Monday, May 10, 2021

ULASAN RINGKAS FILEM ANIME : VAMPIRE HUNTER D BLOODLUST (2000)

Sebagaimana di kalangan peminat anime, ramai yang tahu bahawa dekad 90'an merupakan "the golden age of anime cinema" ketika itu. Bermula dengan filem Akira pada lewat dekad 80'an, Jepun banyak mengeluarkan pelbagai filem anime yang mempunyai plot cerita menarik dan kadang-kala dirasakan terlalu ke hadapan berbanding masa ianya ditayangkan.
Filem "Vampire Hunter D : Bloodlust" ini menjalani proses pra produksi sejak tahun 1997 lagi dan ianya dikatakan hanya dipasarkan khusus untuk pasaran Amerika sahaja pada mulanya. Filem ini adalah susulan daripada bahagian pertamanya iaitu "Vampire Hunter D" yang diriliskan pada tahun 1985. Kesemua karya filem anime ini berasal daripada light novel hasil tulisan Hideyuki Kikuchi. Dikhabarkan juga karya ini akan diadaptasi kepada anime bersiri dan pra produksi pula sudah pun bermula sejak tahun lepas. Harap ianya akan disiarkan di platform aplikasi seperti Netflix, Viu ataupun HBO Go.
Ianya mengisahkan seorang pemburu pontianak bernama "D" yang hidup di zaman post apocalypse di mana dunia ketika itu dihuni oleh pelbagai makhluk mistik dan manusia berada di dalam ambang kepupusan.  D si pemburu pontianak ini adalah seorang yang berdarah separuh manusia dan vampire. Filem ini lebih berbentuk adventure di mana watak D akan berada di dalam situasi menyelesaikan sesebuah misi, tidak kira samada menyelamatkan seseorang ataupun membunuh pontianak.
Secara keseluruhan, filem ini sangat menarik. Plot ceritanya agak ringkas dan tidak memeningkan kepala. Ianya sangat mudah difahami berbanding karya aesthetic pengarah anime terkenal Satoshi Kon yang menghasilkan filem "Perfect Blue" dan "Paprika". Cuma aku rasakan franchise ini kurang diketengahkan di dalam budaya popular antarabangsa berbanding anime lain, mungkin kerana kekangan kepada beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Kualiti grafik serta lukisan animasi ini juga amat menarik dan terkeluar daripada kelaziman atau cliché yang ada pada anime popular sekarang.
Rating? 3.5 / 5
P/S : Filem ini boleh ditonton melalui YouTube sahaja.

2 comments:

  1. kalau filem anime 90an, Street Fighter, Ninja Scroll dan Patlabor the movie paling banyak memori

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...