Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Wednesday, March 27, 2024

Love Will Never Die

At 40, Franz Kafka (1883-1924), who never married and had no children, walked through the park in Berlin when he met a girl who was crying because she had lost her favourite doll. She and Kafka searched for the doll unsuccessfully. Kafka told her to meet him there the next day and they would come back to look for her.

The next day, when they had not yet found the doll, Kafka gave the girl a letter “written” by the doll saying “please don’t cry. I took a trip to see the world. I will write to you about my adventures.”

Thus began a story which continued until the end of Kafka’s life.

During their meetings, Kafka read the letters of the doll carefully written with adventures and conversations that the girl found adorable.

Finally, Kafka brought back the doll (he bought one) that had returned. “It doesn’t look like my doll at all,“ said the girl.

Kafka handed her another letter in which the doll wrote: "my travels have changed me.” the little girl hugged the new doll and brought her happy home.

A year later Kafka died. Many years later, the now-adult girl found a letter inside the doll. In the tiny letter signed by Kafka it was written:

“Everything you love will probably be lost, but in the end, love will return in another way.”

(Source : Mohammad Esmat FB)

Monday, June 13, 2022

OK BOOMER DI DALAM WHATSAPP GROUP

OK BOOMER DI DALAM WHATSAPP GROUP

Aku rasa ramai yang pernah melalui situasi sebegini di mana terdapat beberapa gambar yang berbentuk motivasi (ataupun sekadar ucapan selamat yang ringkas) dihantar oleh mak ayah kita ataupun saudara mara yang sudah berusia.
Pattern dia sama saja, gambar yang diiringi rekabentuk penuh warna warni, siap letak muka sendiri dan diiringi kata-kata hikmah. Bagi golongan milenial, ianya nampak awkward serta cringy, dan dalam masa yang sama agak kelakar.
Biarlah orang-orang tua kesayangan kita nak buat apa pun. Janji mereka happy. Kalau mereka dah tak ada nanti, kita pula yang tercari-cari mereka.



Thursday, May 19, 2022

IKLAN PALING MENJENGKELKAN DI YOUTUBE

 IKLAN PALING MENJENGKELKAN DI YOUTUBE

Iklan OctaFX ni sebenarnya tidaklah seteruk mana pun. Aku OK je dengan pengisian yang ada pada iklan ni. Cuma yang jadi masalahnya, tiap kali aku bukak YouTube, confirm akan keluar iklan ni. Annoying gila do.




Monday, May 9, 2022

SIAPAKAH SEBENARNYA OSAMU DAZAI?

 SIAPAKAH SEBENARNYA OSAMU DAZAI?

Jika anda peminat anime, anda mungkin terbiasa menonton satu siri berjudul "Bungo Stray Dogs" dan ianya juga dapat ditonton melalui Netflix. Di dalam siri tersebut ada seorang watak bernama Osamu Dazai. Nama watak ini diambil dari seorang penulis novel Jepun yang "notorious" dan terkenal pada awal abad ke-20. Di dalam anime tersebut juga, watak Osamu Dazai juga mempunyai perwatakan yang sama seperti penulis asalnya dan antara elemen yang berkait tersebut ialah "suicidal".
Anak aku sebenarnya meminati anime ini, aku pula belum mula lagi menelaahnya. Dia suka sangat watak Osamu Dazai sehinggakan dia sanggup buat research pasal penulis asal tu. Kalau di Jepun, Osamu Dazai ni sama level dengan Oscar Wilde (UK), Ernest Hemmingway (USA) dan Chairil Anwar (Indonesia). Persamaan yang ada pada penulis-penulis karya seni ini ialah cuma ada dua; hidup mereka sangat depresif dan sering dirundung kekecewaan namun berjaya menghasilkan karya yang bermutu tinggi.
Terkejut juga apabila anak aku suruh aku belikan buku ni di Shopee. Seller pula dari Indonesia. Novel yang bertajuk "No Longer Human" atau dalam bahasa Jepunnya "Ningen Shikkaku" pada asalnya diterbitkan di tahun 1948. Ianya mengisahkan tentang kehidupan Osamu Dazai sendiri, lebih kurang macam autobiografi lah. Cuma masalahnya, novel ini khusus untuk pembaca matang kerana ada pelbagai elemen yang mampu mengganggu emosi seperi perasaan bunuh diri, perlakuan zina dan ketagihan dadah jenis morfin.
Namun bahagian paling menyedihkan tentang novel ialah apabila Osamu Dazai disisihkan oleh keluarga dan masyarakat lantas menyebabkan beliau hidup dalam keadaan "Hikikomori" (menyisihkan diri dari komunikasi dengan sebarang manusia). Tidak lama selepas buku ini diterbitkan, Osamu Dazai membunuh diri dan ianya merupakan percubaan kali kelimanya. Sebelum itu beliau telah pun membuat percubaan bunuh diri akan tetapi berjaya diselamatkan oleh beberapa individu.
Yang peliknya pada ketika itu, Novel Osamu Dazai ini laku di pasaran sehinggakan ianya diterjemahkan ke bahasa English 10 tahun kemudiannya. Isu yang aku dapat ini merupakan cetakan yang entah ke berapa kali dah. Ianya berjaya menambat hari para peminat sastera luar negara kerana novel ini mempunyai narratif yang unik dan amat jarang dijumpai di dalam mana-mana karya sastera Jepun.
Entahlah, sama ada aku perlu bagi anak aku baca novel ni ataupun aku harus melarangnya dari membacanya. Hurmm.




Monday, October 4, 2021

NIRVANA SEBENARNYA TIDAK DITAKDIRKAN MENJADI SEBUAH BAND TRIO

Seperti yang kita tahu dan semestinya maklum, Nirvana pada pandangan umum khususnya peminat muzik moden adalah dianggotai oleh Kurt Cobain (vokalis, gitaris), Kris Novoselic (bass) dan juga Dave Grohl (drums dan penyanyi latar). Line-up mula bertahan semenjak era pra album "Nevermind" (1991) sehinggalah ke detik kematian Kurt Cobain pada tahun 1994.


Jika kita lihat balik sejarah pembentukan Nirvana pada era pra serta pasca album "Bleach" pun, Nirvana yang ketika itu di bawah label Sub Pop sudah pun mempunyai 4 orang ahli di dalamnya yang melibatkan Jason Everman (gitaris) dan Chad Channing (drums). Ini merupakan salah satu line-up klasik Nirvana akan tetapi hanya bertahan beberapa ketika sahaja.

Jika kita membaca buku biografi Kurt Cobain hasil tulisan Charles R. Cross yang berjudul "Heavier Than Heaven", pada satu bab ada menyatakan bahawa Kurt tidak pernah menganggap Nirvana sebagai sebuah band trio sebenarnya walaupun ianya kelihatan sangat punk rock baginya ketika itu.

Hakikatnya Kurt Cobain inginkan sound yang lebih besar dan nyaring jika dipadukan dengan 2 gitaris untuk mendapatkan bunyian yang lebih dinamik. Semasa selesai rakaman album "In Utero", Kurt Cobain selaku frontman band ini membuat keputusan untuk mengambil Pat Smear dari kumpulan The Germs untuk memasuki Nirvana.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, who the hell is Pat Smear? Pat Smear sebelum itu pernah menganggotai band The Germ, sebuah band punk legenda dari Los Angeles yang aktif sekitar tahun 1976 sehinggalah 1980. The Germs hanya menghasilkan sebuah album sahaja yang bertajuk (GI) diriliskan pada tahun 1979. Joan Jett merupakan penerbit untuk album berkenaan.

Antara penyebab utama karier The Germs berakhir sebagai sebuah band punk ialah kematian vokalis utamanya Darby Cash pada tahun 1980. Darby membunuh diri pada tahun berkenaan. Senasib dengan Kurt Cobain, bukan? Jika anda mengikuti perkembangan scene muzik punk rock di Los Angeles, anda pasti bersetuju dengan kenyataan bahawa persembahan The Germs juga sama agresif seperti Bad Brains ataupun Cro-Mags ketika di pentas.

Sebab itulah ketika Kurt Cobain mengumumkan bahaya Pat Smear akan turut sama berganding bahu bersama Nirvana, reaksi pertama Dave Grohl ialah "Is he still alive?" (boleh rujuk dokumentari "Back And Forth" sebuah biografi tentang Foo Fighters). Dave merasa tidak percaya bahawa anggota band tersebut masih hidup akibat betapa agresifnya band The Germs di atas mahupun di belakang pentas. Cuma tidaklah segila ataupun merapu macam GG Alin.

Akhirnya pada era kegemilangan album "In Utero", Kurt Cobain berjaya menghasilkan line-up yang diingininya dan mempunyai kredibiliti punk rock yang diidamkannya di mana Dave Grohl (yang pernah bermain drums untuk sebuah lagi band punk rock legend "Screams") dan Pat Smear telah menganggotai bandnya Nirvana. Kurt Cobain tidak pernah menganggap Nirvana sebagai sebuah band grunge walaupun sering dilabel demikian. Sejak zamannya menjadi roadie kepada The Melvins ketika usia remajanya, Kurt Cobain sering jatuh cinta dengan muzik punk rock.

Walaupun muzik Nirvana merupakan adunan pelbagai genre yang melibatkan punk rock, stoner, sludge, metal, doom, folk, alternative dan sebagainya, Kurt Cobain sentiasa diingati sebagai perintis kepada genre grunge sehinggalah ke hari ini. Jika kita tonton dokumentari "Pearl Jam Twenty : PJ 20" (2011) arahan Cameron Crowe, "Seattle Sound" (sebuah terma yang sesuai digantikan dengan grunge) merangkumi pelbagai genre, tidak kisah dari muziknya David Bowie sehinggalah ke Sex Pistols. Ianya adalah adunan kepada pelbagai jenis muzik yang under rated ketika itu.

Di minda mendiang Kurt Cobain, Nirvana adalah punk rock dalam erti kata yang lebih luas dan bukan termaktub pada elemen muzik sahaja. Ianya juga meliputi attitude serta lifestyle.

"Peace, love, empathy"



Monday, August 30, 2021

APAKAH ITU "HERD IMMUNITY" DAN KENYATAAN TERKINI KHAIRY JAMALUDDIN

 

Baru-baru ini Khairy Jamaluddin selaku koordinator untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah membuat satu kenyataan bahaya terma "herd immunity" tidak lagi relevan untuk digunapakai dalam usaha ke arah pembasmian virus serta pandemik tersebut. Ini adalah kerana walaupun populasi penduduk negara secara keseluruhan telah pun diberikan vaksin dan mencapai peratusan sebanyak 80% patuh imunisasi, hakikatnya COVID-19 masih lagi akan berada di dalam komuniti.
Cuma ianya akan berada di dalam situasi "endemic" (penularan penyakit di bawah paras tertentu berdasarkan faktor geografi tanpa penyumbang luaran), terkawal, kadar kematian akan berkurangan dan semestinya akan beransur reda. Aku merasakan kenyataan KJ ini ada benarnya sebab bagi aku kerajaan harus telus dan realistik dalam menyampaikan maklumat kepada orang awam.
Namun begitu, masih ramai di antara kita tidak memahami apakah itu "Herd Immunity". Herd Immunity/imuniti kelompok ialah keadaan penularan jangkitan penyakit tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar masyarakat itu mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit itu. Imuniti atau daya tahan itu diperoleh hasil imunisasi. Menurut WHO, dianggarkan 60 hingga 70% populasi dunia perlu mempunyai daya tahan terhadap #COVID19 bagi membolehkan 'imuniti kelompok' dapat dicapai dan penularan #COVID19 dapat dikawal.
Dalam kata lain, Imuniti Kelompok atau Herd Immunity adalah keadaan di mana sebuah agen infektif (atau jangkitan) tidak dapat memasuki atau menyebar di kalangan suatu kelompok masyarakat oleh kerana sebahagian besar daripada anggota masyarakat tersebut mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan tersebut. Cara
terbaik
mencapai Imuniti Kelompok adalah melalui vaksinasi.
Namun secara logiknya dan berdasarkan keadaan semasa, pembasmian secara total untuk virus COVID-19 buat masa terdekat adalah sangat mustahil. Akan tetapi ianya bukan alasan untuk kita berserah dan berputus asa kerana kita masih lagi mempunyai harapan serta peluang yang cerah untuk menang di dalam peperangan halimuan ini. Apa yang pasti, jika kebanyakan daripada kita telah mendapat vaksin, kadar kematian dan jumlah penerimaan kes baharu setiap hari pasti akan menurun. Pencapaian ini pun sudah memadai buat masa sekarang.
Photo credit : KKM



Thursday, June 24, 2021

PEMANSUHAN UPSR

 PEMANSUHAN UPSR

Selepas mendengar pengumuman daripada Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin sebelum di TV pada 28 April 2021, ramai yang terkejut dengan beberapa perkara yang disebutkan. Di antaranya ialah pemansuhan UPSR dan juga pembatalan PT3 untuk tahun ini. Ramai yang terkesan dengan pengumuman ini. Ada juga yang merasakan ini adalah perkara yang
terbaik
berlaku di dalam sejarah pendidikan negara.
Sebagai seorang bapa kepada anak yang sepatutnya menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini, pada asalnya aku mempunyai perasaan yang bercampur aduk. Terdapat pro dan con dengan apa yang berlaku. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa perkara ini sepatutnya sudah lama diambil tindakan kerana dirasakan UPSR ini banyak mengekang potensi sebenar murid-murid. Dari segi apa? Entahlah, aku pun kurang pasti.
Harapan aku agar selepas ini akan ada satu sistem penilaian yang setara ataupun lebih baik dari UPSR hendaknya. Aku yakin pihak KPM ada contingency plan dalam hal ini. Lagipun mereka sudah pun memikirkan perkara ini secara mendalam dan menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan.
Photo credit : Cikgu
Emmet Fayzal




Friday, May 28, 2021

APABILA ARTIS BERCAKAP JUJUR

Kecoh juga pada 10 April lepas berkenaan sebuah video temuramah antara DJ Nazz dari Gegar FM dengan Megat dan Edy J dari band skinhead ACAB. Di dalam video tersebut ada menyatakan Megat tidak menyukai band seperti Butterfingers dan OAG kerana pada dekad 90'an dahulu ketika band beliau baru mula bertapak di dalam scene muzik independen, kedua-dua band tadi dianggap sell out. Siap Edy J back up lagi mengatakan sampai sekarang Loque tidak suka dia sebab menganggap Edy juga seorang sell out.
Perdebatan ini sebenarnya bukan benda baru dalam scene muzik di dalam Malaysia terutama sekali apabila melibatkan muzik independen ataupun dahulunya sering dilabel underground. Luahan rasa tidak puas hati ataupun tidak menyukai apa-apa yang dilakukan oleh artis lain adalah lumrah dan perkara biasa. Sifat seorang artis ini kebanyakan masanya sentiasa berlaku jujur semasa berkarya mahupun dalam menyuarakan pendapat. Jika tidak jujur, buat apa gunanya berkarya dan terlibat dalam dunia seni?
Pasal Megat dan Edy J, aku hormat kedua-dua individu ini kerana mereka merupakan antara entiti penting dalam pembentukan muzik Oi di dalam Malaysia. Walaupun aku bukanlah die hard fan band ini dan kebanyakan masa aku jarang dengar muzik mereka (kalau dengar pun, secara kebetulan), tetapi aku hormat band ini atas kejujuran mereka dalam berkarya dan dari segi self expression.
Yang peliknya, aku adalah peminat Gerhana Skacinta dan sentiasa follow apa-apa rilisan yang dikeluarkan oleh band ska legenda ini. Aku sentiasa berpendapat bahawa Edy J seorang yang genius dalam muzik. Terutama sekali muzik bawaan serta yang diperjuangkan oleh beliau selama ini. Pernah jumpa dia dahulu semasa festival Rocktoberfest tahun 2017. Sejujurnya dia antara artis paling ramah ketika itu dan sempat juga berborak sekejap dengan beliau.
Jika Megat tidak minat Butterfingers dan OAG, so what? Ianya tidak membantutkan aku untuk terus minat kedua-dua band tersebut. Kebanyakan artis atau band antarabangsa pun mempunyai attitude free spirit sebegini (mereka akan luahkan apa yang terbuku di hati tanpa rasa menyesal) seperti Freddie Mercury, AXL Rose, Kurt Cobain (antara beberapa artis yang kadang-kala emo semasa sesi interview), tetapi kita masih lagi meminati muzik mereka sehingga sekarang. Orang-orang macam ini sebenarnya sangat kreatif serta genius.


Interview DJ Nazz Bersama A.C.A.B.

Monday, May 24, 2021

DARI NEGERI BERTUKAR MENJADI WILAYAH

Mulai 8 April 2021 yang lalu, Sabah dan Sarawak tidak lagi disebut sebagai negeri akan tetapi ditukar panggilan kepada istilah lain iaitu wilayah. Ramai yang terkejut dengan perubahan ini. Ada pelbagai pandangan yang aku baca, baik di media sosial mahupun di beberapa portal berita yang sahih. Kebanyakannya lebih ke arah menyuarakan pendapat masing-masing.
Sebenarnya perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dibahaskan. Ianya sudahpun diperkatakan sejak penubuhan Malaysia dahulu di mana ianya menggabungkan 4 wilayah iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Akan tetapi malangnya Singapura tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1965 disebabkan beberapa isu politik. Jika kita meninjau balik beberapa perkara di dalam Malaysia Agreement 1963 yang berbunyi:
Name, States and territories of the Federation
1. (1) The Federation shall be known, in Malay and in English, by the name Malaysia.
(2) The States of the Federation shall be –
(a) the States of Malaya, namely, Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negri
Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor and Trengganu; and
(b) the Borneo States, namely, Sabah and Sarawak; and
(c) the State of Singapore.
(3) The territories of each of the State mentioned in Clause (2) are the territories
comprised therein immediately before Malaysia Day.
Ternyata sejak dari dulu lagi terma "negeri" tidak terpakai untuk Singapura, Sabah dan Sarawak. Namun persoalannya sekarang, kenapa baru sekarang hendak digunapakai istilah ini? Kenapa tidak dari dulu lagi?
Ianya semua disebabkan pucuk pimpinan sebelum ini, baik dari kerajaan pusat mahupun negeri yang semakin melupakan asal usul pembentukan Malaysia dahulu. Dari perspektif Sarawak pula, kesedaran ini timbul balik semasa pimpinan Allahyarham Tok Nan a.k.a. Tan Sri Pehin Sri Adenan Satem dahulu yang banyak mempersoalkan kembali beberapa isu berbangkit tentang hak-hak wilayah yang termaktub di dalam Malaysia Agreement 1963 dahulu. Banyak isu yang dibangkit kembali, kalau dicerita pun jenuh aku menulisnya.
Negara Malaysia sebenarnya tidaklah jauh beza dengan situasi formasi United Kingdom di mana ianya terbahagi juga dengan beberapa negara bersekutu iaitu England, Scotland, Wales dan Utara Ireland. Negara-negara di dalam United Kingdom sudah lama mempraktikkan kuasa autonomi masing-masing tanpa menjadikan England sebagai kuasa mutlak dalam pemerintahan. Persoalannya sekarang, mampukah Sabah dan Sarawak melaksanakan pemerintahan serta memperjuangkan kuasa autonomi masing-masing seperti di United Kingdom sedangkan sudah hampir 58 tahun dilupakan terma "wilayah" tersebut?
Ada beberapa pro dan kon dalam isu ini sebenarnya. Terpulang untuk kita sebagai rakyat Malaysia memikirkannya secara rasional.

Thursday, May 20, 2021

BAYANGKAN JIKA MALAYSIA SENASIB SEPERTI PALESTINE

Ya, aku tahu. Isu ini bukan benda baru. Konflik Palestine dan Israel ini sudah wujud sejak hampir 7 dekad lamanya. Isu ini sudah pun berlegar di kebanyakan media massa sejak kita baru lahir lagi. Ramai yang bersikap ignorant merasakan ianya sudah basi untuk diperkatakan dan muak dengan situasi tersebut. Namun ada juga yang masih bersimpati dengan apa yang terjadi.

Masih ramai juga di antara kita dalam masyarakat Malaysia tidak peka dengan apa yang berlaku di sana. Mungkin bagi mereka ianya tidak ada kena mengena dengan negara kita. Pilihan di tangan masing-masing. Samada kita mahu duduk selesa di rumah tanpa menghiraukan kesusahan mereka ataupun sama-sama membantu meringankan kesengsaraan mereka, ianya bergantung kepada keputusan kita sendiri.
Aku bercakap bukan memihak kepada mana-mana agama ataupun bangsa. Aku cuba untuk berlaku adil buat semua apabila membicarakan tentang hal ini. Bagi sesetengah pihak, ianya agak complicated untuk dibincangkan disebabkan ada sentimen keagamaan yang dicampur-adukkan, walhal ianya lebih kepada isu kemanusiaan. Sesiapa sahaja harus merasa simpati dengan kesengsaraan mereka di Palestine, bukan setakat umat Islam sahaja. Ini adalah isu umat manusia sejagat, bukan hanya memihak kepada sebahagian kelompok sahaja.
Berbalik kepada tajuk asal perbicangan ini, bagaimana jika tiba-tiba sahaja pelarian berbangsa Yahudi (beraliran ekstrimis) datang ke tanah Malaysia (pada mulanya Malaysia akan merasa simpati kepada mereka kerana kebanyakan mereka adalah mangsa Holocaust pada perang dunia kedua) akan tetapi mereka mula mengambil tanah kepunyaan rakyat asal dan mengusir kesemua penduduk peribumi seperti apa yang berlaku pada peristiwa Nakba (Palestinian Exodus) di dalam tahun 1948? Pihak yahudi ekstrimis ini boleh sahaja claim yang Gunung Pahang, Gunung Santubong ataupun Gunung Kinabalu adalah sebenarnya tapak kuil nabi Sulaiman seperti yang mereka claim di Palestine. Mereka boleh sahaja berkata Messiah mereka akan jatuh ke bumi Malaysia berdasarkan kepercayaan mengarut mereka. Ini cuma hypothetical speaking.
Kebenarannya tidak begitu. Masih ramai lagi masyarakat Yahudi Hasidic di United Kingdom dan Amerika mengutuk serangan Zionist terhadap Palestine. Anda boleh rujuk tentang kelompok Neturei Karta di Google, sebuah komuniti Yahudi yang membantah sekeras-kerasnya keganasan regime Zionist. Bagi aku puak Yahudi ini mengamalkan toleransi yang sangat baik berbanding sebahagian mereka yang berfikiran sekular seperti di Israel. Pihak kerajaan Ireland mengutuk sekeras-kerasnya pembabitan kerajaan UK dalam pembentukan negara haram Israel, ramai juga ahli politik negara itu yang membenci tindakan bacul pihak Zionist tersebut. Ahli parlimen Amerika, Norman Gary Finkelstein, seorang berbangsa yahudi (ayah dan ibunya merupakan bekas tahanan Auswitz semasa perang dunia kedua) merupakan salah seorang ahli politik berpengaruh di negaranya yang lantang mengutuk serangan Israel terhadap Palestine selama ini. Beliau masih lagi menjadi aktivis yang giat menentang keganasan tersebut.
Hakikatnya memang begitulah. Isu Palestine dan Israel ini tidak seharusnya dilihat dari aspek keagamaan semata-mata, ianya wajib dinilai dari segi kemanusiaan. Bayangkan rakyat Palestine yang beragama Kristian juga dibunuh dengan kejam di sana (boleh saksikan sendiri apa yang berlaku di hari Natal hampir setiap tahun, namun media massa antarabangsa banyak menutup isu ini). Jadi kepada rakan-rakan beragama Kristian di Malaysia, berdoa jugalah buat mereka yang seagama kamu di Palestine sebagaimana kami umat Islam mendoakan sahabat-sahabat seagama kami. Zionist menindas tidak kira apa agama pun selagi mereka adalah rakyat Palestine. Percayalah, jika kita sebagai rakyat majmuk tinggal di Palestine, nescaya tidak ada satu pun daripada kita akan terlepas dari kekejaman mereka.
Ada beberapa artis serta kumpulan rock dari dunia barat juga menyokong pihak Palestine seperti Roger Waters (salah seorang pengasas band Pink Floyd), Rage Against The Machine dan Gamma Ray, sekadar menamakan sebahagian. Mereka dikecam teruk oleh sebahagian kecil peminat mereka kerana memihak kepada Palestine. Peminat mereka yang sebegitu sebenarnya kurang peka dengan situasi sebenar dan hanya menerima secara membabi buta dengan apa sahaja berita dari CNN dan Fox News (pro Israel).
Bagaimana pula dengan Hamas? Mereka cuma membuat retaliation dan self defense terhadap apa yang berlaku. Media barat dan Israel terlalu mudah melabelkan mereka sebagai teroris sedangkan pihak yang paling awal melakukan kekejaman ialah Israel. Jika kita lihat dari kekuatan ketenteraan, Zionist lebih berteknologi tinggi dan mempunyai kekuatan nuklear yang entah datang dari mana. Jadi siapa yang lebih dominan? Hamas dengan senjata mereka yang terhad ataupun Zionist dengan bala tentera mereka yang canggih?
Ketahuilah, sebelum peristiwa Nakba pada tahun 1948, Palestine merupakan sebuah negara berdaulat yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan agama. Ada 3 agama utama yang tinggal dengan harmoni di Palestine suatu ketika dahulu iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Sehingga kini masih ada lagi puak Yahudi asal Palestine yang berani menentang keganasan Zionist.
Apa yang kita mampu di Malaysia lakukan ialah berdoa (tidak kira apa agama sekalipun) agar konflik ini cepat berakhir dan disegerakan urusan perdamaian. Semoga bumi Palestine kembali menjadi sebuah negara sebenarnya sebelum invasi pada peristiwa Nakba.


Monday, May 17, 2021

MENJALANI UJIAN SWAB (RTK PCR)

Pada 27 Mac yang lepas, aku serta isteri berhasrat untuk menjalani ujian Swab jenis RTK PCR di sebuah klinik swasta di tempat kami. Ini merupakan pertama kali hidung dan tekak aku dicalit bagi mengambil sampel untuk pengesahan samada aku bergejala ataupun tidak. Cuak juga masa tu, memang seumur hidup aku, tak pernah lagi menghadapi hal-hal sebegini.

Aku serta isteri terpanggil untuk menjalani ujian ini disebabkan ada kes positif COVID 19 di dalam kelas anak aku beberapa hari sebelum itu. Masa itu, sekolah baru sahaja dibuka. Aku serta isteri pula terpaksa mengambil cuti rehat semata-mata untuk mengambil ujian ini. Manakala anak aku serta rakan sekelasnya terpaksa menjalani swab test ini di Klinik Kesihatan Bintulu a.k.a. Poliklinik. 

Mudahan penyakit ini segera hilang dari muka bumi Allah ini dan mereka yang menghadapinya diberikan kesembuhan secepat mungkin. Amin. 


Song Credit: Civil Disorder by Dance On Your Grave

Monday, April 26, 2021

TIK TOK DARI PERSPEKTIF SEORANG OK BOOMER

TIK TOK DARI PERSPEKTIF SEORANG OK BOOMER
OK, mungkin aku tidaklah sesuai untuk dikategorikan sebagai OK Boomer tetapi aku lahir sekitar era generasi Y dan jenis yang dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Kalau OK Boomer ni hanya dia saja yang betul dan beranggapan generasinya sahaja yang
hebat
berbanding lain.
Berbalik kepada cerita asal, Tik Tok ini merupakan satu aplikasi telefon pintar yang aku cuba sedaya upaya untuk muat turun di dalam handphone aku sendiri. Mungkin disebabkan aku kurang senang dengan konsep menari tergedik-gedik lepas itu muat naik ke dalam aplikasi ini. Akan tetapi siapalah aku hendak bagitahu kepada orang ramai yang aplikasi ini teruk sangat, ianya cuma pendapat peribadi aku sahaja. Namun aku tidak juga membenci aplikasi ini, cuma bukan selera aku untuk menikmatinya atas sebab factor usia.
Namun aplikasi ini banyak sekali digunakan oleh golongan milenial dan anak aku juga tidak terlepas dari menggunakannya. Apa yang aku dapat nilai melalui aplikasi ini, rupa-rupanya ianya bukan sekadar hanya untuk aktiviti menari dan layan benda "nakal" seperti Bigo. Ada banyak lagi video yang informatif serta bermanfaat di dalam aplikasi tersebut.
Sebagai contoh, di dalam Tik Tok juga ada banyak video yang berbentuk motivasi diri, memperjuangkan hak manusia (sebagai contoh kempen "Black Lives Matter") dan juga bimbingan keagamaan (paling aku suka yang bertemakan islamik). Pendek kata Tik Tok ini juga sama seperti media social yang lain; ada pro dan kontranya. Jadi untuk mengatakan ianya tidak bermanfaat secara total adalah tidak berasas langsung.
Jika dari aspek dunia hiburan pula, Tik Tok juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan sesebuah muzik. Sebagai contoh, baru-baru ini tular pula video tik Tok menari slowdance dengan diiringi lagu "Heartbreak Anniversary" nyanyian penyanyi baru Giveon. Lagu ini sedap juga didengar, ianya ada kombinasi muzik RnB dan juga elemen Lo Fi. Sungguh minimalis namun sedap didengar. Pendek kata, Tik Tok juga membantu dalam mempromosikan lagu-lagu dari ramai artis untuk jadi popular. Sebab itu ramai selebriti terkenal mempunyai akaun Tik Tok dengan alasan untuk mempromosikan produk masing-masing. Tidak kisahlah samada lagu, filem ataupun bahan bacaan seperti novel.
Kesimpulan yang aku dapat melalui penggunaan aplikasi Tik Tok ini ialah ianya sangat bermanfaat dalam penyampaian maklumat jika digunakan secara betul. Namun 90 peratus kandungannya lebih berorientasikan hiburan yang kadang kala merapu dan sukar untuk diterima akal aku yang makin berusia ini. Buat para ibu bapa, sentiasalah memantau pergerakan anak-anak anda di alam media sosial supaya kita dapat tahu, mudah mengawal serta menapis segala anasir-anasir jahat yang berlegar di dalam dunia internet.


Thursday, April 22, 2021

ISU PERKATAAN "K****G" YANG SEDANG HANGAT DIPERKATAKAN (LAGI)

Penulisan yang asalnya ditulis pada 24/03/2021
Baru-baru ini timbul lagi isu tentang penggunaan perkataan K****G di dalam masyarakat kita. Dahulu pernah menjadi kontroversi juga sekitar tahun 2003. Isu ini timbul semula selepas adanya aduan daripada pihak NGO dari komuniti India yang diketuai S. Shankar Ganesh baru-baru ini. Keadaan menjadi semakin keruh apabila perkara ini dibawa ke mahkamah dan seterusnya berlaku kecaman terhadap pihak Dewan Bahasa dan Pustaka agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutama sekali buat komuniti India.
Aku bukan berniat untuk menyimbah minyak ke atas api yang semakin marak ini, cuma hendak menyampaikan sedikit informasi serta buah fikiran yang harapnya tidak bersifat prejudis mahupun perkauman kepada mana-mana kumpulan etnik serta bangsa.
Dalam satu kenyataan bertulis, S. Shankar Ganesh juga mengatakan bahawa dahulunya perkataan K****G tidak berisfat ofensif dan sering digunakan oleh masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, pembinaan Masjid Kapitan K3ling yang dibuat oleh pedagang muslim dari India suatu ketika dahulu. Masjid tersebut terletak di Georgetown, Pulau Pinang dan menjadi satu tanda kemegahan buat masyarakat di sana. Nama tersebut masih lagi terpakai sehingga sekarang.
Namun pada situasi sekarang, penggunaan perkataan tersebut dilihat agak kasar dan seringkali merujuk kepada panggilan kesat terhadap komuniti India. Hal ini berlaku apabila masih lagi timbul sifat pemecahan kaum mengikut faktor demografi dan kurangnya integrasi sesama masyarakat majmuk. Maka terjadilah salah faham dan penyalahgunaan bahasa yang akhirnya menyebabkan ketegangan di dalam masyarakat kita. Pada asalnya, perkataan K****G itu sendiri bersifat neutral dan merujuk kepada komuniti India muslim yang berasal dari Selatan negara tersebut.
Lain pula halnya jika merujuk penggunaan perkataan K****G di negeri aku iaitu Sarawak. Dalam masyarakat Iban khususnya, perkataan "K3ling" merujuk kepada kaum lelaki yang bersifat kepahlawanan. Jika dilihat senario di Sarawak pula, banyak kelab malam yang diusahakan oleh kaum Iban di sini menggunakan perkataan tersebut, sebagai contoh "K3ling Menua" (salah sebuah pub yang dahulunya sangat terkenal jugalah di Bintulu) yang bermaksud "Pahlawan Lelaki Negeri". Masalah yang melibatkan degrading atau penindasan sesuatu kaum langsung tidak timbul di Sarawak. Bahkan ada kawan kepada ayah aku juga namanya K3ling dan dia merasa bangga dengan nama tersebut.
Tapi itu merupakan perspektif mengikut negeri masing-masing. Lain padang lain belalang. Kalau hendak samakan situasi di negeri Sarawak dengan Semenanjung Malaysia agak tidak relevan sebenarnya. Lagipun komuniti India di Sarawak sangat sedikit. Menurut Borneo Oracle dan statistik rasmi setakat tahun 2008, masyarakat India hanya dalam lingkungan 7,000 orang sahaja di Sarawak dan ia merangkumi dari pelbagai agama seperti Hindu, Sikh, Islam dan banyak lagi.
Kalau nak digunakan sedikit buah fikiran aku ini, adalah lebih elok jika pihak Dewan Bahasa dan Pustaka membuat permohonan maaf secara terbuka walaupun merasakan ada benda yang historically incorrect jika perkataan tersebut lenyap dari Kamus Dewan. Kena ada toleransi dan dalam masa yang sama bertegas dalam menanganinya. Seperkara lagi, adalah lebih elok jika perkara ini diselesaikan secara berhemah dan di luar mahkamah. Tidak elok rasanya kalau kita bergaduh sesama sendiri. Sepatutnya kita menjadi contoh kepada negara luar yang kita mampu hidup harmoni dalam masyarakat majmuk.
Jika penulisan aku kali ini ada menyinggung perasaan sesiapa, aku minta maaf banyak-banyak. Tidak terniat hendak menyakiti hati sesiapa. Aku hanya sekadar menyampaikan pendapat peribadi sahaja. Tidak lebih dari itu.
Photo credit : Wikipedia (gambar menunjukkan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka semasa tahun 1960an)

Thursday, April 1, 2021

APAKAH ITU "JAPANESE CITY POP" DAN PENGARUHNYA DI DALAM MUZIK TEMPATAN SERTA TANAH SEBERANG

Era 70’an serta 80’an merupakan satu rangka masa yang menyaksikan pembangunan dalam sosioekonomi di negara Jepun khususnya di mana komuniti awam di sana sama-sama terlibat dalam membentuk sebuah bangsa yang maju. Keadaan ekonomi Jepun yang semakin pulih selepas kekalahan mereka ketika perang dunia kedua menyebabkan rakyat-rakyatnya mula bergiat aktif di dalam pembangunan teknologi, sains, ekonomi serta pendidikan.
Di dalam kedua-dua dekad inilah kita dapat saksikan negara Jepun amat kehadapan sebagai contoh di dalam industry automotif yang banyak mengeluarkan jenama kereta yang bermutu tinggi seperti Honda, Mazda, Toyota dan banyak lagi.
Begitu juga dengan industri hiburan Jepun di mana pada ketika ini juga menyaksikan pembangunan yang pesat. Syarikat penerbitan filem mahupun animasi banyak menghasilkan karya-karya bermutu ketika ini. Sememangnya nama-nama watak seperti Godzilla, Ultraman dan Space Cop Gaban sering meniti di bibir kanak-kanak Asia ketika itu. Sehingga kini, Jepun masih lagi maju dalam penghasilan karya-karya fantasi sebegitu terutama sekali jika melibatkan permainan video game serta anime.
Bagaimana pula dengan industri muzik? Muzik yang dihasilkan oleh artis-artis Jepun ketika ini sudah pun mencapai standard yang sama seperti negara-negara maju yang lain. Jika kita lihat dari sudut muzik popular ketika itu, genre-genre seperti funk, jazz, disko dan RnB sudahpun meresap ke dalam jiwa anak-anak muda Jepun ketika itu. Jika di negara barat, muzik funk yang popular seperti Bonie M, ABBA, Bee Gees dan Earth, Wind and Fire sudah pun mendominasi sebahagian besar carta-carta terhangat di kebanyakan negara, jepun juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan lagu-lagu yang berbentuk sedemikian rupa.
Pada ketika ini di Jepun sudah pun maju dengan muzik groovy dan ala disko sebegini. Sedikit kelainan yang dibawa oleh artis Jepun dalam genre ini ialah dari segi penyampaian, penulisan lagu serta lirik yang banyak menggambarkan situasi para remaja serta belia ketika itu. Liriknya lebih berkisar tentang cinta zaman moden dan penghasilan muziknya pula lebih progresif di mana perubahan kod pada lagu tanpa menjejaskan struktur utama iaitu verse dan korus dianggap satu identiti utama muzik pop Jepun ketika itu.
Berganjak ke arah lebih kurang 30 tahun selepas era kegemilangan muzik disko dan pop Jepun, pada tahun 2018 sebuah akaun bernama City Lover telah memuatnaik sebuah lagu berjudul "Plastic Love" dan tanpa diduga lagu tersebut mendapat interaksi algoritma paling sibuk di dalam YouTube sehingga ia terpaksa dihapuskan pada tahun 2020. Sebelum ianya dipadamkan dari YouTube, lagu tersebut sentiasa menjadi rekomendasi setiap kali anda mencari lagu-lagu popular. Secara tidak sengaja nama penyanyinya Mariya Takeuchi menjadi sebutan para peminat muzik pop antarabangsa.
Di Jepun, Mariya Takeuchi bukanlah sebuah nama asing. Lagu "Plastic Love" tersebut diambil dari album pertamanya yang berjudul Variety dan diriliskan pada tahun 1984. Kesemua lagu di dalam album tersebu diterbitkan dan ditulis oleh suami Tatsuo Yamashita, seorang komposer terkenal di dalam industri muzik ketika itu. Tatsuo Yamshita sendiri banyak menghasilkan album-album
hebat
seperti Ride On Time (1980), For You (1982), Big Wave (1984) dan banyak lagi.
Disebabkan fenomena internet ini, sebuah pergerakan revival terhadap muzik City Pop telah bermula. Muzik sebegini telah mendapat tempat di hati golongan milenial menyebabkan terlahirnya ramai artis membawakan nuasa City Pop. Bahkan ada artis Jepun yang berpindah ke Korea (pusat kepada industri muzik K-Pop) semata-mata untuk mengetengahkan muzik sebegini dalam gaya yang lebih segar. Sebagai contoh Yukika Teramoto yang terkenal dengan lagu "Seoul Lady" telah pun mendapat tempat di hati peminat muzik K-Pop lantas memberi jalan serta ruang kepada artis-artis Korea sendiri memperjuangkan muzik tersebut seperti Yubin, Eyedi dan Rainbow Note, sekadar menamakan sebahagian.
Di negara kita pula, revival untuk muzik Japanese City Pop juga mendapat perhatian pada sesetengah artis. Sebagai contoh duo Pastel Lite mula menerapkan elemen City Pop di dalam muzik mereka melalui album kedua mereka yang berjudul "Pop Bilik Tidur". Duo ini juga masih lagi mengekalkan bunyian electro pop mereka yang sudah pun menjadi trademark selama mereka aktif di arena muzik. Contoh yang lain pula ialah kugiran Joanna And Co. di mana telah meriliskan single berjudul "Kini Ku Sepi" yang sungguh kuat elemen City Popnya. Originaliti pada muzik mereka amat ketara dari segi penulisan lagu. Manakala lagu berjudul "Wajah-wajah (Sahabat)" yang dibawakan oleh band Grey Sky Morning pula sedikit sebanyak mengambil progresi kod yang sama dengan lagu "Stay With Me" dendangan mendiang Miki Matsubara.
Jika kita lihat dari segi pendedahan muzik City Pop di negara kita, sebenarnya genre ini bukanlah asing di dalam masyarakat kita. Sejak zaman 80'an lagi, Malaysia telah menyaksikan pelbagai artis yang berjaya membawa muzik sebegini bahkan menghasilkan identiti mereka sendiri.
Sebagai contoh Dato Sheila Majid yang meriliskan album pertamanya berjudul "Dimensi Baru" di mana lagu-lagu di dalamnya seperti "Pengemis Muda" dan "Dia" sangat kuat pengaruh City Pop nya. Namun ketika itu, terma City Pop tidak pernah wujud dan hanya digunapakai semasa era millennium baru ini.
Antara artis serta kumpulan tempatan yang membawakan nuansa ini ialah Francesca Peter, Freedom, Kenny Remmy Martin dan Casey (era 90'an) sekadar menamakan sebahagian. Kalau ketika itu, ianya sekadar dinamakan muzik pop ataupun disko.
Manakala di negara jiran kita iaitu Indonesia, muzik sebegini masih lagi aktif dan diberi nafas baru oleh beberapa artis dan kumpulan tersohor seperti Mondo Gascaro (cuba dengar lagu "Dan Bila" hasil duet dengan Pablo Cikaso), Diskoria (menghimpunkan dua orang DJ yang bertanggungjawab menghasilkan lagu-lagu disko era baru), Maliq and D'Essentials dan ramai lagi. Ternyata Indonesia sudah maju lebih kurang 10 tahun ke hadapan di dalam bidang muzik bukan sekadar dalam irama City Pop bahkan pada genre-genre yang lain. Ini adalah fakta, tidak berniat hendak memburukkan industri muzik kita sendiri.
Akhir kata, muzik City Pop atau disko ini akan sentiasa hidup dan aktif di dalam industri muzik baik antarabangsa mahupun tempatan. Semoga akan lahir lebih ramai lagi artis di negara kita yang membawakan muzik sebegini.
Mariya Takeuchi
Miki Matsubara
Anri

Dato' Sheila Majid

Kumpulan Freedom

Diskoria

Pastel Lite

Plastic Love - Mariya Takeuchi











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...