Showing posts with label TRESNO. Show all posts
Showing posts with label TRESNO. Show all posts

Monday, June 5, 2017

Ulasan Showcase "Showdown In Borneoland" (Kyoto Protocol & Nice Stupid Playground)

Official Flyer

"Awesome performances. A dream-come-true experience for Borneo indie fans,"

Apabila aku terbaca di facebook yang pihak pub/bistro Alice In Borneoland akan membawa Nice Stupid Playground ke Miri pada 6 Mei 2017, tanpa berlengah masa aku terus dapatkan tiket melalui pembelian atas talian. Nice Stupid Playground beb, bukan mudah untuk menonton mereka secara langsung. Sebelum ini pihak pub/bistro pernah mengundang OAG serta Gerhana Skacinta membuat persembahan di venue mereka ini. Cuma untuk kali ini ada kelainan sedikit di mana bukan hanya satu tetapi 2 buah band yang diundang iaitu Kyoto Protocol serta Nice Stupid Playground.

Mungkin budak-budak yang lahir era 90'an tidak berapa mengenali band ini, tetapi bagi kami dari Generation X serta awal Gen Y, band inilah yang memeriahkan zaman remaja kami. Nice Stupid Playground mula mendapat tempat di hati peminat-peminat mereka melalui lagu-lagu mereka yang terdapat di dalam album kompilasi "Boys & Girls 1 + 1 = 3", terbitan Positive Tone (label indie yang cukup terkenal suatu ketika dahulu).

Formula pihak Alice In Borneoland menggandingkan Nice Stupid Playground dengan sebuah band alternative tempatan Kyoto Protocol nampaknya sangat disambut baik orang ramai pihak. Kyoto Protocol, sebuah band yang berpaksikan genre alternative rock ini pada awalnya aku mengenali mereka daripada sebuah rancangan realiti TV suatu ketika dahulu berjudul "Versus" terbitan TV3. Nama mereka juga cukup gah di dalam scene muzik indie sekarang. Tajuk untuk acara ini juga cukup menarik iaitu "Showdown In Borneoland". Kiranya ok jugalah, gandingan band baru dan lama.

Acara pada malam itu bermula pada pukul 9 malam dengan Kyoto Protocol yang memulakan persembahan. Terus terang aku katakan, pada awalnya aku tak berapa kenal sangat dengan band ni. Hanya pernah tertengok beberapa muzik video mereka di Youtube dan Facebook. Tetapi setelah menyaksikan mereka membuat persembahan, band ini sememangnya jiwa lama. Sound mereka kedengaran seperti kebanyakan band dari era 90'an. Ini betul-betul menepati selera aku. Vokalisnya kedengaran macam Dave Grohl juga, itu adalah bonus bagi aku. Haha. Betul-betul enjoy melihat mereka membuat persembahan.
 Kyoto Protocol in action

 Kyoto Protocol in action...again

 Sesi Meet and Greet bersama Nice Stupid Playground

Bergambar bersama frontman Kyoto Protocol, Fuad AlHabshi

Band Kyoto Protocol ini juga ada mendendangkan beberapa lagu melayu yang diolah dengan cara mereka sendiri. Mereka juga ada menghasilkan sebuah EP yang mengandungi lagu-lagu cover bahasa melayu dengan olahan terkini, kreatif dan kedengaran segar bertajuk "Pahlawan". Paling menarik dan kelihatan sedikit lucu ialah apabila pemain kibod band ini (which is a white caucasian man) menyanyikan lagu "Tak Mengapa" (dendangan asal A Rahman Hasan) dengan lancar sekali tanpa ada pelat mat salleh pun.

Selesai Kyoto Protocol membuat persembahan selama sejam, kini tiba pula Nice Stupid Playground membuat persembahan. Setlist mereka dimulakan dengan lagu "Beautiful Life" yang diambil dari album kedua mereka. Kelihatan kebanyakan penonton pun mula memenuhi ruang hadapan berdekatan dengan stage. Ada juga yang bertepuk tangan dan nyanyi bersama. Lagu kedua pula bertajuk "Miracle" diambil dari album yang sama. Lagu ketiga pula ialah "She Wants", antara track yang terdapat di dalam album kompilasi "Boys & Girls 1 + 1 = 3". Keadaan menjadi agak happening pada masa ini diiringi dengan sorakan serta aktiviti sing-a-long. Rupa-rupanya ramai juga die hard fans band ini yang berada di sini. Ok lah tu, sekurang-kurangnya aku tidak keseorangan.

Pada malam itu, Nice Stupid Playground ada juga membawa beberapa lagu dari album baru mereka yang dijangka akan rilis pada awal tahun depan. Sound mereka masih sama dan kebanyakan lagu-lagu baru tersebut masih lagi catchy serta melodic. Agak sesuai dengan halwa pendengaran aku serta mana-mana individu yang meminati sound britpop/indie sebegini.

Sekadar catatan peribadi, Nice Stupid Playground merupakan antara beberapa band penting yang menjadi sumber inspirasi dalam aku berkarya, baik dalam muzik mahupun dalam penulisan kreatif. Band ini boleh dikatakan antara batu loncatan yang memeriahkan scene alternative/indie di Sarawak pada dekad 90'an dahulu. Setelah band ini menjadi artis rakaman di bawah label Positive Tone, maka banyaklah kugiran indie muncul di dalam scene alternative/indie Kuching seperti Nerd, Radish Fan, The Drive dan banyak lagi. Suatu ketika dahulu, aku juga pernah menubuhkan sebuah band alternative/indie iaitu Tresno semasa zaman kolej sekitar tahun 2000 tatkala album Nice Stupid Playground yang pertama berjudul "My Life Is My Parents Biggest Television" tengah hype masa tu.

 Nicestupidplayground - 2017 line-up

 Charles Rossem (frontman) sedang khusyuk bernyanyi

 Nice Stupid Playground

Nice Stupid Playground

Nice Stupid Playground menamatkan setlist mereka dengan lagu Bedroom Window. Lagu ini jugalah yang menaikkan nama mereka di persada industri muzik tempatan khususnya di dalam arena independent serta underground. Penonton semakin menghampiri stage dan aktiviti sing-a-long semakin menjadi-jadi sehinggakan microphone Charles Ephrem Rossem (vokalis/frontman) diambil oleh peminat mereka. Macam sesi karaoke pun ada.

Persembahan oleh kedua-dua band tersebut amatlah menghiburkan dan sesuatu yang akan dikenang sampai bila-bila. Bagi pihak Kyoto Protocol, ini merupakan kali pertama mereka di sini. Nice Stupid Playground pula sudah 17 tahun tidak menjejakkan kaki ke Miri.

Dari segi sistem siar raya, pihak organizer seharusnya diberi pujian. Mungkin ada beberapa kesilapan teknikal tetapi tidak ketara. Boleh dikatakan ianya hanyalah kes-kes terpencil. Secara keseluruhan, bunyian yang keluar dari kebanyakan speakers adalah sentiasa di dalam keadaan stabil dan tidak terlalu membingitkan. 

Terima kasih sekali lagi buat pihak Alice In Borneoland kerana membawa artis-artis dari dunia independent ini membuat persembahan di venue anda. Ini juga adalah antara suatu usaha untuk memeriahkan scene muzik indie/underground di Miri. Support! 

Sempat selfie pulak dengan Charles. Haha.



Bedroom Window - Nice Stupid Playground (Live at Alice In Borneoland)



Monday, July 13, 2015

TRESNO - Hari Kemenangan (Di Bulan Syawal)




Hari Kemenangan (Di Bulan Syawal)

Sebulan berpuasa, menahan nafsu
Berlapar dan dahaga, lillahi taala
Ramadhan yang berlalu mengajar kita
Bersifat tawadhuk, mendekati Dia

Semoga dipanjangkan usia mengecapinya
Tiada selain diriNya pemberi rahmat

*Chorus
Hari kemenangan milik kita
Inilah hadiah yang paling berharga
Hari kemenangan milik kita
Inilah masanya kita raikannya

Di bulan Syawal ini ku susunkan jari
Pohon kemaafan, salah dan silapku
Kerna hakikatnya kita ini hambaNya
Sentiasa bersyukur, Alhamdulillah

Semoga dipanjangkan usia mengecapinya
Tiada selain diriNya pemberi rahmat

*Chorus
Hari kemenangan milik kita
Inilah hadiah yang paling berharga
Hari kemenangan milik kita
Inilah masanya kita raikannya

Hasil Nukilan Adi Herman

P/S: Macam biasa guys, hanya perlu klik butang PLAY pada aplikasi Soundcloud di atas untuk mendengar lagu ini. Oh ya, lagu ini juga boleh dimuat turun secara PERCUMA. Sedekah amal jariah di hari baik bulan baik ni. Saya dedikasikan lagu ini buat pembaca-pembaca kental blog ini (my dearest blogger friends, you know who you are! Kalau nak buat senarai takut saya tercicir nama orang-orang tertentu nanti). Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Thanks!


Friday, June 26, 2015

Terminal - Tresno (Demo 2015)

Terminal (Lirik)

Dunia ini hanya satu persinggahan
Hanya seketika
Bersifat sementara

Tapi mengapa masih ada di antara kita
Mengejar nikmat ini
Yang bukan hakiki

Chorus*
Terminal ini hanya tempat rehat sementara
Tiada apa yang kekal di sini
Kecuali DIA
Dan dengan itu maka persiapkan diri kita
Jangan lengah kerna yang abadi
Sedia menanti

Tiada masa untuk kita mempersiakan
Masa yang singkat ini
Ia takkan kembali

Sujudlah pada Dia yang menciptakan kita
Kerna kasih sayangNya
Mengatasi kemurkaanNya

Chorus*
Terminal ini hanya tempat rehat sementara
Tiada apa yang kekal di sini
Kecuali DIA
Dan dengan itu maka persiapkan diri kita
Jangan lengah kerna yang abadi
Sedia menanti

P/S: Anda hanya perlu klik butang PLAY pada aplikasi Soundcloud di atas. Lagu ini masih belum diadun dengan baik. Harap maaf.


Saturday, December 7, 2013

Majlis Persandingan Korawk Al Naseer Di Dewan Suarah Mukah : Hail To The King!

Semalam dah keluar teaser, yang ini pula entri sebenar!

Perancangan untuk perjalanan secara konvoi ke masjlis persandingan saudara Korawk serta isteri sebenarnya telahpun dirancang oleh aku serta rakan2 melalui diskusi di facebook serta semasa lepak2 di kedai makan kira2 beberapa bulan sebelumnya. Kalau ikut perancangan, aku serta rakan2 yang akan ikut serta akan bergerak dari Bintulu sekitar pukul 7 pagi begitu dan perjalanan dari tempat kami ke Mukah mengambil masa lebih kurang 3 jam. Akan tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kami bertolak lambat sedikit, lebih kurang pukul 8:15 pagi begitu (bro Arep merangkap drummer untuk band aku TRESNO lambat bertolak disebabkan nak mandikan anak dia, tak apa, yang itu dimaafkan lah). Ada 3 buah kereta yang ikut serta dalam konvoi ini dan tidak seorang driver pun yang familiar dengan jalan2 di pasar Mukah (memang kes bahaya ni haha).

Nak dijadikan cerita, kami terserempak pula dengan bro Ijau serta keluarga dengan kereta Imago SMF nya. Nasib ada bro Ijau yang jadi tourist guide bagi menunjukkan jalan ke arah Dewan Suarah Mukah, itu pun masih jugak sesat (2 buah kereta kawan aku tadi boleh tersalah jalan menuju ke pasar lama Mukah pulak instead of pergi ke Dewan Suarah haha). Akhirnya kami pun sampai juga ke destinasi kira2 dalam pukul 11 pagi begitu. Drummer band Curse Of God, saudara Rashid (a.k.a Goatfather of Bintulu Black Metal hahaha ni kira nama parody dia) dah tercegat di depan pintu dewan tersebut sambil berleter "apasal korang lambat sangat sampai ke sini? sesat ka?" well memang dah sesat pun haha. Saudara Rashid juga menjadi juru gambar untuk event tersebut sekaligus menjadi driver untuk kereta pengantin. Banyak betul tugas dia masa tu.

 Dari Kiri: Ijau, Arep TRESNO serta anaknya, Rudy (drummer band Erectus), Korawk serta isteri, Rashid (drummer band Curse Of God), Rizal dan aku.

 Ini pula gaya free-style malu-malu...

 Rashid bersama pasangan pengantin

 Aku dengan pasangan pengantin (eh eh malu pulak si Korawk dgn isteri)

 Ini pula dinamakan Jerunai, boleh dikatakan seperti makam untuk orang kenamaan di Mukah pada zaman dahulu kala. Yang ini bukan yang betul punya, olok-olok saja, menjadi perhiasn di hadapan pintu masuk Dewan Suarah Mukah.

Ini pula description tentang Jerunai yang entah bagaimana boleh terjatuh di atas rumput

Selesai sahaja kami makan di dewan tersebut, pasangan pengantin pula keluar ke tempat berkenaan untuk sesi fotografi bersama jurugambar yang seorang lagi dan dikatakan mereka buat shooting di tepi pantai. Aku serta isteri dan rakan2 lain pun bersurai. Arep serta keluarga membuat keputusan untuk bermalam di bandar Sibu (lebih kurang 2 jam perjalanan dari Mukah) manakala saudara Rudy pula balik pula ke Bintulu setelah selesai majlis tersebut. Aku dan family lepak dulu di bandar kecil Mukah ni buat semalam. Tak ada nak kejar dateline sangat pun aku masa tu. Sempat pula lepak dengan pengantin lelaki si Korawk pada waktu petangnya di pantai Pesta Kaul Mukah, itu pun kejap aje, menyempat nak lepak sama, nak hilangkan stress katanya haha...

Monoloque feat. Atilia - Kekanda Adinda 

Video ini khas ditujukan kepada sahabatku Korawk Al Naseer, selamat menjalani hidup berumahtangga...welcome to the club, bro!


Sunday, April 14, 2013

Beberapa Koleksi Video Persembahan TRESNO @ Love & Peace Gig #SantaiBersamaREG 2013


TRESNO in action!


TRESNO : And I Don't Admire & Can't Get My Eyes Off You (Live Performance)

Songlist:-
1. And I Don't Admire (The Things You Do) - Originally by Nice Stupid Playground
2. Can't Get My Eyes Off you - Muse version
Event: Love & Peace Gig #SantaiBersamaREG Venue: Danau Alai Pub, Tg. Batu, Bintulu
Date: 6th April 2013 (Saturday)
  TRESNO : Covergirl (Live Performance @ Love & Peace Gig 2013 #SantaiBersamaREG)
This is our own original song.

TRESNO : Kisah Melankoli (Live Performance @ Love & Peace Gig #SantaiBersamaREG)

The Line-Up:
Arep "Guy Fawkes" a.k.a. Anonymous - Drums
Maman - Guitar
Lias - Bass
Adi Herman - Vocals, Guitar

Minta maaf jika video2 di atas terlalu besar resolusinya, mungkin disebabkan ianya diangkut terus dari page Facebook kami iaitu www.facebook.com/tresnoband. Banyak juga perkara2 yang perlu kami perbaiki, samada dari mutu permainan, chemistry di antara kami (maklumlah dah hampir 6 tahun tak perform bersama line-up lama) dan sebagainya. Aku pula yang baru sahaja membeli efek gitar Zoom G7.1ut melalui pertolongan saudara Ijau (hehe thanks for the link bro), masih lagi dalam keadaan "merangkak" belajar mengenali sound2 pada patches efek tersebut. Pasal efek gitar tersebut aku akan buat ulasan pada entri akan datang insyaAllah.

Thursday, April 11, 2013

Beberapa Pics Menarik Dan Review Ringkas Semasa "Love & Peace Gig #SantaiBersamaREG" Pada 6 April 2013 (Sabtu)

"One Love, One Heart, Let's Get Together And Feel Alright" (Bob Marley)

Aku sampai agak lewat sebenarnya pada hari sabtu tersebut, kira2 dalam pukul 12:45 tengahari macam tu di venue (Danau Alai Pub, Tanjung Batu, Bintulu), sebab dalam schedule yang diberikan oleh pihak organizer iaitu REG Studio event sepatutnya bermula pada pukul 12:30 dengan band pembukaan iaitu XYZ. Sangkaan aku meleset, masa aku datang di venue ketika itu, member2 yang lain baru saja sampai ke pub yang dimaksudkan. Nampaknya situasi yang pernah berlaku masa Bintulu Music Fest 2013 yang lepas berlaku lagi (penonton dan segelintir band2 yang akan perform pada waktu berkenaan datang lewat, tak ikut jadual). Aku malas nak komplen banyak pasal isu ni, biarlah, nak buat macam mana, dah mentaliti orang kita memang macam tu haha. 

Akibat situasi tersebut, band kami iaitu TRESNO terpaksa memulakan majlis dengan membawa beberapa lagu warm-up iaitu Plug In Baby (Originally by MUSE) dan Bedroom Window (Originally by Nice Stupid Playground). Kalau diikutkan band TRESNO punya giliran untuk buat persembahan ialah no. 3 sebenarnya, tapi band yang sepatutnya perform awal masih belum muncul, maka kami pun terpaksa buat persembahan warm-up, itu pun atas permintaan organizer, tak apa lah. Kitorang ok ajer hehe. Tengah seronok perform lagu Bedroom Window, tiba2 pula tali gitar Ibanez GAX30 aku pula buat hal, putus tiba2. Aduh ini serius! (buat muka itik macam dalam cerita kartun Wonder Pets). Contingency plan aku masa itu ialah pergi ke kedai Zoso Music untuk beli tali gitar baru...aiyaaa buang masa betul la. Aku terlepas peluang pulak nak tengok band The Cuppycakes (band grunge dari Kuching) beraksi selepas TRESNO perform tadi. Sorry guys! Di bawah merupakan beberapa pics yang sempat aku ambil semasa event tersebut berlangsung.

 Metuk Ulau Project beraksi! Up The Irons!

 Solo berbisa dari bro Ijau

Saudara Korawk yang seronok membuat persembahan, rasanya beliau semakin selesa di posisi bass hehe

Saudara Chop Sudir selaku frontman band Ana & The Scene

Bro Amy REG (orang kuat REG Studio) yang menjadi jurukawal bunyi-bunyian pada ketika itu! Salute! 

 Giliran band Death Metal ERECTUS pula mengganas di pentas!

 Kelihatan kelibat seorang jurugambar otai di sana (brader yang pakai jaket hitam sebelah kanan tu)

 Bro Rudy (drummer) selaku frontman band ERECTUS

ERECTUS tidak lama lagi akan membuat persembahan di Kuching bagi menjayakan gig The Gathering Of Terror 2 pada bulan Mei nanti

Rakan2 dari band Regiment Of Kid-Do-Wrong berposing dan kelihatan juga saudara Barangkali Marus Kamarudin selaku MC masjlis tersebut tengah mengatur giliran2 band yang akan perform pada ketika itu

Ana & The Scene, antara band highlight pada gig tersebut 

Pada mulanya aku terkejut juga apabila melihat bro Azrol dari Metuk Ulau Project jadi gitaris sambilan (?) untuk band Ana & The Scene. Apa2pun tahniah kepada beliau, ini menunjukkan semangat setiakawan tetap ada dalam scene walaupun dari berlainan genre.

 Boleh dikatakan band indie/alternative Ana & The Scene ini sudah menjadi semakin berpengaruh di Sarawak, dengan lagu2 mereka (bertajuk Sekejap Masa Lagi & Sebalik Cahaya) yang sering dimainkan di stesen radio Cats FM

 Ana & The Scene featuring Aishah Chong semasa mendendangkan antara lagu hit mereka iaitu "Aok" (perkataan bahasa Melayu Sarawak) yang bermaksud Ya dalam bahasa Melayu

Seterusnya band Curse Of God "membakar" pentas gig tersebut! 

Saudara Donny COG (vocalist, guitar, frontman Curse Of God) semakin bijak menguasai pentas 

Ketukan drums dari Rashid COG juga semakin konsisten dan menggila pada kali ini! Syabas!

Bassist Bertopeng (macam kenal ya, tapi di mana?)

Band garage rock/indie/alternative dari Kuching iaitu Jejak Biru Featuring Aishah Chong membuat persembahan 

 Boleh tahan jugak persembahan band Jejak Biru ni, ada vokalis perempuan sebagai penyeri

Band reggae (band organizer) iaitu Daun Pisang mengalunkan irama yang sungguh asyik

Marilah berskanking bersama Daun Pisang! Yeah!

Band alternative rock Now@day pula menggegarkan pentas 

Usia penubuhan band Now@day dengan Tresno tidak jauh sebenarnya. Kedua2 band ini sama2 bangkit di dalam scene music independent sekitar awal tahun 2004 dahulu dan kemudiannya hiatus dalam 6 ke 7 tahun begitu. Tahun 2013 kedua2 band sama2 buat comeback ke dalam scene. Well done!

 Pendi selaku drummer Now@day dan juga antara ahli baru band tersebut

Band rock iban Broadband memberi persembahan yang bertenaga, mereka juga ada lagu2 sendiri dan ada diantaranya diputarkan di stesen radio tempatan 

Aku difahamkan nama asal band Broadband ini ialah Pyred, tapi ianya ditukar atas sebab tertentu 

Band Deathcore My Eyes See Ghost pula meriuhkan pentas gig dengan lagu2 yang sungguh huru hara! Nice! (pic ehsan dari frontman band ini iaitu Alexander Ruiz)

My Eyes See Ghost (pic ehsan dari Alexander Ruiz)

 TRESNO (nantilah aku cerita dengan lebih lanjut pasal persembahan kami)

aku bersama sebuah lagi band happy-go-lucky aku iaitu Regiment Of Kid-Do-Wrong. Siap bawak lagu Bruno Mars "Locked Out Of Heaven" tu!

Ada beberapa band yang aku tak sempat nak ambik gambar disebabkan aku terpaksa balik rumah pada ketika itu (jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang, dah nak masuk waktu maghrib dah). Maaflah kepada band2 seperti XYZ, Majestica (Bintulu very own version of Dream Theater), Cerobong Hitam dan The Ratio, apa2pun kalian tetap terbaik!

Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada pihak organizer iaitu REG Studio kerana sudi menjemput kami (band2 Bintulu) untuk menjayakan event ini. Kepada penonton2 yang datang, tanpa anda siapalah kami. Diharap event sebegini akan dapat membuatkan scene music independent di Bintulu semakin bertahan dan berkembang maju!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...