and Sarawak; and
(c) the State of Singapore.
(3) The territories of each of the State mentioned in Clause (2) are the territories
comprised therein immediately before Malaysia Day.
Ternyata sejak dari dulu lagi terma "negeri" tidak terpakai untuk Singapura, Sabah dan Sarawak. Namun persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang hendak digunapakai istilah ini? Kenapa tidak dari dulu lagi?
Ianya semua disebabkan pucuk pimpinan sebelum ini, baik dari kerajaan pusat mahupun negeri yang semakin melupakan asal usul pembentukan Malaysia dahulu. Dari perspektif Sarawak pula, kesedaran ini timbul balik semasa pimpinan Allahyarham Tok Nan a.k.a. Tan Sri Pehin Sri Adenan Satem dahulu yang banyak mempersoalkan kembali beberapa isu berbangkit tentang hak-hak wilayah yang termaktub di dalam Malaysia Agreement 1963 dahulu. Banyak isu yang dibangkit kembali, kalau dicerita pun jenuh aku menulisnya.
Negara Malaysia sebenarnya tidaklah jauh beza dengan situasi formasi United Kingdom di mana ianya terbahagi juga dengan beberapa negara bersekutu iaitu England, Scotland, Wales dan Utara Ireland. Negara-negara di dalam United Kingdom sudah lama mempraktikkan kuasa autonomi masing-masing tanpa menjadikan England sebagai kuasa mutlak dalam pemerintahan. Persoalannya sekarang, mampukah Sabah dan Sarawak melaksanakan pemerintahan serta memperjuangkan kuasa autonomi masing-masing seperti di United Kingdom sedangkan sudah hampir 58 tahun dilupakan terma "wilayah" tersebut?
Ada beberapa pro dan kon dalam isu ini sebenarnya. Terpulang untuk kita sebagai rakyat Malaysia memikirkannya secara rasional.

Thursday, May 20, 2021

BAYANGKAN JIKA MALAYSIA SENASIB SEPERTI PALESTINE

Ya, aku tahu. Isu ini bukan benda baru. Konflik Palestine dan Israel ini sudah wujud sejak hampir 7 dekad lamanya. Isu ini sudah pun berlegar di kebanyakan media massa sejak kita baru lahir lagi. Ramai yang bersikap ignorant merasakan ianya sudah basi untuk diperkatakan dan muak dengan situasi tersebut. Namun ada juga yang masih bersimpati dengan apa yang terjadi.

Masih ramai juga di antara kita dalam masyarakat Malaysia tidak peka dengan apa yang berlaku di sana. Mungkin bagi mereka ianya tidak ada kena mengena dengan negara kita. Pilihan di tangan masing-masing. Samada kita mahu duduk selesa di rumah tanpa menghiraukan kesusahan mereka ataupun sama-sama membantu meringankan kesengsaraan mereka, ianya bergantung kepada keputusan kita sendiri.
Aku bercakap bukan memihak kepada mana-mana agama ataupun bangsa. Aku cuba untuk berlaku adil buat semua apabila membicarakan tentang hal ini. Bagi sesetengah pihak, ianya agak complicated untuk dibincangkan disebabkan ada sentimen keagamaan yang dicampur-adukkan, walhal ianya lebih kepada isu kemanusiaan. Sesiapa sahaja harus merasa simpati dengan kesengsaraan mereka di Palestine, bukan setakat umat Islam sahaja. Ini adalah isu umat manusia sejagat, bukan hanya memihak kepada sebahagian kelompok sahaja.
Berbalik kepada tajuk asal perbicangan ini, bagaimana jika tiba-tiba sahaja pelarian berbangsa Yahudi (beraliran ekstrimis) datang ke tanah Malaysia (pada mulanya Malaysia akan merasa simpati kepada mereka kerana kebanyakan mereka adalah mangsa Holocaust pada perang dunia kedua) akan tetapi mereka mula mengambil tanah kepunyaan rakyat asal dan mengusir kesemua penduduk peribumi seperti apa yang berlaku pada peristiwa Nakba (Palestinian Exodus) di dalam tahun 1948? Pihak yahudi ekstrimis ini boleh sahaja claim yang Gunung Pahang, Gunung Santubong ataupun Gunung Kinabalu adalah sebenarnya tapak kuil nabi Sulaiman seperti yang mereka claim di Palestine. Mereka boleh sahaja berkata Messiah mereka akan jatuh ke bumi Malaysia berdasarkan kepercayaan mengarut mereka. Ini cuma hypothetical speaking.
Kebenarannya tidak begitu. Masih ramai lagi masyarakat Yahudi Hasidic di United Kingdom dan Amerika mengutuk serangan Zionist terhadap Palestine. Anda boleh rujuk tentang kelompok Neturei Karta di Google, sebuah komuniti Yahudi yang membantah sekeras-kerasnya keganasan regime Zionist. Bagi aku puak Yahudi ini mengamalkan toleransi yang sangat baik berbanding sebahagian mereka yang berfikiran sekular seperti di Israel. Pihak kerajaan Ireland mengutuk sekeras-kerasnya pembabitan kerajaan UK dalam pembentukan negara haram Israel, ramai juga ahli politik negara itu yang membenci tindakan bacul pihak Zionist tersebut. Ahli parlimen Amerika, Norman Gary Finkelstein, seorang berbangsa yahudi (ayah dan ibunya merupakan bekas tahanan Auswitz semasa perang dunia kedua) merupakan salah seorang ahli politik berpengaruh di negaranya yang lantang mengutuk serangan Israel terhadap Palestine selama ini. Beliau masih lagi menjadi aktivis yang giat menentang keganasan tersebut.
Hakikatnya memang begitulah. Isu Palestine dan Israel ini tidak seharusnya dilihat dari aspek keagamaan semata-mata, ianya wajib dinilai dari segi kemanusiaan. Bayangkan rakyat Palestine yang beragama Kristian juga dibunuh dengan kejam di sana (boleh saksikan sendiri apa yang berlaku di hari Natal hampir setiap tahun, namun media massa antarabangsa banyak menutup isu ini). Jadi kepada rakan-rakan beragama Kristian di Malaysia, berdoa jugalah buat mereka yang seagama kamu di Palestine sebagaimana kami umat Islam mendoakan sahabat-sahabat seagama kami. Zionist menindas tidak kira apa agama pun selagi mereka adalah rakyat Palestine. Percayalah, jika kita sebagai rakyat majmuk tinggal di Palestine, nescaya tidak ada satu pun daripada kita akan terlepas dari kekejaman mereka.
Ada beberapa artis serta kumpulan rock dari dunia barat juga menyokong pihak Palestine seperti Roger Waters (salah seorang pengasas band Pink Floyd), Rage Against The Machine dan Gamma Ray, sekadar menamakan sebahagian. Mereka dikecam teruk oleh sebahagian kecil peminat mereka kerana memihak kepada Palestine. Peminat mereka yang sebegitu sebenarnya kurang peka dengan situasi sebenar dan hanya menerima secara membabi buta dengan apa sahaja berita dari CNN dan Fox News (pro Israel).
Bagaimana pula dengan Hamas? Mereka cuma membuat retaliation dan self defense terhadap apa yang berlaku. Media barat dan Israel terlalu mudah melabelkan mereka sebagai teroris sedangkan pihak yang paling awal melakukan kekejaman ialah Israel. Jika kita lihat dari kekuatan ketenteraan, Zionist lebih berteknologi tinggi dan mempunyai kekuatan nuklear yang entah datang dari mana. Jadi siapa yang lebih dominan? Hamas dengan senjata mereka yang terhad ataupun Zionist dengan bala tentera mereka yang canggih?
Ketahuilah, sebelum peristiwa Nakba pada tahun 1948, Palestine merupakan sebuah negara berdaulat yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan agama. Ada 3 agama utama yang tinggal dengan harmoni di Palestine suatu ketika dahulu iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Sehingga kini masih ada lagi puak Yahudi asal Palestine yang berani menentang keganasan Zionist.
Apa yang kita mampu di Malaysia lakukan ialah berdoa (tidak kira apa agama sekalipun) agar konflik ini cepat berakhir dan disegerakan urusan perdamaian. Semoga bumi Palestine kembali menjadi sebuah negara sebenarnya sebelum invasi pada peristiwa Nakba.


Monday, May 17, 2021

MENJALANI UJIAN SWAB (RTK PCR)

Pada 27 Mac yang lepas, aku serta isteri berhasrat untuk menjalani ujian Swab jenis RTK PCR di sebuah klinik swasta di tempat kami. Ini merupakan pertama kali hidung dan tekak aku dicalit bagi mengambil sampel untuk pengesahan samada aku bergejala ataupun tidak. Cuak juga masa tu, memang seumur hidup aku, tak pernah lagi menghadapi hal-hal sebegini.

Aku serta isteri terpanggil untuk menjalani ujian ini disebabkan ada kes positif COVID 19 di dalam kelas anak aku beberapa hari sebelum itu. Masa itu, sekolah baru sahaja dibuka. Aku serta isteri pula terpaksa mengambil cuti rehat semata-mata untuk mengambil ujian ini. Manakala anak aku serta rakan sekelasnya terpaksa menjalani swab test ini di Klinik Kesihatan Bintulu a.k.a. Poliklinik. 

Mudahan penyakit ini segera hilang dari muka bumi Allah ini dan mereka yang menghadapinya diberikan kesembuhan secepat mungkin. Amin. 


Song Credit: Civil Disorder by Dance On Your Grave

Friday, May 14, 2021

FUNKO POP! ALBUMS - LINKIN PARK : HYBRID THEORY (04)

Nama Linkin Park semestinya tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam dunia muzik antarabangsa khususnya untuk genre nu metal ataupun alternative metal. Bermula dengan album pertama mereka yang berjudul "Hybrid Theory" yang diriliskan pada tahun 2000, Linkin Park sudah pun menjadi household name di seluruh dunia. Dengan single seperti One Step Closer, In The End dan Crawling, Linkin Park dianggap antara band nu metal yang sangat berjaya pada dekad tersebut.
Funko Pop! Albums untuk Hybrid Theory ini sebenarnya telah pun diriliskan pada tahun lepas sempena ulangtahun ke-20 album tersebut. Ya, tak berasa kan? Sudah genap 20 tahun usia album ikonik ini. Ianya juga merupakan siri Funko Album yang pertama aku miliki. Sebelum ini aku tidak pernah lagi ada Funko sebegini.
Kalau diikutkan, aku bukanlah die hard fan Linkin Park sangat. Namun disebabkan album ini ada nilai sentimental nya tersendiri, jadi aku wajib beli atas alasan "membeli masa silam". Semasa album ini mula diriliskan dahulu, gelombang muzik nu metal sedang melanda di dalam dunia muzik popular baik secara mainstream mahupun underground.
Ada masa dan ketika nanti aku akan ceritakan bagaimana album ini memberi impak kepada hidup aku serta perspektif aku terhadap band ini secara total. Berikut merupakan beberapa info yang aku dapat di Wikipedia berkenaan dengan artwork untuk cover hadapan album ini:
"With Hybrid Theory being Linkin Park's first album, Mike Shinoda, who had worked as a graphic designer before becoming a professional musician, has stated that the band had looked through books for inspiration on how to present themselves for the first time. The result was a winged-soldier which Shinoda illustrated himself"
"According to Chester Bennington, the idea of the soldier with dragonfly wings was to describe the blending of hard and soft musical elements by the use of the jaded looks of the soldier and frail touches of the wings.[51] The art style was largely influenced by stencil graffiti, including early works by Banksy.[52] The cover also features scrambled lyrics of the album's songs within the background, though the lyrics of "One Step Closer" are the most prominent.[53]" P/S : Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua rakan blogger serta pembaca sekalian. Maaf zahir dan batin.




Monday, May 10, 2021

ULASAN RINGKAS FILEM ANIME : VAMPIRE HUNTER D BLOODLUST (2000)

Sebagaimana di kalangan peminat anime, ramai yang tahu bahawa dekad 90'an merupakan "the golden age of anime cinema" ketika itu. Bermula dengan filem Akira pada lewat dekad 80'an, Jepun banyak mengeluarkan pelbagai filem anime yang mempunyai plot cerita menarik dan kadang-kala dirasakan terlalu ke hadapan berbanding masa ianya ditayangkan.
Filem "Vampire Hunter D : Bloodlust" ini menjalani proses pra produksi sejak tahun 1997 lagi dan ianya dikatakan hanya dipasarkan khusus untuk pasaran Amerika sahaja pada mulanya. Filem ini adalah susulan daripada bahagian pertamanya iaitu "Vampire Hunter D" yang diriliskan pada tahun 1985. Kesemua karya filem anime ini berasal daripada light novel hasil tulisan Hideyuki Kikuchi. Dikhabarkan juga karya ini akan diadaptasi kepada anime bersiri dan pra produksi pula sudah pun bermula sejak tahun lepas. Harap ianya akan disiarkan di platform aplikasi seperti Netflix, Viu ataupun HBO Go.
Ianya mengisahkan seorang pemburu pontianak bernama "D" yang hidup di zaman post apocalypse di mana dunia ketika itu dihuni oleh pelbagai makhluk mistik dan manusia berada di dalam ambang kepupusan.  D si pemburu pontianak ini adalah seorang yang berdarah separuh manusia dan vampire. Filem ini lebih berbentuk adventure di mana watak D akan berada di dalam situasi menyelesaikan sesebuah misi, tidak kira samada menyelamatkan seseorang ataupun membunuh pontianak.
Secara keseluruhan, filem ini sangat menarik. Plot ceritanya agak ringkas dan tidak memeningkan kepala. Ianya sangat mudah difahami berbanding karya aesthetic pengarah anime terkenal Satoshi Kon yang menghasilkan filem "Perfect Blue" dan "Paprika". Cuma aku rasakan franchise ini kurang diketengahkan di dalam budaya popular antarabangsa berbanding anime lain, mungkin kerana kekangan kepada beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Kualiti grafik serta lukisan animasi ini juga amat menarik dan terkeluar daripada kelaziman atau cliché yang ada pada anime popular sekarang.
Rating? 3.5 / 5
P/S : Filem ini boleh ditonton melalui YouTube sahaja.

Thursday, May 6, 2021

LUCIE, TOO : TRIO INDIE DARI UTSUNOMIYA

Lucie, Too merupakan sebuah band trio berkonsepkan indie rock yang berasal dari Utsunomiya, sebuah bandar yang terletak 2 jam perjalanan menggunakan kereta dari kotaraya Tokyo. Lucie, Too mengambil nama band tersebut daripada tajuk lagu sebuah band indie dari USA iaitu Now, Now.
Band ini banyak dipengaruhi oleh beberapa band indie dari USA seperti Snail Mail, Now, Now (obviously), Beach Bunny, Tiger Trap dan Talulah Gosh. Ini adalah disebabkan frontman kumpulan ini iaitu Chisato Kokubo (vokal dan gitar) sangat menggilai scene indie rock yang mutakhir di Amerika. Pada bahagian drums pula dianggotai oleh Naho Shibahara. Sebelum ini Naho pernah menganggotai sebuah lagi band indie dari Utsunomiya iaitu Sunny Car Wash (juga merupakan sebuah band 3 piece). Di posisi bass pula, dahulunya dianggotai oleh Kanako Sekizawa namun oleh kerana ingin menyertai band lain, beliau keluar dari Lucie, Too dan digantikan oleh Hikari, juga seorang bassist yang sangat skillful.
Setakat ini Lucie, Too telah menghasilkan sebuah album berjudul "Lucky" yang diriliskan pada tahun 2018 serta sebuah EP "Hi Lucie". Antara lagu popular mereka ialah "Lucky", "Kimi Ni Koi", "Egoist" (menariknya tentang music video lagu ini, ada ditayangkan poster album Snail Mail), "Winter Song" dan banyak lagi.
Sebelum pandemik, Lucie, Too pernah melakukan tour sekitar beberapa negara di Asia seperti Thailand dan tidak dilupakan di dalam Jepun sendiri di mana mereka juga pernah menyertai banyak festival muzik seperti di Hokkaido dan Tokyo. Lucie, Too bernaung di bawah label THISTIME Records yang beroperasi di Tokyo dan diasaskan sejak tahun 2003. Label ini juga banyak mengeluarkan band serta artis yang
hebat

belaka seperti Nerd Magnet, Sion Russell Jones, Neon Bunny, Calenders dan Hey Anna, sekadar menamakan sebahagian. 






Lucky by Lucie, Too



Monday, May 3, 2021

FLEUR : TRIO ROCK N ROLL DARI INDONESIA

Bermula dengan memainkan beberapa lagu cover dari kumpulan all girl legenda Dara Puspita, kumpulan ini mula mengorak langkah dalam dunia muzik Indonesia sejak tahun 2017. Nama asal band ini ialah Flower Girls tetapi ditukar kepada Fluer! selepas salah seorang anggotanya mengundur diri iaitu Rika Putrianjani di posisi gitar.
Band yang pada asalnya adalah satu projek ensemble ketika diadakan sebuah acara tribute buat kugiran legenda Indonesia "Dara Puspita" di Belgium ini, sudahpun melakukan beberapa siri tour di Eropah sebelum berlakunya pandemik. Muzik band ini mudah diterima oleh kebanyakan pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat kerana bersifat retro serta catchy. Ada juga pendapat mengatakan mereka seumpama band Fur (sebuah lagi band rock and roll dari Britain) versi perempuan.
Dianggotai oleh Tanya Ditaputri (vokal dan gitar), Tika Pramesti (drums dan vokal) dan Yuyi Triachma (bass dan vokal), kugiran Fluer ini juga mula mendapat tempat di hati peminat muzik Malaysia apabila pernah berkolaborasi dengan Noh Hujan dalam membawakan lagu "Angin Kencang" secara duet pada 26 Disember 2020.
Antara lagu-lagu popular mereka ialah "Lagu Lama", "Muka Dua" dan "Merona". Menariknya tentang single mereka bertajuk "Lagu Lama", proses rakamannya dibantu oleh Wahyu Sudiro (ex band Triad) dan proses mastering pula dilakukan oleh Viki Vikranta (Kelompok Penerbang Roket).
Fleur dijangka akan meriliskan album pertama mereka pada tahun ini. Nantikan.




 
Lagu Lama - Fleur!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...