Friday, May 28, 2021

APABILA ARTIS BERCAKAP JUJUR

Kecoh juga pada 10 April lepas berkenaan sebuah video temuramah antara DJ Nazz dari Gegar FM dengan Megat dan Edy J dari band skinhead ACAB. Di dalam video tersebut ada menyatakan Megat tidak menyukai band seperti Butterfingers dan OAG kerana pada dekad 90'an dahulu ketika band beliau baru mula bertapak di dalam scene muzik independen, kedua-dua band tadi dianggap sell out. Siap Edy J back up lagi mengatakan sampai sekarang Loque tidak suka dia sebab menganggap Edy juga seorang sell out.
Perdebatan ini sebenarnya bukan benda baru dalam scene muzik di dalam Malaysia terutama sekali apabila melibatkan muzik independen ataupun dahulunya sering dilabel underground. Luahan rasa tidak puas hati ataupun tidak menyukai apa-apa yang dilakukan oleh artis lain adalah lumrah dan perkara biasa. Sifat seorang artis ini kebanyakan masanya sentiasa berlaku jujur semasa berkarya mahupun dalam menyuarakan pendapat. Jika tidak jujur, buat apa gunanya berkarya dan terlibat dalam dunia seni?
Pasal Megat dan Edy J, aku hormat kedua-dua individu ini kerana mereka merupakan antara entiti penting dalam pembentukan muzik Oi di dalam Malaysia. Walaupun aku bukanlah die hard fan band ini dan kebanyakan masa aku jarang dengar muzik mereka (kalau dengar pun, secara kebetulan), tetapi aku hormat band ini atas kejujuran mereka dalam berkarya dan dari segi self expression.
Yang peliknya, aku adalah peminat Gerhana Skacinta dan sentiasa follow apa-apa rilisan yang dikeluarkan oleh band ska legenda ini. Aku sentiasa berpendapat bahawa Edy J seorang yang genius dalam muzik. Terutama sekali muzik bawaan serta yang diperjuangkan oleh beliau selama ini. Pernah jumpa dia dahulu semasa festival Rocktoberfest tahun 2017. Sejujurnya dia antara artis paling ramah ketika itu dan sempat juga berborak sekejap dengan beliau.
Jika Megat tidak minat Butterfingers dan OAG, so what? Ianya tidak membantutkan aku untuk terus minat kedua-dua band tersebut. Kebanyakan artis atau band antarabangsa pun mempunyai attitude free spirit sebegini (mereka akan luahkan apa yang terbuku di hati tanpa rasa menyesal) seperti Freddie Mercury, AXL Rose, Kurt Cobain (antara beberapa artis yang kadang-kala emo semasa sesi interview), tetapi kita masih lagi meminati muzik mereka sehingga sekarang. Orang-orang macam ini sebenarnya sangat kreatif serta genius.


Interview DJ Nazz Bersama A.C.A.B.

3 comments:

  1. artis pun manusia...mereka pun ada selera masing2...

    ReplyDelete
  2. Aku suka Edy dgn projek band dia Agrobeat bersama Amir anggota The Officials..Tengok gig mereka masa tour bersama ROB di Ipoh lama dulu...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...