Thursday, October 7, 2021

KASET BUXNID (KELUARAN BANDAT RECORDS)

 KASET BUXNID (KELUARAN BANDAT RECORDS)

Jika anda mengikuti perkembangan muzik independen di Bintulu khususnya pada beberapa tahun sebelum pandemik, anda mungkin perasan tentang kehadiran EP self-titled dari band ini yang diriliskan dalam format CD sebelum ini. Pengeluaran CD tersebut dibuat secara DIY dan mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan peminat muzik underground di Sarawak, bahkan ianya juga pernah dijual di beberapa kedai muzik di Semenanjung Malaysia sebelum ini.
Bercerita tentang band ini iaitu Buxnid, kugiran ini sudah lama bertapak di bumi Bintulu. Kalau tidak silap aku, band ini sudah wujud dalam era awal 2000an lagi. Untuk kepastian boleh buat sesi interview dengan ahli band ini sendiri nanti. Sebelum ini Buxnid pun pernah membuat beberapa persembahan di beberapa lokasi di dalam Sarawak. Oh ya, jika anda meminati bunyian grunge ala Butterfingers dan Nirvana, anda pasti menyukai muzik bawaan Buxnid.
Label yang meriliskan EP ini dalam format kaset pula ialah Bandat Records yang berpengkalan di Kuching, Sarawak. Bandat Records merupakan sebuah label yang banyak menjual material artis tempatan juga dan sebelum ini mereka pernah meriliskan kaset dari band grunge Kuching iaitu Fuz Muff. Aku suka prinsip label ini yang banyak menolong dalam meriliskan material band-band Sarawak khususnya.

Jika anda ingin mendapatkan kaset Buxnid EP ini, bolehlah menghubungi pihak Bandat Record Store dengan harga RM 15 sekeping. Sudah pastinya ianya adalah sebuah material muzik yang akan menjadi khazanah berharga di masa akan datang.
Terbaik
Buxnid!





2 comments:

  1. sekarang ni makin banyak label keluarkan kaset... baguslah untuk para kolektor mengimbau memori lama...tapi untuk tarik generasi baru rasanya susahlah sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bang, setakat ni ada la jugak generasi baru yg suka collect kaset tapi tak ramai la.

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...