Showing posts with label electronica / techno / dance / dubstep. Show all posts
Showing posts with label electronica / techno / dance / dubstep. Show all posts

Thursday, June 2, 2022

KASET DAN CD INFECTIOUS MAGGOTS "DEEP WITHIN OUR GRIEF FACTORY MILK RUNS RED" (2021 REISSUE)

 KASET DAN CD INFECTIOUS MAGGOTS "DEEP WITHIN OUR GRIEF FACTORY MILK RUNS RED" (2021 REISSUE)

Segalanya bermula di satu sesi bual bicara bertajuk "Band Aid" yang dianjurkan oleh Iman Tang (pengasas label Clockwork Records) dan juga Edy J Herwan (pengasas band ska Gerhana Skacinta) melalui aplikasi Instagram. Tetamu mereka pada ketika itu ialah, tak lain dan tak bukan, Fathullah (vokalis asal Infectious Maggots). Melalui sesi bualbicara tersebut, Iman Tang dan Edy sering menanyakan tentang hal-hal yang berkait rapat dengan dunia seni Fathul yang melibatkan seni lukisan. Kadang-kala diajukan juga tentang sejarah penglibatan beliau dengan Infectious Maggots.
Ada satu ketika semasa bualbicara tersebut belangsung, mereka bertiga rendezvous tentang zaman kegemilangan muzik underground di Central Market semasa awal dekad 90'an dahulu. Sampai ada satu saat Iman Tang hampir mengalirkan air mata mengenang zaman tersebut. Aku pun turut tersentuh dengan perbualan mereka.
Pada pengakhiran sesi bualbicara tersebut, Iman Tang serta Edy J menyatakan hasrat kepada Fathul serta rakan-rakan Infectious Maggots yang lain untuk membuat reissue bagi album pertama mereka. Mereka bukan cakap kosong, Edy J benar-benar berusaha merialisasikan impian tersebut sehinggakan master tape asal semasa sesi rakaman pun dia mampu dapatkan.
Album "Deep Within Our Grief Factory Milk Runs Red" pada asalnya diriliskan melalui label Sonic Asylum Records pada tahun 1993. Album ini sangat diingati peminat irama keras dan ekstrim kerana ianya merupakan antara karya terawal muzik industrial di Malaysia. Mungkin agak keterlaluan untuk dilabel sedemikian rupa, namun ramai yang mengatakan bahawa Infectious Maggots adalah Godflesh versi Malaysia. Iman Tang sendiri pernah menyuruh Ahmad Dhani (kepala utama band popular dari Indonesia iaitu Dewa 19) mendengar kaset band ini dahulu. Ahmad Dhani seakan tidak percaya yang Malaysia pernah menghasilkan karya industrial sehebat ini.
Dengan adanya edisi reissue ini, ianya dapat mengubat kerinduan peminat-peminat mereka sekaligus memberi ruang kepada pendengar baru dari generasi milenial untuk menggali serta merasakan sendiri muzik Infectious Maggots. Aku berpeluang beraksi di gig yang sama dan berkongsi pentas dengan band legenda ini sebanyak 2 kali. Kali pertama ialah semasa aku menjadi session bassist untuk Larrong di gig Final Warfare 2017 yang bertempat di Seremban. Pertama kali aku tengok mereka beraksi, berbunga-bunga rasa hati dibuatnya. Yelah, bayangkan aku sejak dari zaman remaja lagi dan dengar dan mengenali band ni. Mendapat peluang melihat mereka beraksi depan mata itu sudah dikira bagaikan mimpi jadi kenyataan.
Kali kedua pula apabila Infectious Maggots dijemput ke Miri bagi menjayakan gig Miri Extreme 3.0 dan ianya merupakan satu peristiwa bersejarah kerana buat pertama kalinya Infectious Maggots beraksi di tanah Sarawak. Dari situ jugalah aku kenal dengan lebih rapat setiap line-up mereka, dari Lan Bye, Lan Bear, abang P.E., brader Kombat selaku bassist dan Madec di posisi vokal. Aku merasa bersyukur sangat sebab band aku Tahi Suci dapat berkongsi pentas dengan kugiran lagenda ini.
Sekian sahaja celoteh aku mengenai band kegemaran aku sejak dari bangku sekolah lagi, the mighty Infectious Maggots. Harap lepas ni, Edy J Records akan keluarkan versi piring hitam untuk album ini. Maaf jika ada sebarang kata-kata aku yang kurang elok atau tersalah fakta. Harap kalian dapat perbetulkan aku.
"BE PURE, TO THE THING, YOU ADORE"




Monday, April 12, 2021

APAKAH LAGU RADIOHEAD KEGEMARAN ANDA?

Jika ditanya soalan sebegini, nescaya ramai yang akan mengatakan "Creep" sebagai jawapannya. Siapa boleh lupa dengan lagu yang pernah menjadi salah satu anthem rock yang ikonik ketika dekad 90'an itu. Selain daripada lagu "Smells Like Teen Spirit" daripada Nirvana, "Creep" juga merupakan salah sebuah lagu yang sering dimainkan di setiap studio jamming sejak dekad 90'an sehingga sekarang, itupun jika bisnes sewa studio jamming masih lagi hidup sehingga sekarang.

Radiohead merupakan sebuah kugiran yang berasal dari Oxfordshire, Britain dan telahpun mula aktif di dalam scene muzik rock antarabangsa sejak awal penubuhannya pada tahun 1985. Band yang dianggotai oleh Thom Yorke (vokalis, gitar, keyboards), Jonny Greenwood (gitar, synth, keyboards), Colin Greenwood (bass, synth, keyboard), Ed O' Brien (gitar, vokal latar) dan Phil Selway (drums) ini mula mendapat perhatian media massa antarabangsa semasa rilisan album pertama mereka berjudul "Pablo Honey" pada tahun 1993.

Aku masih ingat lagi semasa kali pertama aku mendengar lagu "Creep" ini. Ianya melalui kaset kompilasi Pop Is Dead yang pernah dikeluarkan oleh syarikat EMI pada awal dekad 90'an dahulu. Kaset tersebut milik kawan sekolah aku. Kalau tidak silap aku mendengarnya melalui Walkman sekitar tahun 1995 begitu. Tidak lama selepas itu, Radiohead meriliskan album kedua mereka pada tahun yang sama dan band ini menjadi kegilaan ramai remaja seusia aku ketika itu. Lagu-lagu hit seperti "High And Dry" dan "Fake Plastic Trees" banyak mendominasi carta-carta di kebanyakan negara. Radiohead sudahpun mencapai status Rockstar pada masa tersebut. Secara peribadi, aku lebih menyukai album "The Bends" kerana aku tidak akan skip satu lagu pun jika mendengar karya tersebut. Bagi aku ianya adalah karya Magnum Opus buat Radiohead.

Selera mendengar lagu-lagu Radiohead bagi aku ada pasang surutnya dan juga hubungan "love and hate" sepanjang aku mengikuti perkembangan band ini. Ada masa aku akan layan satu album. Ada ketika pula aku akan mempunyai perangai selektif dalam memilih mana-mana lagu pada album tertentu. Tidak semua album Radiohead mampu membuat aku jatuh cinta pandang pertama. Ada beberapa album mereka yang mengambil masa lebih kurang tiga ke empat tahun untuk aku hadam dan benar-benar memahami, sebagai contoh album "Kid A" (2000) dan "Amnesiac" (2001). Kedua-dua album ini pada awalnya aku kurang minat mendengarnya, diselangi dengan kontroversi (masalah dengan syarikat rakaman dan isu peribadi setiap personel di dalam band) yang menyelubungi album-album ini semasa ianya rilis pada tahun tersebut. 

Walaupun begitu, aku tetap setia mengikuti perkembangan band ini. Sehinggakan beberapa projek solo setiap ahli band ini juga aku ambil perhatian walaupun tidaklah sampai hendak membeli format fizikal para setiap rilisan mereka. Paling tidak pun, aku cuma beli CD album solo pertama Thom Yorke yang berjudul "The Eraser" (2006). Itu sahaja, selebihnya aku akan dengar melalui Spotify ataupun YouTube. Tetapi untuk album Radiohead sendiri, aku lebih suka memiliki kesemua rilisan mereka dalam format CD ataupun LP. Bagi aku ianya adalah satu kepuasan peribadi yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. 

Hampir kesemua album Radiohead mempunyai nilai sentimental buat aku terutama sekali 3 album terawal mereka iaitu "Pablo Honey", "The Bends" dan "Ok Computer". Manakala album "Kid A" dan "Amnesiac" pula adalah satu sesi ekperimen yang berjaya membawa hala tuju band ini ke arah yang lebih kreatif dan melangkaui sebarang batasan. Manakala album "Hail To The Theif" (2003) sehinggalah ke album paling akhir mereka iaitu "A Moon Shaped Pool", Radiohead sudah mencapai satu peringkat di mana mereka sudah pun merasa selesa dengan bunyian yang mereka inginkan. 

Tapi ada beberapa factor yang harus diambil kira juga. Aku masih teringat satu komen dari netizen di Facebook yang menulis "sekarang ini Radiohead hanya buat bunyian, tiada lagi menghasilkan melodi". Kata-kata tersebut sebenarnya sangat tepat sekali kerana pada 10 tahun kebelakangan ini Radiohead tidak lagi menghasilkan muzik yang bermelodi hampir sempurna seperti 3 album terawal. Mungkin zaman itu sudah lama berakhir dan para peminat mereka hanya mampu rendezvous sahaja dengan memori lalu. 

Berbalik kepada soalan asal, bagi aku agak sukar untuk memilih mana satu lagu Radiohead yang menjadi kegemaran. Sebabnya banyak sangat yang aku suka. Akan tetapi jika terpaksa memilih, aku akan mengambil lagu "Fake Plastic Trees" sebagai soundtrack kehidupan serta kegemaran sepanjang zaman. Dari perspektif lain, lagu tersebut mempunyai erti yang sangat mendalam dan sangat peribadi buat aku.



Thursday, April 1, 2021

APAKAH ITU "JAPANESE CITY POP" DAN PENGARUHNYA DI DALAM MUZIK TEMPATAN SERTA TANAH SEBERANG

Era 70’an serta 80’an merupakan satu rangka masa yang menyaksikan pembangunan dalam sosioekonomi di negara Jepun khususnya di mana komuniti awam di sana sama-sama terlibat dalam membentuk sebuah bangsa yang maju. Keadaan ekonomi Jepun yang semakin pulih selepas kekalahan mereka ketika perang dunia kedua menyebabkan rakyat-rakyatnya mula bergiat aktif di dalam pembangunan teknologi, sains, ekonomi serta pendidikan.
Di dalam kedua-dua dekad inilah kita dapat saksikan negara Jepun amat kehadapan sebagai contoh di dalam industry automotif yang banyak mengeluarkan jenama kereta yang bermutu tinggi seperti Honda, Mazda, Toyota dan banyak lagi.
Begitu juga dengan industri hiburan Jepun di mana pada ketika ini juga menyaksikan pembangunan yang pesat. Syarikat penerbitan filem mahupun animasi banyak menghasilkan karya-karya bermutu ketika ini. Sememangnya nama-nama watak seperti Godzilla, Ultraman dan Space Cop Gaban sering meniti di bibir kanak-kanak Asia ketika itu. Sehingga kini, Jepun masih lagi maju dalam penghasilan karya-karya fantasi sebegitu terutama sekali jika melibatkan permainan video game serta anime.
Bagaimana pula dengan industri muzik? Muzik yang dihasilkan oleh artis-artis Jepun ketika ini sudah pun mencapai standard yang sama seperti negara-negara maju yang lain. Jika kita lihat dari sudut muzik popular ketika itu, genre-genre seperti funk, jazz, disko dan RnB sudahpun meresap ke dalam jiwa anak-anak muda Jepun ketika itu. Jika di negara barat, muzik funk yang popular seperti Bonie M, ABBA, Bee Gees dan Earth, Wind and Fire sudah pun mendominasi sebahagian besar carta-carta terhangat di kebanyakan negara, jepun juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan lagu-lagu yang berbentuk sedemikian rupa.
Pada ketika ini di Jepun sudah pun maju dengan muzik groovy dan ala disko sebegini. Sedikit kelainan yang dibawa oleh artis Jepun dalam genre ini ialah dari segi penyampaian, penulisan lagu serta lirik yang banyak menggambarkan situasi para remaja serta belia ketika itu. Liriknya lebih berkisar tentang cinta zaman moden dan penghasilan muziknya pula lebih progresif di mana perubahan kod pada lagu tanpa menjejaskan struktur utama iaitu verse dan korus dianggap satu identiti utama muzik pop Jepun ketika itu.
Berganjak ke arah lebih kurang 30 tahun selepas era kegemilangan muzik disko dan pop Jepun, pada tahun 2018 sebuah akaun bernama City Lover telah memuatnaik sebuah lagu berjudul "Plastic Love" dan tanpa diduga lagu tersebut mendapat interaksi algoritma paling sibuk di dalam YouTube sehingga ia terpaksa dihapuskan pada tahun 2020. Sebelum ianya dipadamkan dari YouTube, lagu tersebut sentiasa menjadi rekomendasi setiap kali anda mencari lagu-lagu popular. Secara tidak sengaja nama penyanyinya Mariya Takeuchi menjadi sebutan para peminat muzik pop antarabangsa.
Di Jepun, Mariya Takeuchi bukanlah sebuah nama asing. Lagu "Plastic Love" tersebut diambil dari album pertamanya yang berjudul Variety dan diriliskan pada tahun 1984. Kesemua lagu di dalam album tersebu diterbitkan dan ditulis oleh suami Tatsuo Yamashita, seorang komposer terkenal di dalam industri muzik ketika itu. Tatsuo Yamshita sendiri banyak menghasilkan album-album
hebat
seperti Ride On Time (1980), For You (1982), Big Wave (1984) dan banyak lagi.
Disebabkan fenomena internet ini, sebuah pergerakan revival terhadap muzik City Pop telah bermula. Muzik sebegini telah mendapat tempat di hati golongan milenial menyebabkan terlahirnya ramai artis membawakan nuasa City Pop. Bahkan ada artis Jepun yang berpindah ke Korea (pusat kepada industri muzik K-Pop) semata-mata untuk mengetengahkan muzik sebegini dalam gaya yang lebih segar. Sebagai contoh Yukika Teramoto yang terkenal dengan lagu "Seoul Lady" telah pun mendapat tempat di hati peminat muzik K-Pop lantas memberi jalan serta ruang kepada artis-artis Korea sendiri memperjuangkan muzik tersebut seperti Yubin, Eyedi dan Rainbow Note, sekadar menamakan sebahagian.
Di negara kita pula, revival untuk muzik Japanese City Pop juga mendapat perhatian pada sesetengah artis. Sebagai contoh duo Pastel Lite mula menerapkan elemen City Pop di dalam muzik mereka melalui album kedua mereka yang berjudul "Pop Bilik Tidur". Duo ini juga masih lagi mengekalkan bunyian electro pop mereka yang sudah pun menjadi trademark selama mereka aktif di arena muzik. Contoh yang lain pula ialah kugiran Joanna And Co. di mana telah meriliskan single berjudul "Kini Ku Sepi" yang sungguh kuat elemen City Popnya. Originaliti pada muzik mereka amat ketara dari segi penulisan lagu. Manakala lagu berjudul "Wajah-wajah (Sahabat)" yang dibawakan oleh band Grey Sky Morning pula sedikit sebanyak mengambil progresi kod yang sama dengan lagu "Stay With Me" dendangan mendiang Miki Matsubara.
Jika kita lihat dari segi pendedahan muzik City Pop di negara kita, sebenarnya genre ini bukanlah asing di dalam masyarakat kita. Sejak zaman 80'an lagi, Malaysia telah menyaksikan pelbagai artis yang berjaya membawa muzik sebegini bahkan menghasilkan identiti mereka sendiri.
Sebagai contoh Dato Sheila Majid yang meriliskan album pertamanya berjudul "Dimensi Baru" di mana lagu-lagu di dalamnya seperti "Pengemis Muda" dan "Dia" sangat kuat pengaruh City Pop nya. Namun ketika itu, terma City Pop tidak pernah wujud dan hanya digunapakai semasa era millennium baru ini.
Antara artis serta kumpulan tempatan yang membawakan nuansa ini ialah Francesca Peter, Freedom, Kenny Remmy Martin dan Casey (era 90'an) sekadar menamakan sebahagian. Kalau ketika itu, ianya sekadar dinamakan muzik pop ataupun disko.
Manakala di negara jiran kita iaitu Indonesia, muzik sebegini masih lagi aktif dan diberi nafas baru oleh beberapa artis dan kumpulan tersohor seperti Mondo Gascaro (cuba dengar lagu "Dan Bila" hasil duet dengan Pablo Cikaso), Diskoria (menghimpunkan dua orang DJ yang bertanggungjawab menghasilkan lagu-lagu disko era baru), Maliq and D'Essentials dan ramai lagi. Ternyata Indonesia sudah maju lebih kurang 10 tahun ke hadapan di dalam bidang muzik bukan sekadar dalam irama City Pop bahkan pada genre-genre yang lain. Ini adalah fakta, tidak berniat hendak memburukkan industri muzik kita sendiri.
Akhir kata, muzik City Pop atau disko ini akan sentiasa hidup dan aktif di dalam industri muzik baik antarabangsa mahupun tempatan. Semoga akan lahir lebih ramai lagi artis di negara kita yang membawakan muzik sebegini.
Mariya Takeuchi
Miki Matsubara
Anri

Dato' Sheila Majid

Kumpulan Freedom

Diskoria

Pastel Lite

Plastic Love - Mariya Takeuchi











Monday, February 24, 2014

CD Review : The Crow OST (1994)

It Can't Rain All The Time...


 CD The Crow Original Soundtrack

Cd ini aku beli melalui Jualan Mega-sale yang dibuat oleh Doc Ben (empunya blog Krenmaut). Sebenarnya ada lagi beberapa CD yang aku beli dari beliau tapi yang itu aku buat review lain kali la. Tak perlu nak kejar dateline sangat (erkk ada dateline ke untuk tulis kat blog?). Sebaik sahaja aku tengok title cd ni dalam list yang dijual tu, aku tak berfikir panjang seterusnya buat urusan pembelian takut nanti dikebas orang pulak. Nasib sempat siot. Lagipun dah lama juga aku mengidam nak dapatkan cd OST The Crow ni. Aku cuma familiar dengan beberapa lagu sahaja dari OST ini.

Inlay & CD

Atas CD pun ada printed muka Eric Draven jugak

Sebelum ini aku sudah pun memiliki beberapa merch The Crow seperti action figure, tshirt dan komik. Tapi cd OST ni memang susah betul nak dapat. Aku bukan reti sangat guna eBay. Balik2 aku search kat mudah.my ataupun melalui orang perseorangan yang jual cd melalui facebook. Berbalik kepada topik cd tadi, aku rasa memang ramai yang dah tahu pasal movie ni kan? Ini merupakan filem terakhir mendiang Brandon Lee sebelum beliau mati tertembak semasa shooting filem ini. Filem ini merupakan adaptasi dari komik ciptaan James O Barr dan ianya disusuli dengan moie sequel yang panjang dan makin mengarut. Kalau tak silap The Crow pun ada dibuat TV series (The Crow : Stairway To Heaven) yang dibintangi oleh Mark Dacascos dulu (epic fail!). As  a fan, I still prefer the original version which include the character of Eric Draven and his endless vengeance.

Terdiri daripada 14 buah lagu kesemuanya

Track pertama dalam OST ini dimulakan dengan lagu "Burn" dari The Cure. Setiap kali aku dengar lagu ini, dengan intro bunyian seruling tiupan Robert Smith yang out-of-tune tetapi menyeramkan itu, aku akan kembali mengingati scene di dalam filem ini di mana burung gagak (boleh dikatakan macam guardian angel la untuk watak Eric Draven lakonan Brandon Lee) sedang terbang di langit mengelilingi bandar Detroit yang di dalam kebakaran, menunggu masa untuk menghidupkan Eric Draven kembali dari kubur! Oh ya, James O Barr juga merupakan big fan kepada band The Cure. OST ini mempunyai 14 buah lagu kesemuanya yang mempunyai artis pelbagai genre seperti Stone Temple Pilots, Nine Inch Nails, Rage Against The Machine, Rollins Band, Helmet (aku suka band ni, pengaruh besar dalam muzik Korn), Pantera, The Jesus And Mary Chain (antara band penting dalam 2nd Revival Of British Invasion sekitar awal dekad 90'an dahulu) dan banyak lagi. Lagu penamat OST ini iaitu "It Can't Rain All The Time" dendangan Jane Siberry memang kena dengan mood filem ini pada part ending nya. Watak Eric Draven dengan bandnya dalam filem ini juga mempunyai lagu dengan tajuk yang sama di dalam filem ini cuma ianya tidak diketengahkan dalam OST ini (aku pun tak faham kenapa ianya tak muncul dalam OST ini). Kalau dalam komik, watak Eric Draven ni ada band rock dia sendiri iaitu Hangman's Joe.

 There's Eric Inside The Yellow Circle

Ditujukan khas kepada Brandon Lee

Menariknya mengenai cd ini ialah ianya dihasilkan sebagai tribute kepada mendiang Brandon Lee. Boleh dilihat di mana hampir setiap sudut inlay cover ada muka watak Eric Draven. Album OST ini juga pernah berada di kedudukan no. 1 pada carta Billboard Top 200 Album pada tahun 1994 (tahun ia diriliskan). Secara peribadi, cd ini merupakan one of the long-awaited items in my wishlist. Baru sekarang jumpa. Aku tengok movie The Crow lakonan Brandon Lee ni berpuluh kali pun masih tak jemu, tapi kalau tengok movie sequel dia yang lain tu, seperti City Of Angel dan Salvation, tengok sekali cukuplah (plot cerita yang hampir sama dan membosankan). Biasalah pihak Miramax Films memang suka buat filem yang over-rated dan menjemukan. 

The Cure - Burn

Stone Temple Pilots - Big Empty (also taken from the album "Purple")

Rage Against The Machine - Darkness (Of Greed) : Live Version

Monday, December 30, 2013

My Personal Favourite Albums Of 2013 : Entri Terakhir Untuk Tahun 2013!

Aku tak banyak ambil tahu pasal perkembangan terkini dunia muzik secara umunya. Hanya memilih beberapa album dan cd kegemaran yang aku teringin nak dengar dan sudah lama follow (untuk certain bands / artists). You can call me very selective when it comes to music, tidak mengapa, citarasa masing-masing. Di bawah merupakan beberapa album yang menarik perhatian aku sepanjang 2013.


 1. Atom For Peace
    Tajuk Album: Amok
    Genre: Electronica / Alternative

Ini merupakan album debut dari band projek yang diketuai oleh Thom Yorke dari band Radiohead. Seperti album solo pertama beliau yang bertajuk The Eraser, konsep yang sama juga diketengahkan ke dalam band projek ini iaitu elemen Electronica yang tidak terlalu heavy, cuma mid-tempo sahaja, sama seperti kebanyakan idea yang dicurahkan oleh beliau di dalam album-album Radiohead yang sebelumnya seperti Kid A & Amnesiac. Cuma apa yang menjadi pertaruhan serta keunikan di dalam album ini ialah bassline dari Flea (yup, Flea dari RHCP) yang sungguh laid-back tapi masih lagi berbunga-bunga. Tidak ada teknik slapping dalam album ini.
Atom For Peace - Ingenue (Official Music Video)

.
.
.
.

 2. Lorde
    Tajuk Album: Pure Heroine
    Genre: Electronica / Pop / Minimalist

Gadis berusia 17 tahun yang berasal dari Auckland, New Zealand mula menggemarkan industri muzik pop antarabangsa dengan single beliau "Royals" pada pertengahan tahun ini. Ianya disusuli juga dengan rilisan album pertamanya yang bertajuk "Pure Heroine" ini. Kebiasaannya aku tidak berapa gemar jenis vokal sebegini akan tetapi apabila muziknya dipadankan dengan suara Lorde yang sedikit husky dan sexy ini, ianya menjadi menarik untuk didengar. Paling menambahkan lagi kualiti pada muzik Lorde ialah pada mutu persembahannya yang hanya diiringi oleh 2 orang sessionist sahaja iaitu seorang drummer (dengan kelengkapan digital drums sekali) dan seorang DJ / Keyboardist.

Lorde - Royals (Live at KCRW Radio)
.
.
.
.

 3. Kings Of Leon
     Tajuk Album: Mechanical Bull
     Genre: Alternative Rock

Mechanical Bull merupakan album keenam dari band Kings Of Leon. Walaupun sudah lama meninggalkan bawaan rock berbentuk Southern dan Blues (boleh rujuk album pertama Youth & Young Manhood dan album kedua Aha Shake Heartbreak), namun band ini tetap ada progression serta kemantapan dalam muzik mereka. Permainan gitar oleh Matthew Followill yang banyak menggunakan efek flanger juga kali banyak variasinya. Kekuatan lain yang ada pada album ini ialah songwriting nya, mungkin tidak banyak beza dari album sebelumnya tapi yang pasti lagu2 yang catchy serta melodi yang indah bisa membuatkan anda terpukau sekejap.

Kings Of Leon - Supersoaker (Live on Letterman)
.
.
.
.

4. The Dillinger Escape Plan
    Tajuk Album: One Of Us Is The Killer
    Genre: Matchcore / Progressive Metal

Mempunyai 11 buah lagu, album One Of Us Is The Killer ini merupakan album kelima untuk band ini. Walaupun sudah ditubuhkan semenjak 1997, namun band ini masih tidak berubah konsepnya & still crazy as hell baik dari segi persembahan mahupun dalam pembikinan lagu. Pernah datang buat show di Malaysia beberapa tahun lepas dan digelar sebagai "The Most Dangerous Band On Earth" oleh majalah Rolling Stone suatu ketika dahulu, dalam album kelima ini mereka ada sedikit perubahan di mana ada beberapa lagu yang mempuyai durasi yang agak lama berbanding standard2 lagu yang pernah mereka buat sebelum ini. Apa-apapun The Dillinger Escape Plan masih belum menghampakan setakat ini untuk mana2 album mereka.

The Dillinger Escape Plan - When I Lost My Bet (Official Music Video)

Monday, November 18, 2013

CD Review : Prodigy's Fat Of The Land


CD Prodigy : Fat Of The Land

Album Fat Of The Land dari band electronica Prodigy ini merupakan album ketiga dari band tersebut dan pernah mencetuskan satu fenomena muzik pada pertengahan dekad 90'an yang lalu di mana pembawaan muzik electronica dance ini telah mendapat respon yang positif di kalangan peminat muzik pop pada ketika itu. Lebih-lebih lagi ada juga pemuzik rock yang meminati mereka disebabkan sound mereka agak berlainan dari mana2 artis muzik techno yang kebanyakannya terlalu cliche pada zaman itu.

CD ini aku beli melalui Tuan Betara a.k.a. Krenmaut di mana beliau ada mengiklankan cd ini untuk dijual pada satu lagi blog beliau iaitu Rock At Large. Kalau diikutkan sudah lama aku mencari cd ini di pasaran dan memang payah sebenarnya nak jumpa. Terima kasih banyak2 tuan Betara pasal jualkan cd ini kepada tuan hamba hehe. OK berbalik kepada ulasan cd ini, ianya dicetak di USA dan barangkali ianya merupakan 1st pressing sebab tidak dinyatakan mana2 tahun cetakan semula pada inlay mahupun cd tersebut. Diedarkan dan di bawah label Maverick Recording Company, sebuah syarikat kepunyaan Madonna (yup, the material girl, sama label dengan Alanis Morrissette juga mereka ini di USA). 

Terus terang aku cakap la, sebelum mendengar mana2 lagu dari Prodigy dahulu, aku tidak berapa mengetahui sangat tentang dunia muzik techno, dance, trance dan electronica. Tapi semenjak aku mula mendengar muzik Prodigy, terutama sekali album Fat Of The Land ini, persepsi aku tentang muzik electronica mula berubah dan aku ada rasa hormat sikit la dengan muzik ini walaupun banyak didominasikan oleh DJ-ing, mixing dan synthesizer. 

Dekad 90'an banyak dimonopoli oleh band alternative dan grunge, akan tetapi sejak kemunculan Prodigy dalam persada muzik antarabangsa, ramai pemuzik mula bereksperimentasi dengan muzik techno, lihat sahaja band seperti U2 (album Pop), Radiohead dan Linkin Park. Pada tahun 1998, Q Magazine pernah menobatkan album ini (melalui undian dari pembaca) sebagai The Ninth Greatest Album Of All Time. Dalam majalah Rolling Stone pula, ianya pernah disenaraikan dalam "Essential Recordings Of The 90's" dan pernah juga memasuki Guinness World Records sebagai the fastest-selling UK album mengalahkan The Beatles dan Oasis. Dikatakan juga ada beberapa lagu dalam album ini menggunakan khidmat drumming daripada Matt Cameron dari Soundgarden dan Pearl Jam tetapi tidak tahu lagu yang mana satu (tidak dinyatakan dalam credit).

Antara lagu2 yang bisa menyentap jiwa dan perasaan (apa kejadah ni?) ialah Smack My B*tch Up (track pertama yang sungguh dance-able dan out-of-this-world), Breathe (lagu ini pertama kali aku dengar pada tahun 1996 sebelum album ini diriliskan di carta alternative Radio 4 yang pernah popular suatu ketika dahulu), Diesel Power (lagu yang ada ala Cypress Hill dan mixing dalam lagu ini lebih menyerupai hasil kerja DJ Muggs), Narayan (duet bersama Crispian Mill dari band indie Kula Shaker) dan semestinya Firestarter. Lagu Firestarter ni banyak artis dah cover, contohnya Smashing Pumpkins, Sepultura dan believe it or not, Gene Simmons. Apa2pun yang dikatakan tentang album ini, ianya merupakan batu loncatan kepada muzik crossover hard rock dengan elemen techno yang semakin mendapat tempat di hati peminat muzik rock mahupun dance music.

Sumber : Wikipedia

 CD dan jewel case

 CD dan inlay

 The line-up (from left): Liam Howlett, Keith Flint, Maxim & Leeroy

CD dan T-Shirt

Smack My B*tch Up - Prodigy (Official Video)

Breathe - Prodigy (Official Video)

Firestarter - Prodigy (Official Video)

Sunday, February 10, 2013

CD Review : The Smashing Pumpkins - Adore (Released in 1998)

CD The Smahing Pumpkins - Adore (Artwork and Photograph by Yelena Yemchuk)

Selepas kejayaan album ketiga mereka yang berjudul Mellon Collie and the Infinite Sadness (1995), The Smashing Pumpkins kembali ke persada seni muzik antarabangsa dengan Adore (1998). Semasa pembikinan album ini, terlalu banyak halangan yang ditempuhi oleh Billy Corgan selaku frontman band ini. Antaranya ialah menghadapi beberapa masalah dalaman di kalangan ahli band, di mana James Iha (guitarist) dan D'Arcy Wretzky (bassist) sering bertekak tentang hal2 berkaitan peribadi dan tidak lupa juga ketiadaan pemain drum di mana Jimmy Chamberlin (drummer) diberhentikan khidmatnya kerana masalah ketagihan dadah. In fact, dalam beberapa hal, Billy Corgan menyifatkan album ini "a band falling apart" dan sudah dapat mengagak bahawa ianya tidak akan laku di pasaran.

Pada album ini, Billy Corgan berkolaborasi buat kali kedua dengan penerbit Flood yang pernah menghasilkan beberapa album hebat untuk band2 seperti New Order, U2, Nine Inch Nails, Depeche Mode, Erasure, Nick Cave dan The Killers. Kali pertama Flood bergandingan dalam produksi muzik The Smashing Pumpkins ialah pada album Mellon Collie and the Infinite Sadness. Adalah tidak menjadi satu kelainan jika album Adore ini lebih ke arah electronica kerana Flood sering menghasilkan album2 yang berentak sedemikian. Hakikatnya, ini bukan kali pertama Billy Corgan berekperimentasi dengan muzik electronica. Sebelum tertubuhnya band The Smashing Pumpkins ini, kira-kira sekitar tahun 1988-1989, pada asalnya hanya dianggotai oleh Billy Corgan dan James Iha sahaja dan ditemani dengan drum machine jika membuat persembahan live. Ini semua berlaku sebelum album pertama mereka yang berjudul Gish (1991).

Sebuah lagi CD yang aku beli melalui eBay.com.my (still aku masih tak reti guna PayPal)

Secara peribadi, album ini tidaklah seteruk yang digambarkan. Walaupun jualan pada album ini tidak dapat menandingi album2 yang terdahulu, ternyata ianya mendapat kritikan positif oleh beberapa pihak media contohnya Greg Kot dari majalah Rolling Stone yang menyifatkan album ini "the most intimate album the Pumpkins have ever made and also the prettiest, a parade of swooning melodies and gentle, unfolding nocturnes".

Antara lagu2 yang menepati selera aku dalam album ini ialah seperti To Sheila, Ava Adore (gabungan alternative rock dan electronica yang ternyata satu eksperimen yang menjadi), Perfect (video klip lagu ini seolah-olah menjadi kesinambungan untuk video 1979 dari album Mellon Collie and the Infinite Sadness), Cresfallen dan my personal favourite, For Martha...sebuah lagu yang bersifat peribadi di mana Billy Corgan menganggap ianya sebagai tribute kepada ibunya yang meninggal akibat kanser semasa dalam pembikinan album Adore ini. Masa aku lepas SPM dulu, lagu For Martha inilah yang dijadikan sebagai lagu praktis untuk bermain keyboards di rumah. Melodinya yang cantik dan struktur lagu ini yang sering berubah (ada sedikit nilai progresif) membuatkan ianya unik dan easy-listening.

The Smashing Pumpkins - Ava Adore (Official Music Video)

The Smashing Pumpkins - Perfect (Official Music Video)

The Smashing Pumpkins - Crestfallen (Live at The VH1 Fashion Awards 1998)

The Smashing Pumpkins - For Martha (Live Version)

Thursday, January 10, 2013

My Favourite Top 10 Skrillex Songs! (Welcome To The World Of Dubstep)

Sonny John Moore a.k.a Skrillex

Official Logo For Skrillex

Ok mungkin ada di antara kalian yang akan mula berkata "apa kejadah ni? apasal mamat Molotov Cocktailz ni tetiba layan muzik Techno jinjang dengan Feng Tau ni?" but whattahell, bagi aku muzik ni bersifat Universal dan aku tak seharusnya mejadi seorang yang pemilih apabila berbincang mengenainya. Tak ada sifat perkauman dalam dunia muzik. 

Lagipun aku dah mula meminati muzik seperti ini (electronica, grime, house, trance, big beat) sejak dari dekad 90'an lagi, cuma masa tu aku agak selektif jugak la, hanya mendengar muzik2 dari artis seperti The Prodigy, Faithless, Massive Attack, Fatboy Slim, Aphex Twin, The Chemical Brothers dan apa jua yang mengeluarkan muzik elektronik yang di luar norma elemen Techno itu sendiri, sebab artis2 yang aku sebut tadi agak berlainan feel muzik mereka dari artis seperti Tiesto mahupun David Guetta. End of story.

Berbalik kepada topik utama tadi. Skrillex atau nama sebenarnya Sonny John Moore merupakan seorang artis muzik Dubstep (atau dalam terma yang lebih spesifik Brostep yang mewakili muzik dubstep adunan elemen muzik kontemporari Amerika seperti rock dan hip hop). Sonny sebenarnya pernah menjadi vokalis utama (dan juga frontman) untuk band post-hardcore iaitu From First To Last akan tetapi band tersebut terpaksa disbanded atas sebab tertentu. Semenjak itu Sonny mula menukar arah muziknya lalu mejadi artis dubstep seterusnya menjadikan nama Skrillex sebagai stage name beliau apabila membuat persembahan. Di bawah merupakan beberapa koleksi video Skrillex favourite aku, antara lagu2 yang sering dijadikan MP3 playlist di dalam kereta aku:

10. Ruffneck - Skrillex (Official Music Video)
Cerita pasal Santa Claus yang really depressed dan overdosed pill. Sedih.

9. Narcissistic Cannibals - Korn Featuring Skrillex (Official Music Video)
Di antara beberapa lagu Skrillex berkolaborasi dengan Korn untuk album The Path Totality

8. Still Getting It - Foreign Beggars Featuring Skrillex (Official Music Video)
Skrillex berkolaborasi dengan band hip hop dari UK Foreign Beggars

7. Breakn' A Sweat - Skrillex & The Doors (Official Music Video)
Ini bukanlah boleh dikatakan remake, cuma versi remix yang dibuat oleh Skrillex sahaja.

6. Kyoto - Skrillex feat Sirah
Antara lagu2 yang Skrillex berkolaborasi dengan Sirah untuk debut album beliau berjudul Bangarang

5. Get Up - Korn Featruing Skrillex (Official Music Video)
Sebuah lagi lagu kolaborasi antara Korn dan Skrillex untuk album The Path Of Totality

4. Make It Bun Dem - Skrillex Featuring (Official Music Video)
Antara lagu kegemaran aku! Kolaborasi Skrillex dengan Damian "Junior Gong" Marley 

3. First Of The Year (Equinox) - Skrillex (Official Music video)
Diambil dari EP "More Monsters and Sprites". Music Video berbentuk amaran kepada golongan Pedophilia 

2. Rock N Roll (Will Take You To The Mountain) - Skrillex (Official Music Video)
Diambil dari EP ketiga beliau yang berjudul "Scary Monsters and Nice Sprites"

1. Scary Monsters and Nice Sprites - Skrillex
Boleh dikatakan lagu inilah yang mengangkat nama Skrillex menjadi "household name" di setiap dance clubs. Antara lagu yang berjaya menembusi scene music mainstream pada sekitar tahun 2010.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...