Monday, May 31, 2021

FUNKO POP! ROCKS - FREDDIE MERCURY OF QUEEN (184)

FUNKO POP! ROCKS - FREDDIE MERCURY OF QUEEN (184)
Ini merupakan funko Freddie Mercury yang pertama untuk aku. Jika kita merujuk kepada laman web ataupun aplikasi telefon pintar Funko, terdapat 4 design rasmi untuk Freddie Mercury sahaja. Manakala untuk bandmates yang lain juga ada cuma hanya mempunyai satu design sahaja.
Freddie Mercury dikatakan memakai kain robe serta mahkota seperti di dalam gambar ini semasa menjayakan konsert Live Aid di Stadium Wembley pada 13 Julai 1985. Ianya merupakan salah sebuah persembahan epik mereka setelah lama hiatus dari industri muzik sebelum itu.
Kalau ada rezeki nanti, mungkin aku akan cuba dapatkan koleksi funko Freddie Mercury yang lain serta anggota beberapa anggota Queen seperti Brian May, John Deacon dan Roger Taylor. Queen sudah semestinya dan sentiasa diingati sebagai salah sebuah band rock terhebat sepanjang zaman.
"Eyyy ooh!"




Friday, May 28, 2021

APABILA ARTIS BERCAKAP JUJUR

Kecoh juga pada 10 April lepas berkenaan sebuah video temuramah antara DJ Nazz dari Gegar FM dengan Megat dan Edy J dari band skinhead ACAB. Di dalam video tersebut ada menyatakan Megat tidak menyukai band seperti Butterfingers dan OAG kerana pada dekad 90'an dahulu ketika band beliau baru mula bertapak di dalam scene muzik independen, kedua-dua band tadi dianggap sell out. Siap Edy J back up lagi mengatakan sampai sekarang Loque tidak suka dia sebab menganggap Edy juga seorang sell out.
Perdebatan ini sebenarnya bukan benda baru dalam scene muzik di dalam Malaysia terutama sekali apabila melibatkan muzik independen ataupun dahulunya sering dilabel underground. Luahan rasa tidak puas hati ataupun tidak menyukai apa-apa yang dilakukan oleh artis lain adalah lumrah dan perkara biasa. Sifat seorang artis ini kebanyakan masanya sentiasa berlaku jujur semasa berkarya mahupun dalam menyuarakan pendapat. Jika tidak jujur, buat apa gunanya berkarya dan terlibat dalam dunia seni?
Pasal Megat dan Edy J, aku hormat kedua-dua individu ini kerana mereka merupakan antara entiti penting dalam pembentukan muzik Oi di dalam Malaysia. Walaupun aku bukanlah die hard fan band ini dan kebanyakan masa aku jarang dengar muzik mereka (kalau dengar pun, secara kebetulan), tetapi aku hormat band ini atas kejujuran mereka dalam berkarya dan dari segi self expression.
Yang peliknya, aku adalah peminat Gerhana Skacinta dan sentiasa follow apa-apa rilisan yang dikeluarkan oleh band ska legenda ini. Aku sentiasa berpendapat bahawa Edy J seorang yang genius dalam muzik. Terutama sekali muzik bawaan serta yang diperjuangkan oleh beliau selama ini. Pernah jumpa dia dahulu semasa festival Rocktoberfest tahun 2017. Sejujurnya dia antara artis paling ramah ketika itu dan sempat juga berborak sekejap dengan beliau.
Jika Megat tidak minat Butterfingers dan OAG, so what? Ianya tidak membantutkan aku untuk terus minat kedua-dua band tersebut. Kebanyakan artis atau band antarabangsa pun mempunyai attitude free spirit sebegini (mereka akan luahkan apa yang terbuku di hati tanpa rasa menyesal) seperti Freddie Mercury, AXL Rose, Kurt Cobain (antara beberapa artis yang kadang-kala emo semasa sesi interview), tetapi kita masih lagi meminati muzik mereka sehingga sekarang. Orang-orang macam ini sebenarnya sangat kreatif serta genius.


Interview DJ Nazz Bersama A.C.A.B.

Monday, May 24, 2021

DARI NEGERI BERTUKAR MENJADI WILAYAH

Mulai 8 April 2021 yang lalu, Sabah dan Sarawak tidak lagi disebut sebagai negeri akan tetapi ditukar panggilan kepada istilah lain iaitu wilayah. Ramai yang terkejut dengan perubahan ini. Ada pelbagai pandangan yang aku baca, baik di media sosial mahupun di beberapa portal berita yang sahih. Kebanyakannya lebih ke arah menyuarakan pendapat masing-masing.
Sebenarnya perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dibahaskan. Ianya sudahpun diperkatakan sejak penubuhan Malaysia dahulu di mana ianya menggabungkan 4 wilayah iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Akan tetapi malangnya Singapura tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1965 disebabkan beberapa isu politik. Jika kita meninjau balik beberapa perkara di dalam Malaysia Agreement 1963 yang berbunyi:
Name, States and territories of the Federation
1. (1) The Federation shall be known, in Malay and in English, by the name Malaysia.
(2) The States of the Federation shall be –
(a) the States of Malaya, namely, Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negri
Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor and Trengganu; and
(b) the Borneo States, namely, Sabah and Sarawak; and
(c) the State of Singapore.
(3) The territories of each of the State mentioned in Clause (2) are the territories
comprised therein immediately before Malaysia Day.
Ternyata sejak dari dulu lagi terma "negeri" tidak terpakai untuk Singapura, Sabah dan Sarawak. Namun persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang hendak digunapakai istilah ini? Kenapa tidak dari dulu lagi?
Ianya semua disebabkan pucuk pimpinan sebelum ini, baik dari kerajaan pusat mahupun negeri yang semakin melupakan asal usul pembentukan Malaysia dahulu. Dari perspektif Sarawak pula, kesedaran ini timbul balik semasa pimpinan Allahyarham Tok Nan a.k.a. Tan Sri Pehin Sri Adenan Satem dahulu yang banyak mempersoalkan kembali beberapa isu berbangkit tentang hak-hak wilayah yang termaktub di dalam Malaysia Agreement 1963 dahulu. Banyak isu yang dibangkit kembali, kalau dicerita pun jenuh aku menulisnya.
Negara Malaysia sebenarnya tidaklah jauh beza dengan situasi formasi United Kingdom di mana ianya terbahagi juga dengan beberapa negara bersekutu iaitu England, Scotland, Wales dan Utara Ireland. Negara-negara di dalam United Kingdom sudah lama mempraktikkan kuasa autonomi masing-masing tanpa menjadikan England sebagai kuasa mutlak dalam pemerintahan. Persoalannya sekarang, mampukah Sabah dan Sarawak melaksanakan pemerintahan serta memperjuangkan kuasa autonomi masing-masing seperti di United Kingdom sedangkan sudah hampir 58 tahun dilupakan terma "wilayah" tersebut?
Ada beberapa pro dan kon dalam isu ini sebenarnya. Terpulang untuk kita sebagai rakyat Malaysia memikirkannya secara rasional.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...