Blog catatan merapu yang aku buat tentang kehidupan aku sebagai seorang pemuzik amatur (tahap bohemian), seorang ayah and loving husband, seorang penjawat awam, movie addict, pengkritik makanan, seorang muslim dan semestinya sebagai seorang pemerhati kepada sesuatu yg berlaku di persekitaranku.
Showing posts with label sport entertainment. Show all posts
Showing posts with label sport entertainment. Show all posts
Kebanyakan filem Hollywood yang berkisar tentang dunia sukan sebenarnya jarang mendapat tempat di hati peminat filem antarabangsa khususnya. Terutama sekali jika ianya melibatkan sukan yang lazimnya hanya orang Amerika sahaja yang merasa teruja, sebagai contoh filem Any Given Sunday, walaupun ada Al Pacino di dalamnya ianya masih kurang memberi minat untuk penonton filem yang casual untuk menontonnya.
Namun situasi tersebut tidak terpakai bagi filem Southpaw ini. Jika ianya filem arahan Antoine Fuqua, percayalah kata saya, ianya tidak akan mengecewakan. Mungkin ianya agak bias jika saya berpendapat sedemikian rupa. Namun hasil karya Antoine Fuqua sebelum ini seperti Training Day, Olympus Has Fallen dan The Equalizer ternyata memberansangkan dari segi jalan penceritaannya yang tersendiri sekaligus meraih kejayaan di dalam box office. Filem ini punyai kekuatannya tersendiri dan ianya membuktikan bahawa Antoine semakin selesa dalam mengarah genre action drama. Jika dulunya beliau pernah menghasilkan filem King Arthur yang rasanya tidak berapa mendapat sambutan di layar perak (ternyata beliau tidak ada bakat dalam mengarah filem berbentuk epic), namun kini Antoine sudah menjumpai identiti arahannya sendiri. Di harap beliau dapat mengekalkan momentumnya itu.
Jika kita sebut nama Jake Gyllenhaal, rasanya ramai yang sudah mengikuti mutu lakonan beliau semenjak dari era 90'an lagi (dahulunya beliau popular dengan watak Bubble Boy) dan melihat sendiri perkembangan karier beliau. Saya dapat merasakan bahawa Jake ini agak istimewa di dalam lakonannya semenjak dari filem Jarhead dan Brokeback Mountain lagi (sejujurnya saya benci filem ini namun lakonan Jake dan Heath Ledger tetap terbaik). Di dalam filem ini, Jake memberikan kualiti lakonan secara "all out" dan kita dapat saksikan betapa komitednya beliau dalam membawa watak Billy Hope di mana dia berusaha untuk mendapat tubuh yang sasa dan ber-abdomen 6 pack.
Satu lagi keistimewaan filem ini adalah penceritaannya yang diselangi dengan penyampaian mesej tentang dunia tinju. Secara tidak langsung anda juga perihatin dan tahu sedikit sebanyak tentang teknik tumbukan serta gerak tubuh di dalam sukan tersebut. Ini juga merupakan salah satu X Factor yang menarik tentang Southpaw. Lagipun nama Southpaw itu sendiri merupakan salah satu teknik tumbukan di dalam tinju. Southpaw merupakan antara filem terbaik dan harus ditonton dalam tahun 2015. Ianya sarat dengan drama dan aksi yang mendebarkan. My rating? 3/5
Rakaman video ini dibuat semasa outing session bersama rakan-rakan lain bertempat di Bintulu Promenade (as usual) pada 31 Januari yang lalu. Kali ini banyak aksi yang boleh dikatakan tahap kamikaze jugalah. Aku cuma mampu ambik video sahaja. Kalau nak buat trick pelik2 minta maaf la aku memang tak berani haha. Tapi biasalah adat main benda-benda meluncur ni, kalau tak jatuh memang tak sah. Video part 2 dulu tu hanya showcase kitorang cruise secara santai sahaja, kali ni agak ekstrim jugak la.
Band Curse Of God (ehsan dari Noise Of Borneo)
Curse Of God Official Logo
Dalam video ini pula aku gunakan lagu "Curse Of God" dendangan band metal dari Bintulu iaitu Curse Of God. Oleh kerana video ini menyaksikan lagak ngeri suam-suam kuku, maka memang eloklah kiranya lagu ini dijadikan runut bunyinya (dengan izin dari pihak band juga). Oh ya, sebelum aku terlupa, jika ada di antara kalian yang berminat untuk membeli cd band Curse Of God ini silalah klik di SINI. Selamat menonton!
Four Wheels And A Board : Skateboarding & Pennyboarding In Bintulu Part 3
Tarikh : 7 Februari 2014 (Jumaat) Masa: Sekitar pukul 5:30 petang
Seperti kebiasaannya pada waktu petang sebegini, selepas balik dari kerja pukul 5 petang aku sudah bergegas untuk ke Bintulu Promenade untuk mencergaskan badan dengan aktiviti pennyboarding. Perjalanan aku akan bermula dari Bulatan Kompas (berdekatan dengan Hotel Parkcity Everly) sehinggalah ke kawasan belakang Pasar Utama Bintulu kemudian patah balik ke lokasi permulaan tadi. Semenjak dua menjak ni hampir tiap-tiap hari aku ride pennyboard begini, baik berteman dengan rakan-rakan ataupun lone ranger sahaja. Jarak keseluruhan dari tempat mula hingga penamat dan patah balik lagi ke titik permulaan ialah lebih kurang 2.6 kilometer. Kalau aku ride jauh sikit boleh sampai 3 km rasanya hehehe.
Sedang aku melalui satu kawasan yang tidak jauh dari sebuah restoran tebingan sungai di kawasan ini, aku terserempak dengan sekumpulan budak perempuan sedang borak2 dan tengah belajar main skateboard dengan seorang budak lelaki. Budak lelaki tu aku kenal la, sama geng ride sama-sama di hujung minggu. Aku kira mereka ni semua sebaya dengan anak buah aku yang baru tingkatan 4 tahun ni. Entah macam mana, salah seorang budak perempuan tadi menjerit ke arah aku dengan panggilan "pakcik! pakcik!"...aku malas lah nak ambik port mulanya.
Selesai aku menamatkan riding aku di lokasi penamat iaitu di belakang Pasar Utama Bintulu, aku patah balik untuk kembali ke tempat permulaan tadi iaitu di Bulatan Kompas yang terletak tidak jauh dari kawasan hotel tadi. Dalam perjalanan tersebut sekali lagi aku terserempak dengan sekumpulan budak perempuan tadi. Jumlah mereka semua cuma 3 orang sahaja. Sekali lagi budak perempuan yang sama menegur aku dengan panggilan "pakcik! pakcik". Kali ini aku berhenti. Lalu bermulalah sesi dialog aku dengan diorang, kesemua perbualan ni asalnya di dalam bahasa Melayu Sarawak, tapi aku terjemahkan dalam bahasa Melayu rasmi lah:
Budak Perempuan 1: Wah! Terer nya pakcik bawak pennyboard. Boleh saya tengok board pakcik? (eh,
apsal panggil aku pakcik pulak? Tua sangat ker aku ni? Dalam hati aku berkata haha)
Aku : Erkk...tak la terer sangat. Biasa-biasa saja
Budak Perempuan 2: Laju jugak pakcik bawak pennyboard ni tadi yer. Boleh tanya berapa umur pakcik?
(la...nak tanya umur pulak dah)
Budak Perempuan 3: Umur pakcik 40 kan? (aku belum sempat jawab lagi budak ni dah mencelah...apa la!)
Budak Perempuan 2: Eh tak lah, mesti pakcik umur 35 kan? (salah! Oi aku tak la tua sangat)
Aku : Eh, tak lah. Saya baru saja 32 tahun
Budak Perempuan 2: Laaa...betul la jawapan saya tadi tu....32 tahun dekat la dengan 35 tahun (suka hati
engkau lah dik)
Budak Perempuan 1: Pakcik, boleh saya pinjam sekejap pennyboard tu? (sambil dia tunjuk pennyboard
aku...laaa...cakap la nak testing)
Aku : Ok, belasah ajerrrr....
Dalam masa lebih kurang 2 @ 3 minit begitu mereka testing ride atas pennyboard aku. Sampai nak tergolek pun ada. Lucu jugak aku tengok telatah mereka ni.
Budak Perempuan 1: Ok abang...eh pakcik, terima kasih la. Nah ni pennyboard awak. Kami nak balik dulu.
Assalamualaikum (lepas tu diorang pun beredar dari kawasan waterfront tadi)
Aku : Waalaikumsalam
Lepas tu aku pun lepak sekejap dengan budak lelaki yang tadinya mengajar sekumpulan budak perempuan tadi cara-cara bermain skateboard. Selesai saja berborak aku pun kembali riding ke tempat aku bermula tadi.
Inilah dia skater tua yang dimaksudkan (pic ehsan dari Barangkali Marus)
Sepanjang perjalanan itu aku terfikir, secara tidak sengaja aku telah memberi pendedahan kepada generasi baru tentang sukan pennyboarding ni. Sekurang-kurangnya aku telah buktikan bahawa usia bukan penghalang untuk anda mencuba apa-apa sukan yang dirasakan sesuai dengan jiwa anda. Aku sudah mula meluncur dengan papan yang beroda empat ini semenjak di bangku sekolah lagi, kini aku kembali ke sukan lama aku, walaupun kudrat tidaklah sehebat dulu, namun demi untuk menjaga kesihatan, azam kena kuat dan itulah yang aku telah lakukan. Jangan lupa juga untuk sentiasa bersyukur kepada Allah dengan nikmat kesihatan yang ada ini.
Alhamdulillah selama hampir 2 bulan aku bergiat dalam sukan pennyboarding ni, blood pressure aku semakin stabil dan tiada tanda2 diabetes. Dalam masa yang sama aku masih lagi jaga pemakanan. Masih lagi mengikut diet yang aku amalkan semasa aku kena sakit high blood pressure tahun lepas. Makan sebelum kenyang, nasi jangan banyak cukuplah segenggam, ambil sedikit supplement foods (setakat Spirulina dan Multivitamins sahaja) dan sebagainya.
Satu lagi inspirasi untuk aku kembali meluncur ialah oleh kerana seorang skateboarder legend iaitu Rodney Mullen. Dalam dunia sukan skateboard, Rodney Mullen dianggap sebagai "The Godfather Of Street Skateboarding" kerana telah mencipta lebih kurang 29 skateboarding tricks dan masih lagi bereksperimentasi sehingga kini. Beliau merupakan di antara professional skateboarder terawal sebelum zaman Tony Hawk (penghujung 80'an). Ok, mungkin aku tidaklah sehebat beliau tetapi dalam usia 48 tahun ketika ini, beliau masih lagi aktif meluncur di jalanan walaupun sudah bergelar jutawan (beliau merupakan co-founder untuk jenama skateboard World Industries). Ini sudah cukup menjadi modus operandi dan sumber inspirasi untuk aku kekal aktif dalam sukan ini. Jom saksikan salah satu ceramah beliau tentang dunia skateboarding (video di bawah):
Rodney Mullen : Pop An Ollie And Innovate (Live at TED)
Ini merupakan percubaan kedua aku untuk mengupload video tentang aktiviti skateboard dan pennyboard di Bintulu, tempat aku ini. Tanpa aku sedari selama beberapa bulan aku aktif main pennyboard dan skateboard ni, aku mulai jumpa kawan-kawan baru yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pennyboard. Walaupun kebanyakan mereka usia lebih muda dari aku, namun itu tidak membantutkan usaha aku untuk kekal aktif dalam pennyboarding. This is my sport, some people would choose football, futsal, bowling or whatever...I really don't mind though. But for this kind of game, it's hard for me to say no...hahaha.
Di bawah merupakan video yang kedua aku buat, untuk kali pertama boleh klik di SINI. Kali ini cameraman yang terlibat ialah saudara Marus (penulis blog Barangkali Marus, rakan seperjuangan dalam muzik independent di Bintulu dan part-time seniman jalanan) manakala editing pula dibuat oleh aku sendiri. Lagu background untuk video ini pulah aku gunakan (dengan izin) lagu yang berjudul "A Friend For The End Of The World" dari sebuah band grunge tempatan (based in Kuching but originally from Bintulu) iaitu The Cuppycakes diambil dari EP mereka yang bertajuk "Man Eating Musics" (2013).
Semoga anda terhibur dengan video ini. I present to you "Four Wheels And A Board : Pennyboarding In Bintulu Part 2"...cheers!
Four Wheels And A Board : Pennyboarding In Bintulu Part 2
Gambar ini diambil sehari selepas aku membeli pennyboard aku pada Disember tahun lepas, semasa aku cuti hujung tahun. Cruising di sepanjang Bintulu Promenade (aka Waterfront)
Tentu ramai yang tertanya, kenapa dan bagaimana aku boleh terjebak ke kancah papan luncur sebegini? Sebenarnya ini merupakan satu hobi yang sudah sekian lama aku tinggalkan, mula aktif semasa aku di sekolah menengah dahulu. Apabila aku kembali sihat selepas terkena serangan darah tinggi dan kolesterol tahun lepas, aku mengambil keputusan yang aku ingin kekal sihat. Sekarang hampir tiap2 hari aku akan meluncur menggunakan pennyboard aku ini, apabila selesai urusan di pejabat (main waktu petang la, lepas waktu pejabat).
Di bawah pula video yang aku buat tentang skateboarding & pennyboarding di Bintulu (sebenarnya cuma riding bersama rakan2 sahaja):
Pada hari jumaat minggu lepas bersamaan dengan 1 November 2013, aku berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan pemilihan pemain baru untuk pasukan bolasepak Sarawak bertempat di Stadium Negeri, Kuching. Aku ke sana pun disebabkan ada urusan keluarga, sepupu aku bersanding pada keesokan harinya. Perlawanan tersebut bermula pada pukul 4 petang, walaupun cuaca tidak berapa mengizinkan, akibat hujan renyai-renyai (tidaklah terlalu lebat) akan tetapi ianya tetap juga diteruskan. Perlawanan ini pun aku tahu melalui adik aku yang terserempak dengan post dari facebook Sarawak FA Fans page awal pagi jumaat hari itu sebelum kami sekeluarga bertolak ke Kuching menggunakan pesawat Airasia, kira macam announcement jugak la.
Aku dan 2 orang adik aku sampai di Stadium Negeri kira2 pukul 4:15 petang begitu, perlawanan sudah pun bermula. Oh ya, untuk sesi pemilihan ini, tiada caj tiket dikenakan bagi mereka yang ingin menyaksikan perlawanan tersebut. Sesampainya kami di sana, sudah ramai peminat sukan bolasepak Sarawak mengerumuni kawasan grandstand stadium tersebut. Kalau ikut keadaan sebenar pada perlawanan tertentu yang diadakan di stadium ini, kawasan grandstand ini agak mahal sikit berbanding kawasan yang tidak berbumbung, oh well aku rasa stadim lain pun guna cara yang sama kot. Pada separuh masa pertama, pasukan Sarawak 1st Eleven mengenakan jersi away warna biru manakala pasukan yang mengikuti sesi trial menggunakan jersi home berwarna merah. Dari kejauhan aku dapat lihat kelincahan pemain2 Sarawak seperti Joseph Kalang Tie, Jr Eldstal, Muamer Salibasic dan yang lain2. Guy Bwele walaupun tidak akan beraksi lagi pada musim hadapan Liga Super ataupun Piala Malaysia kerana ingin menamatkan kontrak dan balik ke negara asal beliau iaitu Cameroon, namun beliau masih juga turun padang bermain bersama dengan rakan2 sepasukan yang lain buat kali terakhir.
Nampaknya pasukan Sarawak memang boleh tahan prestasinya apabila beraksi di atas padang. Bukan nak angkat bakul negeri sendiri (apa punya kiasan la!), namun kalau dibandingkan kali terakhir aku menonton perlawanan bolasepak Sarawak di stadium ini kira2 pada tahun 1999, prestasi pasukan Sarawak agak memberansangkan pada kali ini. Dulu asyik kalah di tempat sendiri, sekarang dah seringkali menang di stadium keramat ini. Motto "Our Home, Your Hell" memang betul2 mengena untuk situasi bolasepak Sarawak sekarang. Walaupun seringkali tewas di pusingan separuh akhir dan semi final pada Piala Malaysia, namun semangat Ngap Sayot dari zaman Awang Mahyan masih lagi ada dalam pasukan Sarawak, cuma kalinya ianya seperti "mati hidup kembali" setelah kemasukan beberapa player baru yang berpotensi seperti Bobby Gonzales (sayang betul, musim hadapan beliau tidak lagi bersama team Ngap Sayot), Ashri Chuchu, Zamri Morshidi, Azizan Baba, Shahrol Dedek dan yang lain-lain.
Pada sesi perlawanan pemilihan pemain ini, ada juga pemain dari luar negara yang juga turut serta untuk trial iaitu Manuel Friedrich bekas pemain Bayern Leverkusen, wow! Mudahan pengurus serta coach pasukan Sarawak iaitu Robert Alberts akan mengambil beliau untuk menyertai pasukan Sarawak. Permainan beliau pada petang itu pun memang sungguh mengujakan. Jom layan gambar2 pulak!
Kawasan pagar utama Stadium Negeri, Petra Jaya. Our Home, Your Hell!
Pada ketika kami sampai di stadium ini, perlawanan telahpun bermula.
Penonton semakin ramai memenuhi kawasan grandstand stadium ini
Team 1st Eleven guna jersi biru, manakala team trial guna jersi merah
Pengurus serta coach pasukan Sarawak, Robert Alberts juga turun padang bermain bersama pasukan jersi biru (dia pulak menggunakan vest warna biru, ini semasa separuh masa kedua)
Ini adik aku no. 2 yang juga fanboy Manchester United macam aku haha...
Ini pula adik aku no. 3, juga fanboy Red Devils dan Sarawak FA
Selepas perlawan tersebut, ada pula sesi bergambar bersama peminat. Ini pula Jr Eldstal berposing bersama peminat cilik. Keesokan harinya beliau terpaksa menjalani pembedahan minor di tulang belakangnya. Semoga cepat sembuh.
My dear friend, Mr Alood (berbaju kelabu yang ada tulisan Quiksilver tu) sedang pegang tangan Jr Eldstal. Aih...mesra nampak haha...
My brother bersama Joseph Kalang Tie, kapten pasukan Sarawak
Both of my brothers bersama Joseph Kalang Tie
Aku (yang buat peace sign tu) tengah menyemak bergambar bersama pengurus pasukan Sarawak, Robert Alberts
Sekali lagi aku menyemak bergambar bersama Joseph Kalang Tie...entahapahapa
"Sarawak Satukan Hatimu" antara lagu chanting yang aku suka...
Kali ini diadakan sekali lagi tayangan secara umum menggunakan 3 buah skrin besar bagi perlawanan ini di lokasi yang sama iaitu Dewan Suarah Bintulu. Aku dengan anak buah aku datang awal sedikit pada masa itu, kira2 dalam pukul 8:15 begitu. Kali ini suasana tidak begitu gamat akan tetapi masih lagi happening cuma crowd tidaklah sehebat perlawanan yang lalu semasa Pahang menentang Sarawak minggu dahulu. Mungkin disebabkan banyak supporter dari Bintulu telahpun berada di Stadium Negeri, Kuching pada ketika itu. Oh lupa nak bagitau, pada waktu, sebelum itu di waktu petang pada hari yang sama, aku dan beberapa rakan pemuzik mengikui sesi Jammed Of The Beast kelolaan Tuan Besar Korawk yang juga boleh dikatakan sebagai "bachelor party" untuk beliau kerana akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi (tahniah!). Tapi itu cerita lain la, akan aku buat pada entri lain hari.
Perlawan kali ini agak mengecewakan secara keseluruhan kerana Sarawak hanya mampu menjaringi satu gol sahaja (hasil header Bobby Gonzales) dan pengakhirannya menjadi 1 sama dengan pasukan Pahang, menyebabkan Sarawak kalah pada kiraan agregat. Akan tetapi walaupun begitu pasukan Sarawak telah mencuba sehabis baik pada perlawanan kali ini, cuba nasib tidak menyebelahi pasukan home sahaja. Goalkeeper serta benteng pertahanan Pahang juga bagus. Itu aku tak nafikan. Walaupun Matias Conti sudah terkeluar pada minit terakhir perlawanan namun serangan demi serangan telah dilakukan oleh pasukan Sarawak, tetap juga dibantutkan oleh pihak lawan hasil pertahanan mereka yang bagus. Banyak percubaan dari jarak jauh dilakukan oleh pasukan Sarawak pada beberapa minit terakhir perlawanan (banyak dibuat oleh Bobby Gonzales sendiri) namun satu pun tidak mengena, seriously goalkeeper Pahang tu memang boleh tahan (maaf, aku tak ingat nama dia).
Namun, walaupun pasukan Sarawak telah tewas di tangan Pahang, ianya tidak bererti team penyokong Sarawak akan patah semangat dan berputus asa. Makin rancak lagi ada pulak aku tengok mereka ni berchanting, hampir2 boleh menyamai dengan supporters Sarawak yang berada di Stadium Negeri pada ketika itu. Syabas aku ucapkan, diharap semangat begini akan berterusan, jangan hanya bermusim sahaja. Kepada pasukan Pahang, tahniah diucapkan kerana bakal bertemu dengan pasukan Kelantan di final Piala Malaysia nanti. Jom layan gambar pulak!
Pasukan penyokong Sarawak (Bindiv) sedang rancak berchanting
Blogger miss Ezzah Memo juga tidak ketinggalan menyaksikan perlawan tersebut hehe...
Kali ini ada 3 skrin besar yang digunakan (berbanding perlawan lepas yang hanya ada 2 skrin sahaja)
Kelihatan saudara Barangkali Marus (blogger, pengasas Buku Jalanan Bintulu, pemuzik jalanan, etc) sedang mengetuk djember beliau, selaku di antara ahli drumline pada ketika itu
Terjumpa lagi awek2 rakan2 dari ofis aku ni...haha die-hard fans jugak mereka ni
Aku bersama seorang wartawan jalanan (facebook) yang paling popular di Bintulu, saudara Francis Ngu (sebelah kiri).
P/S: Maaf jika kualiti gambar2 pada entri ini agak kurang memuaskan.
Pada hari sabtu yang lepas, tepat pukul 8:30 malam begitu, telah diadakan satu tayangan perlawanan bolasepak suku akhir Piala Malaysia di antara pasukan Pahang menentang Sarawak di Stadium Darul Makmur menggunakan 2 skrin besar di padang Dewan Suarah Bintulu. Tayangan umum ini sebenarnya adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pejabat residen serta Bindiv (stands for Bintulu Division yang juga sebuah komuniti penyokong2 pasukan Sarawak tegar hehe). Ramai juga yang datang menonton tayangan percuma tersebut termasuklah geng2 metalheads, siap ada di antara kami yang ikut serta dengan aktiviti chanting dan drumline.
Pasukan Sarawak kalah malam itu, dengan jaringan Pahang 3 dan Sarawak 1. Mungkin tidak ada rezeki di tempat orang rasanya. Strategi perlawanan untuk pasukan Sarawak pada separuh masa pertama juga goyah sedikit terutama sekali pada bahagian serangan. Nak salahkan Sani Anuar Kamsani selaku goalkeeper pun tak patut juga, dia dah sedaya upaya menyelamatkan keadaan namun nasib tak menyebelahi pasukan Sarawak. Cuma goal ketiga dari Pahang tu yang buat aku menyirap jugak la, ada ker patut dibiarnya kosong tiang gol pada saat genting sebegitu? Nasib baik permainan Guy Bwele malam itu agak konsisten berbanding perlawanan yang sebelumnya, kalau tidak memang kenduri gol la team Pahang malam tu. Ketiadaan Joseph Kalang Tie selaku kapten dalam perlawanan ini sedikit sebanyak membantutkan serangan pasukan Sarawak.
Tapi tidak mengapa, masih terlalu awal undur mengaku kalah, ada lagi perlawanan timbal balik yang akan diadakan di Stadium Negeri di Kuching pada 26hb Oktober nanti. Robert Albert masih ada masa untuk merangka strategi yang mampu menumbangkan pihak lawan. Diharap performance dari beberapa pemain hebat2 Sarawak seperti Muamer Salibasic, Jr Eldstal, Zamri Morshidi, Bobby Gonzales, Ramesh Lai, Ashri Chuchu dan semuanya semakin bertambah baik pada perlawanan 26hb ini nanti. Tapi sebelum itu, jom layan beberapa pics menarik yang aku sempat ambil semasa tayangan perlawanan tersebut di Dewan Suarah Bintulu malam sabtu lepas.
P/S: Seriously, entri ni buat aku macam penulis blog sukan pulak dah hahaha...
Kelihatan 2 skrin besar yang disediakan untuk pengunjung menonton siaran secara langsung perlawanan tersebut
Saudara Korawk (berbaju putih dan sedang gigit cd band grindcore Tahi Suci, tuan punya blog Geng Kereta Sapu) juga turut hadir bersama sahabat kamu juga bro Zamry.
Kelihatan penyokong pasukan Sarawak sedang chanting beberapa lagu anthem mereka disertai dengan ketukan drumline.
Makin hangat dan bertenaga sorakan penyokong Sarawak pada malam itu
"Siapa Sayang Sarawak, Tepuk Tangan!" antara lagu chanting yang happening pada malam itu
Kelihatan Encik Borhan (tauke 36 Studio, paling kanan sekali) dan saudara Bob Kandar (drummer Metuk Ulau Project, 2 dari kanan) sedang asyik mengetuk snare dan tom tom.
Saudara Marus (tuan punya blog Barangkali Marus, paling kanan sekali dan berambut dreadlock) sedang asyik bermain djembe beliau. Kelihatan juga bro Rashid (drummer band Curse Of God, paling kiri) juga ikut serta dalam drumline tersebut.
Korawk membuat gaya Varg Vikernes nya di hadapan skrin besar tersebut!
Rashid sudah naik sheikh ketika ini...memang non-stop ketukan snare beliau
Chanting yang betul2 happening, terasa seperti di Stadium Negeri pulak
Persembahan "flare" dari beberapa individu mencuri perhatian pengunjung2 yang datang
"Horns Up, Bujang Senang!" mungkin itu yang dikatakan oleh Korawk
Di hadapan perkarangan Dewan Suarah Bintulu
Banner "BinDiv Sarawak Supporters" dengan tema "Luk Lalai" (yang bermaksud Jangan Leka dalam bahasa melanau baie)
Eh? Ada jugak terserempak dengan geng2 opis kat sini. Yang paling hujung belah kanan tu si Ezzah tuan empunya blog www.ezzahmemo.blogspot.com
Barisan ahli2 drumline penyokong pasukan Sarawak pada malam itu
Bergambar kenang kenangan di kalangan supporter Sarawak (Bintulu Division)
P/S: Maaf kualiti gambar tidak memuaskan, huh...dah banyak kali dah aku cuci lens kamera aku ni, tapi masih jugak macam tu.