Blog catatan merapu yang aku buat tentang kehidupan aku sebagai seorang pemuzik amatur (tahap bohemian), seorang ayah and loving husband, seorang penjawat awam, movie addict, pengkritik makanan, seorang muslim dan semestinya sebagai seorang pemerhati kepada sesuatu yg berlaku di persekitaranku.
BUSSEG, ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2005 oleh dua beradik iaitu Nizam (vokalis) dan Din (Drummer/Backing Vocals) dan disusuli dengan penambahan ahli lain seperti Lai (Guitar), Adi Herman (Guitar/Backing Vocals) dan Lester (Bass). Manakala sahabat kami, saudara Amud pula bertindak sebagai "manager", drummer simpanan, vokalis tambahan serta krew yang rajin lagi baik hati hehe. Band ini mula bergerak aktif setelah semua ahli2 nya menghadiri gig Borneo Extreme Music (anjuran Menjrex Nerto) di mana headline bandnya ialah Sil Khannaz dan Vormit. Busseg mulai aktif pada tahun 2005 hingga 2010 dan banyak mengikuti beberapa siri gig sekitar tahun tersebut.
Zoso Wars : Battle Of The Bands 2007 (Bertempat di Dewan Suarah. Busseg memenangi tempat pertama)
Rock Out Gig 2007 (Anjuran Bara Entertainment dan bertempat di Esplaned Bintulu)
Titan Empire's Rocktober Gig 2010 (Bertempat di Kemena Plaza Hotel)
Sekarang ni kami masih lagi dalam status hiatus. Mungkin disebabkan tuntuntan kerja serta komitmen dengan keluarga rasanya, termasuklah aku sebab kadang2 aku rasa macam tak larat nak main grindcore/death metal lagi. Tapi kadang2 tu adalah juga hati ini meronta2 nak jamming balik dengan rakan2 dari BUSSEG sebab feel bermain grindcore/death metal ni agak unik sedikit berbanding sub genre metal/hard rock yang lain. InsyaAllah kalau ada rezeki dan peluang, rasanya BUSSEG ni dapat diaktifkan kembali. Di bawah merupakan beberapa koleksi gambar kenangan bersama2 ahli kumpulan BUSSEG.
Busseg setelah selesai membuat persembahan di Charity Gig 2005
Dari Kiri: Amud (manager/krew hehe...), Nizam (vocals), Adi (guitar/backing vocals), Din (drummer) dan Lai (guitar)
Busseg setelah selesai membuat persembahan di Titan Empire's Rocktober Gig 2010
Busseg berposing dengan gaya yang agak kurang "Metal" hehe
Busseg dalam gambar hitam putih
Kenangan Manis! Busseg menjadi juara semasa Zoso Wars : Battle Of The Bands 2007
Line-up klasik! Dari Kiri: Lester (bass), Adi Herman (guitar), Din (drums) dan Nizam (vocals). Gambar ini diambil selepas sesi jamming di Aveo Studio pada tahun 2006 (sekarang sudah tidak beroperasi lagi).
BUSSEG (berbunyi boo-seg) bermaksud perut busung atau gemuk yang melampau akibat terkena buatan orang (black magic), ianya diambil daripada perkataan bahasa Melanau Baie. Pada entri akan datang aku...koleksi video persembahan live BUSSEG! Nantikan...
Tertarik dengan entri blog yang dibuat oleh saudara Es Oasis beberapa hari dahulu tentang persembahan Bintulu Buskers di sebuah restoran yang bernama Sofea Cafe suatu ketika dahulu, sekitar penghujung tahun 2010. Aku pada masa itu baru sahaja menimang anak pertama, baru berusia 1 tahun lebih anakku Ainul Maisarah pada ketika itu. Sofea Cafe ni memang restoran kegemaran aku serta isteri untuk makan di luar, tak kisah lah samada makan tengahari ataupun makan malam. Sambil-sambil makan, terhibur juga dengan persembahan rakan-rakan Bintulu Buskers. Selalu jugalah aku menyertai kugiran Bintulu Buskers pada ketika itu. Mereka yang dalam komuniti buskers ini pun bukan orang lain pada aku, kebanyakannya kawan lama dan seperjuangan dalam arena muzik underground/independent di Bintulu ketika itu.
Kalau tak silap aku, pada tahun 2010 itu jugalah komuniti Bintulu Buskers bergerak secara aktif sekitar Bintulu dengan membuat beberapa siri persembahan di kedai makan dan restoran. Tapi antara kebanyakan restoran yang mereka perform, di Sofea Cafe jugalah tempat yang dianggap port paling strategik dan selesa untuk membuat sebarang persembahan muzik akustik. Di situ jugalah kami mendapat reaksi serta respon yang positif dari pengunjung yang datang melihat persembahan kami, sehinggakan ada yang jadi regular customer di restoran berkenaan. Kami sering membuat persembahan pada hari sabtu malam ahad.
Malangnya Sofea Cafe kini sudah tidak lagi beroperasi dan mulai saat itu port untuk busking kami telah berubah ke tempat yang lebih "berani" dan "strategik" untuk aktiviti golongan pemuzik Bohemia ini iaitu Bintulu Waterfront Promenade ataupun Pantai Temasya Tanjung Batu. Semestinya pengalaman membuat persembahan di Sofea Cafe suatu ketika dahulu bersama rakan-rakan Bintulu Buskers memang tidak dapat dilupakan. Semestinya KLMJ (Kenangan Lama Mengusik Jiwa) hahaha...
Dari Kiri: Bush, Es, Marus dan Chas
Flyer tentang persembahan Bintulu Buskers @ Sofea Cafe yang mengelirukan dan terlalu banyak typo haha...
Saudara Marus menjadi vokalis ketika mendendangkan lagu "Hati Emas" oleh kumpulan Kembara
Lepas buat show, kitorang pun layan Shisha sambil borak2 haha
Saudara Marus dengan gitar akustik frameless kepunyaan Kapten Mat, owner Sofea Cafe ketika itu
Bergambar bersama Kapten Mat (kanan paling hujung sekali) untuk kenang-kenangan
◕If Dr. Bilal Philips can leave music after being the lead guitarist in a rock band..
Amir Junaid Muhadith a.k.a. Loon (click here for more info)
◕If brother Amir Junaid Muhadith (former name Loon) can leave his career of being a famous rap artist
Mutah Wassin Shabazz Beale a.k.a. Napoleon (click here for more info)
◕If brother Mutah Wassin Shabazz Beale (previously known as Napolean) can leave his hood-life & long rap career with one of the most renowned rappers ever known called "2pac"
◕...Then we, who are just mere listeners of music, can leave it with much less difficulty Insha'Allah. When you do things for THE SAKE OF ALLAH (swt), nothing is impossible! SubhanAllah!
All of the "words of wisdom" above are taken from my friend's facebook pictures collection. May Allah guide us too in a pursuit of having peace in ourselves through Iman and Taqwa, not through something so artificial as music. InsyaAllah I'll try my best to be a better muslim. Although it may look so hard at first on quitting (maybe not) something that you have adored for so many years, to deal with this matter one step at a time would be a very nice method to do so. If quitting is hard enough, then slowing things that related to musical activities might be a good idea too. Don't worry, I'll still be posting some topics related to music and movies after this. After all, writing and playing music are 2 different entities, right haha...May Allah guides us to the right path, InsyaAllah