Blog catatan merapu yang aku buat tentang kehidupan aku sebagai seorang pemuzik amatur (tahap bohemian), seorang ayah and loving husband, seorang penjawat awam, movie addict, pengkritik makanan, seorang muslim dan semestinya sebagai seorang pemerhati kepada sesuatu yg berlaku di persekitaranku.
Showing posts with label skateboard / pennyboard. Show all posts
Showing posts with label skateboard / pennyboard. Show all posts
Inilah akibatnya jika anda tidak menggunakan helmet serta knee & elbow pads semasa membuat aksi "downhill" (turun dari atas ke bawah bukit dengan kelajuan yang tidak munasabah).
pergelangan tangan
muka
bawah lengan (yang ni ada lebam sebesar buah epal pada mulanya, kemudian mengecut selepas beberapa jam)
lutut
Kejadian yang tidak diingini ini berlaku semalam (Khamis 17 April 2014) di perkarangan Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, tidak jauh dari pejabat wife aku. Pennyboard bukan dicipta untuk membuat aksi "downhill" tapi aku degil juga ermmm. Setelah mendapat kecederaan ini, aku langsung terus ke sebuah hospital swasta (juga bertindak sebagai klinik panel untuk jabatan aku) bagi mendapatkan rawatan. Setelah dibuat X-Ray pada pergelangan tangan dan bawah lengan, alhamdulillah tidak ada sebarang tulang yang patah.
Rakaman video ini dibuat semasa outing session bersama rakan-rakan lain bertempat di Bintulu Promenade (as usual) pada 31 Januari yang lalu. Kali ini banyak aksi yang boleh dikatakan tahap kamikaze jugalah. Aku cuma mampu ambik video sahaja. Kalau nak buat trick pelik2 minta maaf la aku memang tak berani haha. Tapi biasalah adat main benda-benda meluncur ni, kalau tak jatuh memang tak sah. Video part 2 dulu tu hanya showcase kitorang cruise secara santai sahaja, kali ni agak ekstrim jugak la.
Band Curse Of God (ehsan dari Noise Of Borneo)
Curse Of God Official Logo
Dalam video ini pula aku gunakan lagu "Curse Of God" dendangan band metal dari Bintulu iaitu Curse Of God. Oleh kerana video ini menyaksikan lagak ngeri suam-suam kuku, maka memang eloklah kiranya lagu ini dijadikan runut bunyinya (dengan izin dari pihak band juga). Oh ya, sebelum aku terlupa, jika ada di antara kalian yang berminat untuk membeli cd band Curse Of God ini silalah klik di SINI. Selamat menonton!
Four Wheels And A Board : Skateboarding & Pennyboarding In Bintulu Part 3
Tarikh : 7 Februari 2014 (Jumaat) Masa: Sekitar pukul 5:30 petang
Seperti kebiasaannya pada waktu petang sebegini, selepas balik dari kerja pukul 5 petang aku sudah bergegas untuk ke Bintulu Promenade untuk mencergaskan badan dengan aktiviti pennyboarding. Perjalanan aku akan bermula dari Bulatan Kompas (berdekatan dengan Hotel Parkcity Everly) sehinggalah ke kawasan belakang Pasar Utama Bintulu kemudian patah balik ke lokasi permulaan tadi. Semenjak dua menjak ni hampir tiap-tiap hari aku ride pennyboard begini, baik berteman dengan rakan-rakan ataupun lone ranger sahaja. Jarak keseluruhan dari tempat mula hingga penamat dan patah balik lagi ke titik permulaan ialah lebih kurang 2.6 kilometer. Kalau aku ride jauh sikit boleh sampai 3 km rasanya hehehe.
Sedang aku melalui satu kawasan yang tidak jauh dari sebuah restoran tebingan sungai di kawasan ini, aku terserempak dengan sekumpulan budak perempuan sedang borak2 dan tengah belajar main skateboard dengan seorang budak lelaki. Budak lelaki tu aku kenal la, sama geng ride sama-sama di hujung minggu. Aku kira mereka ni semua sebaya dengan anak buah aku yang baru tingkatan 4 tahun ni. Entah macam mana, salah seorang budak perempuan tadi menjerit ke arah aku dengan panggilan "pakcik! pakcik!"...aku malas lah nak ambik port mulanya.
Selesai aku menamatkan riding aku di lokasi penamat iaitu di belakang Pasar Utama Bintulu, aku patah balik untuk kembali ke tempat permulaan tadi iaitu di Bulatan Kompas yang terletak tidak jauh dari kawasan hotel tadi. Dalam perjalanan tersebut sekali lagi aku terserempak dengan sekumpulan budak perempuan tadi. Jumlah mereka semua cuma 3 orang sahaja. Sekali lagi budak perempuan yang sama menegur aku dengan panggilan "pakcik! pakcik". Kali ini aku berhenti. Lalu bermulalah sesi dialog aku dengan diorang, kesemua perbualan ni asalnya di dalam bahasa Melayu Sarawak, tapi aku terjemahkan dalam bahasa Melayu rasmi lah:
Budak Perempuan 1: Wah! Terer nya pakcik bawak pennyboard. Boleh saya tengok board pakcik? (eh,
apsal panggil aku pakcik pulak? Tua sangat ker aku ni? Dalam hati aku berkata haha)
Aku : Erkk...tak la terer sangat. Biasa-biasa saja
Budak Perempuan 2: Laju jugak pakcik bawak pennyboard ni tadi yer. Boleh tanya berapa umur pakcik?
(la...nak tanya umur pulak dah)
Budak Perempuan 3: Umur pakcik 40 kan? (aku belum sempat jawab lagi budak ni dah mencelah...apa la!)
Budak Perempuan 2: Eh tak lah, mesti pakcik umur 35 kan? (salah! Oi aku tak la tua sangat)
Aku : Eh, tak lah. Saya baru saja 32 tahun
Budak Perempuan 2: Laaa...betul la jawapan saya tadi tu....32 tahun dekat la dengan 35 tahun (suka hati
engkau lah dik)
Budak Perempuan 1: Pakcik, boleh saya pinjam sekejap pennyboard tu? (sambil dia tunjuk pennyboard
aku...laaa...cakap la nak testing)
Aku : Ok, belasah ajerrrr....
Dalam masa lebih kurang 2 @ 3 minit begitu mereka testing ride atas pennyboard aku. Sampai nak tergolek pun ada. Lucu jugak aku tengok telatah mereka ni.
Budak Perempuan 1: Ok abang...eh pakcik, terima kasih la. Nah ni pennyboard awak. Kami nak balik dulu.
Assalamualaikum (lepas tu diorang pun beredar dari kawasan waterfront tadi)
Aku : Waalaikumsalam
Lepas tu aku pun lepak sekejap dengan budak lelaki yang tadinya mengajar sekumpulan budak perempuan tadi cara-cara bermain skateboard. Selesai saja berborak aku pun kembali riding ke tempat aku bermula tadi.
Inilah dia skater tua yang dimaksudkan (pic ehsan dari Barangkali Marus)
Sepanjang perjalanan itu aku terfikir, secara tidak sengaja aku telah memberi pendedahan kepada generasi baru tentang sukan pennyboarding ni. Sekurang-kurangnya aku telah buktikan bahawa usia bukan penghalang untuk anda mencuba apa-apa sukan yang dirasakan sesuai dengan jiwa anda. Aku sudah mula meluncur dengan papan yang beroda empat ini semenjak di bangku sekolah lagi, kini aku kembali ke sukan lama aku, walaupun kudrat tidaklah sehebat dulu, namun demi untuk menjaga kesihatan, azam kena kuat dan itulah yang aku telah lakukan. Jangan lupa juga untuk sentiasa bersyukur kepada Allah dengan nikmat kesihatan yang ada ini.
Alhamdulillah selama hampir 2 bulan aku bergiat dalam sukan pennyboarding ni, blood pressure aku semakin stabil dan tiada tanda2 diabetes. Dalam masa yang sama aku masih lagi jaga pemakanan. Masih lagi mengikut diet yang aku amalkan semasa aku kena sakit high blood pressure tahun lepas. Makan sebelum kenyang, nasi jangan banyak cukuplah segenggam, ambil sedikit supplement foods (setakat Spirulina dan Multivitamins sahaja) dan sebagainya.
Satu lagi inspirasi untuk aku kembali meluncur ialah oleh kerana seorang skateboarder legend iaitu Rodney Mullen. Dalam dunia sukan skateboard, Rodney Mullen dianggap sebagai "The Godfather Of Street Skateboarding" kerana telah mencipta lebih kurang 29 skateboarding tricks dan masih lagi bereksperimentasi sehingga kini. Beliau merupakan di antara professional skateboarder terawal sebelum zaman Tony Hawk (penghujung 80'an). Ok, mungkin aku tidaklah sehebat beliau tetapi dalam usia 48 tahun ketika ini, beliau masih lagi aktif meluncur di jalanan walaupun sudah bergelar jutawan (beliau merupakan co-founder untuk jenama skateboard World Industries). Ini sudah cukup menjadi modus operandi dan sumber inspirasi untuk aku kekal aktif dalam sukan ini. Jom saksikan salah satu ceramah beliau tentang dunia skateboarding (video di bawah):
Rodney Mullen : Pop An Ollie And Innovate (Live at TED)
Ini merupakan percubaan kedua aku untuk mengupload video tentang aktiviti skateboard dan pennyboard di Bintulu, tempat aku ini. Tanpa aku sedari selama beberapa bulan aku aktif main pennyboard dan skateboard ni, aku mulai jumpa kawan-kawan baru yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pennyboard. Walaupun kebanyakan mereka usia lebih muda dari aku, namun itu tidak membantutkan usaha aku untuk kekal aktif dalam pennyboarding. This is my sport, some people would choose football, futsal, bowling or whatever...I really don't mind though. But for this kind of game, it's hard for me to say no...hahaha.
Di bawah merupakan video yang kedua aku buat, untuk kali pertama boleh klik di SINI. Kali ini cameraman yang terlibat ialah saudara Marus (penulis blog Barangkali Marus, rakan seperjuangan dalam muzik independent di Bintulu dan part-time seniman jalanan) manakala editing pula dibuat oleh aku sendiri. Lagu background untuk video ini pulah aku gunakan (dengan izin) lagu yang berjudul "A Friend For The End Of The World" dari sebuah band grunge tempatan (based in Kuching but originally from Bintulu) iaitu The Cuppycakes diambil dari EP mereka yang bertajuk "Man Eating Musics" (2013).
Semoga anda terhibur dengan video ini. I present to you "Four Wheels And A Board : Pennyboarding In Bintulu Part 2"...cheers!
Four Wheels And A Board : Pennyboarding In Bintulu Part 2
Gambar ini diambil sehari selepas aku membeli pennyboard aku pada Disember tahun lepas, semasa aku cuti hujung tahun. Cruising di sepanjang Bintulu Promenade (aka Waterfront)
Tentu ramai yang tertanya, kenapa dan bagaimana aku boleh terjebak ke kancah papan luncur sebegini? Sebenarnya ini merupakan satu hobi yang sudah sekian lama aku tinggalkan, mula aktif semasa aku di sekolah menengah dahulu. Apabila aku kembali sihat selepas terkena serangan darah tinggi dan kolesterol tahun lepas, aku mengambil keputusan yang aku ingin kekal sihat. Sekarang hampir tiap2 hari aku akan meluncur menggunakan pennyboard aku ini, apabila selesai urusan di pejabat (main waktu petang la, lepas waktu pejabat).
Di bawah pula video yang aku buat tentang skateboarding & pennyboarding di Bintulu (sebenarnya cuma riding bersama rakan2 sahaja):
Skateistan : To Live And Skate Kabul merupakan sebuah filem pendek berbentuk dokumentari yang mengisahkan tentang kehidupan kanak-kanak dan remaja di Afghanistan yang berkecimpung di dalam sukan skateboard. Ianya juga memberi penekanan tentang kesusahan hidup yang dialami oleh kanak-kanak di sana. Di dalam sebuah negara yang hancur disebabkan perang saudara, kebencian etnik, pergolakan politik yang merunsingkan (syukur Malaysia masih aman), kanak-kanak serta remaja di Afghanistan ini mulai bersatu dan bergerak secara komuniti, dibantu oleh sebuah NGO iaitu Skatetistan, dan secara perlahan mendekatkan jurang perbezaan di kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik di negara bergolak tersebut.
Skateistan : To Live And Skate Kabul (2010 produced by Dazed & Confused and Diesel)
Jom layan beberapa pics menarik tentang NGO Skateistan ini:
Kanak-kanak perempuan tidak dibenarkan bermain basikal (mengikut undang-undang Afghanistan dan budaya mereka) akan tetapi digalakkan bermain skateboard. Weird but nice...
Kids with their skateboards. Kebanyakan di kalangan mereka mempunyai pekerjaan seperti menjual makanan di tepi jalanraya dan tidak bersekolah. Skateboarding merupakan salah satu cara untuk mereka merasai dunia kanak-kanak, keluar daripada tekanan hidup mereka.
Aku suka gambar ni. Seorang budak lelaki membuat trick ollie di atas kereta kebal yang telah hancur.
A girl with her skateboard
Ini merupakan Skateistan Skatepark yang terdapat di Kabul, Afghanistan. Di antara projek terawal NGO tersebut.