Showing posts with label koleksi t-shirt. Show all posts
Showing posts with label koleksi t-shirt. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Bundle, Bundle & Bundle...Generasi Bundle! (My Infatuation On Second-hand T-Shirt & Other Stuff)

Sebahagian koleksi baju bundle aku

"I'm Gonna Pop Some Tags
Only Got 20 Dollars In My Pocket
I-I-I'm Hunting, Looking For A Come Up
This Is F#@king Awesome"
- Thrift Shop (feat. Wanz) by Macklemore & Ryan Lewis


Ketaksuban (erkkk...boleh ker guna perkataan ini) aku terhadap barangan second-hand atau lebih dikenali di Malaysia dengan produk "bundle" ini bermula semasa aku masih belajar ambik diploma di Semenanjung Malaysia suatu ketika dahulu. Kalau tak silap sekitar tahun 2000 - 2001. Sebelum mengenali barangan bundle, dressing aku agak trendy pada masa itu, maklumlah time tu tengah hot dengan muzik genre rapcore/nu-metal so seluar baggy, kasut Adidas Superstar, baseball cap dan baju band2 macam Korn, Deftones, Limp Bizkit dan sebagainya menjadi pilihan aku.

Akan tetapi ketika ber-dressing sebegini di Kuala Lumpur pada ketika itu banyak mengundang masalah pada aku. Aku asyik ke "pau" oleh Mat Pit (junkie) kalau berjalan di KL. Kawasan seperti area Bukit Bintang, belakang Sogo atau Pertama Complex, stesen LRT Putra Pasar Seni dan Puduraya merupakan "hot spot" kena pau pada ketika itu (sekarang dah ok sikit aku rasa sebab banyak polis meronda kat area2 ni).

Selepas kejadian yang tak best macam tu, barulah aku mula mengubah cara aku berpakaian. Aku mula meminati pakaian bundle ni masa roommate aku sama kolej dulu bawak aku pergi Chow Kit. Aku rasa ianya relevan untuk digelar "Bundle's Paradise" disebabkan sepanjang jalan tersebut memang dipenuhi dengan barangan second-hand pelbagai gred, dari baju kot, kasut suede, seluar khakis, jersi baseball/basketball, jeans dan tshirt dari pelbagai negara (kebanyakannya dari USA ataupun Jepun la).

Memang benar, kalau dah sekali terjebak ke alam "bundle enthusiast" ianya akan menjadi satu ketagihan. Bagi aku, aku lebih ke arah membeli t-shirt band rock. Pernah sekali aku terjumpa baju Metallica cover dari Black Album, siap ada tag official Metallica merchandise pada kolar nya. Tanpa berfikir panjang, aku beli saja. Harga tak payah tanya la, tapi yang pasti atas RM50 la macam tu. Aku siap buat tawar menawar dengan tauke kedai bundle tu. At last it's mine hehe...

Pada tahun 2003 selepas aku graduate, aku kembali ke tempat asal iaitu Bintulu. Pada masa ni budaya bundle dah menular ke Sarawak dan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Di Bintulu juga tidak terkecuali. Kadang2 aku akan spend masa 2 hingga 3 jam menyelongkar gerombolan tshirt lusuh dalam kedai bundle tu. Kenangan yang paling aku takkan lupa ialah apabila menjumpai tshirt band alternative/indie/post-grunge kegemaran aku iaitu Gin Blossoms, ianya sebenarnya ialah baju crew konsert mereka. Tapi bagi aku ianya dah kira rare lah sebab kalau orang tau nilai sebenarnya berapa, kau jual dalam eBay pastu letak harga kaw kaw, confirm ada jugak orang beli. Tapi aku tak la sampai ke situ haha.

Ada banyak lagi koleksi baju band rock bundle yang aku ada. Di atas cuma sebahagian. Aku rasa kalian pembaca pun ada jugak yang punyai minat seperti aku ni. Come on, admit it. Kadang2 aku pernah terjumpa orang yang lebih advance atau taksub dari aku haha siap berjam2 lamanya dia bertapa dalam kedai bundle, mencari barangan yang dia nak. Apa2pun, budaya pakaian bundle akan berada di dalam masyarakat kita sampai bila...one man's trash is another man come-up!

Thrift Shop (Feat. Wanz) - Macklemore & Ryan Lewis


Tuesday, April 10, 2012

MORRISSEY : Idola dari Dunia Muzik Indie Antarabangsa! Some of my personal thoughts and opinions about the man himself...

Morrissey

"The More You Ignore Me, The Closer I Get"

Pada entri yang lepas, mengenai persamaan yang ada pada 2 buah band indie iaitu The Smiths dan The Times, aku ada sentuh sedikit tentang sejarah serta biografi ringkas tentang 2 buah band tersebut. kedua2 band tersebut memang aku respect habis tapi untuk The Smiths, well these guys are the real deal in making true indie music. Band yang sering diberi jolokan "The Ultimate Indie Band" (gelaran yang diberi oleh majalah rock alternative terkenal NME) dan menjadi di antara band-band pengasas awal pada gerakan muzik Madchester suatu ketika dahulu pada pengakhiran dekad 80'an.

Setelah band ini berpecah pada tahun 1987, dua orang pengasasnya iaitu Johnny Marr dan Morrissey membawa haluan masing2 dalam dunia muzik. Secara amnya, setelah The Smiths dinyah-wujudkan oleh mereka berdua, Morrissey lebih nampak menyerlah dari segi pembikinan muzik dan tanpa melengahkan banyak masa, pada tahun 1988 Morrissey telah meriliskan album pertama beliau yang bertajuk "Viva Hate".

Sebelum beliau mengasaskan band The Smiths dahulu pada awal dekad 80'an, Morrissey sememangnya telahpun diberi recognition oleh beberapa pihak media kerana hasil tulisannya yang menerbit dan mengarang sebuah novel berbentuk biografi tentang kisah hidup (dan mati) aktor terkenal James Dean berjudul "James Dean Is Not Dead". Semestinya minda Morrissey lebih ke arah penulisan sastera moden dalam budaya Inggeris yang mutakhir! Jika kita kaji beberapa bait lirik yang ada pada lagu2 The Smiths (dimana kebanyakannya ditulis oleh Morrissey sendiri), hampir semuanya mempunyai nilai sastera yang bagus walaupun ianya berbentuk sarkastik, anti-sosial, berbaur isu politik dan keinginan untuk hidup sendirian sampai mampus haha...

Secara peribadi, aku meminati muzik The Smiths agak lewat iaitu semasa aku tergila2kan cerita bersiri Charmed lakonan Shannen Doherty dan Alyssa Milano yang pernah famous circa 2000 hingga 2003 dahulu. Apa kaitan cerita bersiri tersebut dengan The Smiths? Pada montaj (footage awal pada setiap siri) siri Charmed, akan dihidangkan dengan lagu The Smiths yang berjudul "How Soon Is Now" yang diambil dari album kedua mereka iaitu "Meat Is Murder". Lagu tersebut memang berhantu dan melekat kat dalam kepala hotak aku beberapa ketika. Tapi agak malu jugak la pada aku sebab, kalau dah macam ni lah jadi nya, seolah2 aku ni bukan true indie fan la sebenarnya disebabkan agak lewat meminati The Smiths haha...sorry guys, but please don't label me as poser or whatsoever.

Tapi yang peliknya, lagu2 Morrissey pula lebih awal aku didedahkan, hasil daripada pembelian kaset2 kompilasi lagu alternative yang agak famous juga suatu ketika dahulu pada dekad 90'an seperti Absolute Alternative dan Pop Is Dead? edaran beberapa major label. Antara lagu terawal yang buat aku minat dengan muzik beliau ialah lagu "The More You Ignore Me, The Closer I Get" yang diambil dari album keempat beliau iaitu "Vauxhall And I". Semenjak itu, perspektif aku tentang muzik indie berubah disebabkan muzik pembawaan Morrissey ini. Mungkin akan ada yang akan mempertikaikan, akan tetapi ramai yang sependapat bahawa Morrissey (atau nickname nya Moz) layak digelar "One of The Godfathers Of British Indie Music" diikuti dengan Paul Weller dan Ian Brown. Di bawah merupakan beberapa bukti kukuh tentang obsesi aku terhadap Moz dan koleksi2 lagu beliau.

Koleksi T-Shirt Moz Aku!

2 helai tshirt ini aku beli secara online melalui seorang kenalan yang mengusahakan bisnes printing baju buatan tangan iaitu Handprint Shirt. Dalam portal tersebut juga terdapat seleksi tshirt pelbagai design pada mana2 band kegemaran anda. Antara penyebab aku membeli tshirt2 ialah ianya merupakan edisi terhad dan juga disebabkan ianya memfokuskan pada siri konsert jelajah Morissey di Asia Tenggara yang akan berlangsung di Singapura pada 8 May 2012 nanti! Hati ku berkata, kalau tak dapat pergi pun takper, janji dah ada tshirt edisi terhad ni pun dah kira orait ma...

CD Morrissey album "Years Of Refusal"

Front Cover of Morrissey "Years Of Refusal" CD

Inlay and the CD itself (kelihatan seperti vinyl dulu2 haha)

CD ini aku beli minggu lepas semasa aku dan keluarga pergi bercuti (sambil bekerja) di Miri, sambil itu juga ada diadakan lawatan rasmi kelolaan geng2 pejabat wifey aku ke Pustaka Miri. Aku beli cd ini pada hari jumaat (bersamaan 7 April 2012 iaitu semasa cuti Good Friday di Sarawak) di kedai Speedy, sebuah music store yang agak terkenal di Malaysia. I was a bit surprised semasa membeli cd ini. Mana tidaknya harga cd ini cuma RM9.90 sahaja, mungkin disebabkan tak berapa laku dan ianya cuma Malaysia Edition sahaja. Tak banyak yang istimewa tentang cd ini. Berikut merupakan songlist yang terdapat pada album ini:
  1. Something is squeezing my skull
  2. Mama lay softly on the riverbed
  3. Black cloud
  4. I'm throwing my arms around Paris
  5. All you need is me
  6. When last I spoke to Carol
  7. That's how people grow up
  8. One day goodbye will be farewell
  9. It's not your birthday anymore
  10. You were good in your time
  11. Sorry doesn't help
  12. I'm OK by myself
Walaupun album ini tidak mencapai sukses yang pernah dikecapi Moz pada era album Viva Hate, Kill Uncle, Your Arsenal dan Vauxhall and I, akan tetapi apa yang menarik tentang album ini ialah perubahan vocal-range yang dibuat oleh Moz. Beliau yang terkenal dan agak sinonim dengan suara Baritone nya, mencuba sedikit perubahan dalam vokalnya apabila berjinak2 dalam hi-pitch range contohnya pada lagu "Something is squeezing my skull" dan "I'm throwing my arms around Paris" dan eksperimentasi beliau agak berjaya kerana perubahan sebegini menarik minat untuk aku mendengar keseluruhan lagu dalam album ini. Dari segi musical direction nya pula, album ini lebih ke arah gabungan muzik indie dan Punk Rock era lewat 70'an (pengaruh dari band2 seperti Blondie, The Ramones, Patti Smith dan semestinya The New York Dolls). Ternyata orang veteran seperti Moz ini masih mampu rocking the stage dan mengekalkan serta memperjuangkan muzik yang beliau pertahankan selama hampir 30 tahun berada di dalam industri muzik antarabangsa. Berikut merupakan video live concert beliau di Glastonbury Festival tahun lepas, sebagai tatapan terakhir serta penutup entri ini. Enjoy Guys!


Morrissey : Live at Glastonbury Festival 2011 (Full Set)

Sunday, February 19, 2012

Album Terbaru AS SAHAR dan SILENT DEATH! Metal Melayu Yang Tidak Akan Padam Baranya!

Pada awal dekad 90'an dahulu, terdapat juga fenomena baru dalam scene music underground tanahair di mana berlakunya pertumbuhan secara mendadak band2 metal tempatan yang boleh tahan hebatnya. Selepas hilangnya segala hype rock kapak pada awal dekad tersebut (band rock kapak seperti Melissa, Sofea, Vagrant, Medicine, Mega dan sebagainya), tibalah pula giliran untuk band2 death metal tempatan untuk mewarnai pentas2 gig mahupun konsert di serata tanahair pada ketika itu. Band2 yang aku maksudkan ialah seperti Sil Khannaz, Vociferation Eternity, Langsuyr, Bazzah, Nebiras, Brain Dead, Hayagriva, As Sahar (Singapore), Istidraj (Singapore), Impiety (Undeniably The King Of Extreme Metal In South East Asia) dan sebagainya. Rasa2nya seingat aku, kali pertama didedahkan dengan irama sebegini ialah ketika aku masih lagi dalam Tingkatan 3, masa tu aku selalu bergaul dengan abang sepupu aku yang suka beli kaset2 macam ni. Antara kaset yang masih aku ingat sampai sekarang ialah Cromok "Forever In Time" dan Brain Dead "From The Ecstasy". Walaupun berlainan konsep, akan tetapi kedua2 band tersebut merupakan band metal local yang membuatkan aku jatuh cinta pandang pertama dengan genre sebegini haha (ish gay la pulak hahah, Fak LGBT!)


As Sahar - Bugis


Ok berbalik kepada tajuk asal, minggu lepas aku menerima satu bungkusan yang dah lama jugak la aku menunggunya, kira2 seminggu macam tu la. Ianya merupakan bungkusan berisi CD album terbaru As Sahar yang bertajuk "Bugis", kali ini ianya bukan edaran Nebiula Production seperti rilisan2 sebelum nya. Oh ya lupa nak bagitau, CD ini aku beli melalui distro agak disegani dalam scene metal di Sarawak ni iaitu Eastern Voice Production. Album ini diterbitkan oleh label mereka sendiri iaitu Blackwinds Production dan diedarkan dengan kerjasam RDL Distro (label paling berpengaruh sekarang ni di Johor Bahru). Rasa2nya kalau tak silap aku, album paling latest sebelum ni diorang rilis ialah "Tir" dan yang terakhir sekali berkerjasama dengan Nebiula Production, tapi aku malas la nak cerita panjang pasal tu, baik aku cerita pasal yang terkini iaitu "Bugis". Kenapa album baru ini dipanggil "Bugis"? Menurut Facebook rasmi mereka sebelum ini, jawapannya senang sahaja, One Barchiel (pengasas band ini) serta brothernya Malik Hanael (bass dan managing director untuk label Blackwinds Production) berasal dari keturunan Bugis, biasalah kalau orang Melayu yang menetap di kawasan Johor dan Singapura ni, kebanyakannya mereka ialah berasal dari keturunan Bugis dari Sulawesi (agak nya kot, citation needed, mcm Wikipedia la pulak hahah)

Album ini lebih menceritakan tentang salasilah keturunan Bugis dan selebihnya diterangkan dalam bahasa Melayu lama, well, itulah kehebatan One Barchiel, beliau memang expert kalau buat lirik lagu yang berbentuk sastera Melayu lama yang kebanyakan orang Melayu pun tak faham haha...betapa sanskrit nya bahasa yang digunakan, dan ini menunjukkan beliau perihatin dengan bahasa ibunda kita. Begitu juga dengan rilisan2 mereka yang sebelum nya seperti "Jaan", "Al Rischa", "Santau", "Baku Karama" dan sebagainya, semuanya memartabatkan bahasa kita, disamping diselitkan beberapa elemen mistik seperti bacaan mantera yang entah hapa entah, aku pun tak berani nak terjemahkan, perghh angker siot!

Album "Bugis" ni mempunyai 7 buah lagu. Berikut merupakan senarai lagu2 tersebut:

  1. By The Swung Of The Machete

  2. Bissu

  3. Possi Lana Dari Celebes

  4. Berwahi (Dalam Tuntut)

  5. Rejoice In Funeral

  6. Akkasaraki Nabbiya

  7. Fear The Boogeyman
Antara track yang menarik perhatian aku ialah "Bissu" dan "Possi Lana Dari Celebes" kerana menariknya kali ini, 2 lagu yang dimaksudkan mempunyai elemen Viking dan Folk Metal yang kental, seakan2 aku mendengar lagu2 dari band Korpiklaani dan Amon Amarth dalam masa yang sama.




As Sahar dengan lagu yang berjudul "Bissu" dari album "Bugis"

Silent Death - Silent Kiss Of Death


Album Silent Death ni pula aku terima dari manager band ini iaitu Zizie Hashim (adik kepada pengasas band Projek Pistol iaitu Edrie Hashim), CD ni berupa pakej yang menarik sebab ianya disertakan dengan T-Shirt (design cover album) dan Limited Edition Poster. Bungkusan berisi pakej CD dan sebagainya ini aku terima pada hari khamis lepas. Actually album ini sudah lama ditunggu oleh para peminat muzik ekstrim negara, kerana ianya dijanjikan dirilis pada awal tahun lepas. Akan tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, album ini ditangguh pengeluarannya sehinggalah ianya dilancarkan pada 13hb Februari 2012. Tatkala album Silent Death ini diriliskan, pengasas bandnya iaitu saudara Stone sedang sakit terlantar di Hospital yang terletak di Petaling Jaya (aku tak ingat namanya) kerana beliau diserang penyakit Stroke. Suatu ketika dahulu, pada tahun 2010, kalau tak silap aku, aku pernah buat sesi interview bersama bro Stone, sebagai artikel untuk distro aku METUK ULAU UNDERGROUND VOICES, terus terang aku cakap, bro Stone memang sporting dan tak kedekut ilmu. Walaupun beliau pernah menjadi penghuni di p*****a suatu ketika dahulu, namun selepas dibebaskan, beliau masih lagi bersemangat untuk memperjuangkan muzik beliau, tapi kali ini tanpa ditemani dengan najis dadah yang pernah merosakkan hidupnya dahulu.

Ok berbalik kepada album baru mereka yang bertajuk "Silent Kiss Of Death", ianya mengandungi 9 buah lagu. List2 tajuk lagu ialah seperti berikut:


  1. Whispering Kiss (Intro By Joe Slaughter)

  2. Silent Kiss Of Death

  3. Lipas Terbang

  4. Hell-Popotamus

  5. Mati Senyap

  6. Slaughtered Six Six Six

  7. Budak Botak

  8. The Curse Of Latjuna

  9. Diam Mati
Apa yang menarik tentang album ini, ianya merupakan album rasmi Silent Death yang ke-2 (album pertama ialah "Before The Sunrise") selepas penantian yang melebihi 20 lebih tahun menunggu rilisan terbaru mereka! Jika anda mengharapkan feel album ini mirip dengan album terdahulunya iaitu "Before The Sunrise" anda mungkin kecewa kerana tiada lagi melodi seakan2 aura band Norwegian Black Metal seperti Burzum dan Mayhem muncul dalam album ini serta kurangnya elemen Thrash/ Death Metal seperti Possessed dan Exodus (old), akan tetapi jangan mudah berputus asa, kali ini muzik Silent Death lebih modern dan seiring dengan peredaran zaman. Namun nilai2 metal kental (semangat semasa 90'an dahulu) mereka masih tetap utuh dan bertenaga sehingga kini. Track yang aku paling suka ialah "Silent Kiss Of Death" yang seakan2 mencampur aduk (in a good way) antara elemen muzik New Wave Of American Metal (ada riff2 yg mirip seperti lagu2 dari band Unearth dan Killswitch Engage haha) tapi overall semua lagu dalam album ni tetap headbanging dan pastinya akan memikat peminat baru serta menjadi pelepas kerinduan terhadap peminat2 kental mereka yang telah lama menunggu album ini. Kali ini pembikinan lagu2 dalam album baru Silent Death banyak dibantu oleh Zizie Hashim (dalam penulisan lirik) dan bro Joe Slaughter (music composition, siapa tak kenal dengan Joe, beliau pernah menganggotai Sil Khannaz sebelum ini).

P/S: kalau nak beli CD tersebut, silalah lawati fanpage band2 tersebut di Facebook, sekarang banyak senang mah. Tak ada alasan untuk anda beli barang cetak rompak sebab sekarang anda boleh beli CD original menerusi artis itu sendiri melalui Facebook!

Sunday, February 5, 2012

Harta Rampasan Perang dari Gig Tribute To Kurt Cobain 2012 (Bertempat di Li Hua Hotel, Bintulu)

With The Lights Out


Pada 28hb Januari 2012 minggu lepas, aku dan rakan2 bersama2 menjayakan gig Tribute To Kurt Cobain anjuran Fuzzgun'91 (sebuah komuniti pemuzik UG di Sarawak yang berpengkalan di Kuching). Venue gig tersebut ialah di Hotel Li Hua, sebuah hotel yang terawal wujud di bandar Bintulu ini, sekaligus menempatkan hotel ini sebagai salah sebuah hotel yang paling lama bertahan di kawasan ini (selepas Hotel Kemena Plaza).


Event tersebut berjalan dengan lancar dan betul2 membangkitkan aura Seattle Sound kembali ke pendengaran remaja2 serta peminat muzik seantero. Dalam pada gig ini dijalankan, aku sempat juga beli beberapa merchandise seperti t-shirt, sticker dan CD demo/ep band yang perform pada hari tersebut.


T-shirt Fuzz Muff dan sticker band tersebut serta CD EP dari band Days Of Fire


Untuk keterangan lanjut tentang gig tersebut serta review lengkap event ini, sila lawati blog a.k.a. webzine dan distro iaitu Metuk Ulau Underground Voices pada entri Review Gig : Tribute To Kurt Cobain 2012! Enjoy Reading!

Peace, Love, Empathy...

Thursday, January 26, 2012

BURN THE PRIEST : Evolusi Kepada New Wave Of American Metal!

Hari ini (seperti kebiasaannya di pejabat aku) aku menerima sebuah bungkusan yang datangnya dari Klang, Selangor. Ianya dikirim oleh seorang pengusaha pakaian bundle secara online yang aku kenali melalui mudah.my tempoh hari. Di dalam bungkusan tersebut ialah t-shirt band "Burn The Priest", sebuah band groove-metal/deathgrind/thrash-metal/hardcore-punk dari Virginia, USA. Ok, mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan band ini. Sebenarnya Burn The Priest merupakan nama lama kepada band yang tersohor sekarang ini iaitu Lamb Of God!

T-Shirt "Burn The Priest"
Scorched Earth Policy (title ni tidak mewakili mana2 lagu atau album mereka)
Size: L
Tag: Delta Pro Weight
Knit in USA
Assembled in Mexico
Di belakangnya ada tertulis ayat dalam bahasa German "Der Teufel Nennt Mich Bruder" yang bermaksud "The Devils Calls Me Brother" (tiada ditunjukkan)

Sejarah Ringkas Tentang "Burn The Priest"

Band ini telah lama ditubuhkan, iaitu pada tahun 1990, di mana ianya diasaskan oleh Mark Morton (Lead Guitarist), Chris Adler (Drummer) dan John Campbell (Bassist). Pada mulanya mereka ni sama menuntut di Virginia Commonwealth University. Band ini pada mulanya hanyalah band 3 piece dan mereka sebenarnya bertindak sebagai band metal instrumentalist sahaja (tiada vokalis pada masa itu).

Selepas graduasi, Mark Morton melanjutkan pengajiannya ke peringkat master's degree di Chicago, dan posisi beliau diambil oleh Abe Spear. Oleh kerana bosan bermain dengan muzik instrumental sahaja, Randy Blythe masuk pula ke dalam band ini dan mengambil posisi sebagai vokalis utama.

Jodoh Abe Spear dengan Burn The Priest tidak lama, itupun beliau sempat menghasilkan Split-EP (bersama Burn The Priest) dengan 2 band yang tengah naik masa itu iaitu ZED dan Agents Of Satan pada tahun 1997 dan kemudiannya menghasilkan self-titled debut album bersama Legion Records. Posisi Abe Spear kemudiannya diambil-alih oleh adik kepada Chris Adler iaitu Willie Adler dan pada masa perkara ini berlaku, Mark Morton sudah kembali ke pangkuan band tersebut.

Dari Kiri: John Campbell (Bass), Chris Adler (Drums), Randy Blythe (Vocals), Abe Spear (2nd Guitar) dan Mark Morton (Lead Guitar)

Split Ep Burn The Priest dengan Agents Of Satan

Self-Titled debut album mereka. Rilisan pertama ialah pada tahun 1999 keluaran Legion records.
Ianya kemudian dibuat versi remastered oleh pihak Epic Record dan dikeluarkan semula pada tahun 2005

Oleh kerana ingin menukar arah gaya muzik mereka sedikit, band ini sepakat untuk membuat penjenamaan semula pada nama band ini...dari Burn The Priest kepada Lamb Of God!

Seriously, apa yang buat aku minat dengan band ini (zaman pra-Lamb Of God) ialah sound yang ada pada mereka. Ianya punyai blast-beat dan riff guitar yang seakan Grindcore dan kemudiannya dicampur-aduk dengan sedikit elemen Death Metal dan Math-Metal! Kalian boleh kaji time-signature pada setiap lagu mereka, ianya kadang2 seakan meniru Meshuggah tetapi elemen breakdown seolah2 tidak wujud dalam sound mereka kerana dikaburi oleh blast-beat dari "One Of The Top Metal Drummer 2011 (Modern Drummer Magazine)" iaitu Chris Adler!

Akhir kata, hope you guys enjoy watching this nostalgic performance of Burn The Priest (Now is known as Lamb Of God)! This Is BLOODLETTING!!!



LAMB OF GOD - BLOODLETTING (LIVE AT PROVINSIROCK FESTIVAL 2007)



BURN THE PRIEST - RARE LIVE FOOTAGE TAKEN IN 1996!

Wednesday, January 18, 2012

KONSERT FENOMENA SEARCH 30 TAHUN (Menyesal Tak Pergi Tengok!)

Bulan Madu Di Awan Biru, Tiada Yang Mengganggu...

Beberapa hari sebelum sambutan tahun baru 2012 pada tahun lepas, aku menerima perkhabaran melalui media massa (surat khabar, facebook, iklan radio) bahawasanya Search akan membuat konsert di Stadium Sarawak @ Kuching bersempena konsert jelajah "Search : Fenomena 30 Tahun". Mendengar berita tersebut, aku terfikir, aduh...apa ni? Wrong timing la pulak. Hujung tahun masa tu, semua orang sibuk dengan persediaan anak2 nak masuk sekolah, so bajet lari la. Aku pulak, walaupun anak aku belum mula bersekolah lagi (tadika pun belum haha) tapi duit dah banyak spend untuk beli baju & pakaian my dear Ainul. Ye la, budak2 bukannya makin mengecik...confirmlah membesar seperti kanak2 Dumex yang lain haha.

Kepada budak2 yang tak kenal siapa Search ni...meh sini aku nak azan telinga korang. SEARCH IS THE BIGGEST ROCK BAND IN MALAYSIA! Period! Well, yang second tu confirm la Wings, betul tak? Band yang terbukti masih unggul di persada muzik negara ini buat julung kalinya telah membuat persembahan di Kuching pada 31hb Disember 2011 yang lalu, sambil sambut ambang tahun baru la malam tu.

To make things worse, ada seorang rakan sepejabat aku yang bernama Kak Lel (bukan nama sebenar) siap dah beli 4 keping tiket (rujuk pic di bawah) untuk dia, suami dan 2 orang anak lelaki nya. Boleh tahan jugak rocker si makcik ni haha. Lagipun Kak Lel serta keluarga memang orang asal dari Kuching. Suami Kak Lel pulak memang kipas-susah-mati (die hard fan) Search sejak dari dulu lagi. Abang Hatta, suami Kak Lel (bukan nama sebenar) ni memang friendly orangnya dan banyak knowledge tentang dunia muzik rock dulu2, FYI, Abang Hatta ni kipas-susah-mati Metallica jugak (one of my favorite metal band of all time) .

Tiket Konsert Search Yang Membuatkan Aku Jeles Tak Tentu Pasal

Oleh kerana mereka berdua suami isteri kesian tengok aku tak berkesempatan nak join diorang pergi Kuching masa tu, jadi diorang pun cakap "Sekpa la Di, kelak Kak Lel dengan Abang Hatta kau beli t-shirt konsert Search ya pakei kau, kelak dudi2 la kau bayar" translation dalam bahasa Melayu nya pula : "Takper la Di, nanti Kak Lel dan Abang Hatta belikan kau t-shirt konsert Search tu, pastu kau boleh bayar bila2"...Ok la, aku terima pelawaan tersebut, at least terubat sikitlah luka di hati ni huhu.

Selang beberapa hari kemudian, lepas sambutan tahun baru 2012, Kak Lel and family pun balik dari Kuching. Kak Lel siap bawak ke pejabat pulak t-shirt Konsert Search tu. Perghh berbunga2 hati aku dibuatnya. Apa yang buat t-shirt ni sungguh berharga dan teramatlah istimewa ialah ianya tertera angka 30 pada design nya yang menandakan Search sudah wujud di dalam industri muzik Malaysia sudah sampai 30 tahun lamanya, seusia dengan aku pulak tu. Ianya meliputi tempoh semenjak rilisnya album pertama mereka yang berjudul "Cinta Buatan Malaysia" (rilisan tahun 1981) hingga album "Gothic Malam Edan" (rilisan tahun 2006) dan sehingga mereka aktif semula dalam mengadakan konsert jelajah sebegini.

T-Shirt Edisi Terhad Sempena Konsert Fenomena Search 30 Tahun

Ok takpe, nevermind...aku tidak berkesempatan untuk menonton sendiri konsert Search itu pun tak mengapa rasanya. Tapi apa yang penting ialah pic di bawah yang menyatakan seribu pengertian dan rasa respect aku terhadap Amy and the gang! FEWWWWIIITTTTT!!!!


Pic2 ini diambil semasa Amy datang ke Bintulu untuk membuat persembahan semasa Karnival Hari Keluarga Petronas pada tahun 2009 dahulu.

P/S: FYI, Metallica dan Search mengeluarkan album pertama masing2 pada tahun yang sama iaitu 1981. Metallica dengan album "Kill 'Em All" mereka dan Search pula dengan album "Cinta Buatan Malaysia", dan menjadikan ianya semakin menarik, tahun lepas iaitu 2011, kedua2 band menyambut anniversary yang ke 30!

Pembetulan!
Sebenarnya album Metallica yang pertama bertajuk "Kill 'Em All" dirilis pada tahun 1983
Manakala album Search "Cinta Buatan Malaysia" pula dkeluarkan pada tahun 1985
Minta maaf atas kesilapan info tersebut! huhu Thanks to bro Berteromber atas teguran tersebut.
Tapi apa yang pasti, kedua2 band tersebut ditubuhkan pada tahun yang sama iaitu 1981!

Tuesday, January 10, 2012

Aku dan Michael Jackson (Koleksi Peribadi Memorabilia MJ)

'Cause This Is Thriller, Thriller Night. And No One's Gonna Save You From The Beast About To Strike!

Petang tadi, kira2 dalam pukul 3.00 petang, sedang aku sibuk dengan rutin harian aku di pejabat (buat kerja kewangan/pentadbiran yang tiada kesudahannya), aku menerima satu bungkusan yang datangnya dari Singapura. Ianya sebenarnya merupakan baju tee Michael Jackson yang aku tempah secara online melalui Get Up Merch, sebuah syarikat menjual baju tee Rock yang agak famous di Singapura. Design untuk t-shirt ini agak berlainan dan menepati citarasa aku, plus lebih menguntungkan ialah, aku beli tshirt ni masa Year End Sale yang dikelolakan oleh pihak Get Up Merch.

Kepada mereka yang tidak mengetahui siapa itu Michael Jackson, i got something to say to you..ARE YOU NUTS? Mungkin remaja2 yang hidup dalam dekad millenium kini tidak berapa mengetahui siapa sebenarnya MJ, tapi bagi aku yang sejak dari kecil lagi mendengar, menonton dan mengetahui perkembangan semasa hayat beliau, MJ merupakan idola aku semasa kecil dahulu. Dialah THE KING OF POP dalam erti kata sebenar. Bagaimana aku boleh meminati muzik dan persona beliau? Itu aku akan cerita lain kali. Mungkin aku akan terangkan dalam entri akan datang, insyaAllah.

Di bawah merupakan beberapa koleksi memorabilia Michael Jackson yang aku ada:

T-Shirt Michael Jackson "This Is It" Zombie Design
Pada 4 Januari lepas, aku telah membuat tempahan secara atas talian (online) melalui laman web Get Up Merch yang aku katakan tadi. Bersempena dengan Jualan Penghujung Tahun yang dipromosikan dalam laman web tersebut, tanpa membuang masa aku pun rembat la satu tee Michael Jackson yang mempunyai design MJ dalam bentuk Zombie di hadapan nya. Dalam masa satu minggu sahaja, t-shirt tersebut sudah sampai di tangan aku.


Ini merupakan billing detail untuk pembelian baju tee tersebut, harga cuma RM56 sahaja (aku save $11, kira2 dalam RM25 camtu, kalau ikutkan harganya ialah RM80 plus2)

Inilah dia T-shirt MJ "This Is It" Zombie Design, Tag Gildan, Size L

Antara sebab utama aku suka design ini ialah, come on la, it's obvious...ianya menyerupai MJ dalam video muzik yang mengangkat nama beliau in music history iaitu "Thriller". Siapa boleh lupa dengan video muzik tersebut? Dengan koreografi tarian yang memorable dan sukar untuk dilupakan, kesan khas pada make-up penari2 dan MJ sendiri serta short movie yang terdapat dalam video tersebut.


Video Muzik Rasmi untuk lagu "Thriller", perhatikan pada bahagian awal video tersebut, terdapat kata2 awal dari MJ yang berbunyi:
"Due to my strong personal convictions, I wish to stress that this film is no way endorses a belief in the occult"

Personally, album "Thriller" lah antara penyebab aku menyukai muzik pop ketika kecil dahulu. Melalui pendedahan tersebut, secara evolusinya aku mula mengenali beberapa genre muzik yang lain seperti Hip-Hop, Rock, RnB dan sebagainya.

Michael Jackson's Thriller Album CD (25th Anniversary - The World's Biggest Selling Album Of All Time)
Aku beli CD ini kalau tak silap aku dalam bulan Oktober tahun lepas di Kedai CD/DVD Speedy @ Imperial Mall, Miri. Aku ke sana sebenarnya atas urusan rasmi, akan tetapi disebabkan ada kelapangan masa di waktu malam, aku sempat ronda2 di pusat membeli-belah berkenaan. Aku beli pun masa ada promosi dan diskaun, so boleh dikatakan rezeki jugak la haha. CD untuk album "Thriller" ini pun harganya tidaklah sampai RM50, dan lebih membuatkan ianya berbaloi untuk dibeli ialah, ianya disertakan sekali dengan DVD percuma yang merangkumi 3 video muzik dari album tersebut iaitu "Thriller", "Beat It", "Billie Jean" serta persembahan legenda beliau ketika Motown 25: Yesterday, Today and Forever" (melalui persembahan ini jugalah MJ memperkenal kepada dunia tarian "Moonwalk" nya)

Ini merupakan CD album "Thriller" Edisi 25th Anniversary yang disertakan sekali dengan DVD bonus tersebut

Tracklist dalam CD Audio nya ialah:
  1. Wanna Be Startin' Somethin'
  2. Baby Be Mine
  3. The Girl Is Mine (feat Paul McCartney)
  4. Thriller
  5. Beat It
  6. Billie Jean
  7. Human Nature
  8. P. Y. T. (Pretty Young Thing)
  9. The Lady In My Life
  10. Vincent Price Excerpt (from "Thriller" Voice-over Session)
  11. The Girl Is Mine (Remix feat Will.i.am)
  12. P. Y. T. (Remix feat Will.i.am)
  13. Wanna Be Startin' Somethin' (Remix feat Akon)
  14. Beat It (Remix feat Fergie)
  15. Billie Jean (Remix feat Kanye West)
  16. For All Time (unreleased track - lagu yang agak unik, slow tempo...mcm mana lagu ni tak diletakkan masa 1st release dulu?Lagu ni layan jugak woo haha)
Rasa2nya aku pernah sebut dahulu yang band ayah aku pernah perform bawak lagu "Billie Jean" dalam entri yang lepas (sila rujuk post Dekad 80'an: Bapak Aku dan Band Beliau "The Glass Bubbles")

T-Shirt Michael Jackson Yang Lain
Aku beli 2 helai t-shirt MJ iu ni masa Borneo International Kite Festival (festival layang2 antarabangsa yang diadakan satu tahun sekali di tempat aku ni), di gerai2 pameran yang disediakan. Harga t-shirt ni masa aku beli pun tak la mahal sangat dan ianya merupakan harga yang agak best tahap cipan bagi aku (hanya berharga RM10 sahaja), tapi yang anehnya tag pada t-shirt ini ialah Hanes dan Made in China. Kan sepatutnya tag jenama begini harganya mana ada kurang dari RM50? Ermmm...entahla, mungkin diorang penjual tu letak harga sembarangan agaknya. Anyway, kira rezeki juga la dapat harga sebegitu.


Dua t-shirt yang aku maksudkan iaitu design cover album "Thriller" dan "MJ Dancing"

Sesungguhnya pemergian beliau pada 25 Jun 2009 amat dirasai oleh semua semua penduduk dunia terutamanya die-hard fans beliau. MJ merupakan idola aku ketika kecil (dan masih lagi sehingga sekarang), his music changes the world pop culture. Aura dan hasil kerja beliau masih dihargai dan diminati sehingga kini. Aku ni tak juga boleh dikategorikan sebagai kipas-susah-mati (die hard fan) MJ, akan tetapi kalau ada masa dan kelapangan terjumpa barangan2 memorabilia beliau, nescaya aku akan membelinya jika harganya berpatutan.

P/S: Boleh ka bawak lagu "Smooth Criminal" versi Alien Ant Farm masa sesi jamming Hepi ;) Metuk Ulau Projekt lain kali? bro Ijau dan Korawk...amacam?

Wednesday, January 4, 2012

Dekad 80'an : PREDATOR Movies And How It Effected My Life!

The First Movie Will Always Be The Best!

Kepada mereka yang sebaya dengan aku, anda mungkin masih teringat situasi ini masa kecil2 dahulu semasa asyik menonton movies di TV dahulu. Kalau kita imbas kembali, TV2 (iaitu RTM Siaran 2) pernah mempersembahkan beberapa slot movies untuk genre aksi setiap hari khamis malam jumaat (kadang2 ianya disponsor oleh syarikat rokok haha). Seringkali juga disiarkan filem2 hebat masa dahulu seperti First Blood, Rambo 2 & Rambo 3 (lakonan Sylvester Stallone) serta Commander, Terminator 1, dan semestinya Predator (lakonan Arnold Susah-nak-eja ops salah Arnold Schwarzenegger). Ya! Mungkin ramai yang akan berkata, Predator 2, Alien Vs Predator, AVP Requiem dan Predators lagi best tapi, harus diingat, franchise pertama (Predator 1) inilah yang memulakan sensasi kepada persepsi masyarakat tentang makhluk asing yang ganas bernama PREDATOR ini!

Poster Rasmi Untuk Filem "Predator" Lakonan Arnold Schwarzenegger

PREDATOR (diriliskan pada tahun 1987)
Rasa2nya aku pertama kali menonton filem ini kalau tak silap aku dalam tahun 1989 (masa tu aku masih darjah 2) lepas balik dari kelas karate waktu malam (haha agak cliche untuk kanak2 zaman aku). Apa yang membuat aku terpesona dan hampir tidak terkebil2 mata menonton filem ini ialah storyline nya. Skrip filem ini dibuat oleh dua orang adik beradik berbakat dalam penulisan skrip kreatif iaitu Jim dan John Thomas. Pada era 80'an dahulu, cerita sebegini yang mencampurkan elemen aksi, adventurous dan horror cukup popular ketika itu.

Siapa boleh lupa dengan watak yang dibawakan Arnold dalam filem ini iaitu Mejar Dutch yang selaku menjadi ketua kepada geng2 komando untuk misi menyelamatkan seorang menteri dari tahanan sebuah pasukan gerila di Val Verde, Guatemala. Lepas itu, part yang paling suspense ialah apabila sorang demi sorang daripada geng2 komando tersebut mati dalam keadaan mengerikan setelah selesai menyelesaikan misi berkenaan. Part paling climax dalam filem ini ialah di penghujungnya apabila Mejar Dutch bertarung dengan makhluk Predator tersebut di dalam kawasan paya pada waktu malam, lepas tu, kompem la Predator tu kalah (takkan hero plak mati!) part paling canggih ialah apabila Predator tersebut show-off alat timing bomb nya sambil ketawa dalam keadaan mengerikan!

Ramai yang tidak mengetahui bahawa makhluk Predator ini direka oleh Stan Winston Studio yang juga bertanggungjawab mereka beberapa creatures dan special make-up effect untuk beberapa filem ternama seperti Alien, Aliens, Terminator, Edward Scissorhands, Jurassic Park, End of Days dan bermacam2 lagi filem yang melibatkan penggunaan animatronik serta kesan khas yang lain. Apa yang menjadi trademark kepada rekabentuk pada muka Predator ialah belahan 4 penjuru pada mulutnya dan rambut dreadlock! (inspirasi mungkin diambil dari wajah Bob Marley kot haha)

Rekaan asal untuk makhluk Predator (pic cilok dari Todd Mcfarlane Website)

Beberapa fakta menarik tentang filem tersebut:
1. Tajuk asal untuk filem ini sebenarnya ialah "The Hunter"
2. Watak Predator dalam filem ini sebenarnya dilakonkan oleh Jean-Claude Van Damme, akan tetapi beliau menolak tawaran tersebut di saat akhir atas alasan kustom tersebut "terlalu panas dan lembik" (dasar ego seorang action superstar!)
3. Semasa sesi pengambaran dilakukan di kawasan hutan Mexico, kebanyakan krew serta pelakon ekstra mengalami penyakit Diarrhea (cirit-birit) yang teruk akibat daripada bekalan air yang tidak bersih
4. Wajah Predator sepatutnya menyerupai itik!
5. Pengarahnya, John McTiernan pernah menjadi orang yang dikehendaki oleh FBI!
6. Sampai ke hari ini, kita masih tidak tahu apa nama yang spesifik untuk makhluk asing yang hanya digelar "Predator" ini (asal dari planet mana, spesis apa)


Trailer Rasmi Untuk Filem "Predator" (1987)

Predator in my day-to-day life!
Kira2 dua hari lepas, aku terserempak dengan sebuah kereta Mitsubishi Lancer yang mempunyai lukisan (teknik air-brush) Predator di atas bonnet depan nya. Dalam hatiku berkata, mesti orang yang empunya kereta ni memang die-hard fan untuk filem Predator haha. Tapi tak kesah la, janji aku dapat ambil pic yang eksklusif ni (lihat pic di bawah) untuk aku share di dalam blog. Boleh tahan juga la design Predator ni!

Kereta Mitsubishi Lancer yang aku cakap tadi!

Dalam tahun lepas juga, apabila orang lain tengah sibuk bershopping di shopping mall beberapa hari sebelum Hari Raya, aku pulak TERbeli t-shirt Predator (lihat pic di bawah) sebab design nya cantik dan awesome! Tag tee ni ialah Heavy Metal (tak pernah aku dengar pun, mungkin production dari Siam kot) dan bersize L. Aku beli t-shirt ni di kedai REMIX di Parkcity Mall (di Bintulu, Parkcity Mall ni ajer la Shopping Complex yang kami ada huhu sedihnya)

T-shirt Predator yang aku maksudkan tu! Awesome!

P/S: Azam tahun baru = nak kumpul action figure Predator? Ermmm....tengok la dulu. Kang tak pasal2 kena buang dalam tong sampah oleh orang rumah aku haha takut malaikat tak nak masuk rumah katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...