Monday, October 25, 2021

ULASAN RINGKAS FILEM : THE OLD WAYS (2020)

ULASAN RINGKAS FILEM : THE OLD WAYS (2020)

Kadang-kala menonton filem seram yang berlatarbelakangkan tamadun Aztec mahupun kepercayaan mistik dari dunia Amerika Latin boleh mengundang rasa "seronok" jika ianya mempunyai jalan cerita yang bagus. Sebagai contoh filem "The Old Ways" arahan Chris Alender ini di mana ia mengetengahkan unsur ilmu hitam dari Mexico yang jarang diketengahkan di Hollywood.

Jika dilihat seimbas lalu, kita mungkin menganggap seolah-olah filem ini mempromosikan ilmu sihir seperti Santeria, namun sebenarnya jauh sekali. Ianya lebih kepada menceritakan tentang dunia mistik dari perspektif yang berbeza. Filem ini juga mempunyai struktur penceritaan yang teratur. Ianya jauh dari storyline filem seram yang cliché dan tidak memerlukan terlalu banyak kematian mahupun jumpscare untuk menjadikan ianya menarik.

Filem ini mengisahkan tentang seorang wartawan Amerika yang berasal dari Veracruz, Mexico bernama Cristina Lopez (lakonan Brigitte Kali Canales) dalam misi untuk kembali ke tempat asalnya untuk membongkar rahsia tentang ilmu sihir di tempat tersebut. Namun, setelah ditemui pengsan di dalam sebuah gua bernama "La Boca", Cristina kemudiannya diculik oleh seorang Bruja (ahli sihir wanita) serta anaknya atas alasan bahawa dia telah dirasuk syaitan.

Menariknya tentang filem ini ialah ianya mempunyai jalan cerita yang agak unik walaupun dapat diramal pada bahagian penghujungnya. Elemen seperti "Stockholm Syndrome" juga menjadi daya tarikan kepada filem ini. Anda akan faham kenapa aku kaitkan teori tersebut kepada filem ini selepas menontonnya. Filem ini juga boleh ditonton melalui aplikasi Netflix.

Rating? 4 / 5



2 comments:

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...