Saturday, December 3, 2011

Aku Dan Ukulele (The Passion & The History)

Sejarah Ringkas Tentang Ukulele

Ukulele berasal daripada Hawaii dan ianya merupakan subset daripada keluarga besar instrumen bertali, biasanya ia menggunakan tali nilon dan hanya mempunyai 4 tali sahaja. Mengikut terjemahan daripada bahasa Hawaii, Ukulele bermaksud "jumping flea" ataupun dalam bahasa Melayu "Kutu Melompat", mungkin disebabkan cara permainan pada alat muzik ini yang mengkehendaki jari jemari memetik talinya seperti kutu melompat (?). Ukulele asalnya diperkenalkan pada abad ke 19 di Hawaii melalui penjajah dan pedagang Portugis dan kemudiannya menjadi instrumen muzik kebudayaan masyarakat di Hawaii. Pada abad 20 barulah instrumen ini menjadi sangat popular apabila ianya mula diperkenalkan di Amerika Syarikat (setelah wilayah Hawaii menjadi salah sebuah negeri di USA).

Ukulele terbahagi kepada 4 kategori dan saiz; soprano, concert, tenor dan baritone (sila lihat pic di bawah). Tuning untuk instrumen ini juga agak berbeza dengan gitar di mana, kalau mengikut kaedah tradisionalnya, merujuk kepada tuning D6 iaitu A4, D4, F#4, B4 akan tetapi pada zaman moden kini kebanyakan pemain ukulele akan menggunakan tuning C6 iaitu G4 C4 E4 A4 (termasuk aku juga menggunakan tuning sebegini) kerana ianya mudah dan senang dipelajari jika seseorang mempunyai basic dalam permainan gitar sebelum itu.

Ukulele terbahagi kepada 4 kategori (dari kiri: Soprano, Concert, Tenor dan Baritone)

Bagaimana Aku Boleh Meminati Ukulele?

Semenjak aku berkecimpung dalam dunia persembahan secara acoustic atau lebih dikenali dengan nama Busking ni (lebih-lebih lagi lepas join geng2 dari Bintulu Buskers) minat aku dalam instrumen muzik sebegini semakin memuncak. Antara penyebab utama aku ingin memiliki Ukulele dan menguasai dari segi permainan alat muzik ini ialah, aku ingin mendendangkan lagu2 berentak keroncong kerana ianya sejenis genre muzik yang kalau didengar sekilas sahaja agak mudah dimainkan, akan tetapi ianya memerlukan skills dan teknik2 yang agak rumit dalam permainan Ukulele, sebagai contoh untuk lagu Bengawan Solo (yang dipopularkan oleh The Godfather of Keroncong, Bapak Gesang) lagu tersebut jika didengar sekali sahaja mungkin mudah untuk dipelajari, akan tetapi terdapat beberapa lenggok2 dan irama dalam lagu lagu berkenaan (terutamanya time signature) perlu berhati2 jika ingin didendangkan.

Terdapat beberapa ikon pemuzik Ukulele yang aku segani dalam zaman moden ini dan salah seorang daripadanya ialah Jake Shimabukuro. Beliau merupakan anak jati Hawaii yang berketurunan Jepun (dari generasi ke-5) dan mula berkecimpung dalam permainan muzik Ukulele sejak berumur 4 tahun lagi. Pernah menganggotai sebuah kumpulan trio yang mendendangkan lagu2 asli Hawaii iaitu Pure Heart, beliau kemudiannya bergerak secara solo mulai tahun 2001. Highlight pada karier beliau sebagai instrumenalis Ukulele ialah apabila beliau membuat persembahan secara solo dalam sebuah rancangan TV yang berjudul TED (sila rujuk pada video di bawah).

Jake Shimabukuro bersama Ukulele Custom Made 4-Strings Tenor Uke berjenama Kamaka



Jake Shimabukuro mempersembahkan lagu "Bohemian Rhapsody" originally by Queens di dalam rancangan TV TED

Tak lupa juga seorang lagi ikon pemuzik Ukulele terkini yang tidak disangka-sangka iaitu Eddie Vedder. Eddie Vedder merupakan pengasas kepada kumpulan rock / grunge ternama iaitu Pearl Jam dan beliau juga merupakan seorang artis yang bergerak secara solo. Baru-baru ini beliau telah melancarkan album solo yang hanya menggunakan Ukulele sahaja sebagai instrumen muzik dalam album berkenaan yang berjudul Ukulele Songs. Antara lagu yang menjadi hit melalui album berkenaan ialah "Without You" (sila rujuk video di bawah).

Eddie Vedder bersama Ukulele beliau, sambil duduk atas surf board



Eddie Veddder mempersembahkan lagu berjudul "Without You" dalam sebuah rancangan Talk-Show

My Other Passion

Sebelum ini aku memiliki Ukulele berjenama Ashton (model UKE 100 For Beginner) akan tetapi lama kelamaan rasanya aku kurang sesuai menggunakan Uke tersebut (singkatan untuk Ukulele). Akhirnya aku jual Uke Ashton tersebut kepada kawan sepejabat aku (racun baik punya haha) dan kemudiannya aku membeli Ukulele jenama Samick (Greg Bennett Model UK 50) yang lebih lebar dari segi neck nya dan body yang lebih solid serta sound yang betul2 acoustic.

Terdapat beberapa event yang aku mula memperkenalkan instrumen muzik Uke antara acara busking bersama Bintulu Buskers (semestinya), event di Masjid Hidayah MLNG Housing (event Hari Keluarga), Festival Muzik Akustik UPMKB (bersama band aku Regiment of Kid-Do-Wrong) dan highlight persembahan aku bersama Ukulele pada tahun ini ialah, me & my family mempersembahan lagu Bengawan Solo beramai-ramai semasa Majlis Resepsi Perkahwinan adik aku, Alifh Omar serta isterinya pada bulan Jun lalu (sila rujuk video di bawah).

Aku bersama Ukulele Ashton UKE100 semasa event Hari Keluarga di Masjid Hidayah, Tg. Kidurong, Bintulu

Kadang-kadang aku selalu buat video amatur persembahan solo aku menyanyi bersama Ukulele dan post di youtube (kerja buang masa yang aku buat di malam hujung minggu). Di bawah merupakan sebahagian video-video tersebut (kalau menyampah sila jangan lihat video tersebut hahaha kadang-kadang aku sendiri rasa malu tengok video ni). Aku minta maaf jika video di bawah ada menyinggung peribadi mana-mana pihak haha.



C'est La Mort - The Civil Wars (Ukulele Cover by me) Jika anda tidak tahu siapa The Civil Wars, sila klik di sini.



If You Want Me - Marketa Irglova (Ukulele Cover by me) ini merupakan versi yang hampeh disebabkan suara aku yang terlalu serak, aku kena serang demam & selsema masa record video ni.



Bengawan Solo - The D. M. Buskers (originally by Gesang) semasa Majlis Resepsi Perkahwinan Alifh Omar dan Norizan pada bulan Jun dahulu. Secara peribadi, ianya merupakan persembahan yang agak memorable kerana ianya menyatukan aku dan beberapa anggota keluarga aku (my dad, uncles, aunties, brother and cousin Tib Ibrahim on the guitar)

My dear daughter Ainul Maisarah bersama Ashton Ukulele UKE 100 suatu ketika dahulu

Di harap info tentang Ukulele ini serba sedikit dapat memberikan informasi yang mudah difahami oleh orang kebanyakan serta dapat memberi inspirasi dan dorongan kepada mereka yang ingin menjinakkan diri dalam instrumen muzik yang bernama Ukulele ini. Ukulele merupakan instrumen muzik yang mempromosikan kedamaian (bukan aku yang kata, Jake Shimabukuro yang cakap) dan ianya juga boleh dijadikan sebagai medium interaktif menghubungkan manusia melangkaui batasan bahasa dan bangsa (macam la instrumen lain tak mempunyai peranan sedemikian). Antara quote kegemaran aku yang berkaitan dengan Ukulele ialah:

"If Everyone Played The Ukulele, The World Would be a Better Place"
- Jake Shimabukuro

Saturday, November 26, 2011

Dekad 80'an - Bapak aku & band beliau "THE GLASS BUBBLES'

Pada entri yang sebelumnya, aku pernah bercerita serba sedikit tentang band bapak aku suatu ketika dahulu yang pernah bergerak aktif sekitar awal dekad 80'an. Band yang aku maksudkan ialah The Glass Bubbles. Band my daddy ni sering dijemput untuk membuat persembahan di sekitar Miri dan juga Brunei. Pengasas band ini ialah adik beradik Caroll, bermula dari June Caroll (Pemain Kibod) Gary Caroll (Lead Guitar dan juga vokalis) dan Andy Caroll. Adik beradik Caroll merupakan penggerak utama band ini, berketurunan Serani (campuran Iban dan British) atau dalam bahasa mudahnya Eurasian. Bapak aku pula kemudiannya menganggotai band ini selaku vokalis utama serta second guitarist dan diikuti pula Mr. Duncan sebagai pemain gitar bass.

Band ini sering diundang untuk menjayakan parti-parti orang kenamaan di Miri dan Brunei, kebanyakannya melibatkan function2 orang putih yang bekerja dengan Syarikat Shell suatu ketika dahulu. Apa yang menariknya tentang band ini ialah instrument muzik yang digunakan oleh mereka seperti kibod jenama Korg yang juga bertindak sebagai Synthesizer serta gitar Gibson Les Paul (aku tak tau apa modelnya) yang digunakan oleh Gary Caroll. Instrumen muzik tersebut semuanya merupakan kekuatan band ini dan aku rasakan ianya agak advance pada waktu itu.

Menurut bapak aku, di antara pengalaman yang best beliau semasa menganggotai band ialah apabila mempersembahkan lagu Michael Jackson yang berjudul "Billie Jean" pada tahun 1980 di hadapan khalayak ramai yang pada ketika itu belum berapa mengetahui siapa itu Michael Jackson. Selang 6 bulan kemudian, album "Thriller" oleh Michael Jackson berada di pasaran dan mula menjadi hit di corong radio, walhal band bapak aku sudah biasa membawa lagu itu di setiap persembahan mereka. Bagaimana perkara ini berlaku? ianya bermula apabila salah seorang kenalan mereka membawa piring hitam atau Vinyl dari luar negara dan salah satu yang menjadi kesukaan mereka ialah single lagu "Billie Jean". So they give it a try masa jamming dan akhirnya lagu tersebut amat sinonim dengan mereka. haha nice one...


The Glass Bubbles membuat persembahan di Kelab Shell Lutong, Miri. Band ini mula aktif pada awal dekad 80'an dan agak popular di Miri dan Brunei.


The Line-up (From Left to Right): Duncan (Bass) Amir (Vocals, Guitar, Synth) June Caroll (Keyboards) Gary Caroll (Lead Guitar, Vocals) Andy (Drums). Perhatikan gitar Gibson Les Paul yang dipegang oleh June Caroll itu. That's authentic!

The Glass Bubbles semasa membuat persembahan di Panaga Club, Seria, Brunei. Pada posisi drums diganti sementara oleh En. Zaini Ahmad, salah seorang rakan bapak aku.

Kesemua pics di atas adalah ihsan dari ayahanda aku (ambil dari facebook beliau). Pernah juga my daddy dijemput oleh adik-beradik Caroll untuk mengadakan reunion tapi bapak aku dengan selambanya akan menjawab, "bapak dah terlalu tua untuk hal-hal macam ni"....erm, setiap individu ada mentaliti dan idea masing-masing dan keputusan beliau mengenai hal itu adalah muktamad. Tapi yang pasti, this thing called music is definitely runs into my blood also. Bak kata pepatah, Like Father Like Son. Anyway, aku respect bapak aku sebab melalui dia jugalah aku mengenali muzik secara tidak formal. Tanpa inspirasi dan pengaruh dari beliau, aku rasa aku mungkin akan minat benda lain dan hobi aku mungkin beralih ke arah yang tak berapa best contohnya menjahit, bercucuk tanam, mengembala kambing etc. (what the hell? boring!)

P/S: Kadang-kadang aku bersetuju juga dengan pepatah lama yang berbunyi "Bapa borek anak rintik"

Friday, November 25, 2011

Dekad 80'an - Filem Sci-Fi / Fantasi / Action yang menjadi kegilaan aku semasa kecil dahulu

Jika anda berusia dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun dan hidup di dekad pertengahan 80'an (era kebangkitan filem sci-fi), anda sudah pastinya rasa familiar dengan movie2 yang akan aku buat ulasan di bawah. Kalau ada di antara kalian yang masih ingat, Channel RTM TV2 ada membuat satu slot movie bercirikan adventure & fantasi pada setiap malam Khamis bermula pada pukul 9 malam. Dulu mana ada HBO ataupun Cinemax, so mengharapkan slot movie macam ini disiarkan setiap khamis, itu pun sudah cukup puas menontonnya (dah takder pilihan lain lagi la katakan). Di antara filem2 yang menarik perhatian suatu ketika dahulu dan menjadi penyebab aku terjerumus ke arah seorang Movie-Addict hahaha:


Star Wars : A New Hope

Apa yang menarik pasal filem ini ialah ianya permulaan kepada movie2 Star Wars, kiranya menjadi permulaan kepada sebuah Saga. Filem arahan George Lucas ini sering dimainkan di kaca TV suatu ketika dahulu (Siaran TV2 la...mana lagi). Watak yang aku suka sekali ialah R2D2 dan C3Po haha robot2 yang sungguh kelakar! Di bawah merupakan trailer asal untuk movie ini.




Jaws
Filem arahan Steven Spielberg pertama yang menjadi blockbuster sedunia! Walaupun ketika ini beliau cuma mengambil tanggungjawab sebagai pengarah sahaja (belum lagi jadi penerbit eksekutif) akan tetapi movie ini tetap digemari dan masih digelar cult sehingga ke saat ini. Hanya berkisar tentang kisah serangan jerung di sebuah kawasan pekan yang berdekatan pantai, akan tetapi teknik animatronik (jerung robot) dalam filem ini merupakan satu kekuatan pada filem ini. Di bawah merupakan trailer asal filem ini:



E.T (Extra-Terrestrial)
Filem yang mengangkat nama Steven Spielberg sebagai mogul di Hollywood! Berkisar dengan watak seorang budak yang secara tidak sengaja terjumpa seekor makhluk asing dan mengambilnya menjadi seorang teman, ianya merupakan highlight terbesar dalam industri perfileman antarabangsa sehingga ke hari ini. Di bawah merupakan trailer untuk movie ini:




Close Encounter Of The Third Kind


Sebuah lagi filem Steven Spielberg (asyik2 mamat ni ajer yg buat movie - tapi itulah hakikatnya, pada dekad 80'an Mr Steven mula membina empayar movie-making nya). Filem ini mengisahkan pula tentang perjalanan beberapa individu yang ingin membuat contact dengan makhluk asing. Apa yang betul2 menarik tentang filem ini ialah reka bentuk Space-ship yang digunakan dalam filem ini yang lebih ke arah pembuatan model, masa itu mana ada CGI. Satu lagi yang best pasal movie ini ialah cara yang digunakan oleh sekumpulan Intelligence kerajaan USA yang berinteraksi dengan makhluk asing melalui bunyi-bunyian seolah2 seperti synthesizer. Agak kelakar jugak jika ditonton balik hahaha. Di bawah ialah trailer movie tersebut:



Alien

"In Space, No One Can Hear You Scream" itulah slogan penting yang ada pada filem ini. Ditayangkan secara premier pada tahun 1979, filem ini mengangkat genre sci-fi ke level yang lebih dark dan thriller. Filem ini juga menyaksikan perubahan pada pattern filem berbentuk aksi di mana karakter utama dipegang oleh Sigourney Weaver, pelakon wanita yang memegang watak Ripley. Filem ini kemudiannya mempunyai susulan part 2, yang diberi tajuk Aliens dan diarah oleh James Cameron. Secara peribadi, aku sebenarnya merupakan die-hard fan (kipas susah mati) franchise filem Alien ni, sehingga sekarang filem Aliens Vs Predators (AVP) pun aku collect DVD nya. Apa yang lebih ekstrim lagi ialah aku juga pengumpul action-figure Alien...huhu i'm such a hoarder. Di bawah merupakan trailer filem berkenaan:




The NeverEnding Story

Filem yang diadaptasikan dari sebuah novel karangan novelis German iaitu Michael Ende, filem ini merupakan sebuah cerita fantasi yang melangkaui batas pemikiran kanak-kanak pada dekad 80'an dahulu. Pernah menjadi filem termahal dari segi pembikinan pada era 80'an dahulu, filem ini juga merupakan permulaan kepada sequel kepada 2 lagi filem berkaitan dengan NeverEnding Story. Sinopsisnya agak ringkas di mana seorang budak lelaki yang suka membaca, sering dibuli di sekolah, menemuai sebuah buku misteri yang didapati di sebuah kedai buku. Pada suku pertama filem tersebut, budak lelaki tersebut kemudiannya secara tidak sengaja masuk ke alam fantasi yang terdapat di dalam buku misteri tersebut. Pada pendapat aku, filem ini merupakan pencetus kepada idea untuk pembikinan filem fantasi yang lain (aku nak namakan filem yang lain tu pun aku dah tak ingat haha aduyai). Anyway di bawah merupakan trailer movie tersebut:




Ada banyak lagi filem2 bercorak fantasi yang menjadi kegemaran aku ketika masih kanak-kanak dahulu, di atas cuma sebahagian sahaja yang mampu aku ingat namanya. Masing-masing di antara kita mempunyai pilihan2 movie yang kita suka, bagi aku pula, 6 filem di atas merupakan permulaan kepada ketagihan aku menyukai filem2 yang bergenre fantasi dan aksi. Damn, cepat sungguh masa berlalu, kini filem2 yang berbentuk sci-fi lebih ke arah penggunaan kaedah CGI secara total, walhal dahulunya di era 80'an, filem2 sci-fi pula menggunakan kaedah yang agak tradisional tetapi realistik contohnya seperti pembikinan model2 robot, animatronik (robot yang dikawal oleh remote control), lokasi dan set yang diubah mengikut idea "gila" pengarah dan yang penting sekali, plot cerita yang menarik dan out-of-this-world! Akhir kata aku, May The Force Be With You!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...