Showing posts with label dekad 80an. Show all posts
Showing posts with label dekad 80an. Show all posts

Thursday, April 1, 2021

APAKAH ITU "JAPANESE CITY POP" DAN PENGARUHNYA DI DALAM MUZIK TEMPATAN SERTA TANAH SEBERANG

Era 70’an serta 80’an merupakan satu rangka masa yang menyaksikan pembangunan dalam sosioekonomi di negara Jepun khususnya di mana komuniti awam di sana sama-sama terlibat dalam membentuk sebuah bangsa yang maju. Keadaan ekonomi Jepun yang semakin pulih selepas kekalahan mereka ketika perang dunia kedua menyebabkan rakyat-rakyatnya mula bergiat aktif di dalam pembangunan teknologi, sains, ekonomi serta pendidikan.
Di dalam kedua-dua dekad inilah kita dapat saksikan negara Jepun amat kehadapan sebagai contoh di dalam industry automotif yang banyak mengeluarkan jenama kereta yang bermutu tinggi seperti Honda, Mazda, Toyota dan banyak lagi.
Begitu juga dengan industri hiburan Jepun di mana pada ketika ini juga menyaksikan pembangunan yang pesat. Syarikat penerbitan filem mahupun animasi banyak menghasilkan karya-karya bermutu ketika ini. Sememangnya nama-nama watak seperti Godzilla, Ultraman dan Space Cop Gaban sering meniti di bibir kanak-kanak Asia ketika itu. Sehingga kini, Jepun masih lagi maju dalam penghasilan karya-karya fantasi sebegitu terutama sekali jika melibatkan permainan video game serta anime.
Bagaimana pula dengan industri muzik? Muzik yang dihasilkan oleh artis-artis Jepun ketika ini sudah pun mencapai standard yang sama seperti negara-negara maju yang lain. Jika kita lihat dari sudut muzik popular ketika itu, genre-genre seperti funk, jazz, disko dan RnB sudahpun meresap ke dalam jiwa anak-anak muda Jepun ketika itu. Jika di negara barat, muzik funk yang popular seperti Bonie M, ABBA, Bee Gees dan Earth, Wind and Fire sudah pun mendominasi sebahagian besar carta-carta terhangat di kebanyakan negara, jepun juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan lagu-lagu yang berbentuk sedemikian rupa.
Pada ketika ini di Jepun sudah pun maju dengan muzik groovy dan ala disko sebegini. Sedikit kelainan yang dibawa oleh artis Jepun dalam genre ini ialah dari segi penyampaian, penulisan lagu serta lirik yang banyak menggambarkan situasi para remaja serta belia ketika itu. Liriknya lebih berkisar tentang cinta zaman moden dan penghasilan muziknya pula lebih progresif di mana perubahan kod pada lagu tanpa menjejaskan struktur utama iaitu verse dan korus dianggap satu identiti utama muzik pop Jepun ketika itu.
Berganjak ke arah lebih kurang 30 tahun selepas era kegemilangan muzik disko dan pop Jepun, pada tahun 2018 sebuah akaun bernama City Lover telah memuatnaik sebuah lagu berjudul "Plastic Love" dan tanpa diduga lagu tersebut mendapat interaksi algoritma paling sibuk di dalam YouTube sehingga ia terpaksa dihapuskan pada tahun 2020. Sebelum ianya dipadamkan dari YouTube, lagu tersebut sentiasa menjadi rekomendasi setiap kali anda mencari lagu-lagu popular. Secara tidak sengaja nama penyanyinya Mariya Takeuchi menjadi sebutan para peminat muzik pop antarabangsa.
Di Jepun, Mariya Takeuchi bukanlah sebuah nama asing. Lagu "Plastic Love" tersebut diambil dari album pertamanya yang berjudul Variety dan diriliskan pada tahun 1984. Kesemua lagu di dalam album tersebu diterbitkan dan ditulis oleh suami Tatsuo Yamashita, seorang komposer terkenal di dalam industri muzik ketika itu. Tatsuo Yamshita sendiri banyak menghasilkan album-album
hebat
seperti Ride On Time (1980), For You (1982), Big Wave (1984) dan banyak lagi.
Disebabkan fenomena internet ini, sebuah pergerakan revival terhadap muzik City Pop telah bermula. Muzik sebegini telah mendapat tempat di hati golongan milenial menyebabkan terlahirnya ramai artis membawakan nuasa City Pop. Bahkan ada artis Jepun yang berpindah ke Korea (pusat kepada industri muzik K-Pop) semata-mata untuk mengetengahkan muzik sebegini dalam gaya yang lebih segar. Sebagai contoh Yukika Teramoto yang terkenal dengan lagu "Seoul Lady" telah pun mendapat tempat di hati peminat muzik K-Pop lantas memberi jalan serta ruang kepada artis-artis Korea sendiri memperjuangkan muzik tersebut seperti Yubin, Eyedi dan Rainbow Note, sekadar menamakan sebahagian.
Di negara kita pula, revival untuk muzik Japanese City Pop juga mendapat perhatian pada sesetengah artis. Sebagai contoh duo Pastel Lite mula menerapkan elemen City Pop di dalam muzik mereka melalui album kedua mereka yang berjudul "Pop Bilik Tidur". Duo ini juga masih lagi mengekalkan bunyian electro pop mereka yang sudah pun menjadi trademark selama mereka aktif di arena muzik. Contoh yang lain pula ialah kugiran Joanna And Co. di mana telah meriliskan single berjudul "Kini Ku Sepi" yang sungguh kuat elemen City Popnya. Originaliti pada muzik mereka amat ketara dari segi penulisan lagu. Manakala lagu berjudul "Wajah-wajah (Sahabat)" yang dibawakan oleh band Grey Sky Morning pula sedikit sebanyak mengambil progresi kod yang sama dengan lagu "Stay With Me" dendangan mendiang Miki Matsubara.
Jika kita lihat dari segi pendedahan muzik City Pop di negara kita, sebenarnya genre ini bukanlah asing di dalam masyarakat kita. Sejak zaman 80'an lagi, Malaysia telah menyaksikan pelbagai artis yang berjaya membawa muzik sebegini bahkan menghasilkan identiti mereka sendiri.
Sebagai contoh Dato Sheila Majid yang meriliskan album pertamanya berjudul "Dimensi Baru" di mana lagu-lagu di dalamnya seperti "Pengemis Muda" dan "Dia" sangat kuat pengaruh City Pop nya. Namun ketika itu, terma City Pop tidak pernah wujud dan hanya digunapakai semasa era millennium baru ini.
Antara artis serta kumpulan tempatan yang membawakan nuansa ini ialah Francesca Peter, Freedom, Kenny Remmy Martin dan Casey (era 90'an) sekadar menamakan sebahagian. Kalau ketika itu, ianya sekadar dinamakan muzik pop ataupun disko.
Manakala di negara jiran kita iaitu Indonesia, muzik sebegini masih lagi aktif dan diberi nafas baru oleh beberapa artis dan kumpulan tersohor seperti Mondo Gascaro (cuba dengar lagu "Dan Bila" hasil duet dengan Pablo Cikaso), Diskoria (menghimpunkan dua orang DJ yang bertanggungjawab menghasilkan lagu-lagu disko era baru), Maliq and D'Essentials dan ramai lagi. Ternyata Indonesia sudah maju lebih kurang 10 tahun ke hadapan di dalam bidang muzik bukan sekadar dalam irama City Pop bahkan pada genre-genre yang lain. Ini adalah fakta, tidak berniat hendak memburukkan industri muzik kita sendiri.
Akhir kata, muzik City Pop atau disko ini akan sentiasa hidup dan aktif di dalam industri muzik baik antarabangsa mahupun tempatan. Semoga akan lahir lebih ramai lagi artis di negara kita yang membawakan muzik sebegini.
Mariya Takeuchi
Miki Matsubara
Anri

Dato' Sheila Majid

Kumpulan Freedom

Diskoria

Pastel Lite

Plastic Love - Mariya Takeuchi











Monday, September 12, 2016

Kenangan Lama Mengusik Jiwa : Lawak Jenaka Di Sekolah Rendah Kerajaan South, Miri

Aku (kiri) dan kawanku Amin (kanan)

Sebelum ada Maharaja Lawak Mega ataupun Lawak Ke Der, di sekolah rendah aku dulu memang dah ada buat stand-up comedy. Kelihatan aku dengan rakan karib namanya Muhammad Aminullah sedang buat lawak entah apa apa di khalayak ramai. Ini juga merupakan pertama kali aku buat performing art (konon). 

Ini adalah suasana di Sekolah Rendah Kerajaan South, Miri lewat dekad 80'an (rujuk gambar di atas). Gambar ini diambil semasa sesi kokurikulum di waktu tengahari hari khamis. Aku tak ingat berapa tarikhnya, tapi aku yakin ianya berlaku di dalam tahun 1989. Masa ini juga aku masih lagi darjah 2. Ya, dulu masa kecik aku memang kurus. Sudah tua macam sekarang ni baru nampak "macho" sikit dengan perut one barrel. Apa kelas six pack. Haha. 

Individu yang bertanggungjawab mengambil gambar ini ialah Cikgu Normah, guru kelas 2 Merah. Secara teknikalnya, beliaulah yang pertama sekali menemukan bakat berlakon dalam diri aku dan sahabat aku, Amin. Pada penghujung tahun tersebut dan semasa majlis penyampaian sijil, Aku, Amin dan seorang lagi rakan bernama Azmi membuat sketsa komedi di atas pentas. Memang syok kalau satu sekolah bersorak dan ketawa tengok karenah kami ketika itu. Jadi secara teknikalnya juga, Harith Iskandar, Afdlin Shauki, Nabil dan seangkatan dengannya kena banyak belajar dari kami. Haha, ok aku bergurau. 

Penerapan seni persembahan (atau dalam bahasa penjajahnya "performing art") seperti pementasan teater, choral speaking, spelling bees, nasyid, pengucapan awam mahupun sketsa komedi sebenarnya antara elemen penting yang perlu diketengahkan di kalangan kanak-kanak terutamanya di peringkat sekolah. Disamping membentuk keyakinan diri, ianya juga dapat memupuk semangat menghargai seni walau dalam bentuk apa sekalipun. Kita sebenarnya harus bersyukur kerana kebanyakan sekolah di Malaysia masih lagi menganjurkan aktiviti-aktiviti sebegini. 

Sekarang wajah sekolah ni dah tak macam dulu. Ianya telah dinaiktaraf menjadi seakan-akan sekolah di Jepun; bangunan 3 atau 4 tingkat memanjang dan mempunyai prasarana yang cukup. Tiada lagi bangunan kayu seperti dahulu. Setiap kali aku tunjuk kepada anak aku yang dahulunya ini adalah sekolah ayahnya, dia seringkali tidak percaya. Ye la, rupa sekolah ini sudah moden sangat. Sudah hilang nilai old school nya. Aku pernah dengar orang dulu-dulu kata, sekolah ini dahulunya diasaskan oleh mubaligh kristian akan tetapi diambil alih oleh kerajaan setelah Sarawak merdeka. Samada betul atau tidak, wallahualam. Apa-apapun, sekolah ini tetap menyimpan ribuan kenangan indah semasa aku masih kecil dahulu.

Those were the good old days

Monday, September 5, 2016

Kenangan Lama Mengusik Jiwa : Taman Bumiko Lewat Dekad 80'an


Lewat dekad 80'an

Rindu zaman kecik-kecik dulu, terutama sekali rumah ini. Kami sekeluarga tinggal di rumah ini kira-kira dari tahun 1986 hingga 1993. Selepas itu barulah kami berpindah ke Bintulu. 

Di depan rumah kami ada stall burger, tempat lepak budak-budak remaja di kawasan perumahan ini masa tu. Ayah serta ibu aku yang mengusahakan bisnes jual burger tu demi mencari pendapatan sampingan. Budak-budak remaja di taman itu memang suka melepak di stall kami. Sebab itulah ayah aku memang sangat rapat dengan golongan belia di kawasan perumahan ini. Main gitar kapok serta buat aksi downhill guna skateboard adalah aktiviti kegemaran mereka pada masa tu. Aku cuma mampu tengok dari jauh saja. Maklumlah big boys mana boleh bercampur dengan budak hingusan macam aku ketika itu. 

Main dalam longkang (konon nak jadi Ninja Turtle), tangkap berudu, main tembak-tembak, main basikal BMX dan sebagainya. Semuanya kenangan indah di zaman kanak-kanak. 

Satu lagi situasi yang jarang kita jumpa sekarang tetapi telah wujud di zaman 80'an ialah perpaduan di kalangan masyarakat majmuk. Masa ni belum ada lagi sentimen berunsur perkauman yang dipelopori oleh beberapa pihak seperti parti politik, NGO berhaluan kiri dan sebagainya. 

Aku masih ingat lagi semasa tinggal di Taman Bumiko dahulu, pihak Rukun Tetangga seringkali mengadakan acara ramah tamah setiap kali musim perayaan. Ada ramah tamah hari raya aidilfitri, tahun baru cina malah krismas pun ada. Di waktu ini toleransi dalam hidup bermasyarakat sangat tinggi. 

Di masa itu, kalau nak berhubung dengan setiap ahli komuniti, kena buat mesyuarat bersama. Masa ini Taman Bumiko tak ada dewan khas atau balai raya untuk dibuat sesi mesyuarat. Perbincangan dibuat secara face to face, tak ada buat group whatsapp pun macam sekarang. Selalunya mesyuarat dibuat di rumah pengerusi Rukun Tetangga. Aktiviti beramah mesra serta pot luck memang selalu dilakukan. Setiap penduduk bekerjasama dalam menjaga keharmonian kawasan perumahan ini. 

Antara memori yang tidak dapat dilupakan dan paling seronok untuk dikenang ialah apabila ada pertandingan sukaneka di antara kawasan perumahan. Taman Bumiko selalunya memang tak ngam dengan Taman Tunku, sebuah lagi kawasan perumahan di Miri. Kiranya macam Manchester United dengan Liverpool la. Tapi saingan secara sihatlah, takda la gaduh-gaduh macam geng-geng ultras mahupun hooligans. Siap dalam pertandingan sepanduk berhias semasa hari Maulud Nabi pun kitorang masih lagi bersaing. 

Di sini aku belajar tentang nikmat hidup bermasyarakat yang dianggotai oleh pelbagai bangsa serta suku kaum. Kawan-kawan aku terdiri dari orang Iban, orang Ulu, Cina, Melanau, Jatik Mirik dan sebagainya. Kami buat rumah atas pokok sama-sama, pergi melastik burung sama-sama dan kena kejar anjing pun sama-sama. 

Pengalaman sebegini sebenarnya kalau difikirkan balik, ianya lebih bernilai dari segala material di dalam dunia kerana ianya membentuk siapa kita hari ini. Nasib baik lah zaman tu tak ada gadget, kalau tak memang takkan merasa nikmat jadi budak kecik yang hyperactive. 

I love the 80's and 90's

Tuesday, May 21, 2013

The Smiths - That Joke Isn't Funny Anymore (Taken From The Album "Meat Is Murder")



Entah la, semenjak kebelakangan ni, aku asyik mainkan CD The Smiths sahaja di dalam kereta. Mungkin disebabkan usia aku yang sudah masuk kelab 3 Series (umur 30'an) ni aku seringkali mempunyai keinginan untuk mendengar lagu2 band rock lama2 terutama sekali dari era 80'an mahupun 90'an. Cuba untuk memahami muzik band2 yang aku pernah terlepas pandang suatu ketika dahulu. 

The Smiths on stage

Tapi penekanan aku sekarang lebih kepada band2 British era 80'an yang pernah menjadi mahsyur suatu ketika dahulu seperti New Order, Joy Division, Happy Mondays, Stone Roses, Ocean Colour Scene dan semestinya The Smiths. Gabungan Johnny Marr selaku gitaris utama serta pembikin melodi2 yang masyuk di dalam muzik The Smiths, digandingkan pula dengan puisi2 sarkastik tetapi menggambarkan realiti sebenar kehidupan dari Morrissey sungguh menakjubkan dan magis tersebut masih dapat dirasai sehinga kini melalui beberapa rilisan2 mereka yang masih terjual di pasaran.

Sebenarnya banyak lagu2 hits mereka ni yang aku suka, cuma beberapa minggu ni lagu yang sering aku putarkan sentiasa ialah That Joke Isn't Funny Anymore yang diambil dari album Meat Is Murder. Pada pemahaman aku, lagu ini menggambarkan tentang kesunyian yang dihadapai oleh mana2 invididu sehingga boleh menjerumus ke arah suicidal tendency (keinginan untuk bunuh diri). Dalam beberapa artikel yang aku baca di internet, Morrissey menggambarkan lirik2 yang ada di dalam lagu ini tentang hubungan bandnya dengan pihak wartawan yang sering melabelkan Morissey seorang yang "fake" dalam berkarya. Aku kurang bersetuju dengan pendapat tersebut, kerana bagi aku Morrissey ialah seorang penulis puisi yang terlalu berterus terang dalam berkarya sehinggakan ada sesetengah lirik tulisannya agak offensive dan rebellious especially apabila melibatkan beberapa isu seperti ketuanan empayar monarki England (yang sungguh dibenci oleh Morrissey) dan penganiyaan binatang.

Secara peribadi, pengertian serta tafsiran aku agak berbeza dengan apa yang cuba disampaikan oleh The Smiths untuk lagu ini. Lagu ini sesuai menjadi layanan jiwa tika sedang melalui proses Middle Life Crisis seperti yang aku alami sekarang ini. Maafkan aku jika agak emosi pada entri kali ini, mungkin ianya cuma proses kematangan bagi aku kot. Aku pun tak pasti. Sometimes at this stage of life, you feel that you need to evaluate yourself and find your relevancy within the community that you live with. Especially yang melibatkan kegiatan bermuzik aku, kadang2 aku rasa ingin mengundur diri dari dunia muzik, tetapi beberapa situasi yang tidak diduga pasti akan mengheret aku kembali aktif bermuzik. Mungkin ada hikmahnya, aku pun tak pasti.

Mujur ada isteri yang memahami dan anak sebagai penghibur hati. Pada peringkat umur begini, aku seharusnya lebih menumpukan perhatian kepada mereka, bukan muzik. Apa yang perlu aku lakukan sekarang ialah membentuk keseimbangan di antara keluarga dan minat aku. Kalau boleh lebihkan perhatian pada keluarga, insyaAllah hidup akan lebih bermakna. Kekuatan spiritual juga amat penting. Jika solat 5 waktu tak dijaga, nescaya hidup akan hilang arah tujuan. Hanya Allah tempat kita meminta segala macam pertolongan, termasuklah ketenangan jiwa. 

Enough with my gibberish words, jom kita layan lagu ni. Check out the lyrics too:

The Smiths - That Joke Isn't Funny Anymore
Park the car at the side of the road
You should know
Time's tide will smother you
And I will too
When you laugh about people
Who feel so very lonely
Their only desire is to die
Well, I'm afraid
It doesn't make me smile
I wish I could laugh

But that joke isn't funny anymore
It's too close to home
And it's too near the bone
It's too close to home 
And it's too near the bone
More than you'll ever know...

Kick them when they fall down
You kick them when they fall down...

It was dark as i drove the point home
And on cold leather seats
Well it suddenly struck me
I just might die with a smile on my face after all...

I've seen this happen in other people's lives
And now it's happening in mine...


The Smiths - That Joke Isn't Funny Anymore (Live at Madrid)

Monday, May 13, 2013

The Smiths CD Boxset : Complete Discography (4 Studio Albums, 1 Live LP & 3 Compilations)

The Boxset & poster for the live album "Rank"

"There Is A Light That Never Goes Out..."

Kebanyakan peminat muzik akan mempunyai band idola mereka masing2. Fakta ini tidak boleh dinafikan kerana kita sebagai manusia sering menyukai bunyian yang dihasilkan oleh beberapa artis dan secara langsung (antara sedar atau tidak) menjadi peminat tegar artis tersebut. Memang ramai rakan blogger yang meminati band2 metal seperti Iron Maiden (yang ini ramai yang minat, i know it), Metallica, Black Sabbath dan sebagainya. Bagi aku, The Smiths merupakan band yang aku minati dari dulu hingga kini, walaupun band  ini sudah pun dibubarkan semenjak 1987, tidak lama selepas mereka meriliskan album keempat dan terakhir mereka iaitu Strangeways, Here We Come.

CD Boxset The Smiths ini aku beli melalui seorang penjual dari Mudah.my, aku sering berurusan dengan penjual ini juga untuk pembelian cd yang lain. Senang berurusan dengan dia ni, tak banyak songeh. Pembelian CD Boxset The Smiths ini pun boleh dikira sebagai KPI aku pada tahun ini dalam kegiatan hobi aku haha (apa punya objektif la). Harga untuk CD Boxset ini boleh tahan jugalah, tapi aku rasakan ianya berbaloi sebab boleh dikatakan tahap rare juga walaupun bukanlah first pressing. Gila kau, first pressing LP ataupun 7" vinyl The Smiths sekarang ni boleh mencapai ribuan ringgit di eBay.com sekarang.

Aku tak nak buat ulasan secara terperinci untuk setiap CD pada boxset ini, yang itu aku akan buat pada entri lain kali. Agak menjadi spoiler lah kalau bagitau awal. Buat masa ini, marilah kita layan gambar2 koleksi CD The Smiths ini dahulu ya.

Boxset The Smiths dalam packaging berbentuk kotak yang comel (erkk comel?)

Paling atas hingga ke bawah (dari kiri):
  1. Self-titled The Smiths (rilisan tahun 1984)
  2. Meat Is Murder (rilisan tahun 1985)
  3. The Queen Is Dead (rilisan tahun 1986)
  4. Strangeways, Here We Come (rilisan tahun 1987)
  5. Rank - The Live LP (rilisan tahun 1988)
  6. Hatful Of Hollow - Compilation Album (rilisan tahun 1984)
  7. The World Won't Listen - Compilation Album (rilisan tahun 1987)
  8. Louder Than Bombs - Compilation Album (rilisan tahun 1987)
Inlay cover untuk boxset ini. Kelihatan gambar Johnny Marr (atas sebelah kanan) dan Morrissey (bawah kanan), 2 individu penggerak band bertaraf legenda ini.

Inlay cover boxset ini lagi. Pada sebelah kiri ialah newsletter yang pernah dikeluarkan oleh label mereka iaitu Rough Trade Record suatu ketika dahulu.

Poster bersaiz A4 yang disertakan sekali untuk album live mereka "Rank". Ini merupakan the one and only live album yang dihasilkan oleh The Smiths.

Walaupun setiap CD di dalam boxset ini hanya disertakan dengan Vinyl Replica Sleeves sahaja namun ianya masih lagi disertakan dengan lirik lengkap untuk setiap lagu. Apa yang membuatkan boxset ini menjadi lebih istimewa ialah ianya di remastered oleh Johnny Marr sendiri.

Selesai melihat gambar2 menarik dari boxset ini, jom layan video ini pula:

The Smiths - Heaven Knows I'm Miserable Now (Top Of The Pop)

P/S: Walaupun agak mustahil, tapi aku sentiasa berharap agar band ini dapat buat reunion balik...

Thursday, November 1, 2012

CD Review : UB40 - Labour Of Love II (One of the Essential Reggae Album in the 80's)

UB40 - Labour Of Love II
 If I Had The Whole World, I Would Give It Away, Just To See The Girls At Play...

Minggu lepas aku menerima bungkusan poslaju dari Puteri Solehah, seorang penjual CD terpakai dan dia juga sering letak iklan jualan CD second-hand tapi original di mudah.my, jadi di website itu jugalah aku mendapat CD ini. Band UB40 ini rasanya mungkin agak asing dengan pendengar generasi baru, tapi bagi mereka yang membesar di dekad 80'an atau 90'an, band reggae ini cukup popular pada ketika itu. Siapa boleh lupa dengan lagu mereka "Cant Help Falling In Love" dari album Promises and Lies (lagu cover Elvis Presley).

Berbalik kepada album Labour of Love part 2 ini, ianya merupakan album kedua yang memuatkan 14 buah lagu cover dari pelbagai artis Reggae/Rocksteady (kebanyakannya dari era Motown dan 60an ) dan rilisan LP yang ke 9 (diedarkan pada tahun 1989). Album ini berjaya mengangkat nama UB40 di USA terutamanya melalui singles berhantu mereka seperti "Here I Am (come and take me)", "The Way You Do The Things You Do" serta my all time favorite "Kingston Town" (orginally daripada seorang artis calypso berpengaruh di Jamaica iaitu Lord Creator).

Walaupun kebanyakan lagu dalam album ini merupakan cover dari beberapa artis berpengaruh namun apa yang membezakan ia dengan versi asal ialah music arrangement yang up-to-date (pada ketika itu) serta feel reggae yang lebih segar dengan bantuan bunyian synthesizer, electronic saxophone (Yamaha WX7 Wind Controller dan dimainkan oleh Brian Travers, pemain saxophone serta co-founder) serta penggunaan drum machine oleh James "Jimmy" Brown yang juga co-founder untuk band ini. Pada pendapat aku, the band gives all of the cover songs the justice that it deserve with a little of improvement. Dari aspek muzikaliti, ianya tetap original.

Merangkumi 14 buah lagu reggae malar segar

Cover CD UB40 - Labour of Love II (hampeh betul signature owner lama kat situ)

Lukisan abstrak dari seorang artis bernama Barry Kamen

P/S: CD ini sudah berusia 23 tahun (printed in 1989) dan made in Austria, besar kemungkinan 1st pressing (?)

 UB40 - Here I am (Come And Take Me) : Official Video

UB40 - The Way You Do The Thing You Do (Live)

UB40 - Kingston Town (Official Video) 

Tuesday, April 10, 2012

MORRISSEY : Idola dari Dunia Muzik Indie Antarabangsa! Some of my personal thoughts and opinions about the man himself...

Morrissey

"The More You Ignore Me, The Closer I Get"

Pada entri yang lepas, mengenai persamaan yang ada pada 2 buah band indie iaitu The Smiths dan The Times, aku ada sentuh sedikit tentang sejarah serta biografi ringkas tentang 2 buah band tersebut. kedua2 band tersebut memang aku respect habis tapi untuk The Smiths, well these guys are the real deal in making true indie music. Band yang sering diberi jolokan "The Ultimate Indie Band" (gelaran yang diberi oleh majalah rock alternative terkenal NME) dan menjadi di antara band-band pengasas awal pada gerakan muzik Madchester suatu ketika dahulu pada pengakhiran dekad 80'an.

Setelah band ini berpecah pada tahun 1987, dua orang pengasasnya iaitu Johnny Marr dan Morrissey membawa haluan masing2 dalam dunia muzik. Secara amnya, setelah The Smiths dinyah-wujudkan oleh mereka berdua, Morrissey lebih nampak menyerlah dari segi pembikinan muzik dan tanpa melengahkan banyak masa, pada tahun 1988 Morrissey telah meriliskan album pertama beliau yang bertajuk "Viva Hate".

Sebelum beliau mengasaskan band The Smiths dahulu pada awal dekad 80'an, Morrissey sememangnya telahpun diberi recognition oleh beberapa pihak media kerana hasil tulisannya yang menerbit dan mengarang sebuah novel berbentuk biografi tentang kisah hidup (dan mati) aktor terkenal James Dean berjudul "James Dean Is Not Dead". Semestinya minda Morrissey lebih ke arah penulisan sastera moden dalam budaya Inggeris yang mutakhir! Jika kita kaji beberapa bait lirik yang ada pada lagu2 The Smiths (dimana kebanyakannya ditulis oleh Morrissey sendiri), hampir semuanya mempunyai nilai sastera yang bagus walaupun ianya berbentuk sarkastik, anti-sosial, berbaur isu politik dan keinginan untuk hidup sendirian sampai mampus haha...

Secara peribadi, aku meminati muzik The Smiths agak lewat iaitu semasa aku tergila2kan cerita bersiri Charmed lakonan Shannen Doherty dan Alyssa Milano yang pernah famous circa 2000 hingga 2003 dahulu. Apa kaitan cerita bersiri tersebut dengan The Smiths? Pada montaj (footage awal pada setiap siri) siri Charmed, akan dihidangkan dengan lagu The Smiths yang berjudul "How Soon Is Now" yang diambil dari album kedua mereka iaitu "Meat Is Murder". Lagu tersebut memang berhantu dan melekat kat dalam kepala hotak aku beberapa ketika. Tapi agak malu jugak la pada aku sebab, kalau dah macam ni lah jadi nya, seolah2 aku ni bukan true indie fan la sebenarnya disebabkan agak lewat meminati The Smiths haha...sorry guys, but please don't label me as poser or whatsoever.

Tapi yang peliknya, lagu2 Morrissey pula lebih awal aku didedahkan, hasil daripada pembelian kaset2 kompilasi lagu alternative yang agak famous juga suatu ketika dahulu pada dekad 90'an seperti Absolute Alternative dan Pop Is Dead? edaran beberapa major label. Antara lagu terawal yang buat aku minat dengan muzik beliau ialah lagu "The More You Ignore Me, The Closer I Get" yang diambil dari album keempat beliau iaitu "Vauxhall And I". Semenjak itu, perspektif aku tentang muzik indie berubah disebabkan muzik pembawaan Morrissey ini. Mungkin akan ada yang akan mempertikaikan, akan tetapi ramai yang sependapat bahawa Morrissey (atau nickname nya Moz) layak digelar "One of The Godfathers Of British Indie Music" diikuti dengan Paul Weller dan Ian Brown. Di bawah merupakan beberapa bukti kukuh tentang obsesi aku terhadap Moz dan koleksi2 lagu beliau.

Koleksi T-Shirt Moz Aku!

2 helai tshirt ini aku beli secara online melalui seorang kenalan yang mengusahakan bisnes printing baju buatan tangan iaitu Handprint Shirt. Dalam portal tersebut juga terdapat seleksi tshirt pelbagai design pada mana2 band kegemaran anda. Antara penyebab aku membeli tshirt2 ialah ianya merupakan edisi terhad dan juga disebabkan ianya memfokuskan pada siri konsert jelajah Morissey di Asia Tenggara yang akan berlangsung di Singapura pada 8 May 2012 nanti! Hati ku berkata, kalau tak dapat pergi pun takper, janji dah ada tshirt edisi terhad ni pun dah kira orait ma...

CD Morrissey album "Years Of Refusal"

Front Cover of Morrissey "Years Of Refusal" CD

Inlay and the CD itself (kelihatan seperti vinyl dulu2 haha)

CD ini aku beli minggu lepas semasa aku dan keluarga pergi bercuti (sambil bekerja) di Miri, sambil itu juga ada diadakan lawatan rasmi kelolaan geng2 pejabat wifey aku ke Pustaka Miri. Aku beli cd ini pada hari jumaat (bersamaan 7 April 2012 iaitu semasa cuti Good Friday di Sarawak) di kedai Speedy, sebuah music store yang agak terkenal di Malaysia. I was a bit surprised semasa membeli cd ini. Mana tidaknya harga cd ini cuma RM9.90 sahaja, mungkin disebabkan tak berapa laku dan ianya cuma Malaysia Edition sahaja. Tak banyak yang istimewa tentang cd ini. Berikut merupakan songlist yang terdapat pada album ini:
  1. Something is squeezing my skull
  2. Mama lay softly on the riverbed
  3. Black cloud
  4. I'm throwing my arms around Paris
  5. All you need is me
  6. When last I spoke to Carol
  7. That's how people grow up
  8. One day goodbye will be farewell
  9. It's not your birthday anymore
  10. You were good in your time
  11. Sorry doesn't help
  12. I'm OK by myself
Walaupun album ini tidak mencapai sukses yang pernah dikecapi Moz pada era album Viva Hate, Kill Uncle, Your Arsenal dan Vauxhall and I, akan tetapi apa yang menarik tentang album ini ialah perubahan vocal-range yang dibuat oleh Moz. Beliau yang terkenal dan agak sinonim dengan suara Baritone nya, mencuba sedikit perubahan dalam vokalnya apabila berjinak2 dalam hi-pitch range contohnya pada lagu "Something is squeezing my skull" dan "I'm throwing my arms around Paris" dan eksperimentasi beliau agak berjaya kerana perubahan sebegini menarik minat untuk aku mendengar keseluruhan lagu dalam album ini. Dari segi musical direction nya pula, album ini lebih ke arah gabungan muzik indie dan Punk Rock era lewat 70'an (pengaruh dari band2 seperti Blondie, The Ramones, Patti Smith dan semestinya The New York Dolls). Ternyata orang veteran seperti Moz ini masih mampu rocking the stage dan mengekalkan serta memperjuangkan muzik yang beliau pertahankan selama hampir 30 tahun berada di dalam industri muzik antarabangsa. Berikut merupakan video live concert beliau di Glastonbury Festival tahun lepas, sebagai tatapan terakhir serta penutup entri ini. Enjoy Guys!


Morrissey : Live at Glastonbury Festival 2011 (Full Set)

Wednesday, January 4, 2012

Dekad 80'an : PREDATOR Movies And How It Effected My Life!

The First Movie Will Always Be The Best!

Kepada mereka yang sebaya dengan aku, anda mungkin masih teringat situasi ini masa kecil2 dahulu semasa asyik menonton movies di TV dahulu. Kalau kita imbas kembali, TV2 (iaitu RTM Siaran 2) pernah mempersembahkan beberapa slot movies untuk genre aksi setiap hari khamis malam jumaat (kadang2 ianya disponsor oleh syarikat rokok haha). Seringkali juga disiarkan filem2 hebat masa dahulu seperti First Blood, Rambo 2 & Rambo 3 (lakonan Sylvester Stallone) serta Commander, Terminator 1, dan semestinya Predator (lakonan Arnold Susah-nak-eja ops salah Arnold Schwarzenegger). Ya! Mungkin ramai yang akan berkata, Predator 2, Alien Vs Predator, AVP Requiem dan Predators lagi best tapi, harus diingat, franchise pertama (Predator 1) inilah yang memulakan sensasi kepada persepsi masyarakat tentang makhluk asing yang ganas bernama PREDATOR ini!

Poster Rasmi Untuk Filem "Predator" Lakonan Arnold Schwarzenegger

PREDATOR (diriliskan pada tahun 1987)
Rasa2nya aku pertama kali menonton filem ini kalau tak silap aku dalam tahun 1989 (masa tu aku masih darjah 2) lepas balik dari kelas karate waktu malam (haha agak cliche untuk kanak2 zaman aku). Apa yang membuat aku terpesona dan hampir tidak terkebil2 mata menonton filem ini ialah storyline nya. Skrip filem ini dibuat oleh dua orang adik beradik berbakat dalam penulisan skrip kreatif iaitu Jim dan John Thomas. Pada era 80'an dahulu, cerita sebegini yang mencampurkan elemen aksi, adventurous dan horror cukup popular ketika itu.

Siapa boleh lupa dengan watak yang dibawakan Arnold dalam filem ini iaitu Mejar Dutch yang selaku menjadi ketua kepada geng2 komando untuk misi menyelamatkan seorang menteri dari tahanan sebuah pasukan gerila di Val Verde, Guatemala. Lepas itu, part yang paling suspense ialah apabila sorang demi sorang daripada geng2 komando tersebut mati dalam keadaan mengerikan setelah selesai menyelesaikan misi berkenaan. Part paling climax dalam filem ini ialah di penghujungnya apabila Mejar Dutch bertarung dengan makhluk Predator tersebut di dalam kawasan paya pada waktu malam, lepas tu, kompem la Predator tu kalah (takkan hero plak mati!) part paling canggih ialah apabila Predator tersebut show-off alat timing bomb nya sambil ketawa dalam keadaan mengerikan!

Ramai yang tidak mengetahui bahawa makhluk Predator ini direka oleh Stan Winston Studio yang juga bertanggungjawab mereka beberapa creatures dan special make-up effect untuk beberapa filem ternama seperti Alien, Aliens, Terminator, Edward Scissorhands, Jurassic Park, End of Days dan bermacam2 lagi filem yang melibatkan penggunaan animatronik serta kesan khas yang lain. Apa yang menjadi trademark kepada rekabentuk pada muka Predator ialah belahan 4 penjuru pada mulutnya dan rambut dreadlock! (inspirasi mungkin diambil dari wajah Bob Marley kot haha)

Rekaan asal untuk makhluk Predator (pic cilok dari Todd Mcfarlane Website)

Beberapa fakta menarik tentang filem tersebut:
1. Tajuk asal untuk filem ini sebenarnya ialah "The Hunter"
2. Watak Predator dalam filem ini sebenarnya dilakonkan oleh Jean-Claude Van Damme, akan tetapi beliau menolak tawaran tersebut di saat akhir atas alasan kustom tersebut "terlalu panas dan lembik" (dasar ego seorang action superstar!)
3. Semasa sesi pengambaran dilakukan di kawasan hutan Mexico, kebanyakan krew serta pelakon ekstra mengalami penyakit Diarrhea (cirit-birit) yang teruk akibat daripada bekalan air yang tidak bersih
4. Wajah Predator sepatutnya menyerupai itik!
5. Pengarahnya, John McTiernan pernah menjadi orang yang dikehendaki oleh FBI!
6. Sampai ke hari ini, kita masih tidak tahu apa nama yang spesifik untuk makhluk asing yang hanya digelar "Predator" ini (asal dari planet mana, spesis apa)


Trailer Rasmi Untuk Filem "Predator" (1987)

Predator in my day-to-day life!
Kira2 dua hari lepas, aku terserempak dengan sebuah kereta Mitsubishi Lancer yang mempunyai lukisan (teknik air-brush) Predator di atas bonnet depan nya. Dalam hatiku berkata, mesti orang yang empunya kereta ni memang die-hard fan untuk filem Predator haha. Tapi tak kesah la, janji aku dapat ambil pic yang eksklusif ni (lihat pic di bawah) untuk aku share di dalam blog. Boleh tahan juga la design Predator ni!

Kereta Mitsubishi Lancer yang aku cakap tadi!

Dalam tahun lepas juga, apabila orang lain tengah sibuk bershopping di shopping mall beberapa hari sebelum Hari Raya, aku pulak TERbeli t-shirt Predator (lihat pic di bawah) sebab design nya cantik dan awesome! Tag tee ni ialah Heavy Metal (tak pernah aku dengar pun, mungkin production dari Siam kot) dan bersize L. Aku beli t-shirt ni di kedai REMIX di Parkcity Mall (di Bintulu, Parkcity Mall ni ajer la Shopping Complex yang kami ada huhu sedihnya)

T-shirt Predator yang aku maksudkan tu! Awesome!

P/S: Azam tahun baru = nak kumpul action figure Predator? Ermmm....tengok la dulu. Kang tak pasal2 kena buang dalam tong sampah oleh orang rumah aku haha takut malaikat tak nak masuk rumah katanya.

Monday, December 26, 2011

Dekad 80'an - Keyboards : Alat Muzik Pertama Yang Aku Belajar!

Ya! Memang ironi! Walaupun aku sudah lama berkecimpung di dalam arena muzik independent / underground tempatan khususnya di Bintulu, Sarawak dan sering juga kawan-kawan lain kaitkan aku dengan permainan bass (dahulunya Yamaha Attitude) dan gitar elektrik (Vantage Stratocaster Imitation & my ex Ibanez Gio Copy). Akan tetapi ramai di antara kengkawan aku tidak mengetahui bahawasanya alat muzik yang pertama sekali menarik minat aku semasa masih budak-budak dahulu ialah Kibod dan Organ.

Semasa aku masih darjah 5 (kira2 dalam tahun 1992) aku sering bermain di rumah kawan karib masa sekolah rendah dahulu, rumah dia tidak berapa jauh dari rumah aku. Walaupun berbangsa Cina, tetapi kami agak rapat sehinggakan member aku ni fasih berbahasa Melayu Sarawak. Di rumahnya ada terdapat sebuah organ besar yang diletakkan di ruang tamu. Kawan aku ni pulak bukannya minat muzik sangat, habis duit parents dia belanja untuk kelas piano tapi dia malas dan kurang minat ke arah muzik. While aku pulak, mengambil kesempatan yang ada untuk cuba try test dengan benda alah tu, emak kawan aku ni pun sporting juga, yelah dah anak dia sendiri dah tak minat, aku main ajer lah.

Bermula dari situ jugalah minat aku dalam bermain alat muzik semakin meningkat. Selepas family aku berpindah ke Bintulu, Sarawak, bapak aku pulak kembali meminati muzik yang telah lama beliau tinggalkan. Bapak aku pernah beli kibod Yamaha model yang untuk beginner, tapi rasa macam tak puas main, so kemudiannya dia trade-in dengan kedai dan tukarkan kepada Yamaha PSR200 yang masih ada sehingga sekarang.

Yamaha PSR 200 (pic cilok dari Google)

Yamaha PSR 200 bersama dengan Keyboard Stand (pic cilok dari Google juga)

Antara lagu2 yang terawal aku pelajari semasa bermain kibod ini ialah lagu2 dari Michael Learns To Rock, Gary Barlow (lagu Forever Love), The Beatles (lagu Hey Jude, Let It Be dan Real Love), Richard Marx (Lagu Right Here Waiting) , Smashing Pumpkins (untuk lagu2 yang ada kibod sahaja) dan banyak lagi lagu2 best yang aku dah tak ingat dah.

Di pejabat pula, kami mempunyai kugiran yang sering membuat persembahan semasa Majlis Makan Malam Tahunan, Malam Malam Sukan Pan-Sarawak dan sebagainya. Aku sering mengambil posisi sebagai pemain kibod (posisi gitaris dan bassist dah diambil orang yang lebih senior dari aku huhu), dah takder pilihan lain dah. Dewasa kini, aku kurang berminat hendak bermain kibod, mungkin disebabkan aku cenderung ke arah instrumen bertali seperti gitar, bass dan ukulele.


Norhafis - Cuba (Lagu asal dari Faizal Tahir. Persembahan Malam Hasil bersama Live Band @ Kemena Plaza Hotel Bintulu)
The Line-Up:
Norhafis - Vokalis
Bandarsah - Pemain Bass
Roslan - Gitaris
Mazri - Drummer
Adi Herman - Keyboards

Jika melihat dari video klip tadi (Norhafis - Cuba), aku menggunakan kibod Yamaha Portable Piano DGX-230 (pic di atas) kepunyaan seorang pegawai sama sepejabat dengan aku

Anyway, apa2pun aku takkan lupa asal-usul bagaimana aku boleh meminati muzik. Tanpa alat muzik seperti kibod, mungkin aku takkan minat muzik langsung sehingga sekarang...

Friday, December 16, 2011

Dekad 80'an - "HEAVY DUTY" Sebuah Band Metal Dari Miri

Dalam entri yang lepas (rujuk balik tajuk "Dekad 80-an - Tahun Aku Dilahirkan, Dibesarkan, Diberi Pendedahan Pertama Tentang Muzik dan Jadi Budak Nakal Part 2"), aku ada bercerita tentang band yang bernama Heavy Duty, sebuah band metal yang agak terkenal di Miri suatu ketika dahulu (dan masih bertahan sehinga sekarang). Baru petang tadi aku terserempak pic di bawah yang diambil oleh ayahanda aku semasa zaman kegemilangan diorang dahulu (dekad 80-an - zaman panas dengan event seperti Battle Of The Bands), tiba-tiba pula aku terasa hendak belek-belek album gambar dari almari di ruang tamu kat rumah parents aku. Lalu terjumpalah gambar yang klasik ini.


Heavy Duty with friends; gambar ini diambil ketika majlis Battle of the Bands yang diadakan di Dewan Suarah Miri suatu ketika dahulu. Perhatikan attire diorang, memang classic rock!

Untuk line-up terkini (2011), band ini terdiri daripada:
JD - Bassist
Jasmie - Lead Guitarist
Doha - Vocalist
Mok - Lead Guitarist
Dol - Drummer

InsyaAllah, suatu masa nanti aku ingin sangat berjumpa dengan leader band ini iaitu Uncle Jasmie (Lead Guitarist dan merupakan ahli band yang lama bertahan dengan band ini), sambil-sambil tu buat sesi interview eksklusif khas tentang band ini. Mungkin generasi baru tidak berapa familiar dengan band ini, akan tetapi bagi aku yang membesar dengan muzik Rock Kapak sebegini (ditambah lagi Uncle Jasmie ni kawan bapak aku), santapan muzik Rock yang dihidangkan oleh Heavy Duty sememangnya agak evergreen dan masih tetap bertenaga. Aku rasa mungkin ada segelintir peminat muzik rock di luar sana (entah2 mungkin bapak kepada korang semua) yang masih ingat dan meminati band ini, who knows right?

CD dan Kaset Heavy Duty, album berjudul "Sang Kelawar Kesiangan" yang mempunyai 10 tracks semuanya, versi kaset pulak untuk dijual, sila rujuk iklannya di sini.


Heavy Duty Live at Miri City Fan on 27th June 2009

Saturday, November 26, 2011

Dekad 80'an - Bapak aku & band beliau "THE GLASS BUBBLES'

Pada entri yang sebelumnya, aku pernah bercerita serba sedikit tentang band bapak aku suatu ketika dahulu yang pernah bergerak aktif sekitar awal dekad 80'an. Band yang aku maksudkan ialah The Glass Bubbles. Band my daddy ni sering dijemput untuk membuat persembahan di sekitar Miri dan juga Brunei. Pengasas band ini ialah adik beradik Caroll, bermula dari June Caroll (Pemain Kibod) Gary Caroll (Lead Guitar dan juga vokalis) dan Andy Caroll. Adik beradik Caroll merupakan penggerak utama band ini, berketurunan Serani (campuran Iban dan British) atau dalam bahasa mudahnya Eurasian. Bapak aku pula kemudiannya menganggotai band ini selaku vokalis utama serta second guitarist dan diikuti pula Mr. Duncan sebagai pemain gitar bass.

Band ini sering diundang untuk menjayakan parti-parti orang kenamaan di Miri dan Brunei, kebanyakannya melibatkan function2 orang putih yang bekerja dengan Syarikat Shell suatu ketika dahulu. Apa yang menariknya tentang band ini ialah instrument muzik yang digunakan oleh mereka seperti kibod jenama Korg yang juga bertindak sebagai Synthesizer serta gitar Gibson Les Paul (aku tak tau apa modelnya) yang digunakan oleh Gary Caroll. Instrumen muzik tersebut semuanya merupakan kekuatan band ini dan aku rasakan ianya agak advance pada waktu itu.

Menurut bapak aku, di antara pengalaman yang best beliau semasa menganggotai band ialah apabila mempersembahkan lagu Michael Jackson yang berjudul "Billie Jean" pada tahun 1980 di hadapan khalayak ramai yang pada ketika itu belum berapa mengetahui siapa itu Michael Jackson. Selang 6 bulan kemudian, album "Thriller" oleh Michael Jackson berada di pasaran dan mula menjadi hit di corong radio, walhal band bapak aku sudah biasa membawa lagu itu di setiap persembahan mereka. Bagaimana perkara ini berlaku? ianya bermula apabila salah seorang kenalan mereka membawa piring hitam atau Vinyl dari luar negara dan salah satu yang menjadi kesukaan mereka ialah single lagu "Billie Jean". So they give it a try masa jamming dan akhirnya lagu tersebut amat sinonim dengan mereka. haha nice one...


The Glass Bubbles membuat persembahan di Kelab Shell Lutong, Miri. Band ini mula aktif pada awal dekad 80'an dan agak popular di Miri dan Brunei.


The Line-up (From Left to Right): Duncan (Bass) Amir (Vocals, Guitar, Synth) June Caroll (Keyboards) Gary Caroll (Lead Guitar, Vocals) Andy (Drums). Perhatikan gitar Gibson Les Paul yang dipegang oleh June Caroll itu. That's authentic!

The Glass Bubbles semasa membuat persembahan di Panaga Club, Seria, Brunei. Pada posisi drums diganti sementara oleh En. Zaini Ahmad, salah seorang rakan bapak aku.

Kesemua pics di atas adalah ihsan dari ayahanda aku (ambil dari facebook beliau). Pernah juga my daddy dijemput oleh adik-beradik Caroll untuk mengadakan reunion tapi bapak aku dengan selambanya akan menjawab, "bapak dah terlalu tua untuk hal-hal macam ni"....erm, setiap individu ada mentaliti dan idea masing-masing dan keputusan beliau mengenai hal itu adalah muktamad. Tapi yang pasti, this thing called music is definitely runs into my blood also. Bak kata pepatah, Like Father Like Son. Anyway, aku respect bapak aku sebab melalui dia jugalah aku mengenali muzik secara tidak formal. Tanpa inspirasi dan pengaruh dari beliau, aku rasa aku mungkin akan minat benda lain dan hobi aku mungkin beralih ke arah yang tak berapa best contohnya menjahit, bercucuk tanam, mengembala kambing etc. (what the hell? boring!)

P/S: Kadang-kadang aku bersetuju juga dengan pepatah lama yang berbunyi "Bapa borek anak rintik"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...