Monday, May 23, 2022

ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : THE ORBITAL CHILDREN (2022)

 ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : THE ORBITAL CHILDREN (2022)

Siri anime yang disiarkan melalui aplikasi Netflix ini merupakan sebuah karya dari salah seorang pengarah animator terkenal di Jepun iaitu Mitsuo Iso. Mungkin nama beliau tidaklah sehebat Hayao Miyazaki ataupun Makoto Shinkai, namun beliau sudah pun terlibat dalam pembikinan anime lebih daripada 30 tahun.
Antara karya-karya anime yang beliau pernah melibatkan diri dalam pembikinan ialah Mobile Suit Gundam, The End Of Evangelion, Ruroni Kenshin, Ghost In The Shell dan banyak lagi. Kebanyakan anime yang beliau hasilkan lebih ke arah elemen futuristik dan mechanical. Siri Netflix ini juga tidak terkecuali.
The Orbital Children merupakan sebuah siri anime yang mempunyai episod yang sikit (sekadar 6 episod sahaja) akan tetapi memberikan impak yang sangat bagus dalam pelbagai sudut. Ianya mempunyai elemen seperti Artificial intelligence (AI), robotik, futuristik, sedikit mekanikal dan jalan cerita yang menarik. Walaupun dilihat mempunyai banyak babak perbualan yang melibatkan hal-hal teknikal yang berkaitan dengan dunia teknologi dan internet, siri ini juga menghidangkan satu jalan cerita yang asli dan lebih ringan dari karya Mitsuo Iso sebelum ini seperti The End Of Evangelion dan Ghost In The Shell.
Entah kenapa anime ini agak kurang diketahui oleh umum walaupun diriliskan melalui aplikasi Netflix. Aku rasakan anime ini boleh tahan bagus juga walaupun tidaklah sehebat anime-anime yang tengah laku di pasaran sekarang ini. Boleh dikatakan under rated jugalah anime walaupun jalan ceritanya sangat menarik.
Rating? 3.5 / 5



No comments:

Post a Comment

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...