Monday, August 17, 2015

Movie Review : Backstreet Boys - Show 'Em What You're Made Of (2015)

 Official Movie Poster

Suatu ketika dahulu, sekitar tahun 1996 lebih kurang begitu lah, sejenis entiti yang dibentuk daripada satu kumpulan budak lelaki bergelar Backstreet Boys telah menerjah dan menakluki industri muzik dunia pada ketika itu dengan single pertama bertajuk "We've Got It Goin' On". Secara jujurnya, saya seperti budak-budak yang baru mengenali muzik rock pada ketika itu, amat membenci kumpulan ini sehingga berlaku beberapa pertelingkahan kecil dengan fangirls BSB (singkatan untuk Backstreet Boys) di sekolah dahulu. Maklumlah masa itu saya dan rakan-rakan sealiran lebih ke arah meminati muzik seperti grunge, alternative, thrash metal dan beberapa lagi genre muzik keras yang lain.

Apabila masa beredar dan perubahan musim mulai berlaku, boyband ini masih lagi bertahan sehingga sekarang. Fanbase masih ada walaupun tidaklah hype seperti dahulu, mereka juga semakin matang baik dari segi muzik dan mutu persembahan. Dokumentari ini membawa kita ke sisi gelap dan kurang diketahui baik dari peminat tegar mereka ataupun penggemar muzik khususnya. Tidak lupa juga beberapa isu yang jarang diambil perhatian contohnya masalah vocal chord yang sering menghantui Brian a.k.a. B-Rock yang terkadang menjejaskan mutu persembahan Backstreet Boys. Semestinya ianya juga bercerita tentang sejarah penubuhan boyband ini, bagaimana mereka boleh mengenali Lou Pearlman, seorang jutawan yang tinggal di Florida pada awal 90'an dahulu yang kemudiannya menjadi pengurus sepenuh masa mereka, perbicaraan mengenai tuntutan royalti yang melibatkan boyband ini melawan Lou di mahkamah serta bagaimana Lou akhirnya dipenjarakan akibat terlibat di dalam skim penipuan terbesar di USA pada dekad tersebut.

Ada beberapa babak dalam dokumentari ini juga menunjukkan yang Backstreet Boys bukanlah sekadar artis yang bersandarkan pada rupa sahaja. Kebanyakan mereka ini mempunyai latar belakang muzikal yang boleh dibanggakan. Babak yang melibatkan pergelutan emosi juga tidak ketinggalan di dalam filem dokumentari ini. Contohnya apabila mereka dibawa untuk balik ke kampung halaman masing-masing dan rendezvous terhadap memori mereka yang lalu. Sesuai dengan tema filem ini yang bertajuk "Sometimes to move forward, you have to look back". Antara memori silam yang rasanya agak menyentuh jiwa ialah apabila Kevin terkenang dengan mendiang ayahnya, Nick Carter kembali ke rumah lamanya di Tampa, Florida yang dahulunya penuh dengan keganasan domestik oleh kedua ibu bapanya serta dibesarkan di kejiranan yang dipenuhi dengan pengaruh dadah dan gangsterisme (ya, disebalik imej pretty face nya itu tersimpan seribu satu kesedihan) dan keperitan A.J. untuk mengatasi masalah ketagihan alkohol.

Secara peribadi, filem ini berjaya untuk mencapai matlamatnya iaitu menyusuri sisi Backstreet Boys yang jarang diketahui umum serta menjadi satu testimoni pada dunia yang mereka bukanlah one hit wonder. Sudah lebih 20 tahun Backstreet Boys mewarnai industri muzik dunia, baik anda membenci atau menyukai mereka, mereka tetap akan berada di dalam persada seni antarabangsa. Gaya penceritaan filem dokumentari ini yang hanya bergantung pada sesi temuramah setiap ahli BSB sebagai narrator juga boleh dikatakan berjaya. My rating? 3/5

Official Movie Trailer

Wednesday, August 12, 2015

Wordless Wednesday : Our Lives Goals


You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one
I hope someday you can join us, and the world will be as one
- John Lennon

Monday, August 3, 2015

Book Review : Nazi Goreng (Hasil Karya Marco Ferrarese)



SAMA TAPI TIDAK SERUPA

Nampak macam sama kan? Pasti ada yang menduga bahawa buku di sebelah kanan sekali itu adalah cetakan yang kedua. Hakikatnya di sebelah kirinya ialah Nazi Goreng (terbitan Monsoon Books dari Singapura) karya asal oleh sahabat saya, seorang punk rocker dari Italy yang bernama Marco Ferrarese​ dalam bahasa inggeris. Ianya merupakan novel hasil karya beliau yang pertama. Manakala di sebelah kanannya pula ialah Nazi Goreng (terbitan Dubook Press) terjemahan ke bahasa melayu dari novel asalnya dari tajuk yang sama.

Versi bahasa orang putih tu sudah lama aku miliki. Ianya mengambil masa yang agak lama juga untuk aku menghabiskan pembacaan novel tersebut. Kadang-kadang terkial-kial dengan beberapa ayat yang digunakan. Tapi tidak mengapa, ianya tetap menghiburkan. Jika anda beranggapan buku ini mengandungi beberapa propaganda tentang puak skinhead Nazi di negara ini, anda sebenarnya silap besar. Jauh panggang dari api. Ianya sebenar refleksi kepada generasi muda Malaysia yang hidup di era serba urban kini. Usaha Dubook Press menterjemahkan novel ini harus juga diberi pujian. Ianya secara tidak langsung menyalurkan intipati novel ini secara langsung kepada generasi muda di negara kita. Ianya semestinya dekat di hati. 

Semasa Marco pergi ke Bintulu pada tahun 2013 yang lepas, dia ada bagitau aku yang dia akan rilis novel pertamanya. Selalunya dia ni aktif dan berbloggin sahaja. Boleh rujuk blog peribadi beliau iaitu www.monkeyrockworld.com dan di dalamnya sarat dengan cerita pengalaman beliau mengembara di beberapa tempat menarik di dunia. Awesome guy.

Apa-apapun isu yang berlaku di antara Dubook dengan Marco, harap diselesaikan secara aman dan berhemah. Kita kan rakyat Malaysia. Apa-apapun saya tetap memberi saranan agar sesiapa yang meminati novel yang bercirikan indie dan tidak terikat dengan norma kebiasaan untuk membacanya. Melihat situasi negara kita dari kacamata seorang pendatang sebenarnya membawa kita ke satu perspektif yang berbeza dan mudah untuk kita mencerminkan diri kita sendiri. Rebel dan brutal, kepincangan dan ketidaksempurnaan. Tapi dalamnya tercari-cari identiti kita yang sebenarnya. Itulah sebenarnya yang ingin disampaikan oleh novel ini. Peace.

Jika anda berminat untuk membeli novel ini, sila klik ke laman sesawang rasmi www.dubookpress.com 

Dead Kennedys - Nazi Punk Fuck Off (live)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...