Sunday, January 27, 2013

Movie Review : Sinister (Released 2012)



Di atas merupakan 2 poster rasmi untuk filem Sinister 

Tahun 2012 agak hambar dalam pembikinan filem seram yang berjaya mencecah box-office di Hollywood. Akan tetapi segalanya berubah semasa tayangan perdana filem Sinister ini pada 12 Oktober 2012 yang lalu di Amerika. Syarikat produksi yang bertanggungjawab menjayakan filem ini ialah Blumhouse Productions, di mana mereka pernah menghasilkan beberapa filem seram kontemporari yang seriously angker seperti Paranormal Activity franchise, Insidious dan The Bay

Pengarah untuk filem ini ialah Scott Derrickson yang juga tidak asing dengan genre seram dan thriller, di mana hasil karya beliau sebelum ini merangkumi filem2 seperti The Exorcism Of Emily Rose dan Hellraiser : Inferno. Filem ini juga menerapkan gaya "found footage" serta traditional cinematography. Walaupun pada masa sekarang, filem yang berkonsepkan found footage ini agak cliche dan terlalu overated (sebagai contoh seperti filem Cloverfield, Quarantine dan Blairwitch Project), tapi dalam filem Sinister ini ianya tidak keterlaluan dan hanya bergantung pada elemen video "Super 8" sahaja.

Watak antagonis dalam filem ini juga nampak agak berbeza dari filem seram lain kerana ianya mengetengahkan makhluk Bughuul yang diambil dari kisah dongeng German. Tidak banyak filem yang mengetengahkan mahkluk mitos dari kisah dongeng negara tersebut, Sinister memberikan ia peluang untuk menyerlahkan elemen ketakutannya. 

Secara peribadi, filem ini adalah antara yang paling berkesan dan sampai mesej dia berbanding filem2 seram yang diterbitkan pada tahun 2012. Ianya mempunyai jalan penceritaan yang kreatif dan tidak terlalu mengikut  trend filem seram semasa. Apa yang paling best sekali ialah lakonan daripada Ethan Hawke sebagai penulis buku jenayah sebenar yang betul2 meyakinkan serta boleh dipuji mutu lakonan beliau, seolah2 sama kualiti dengan filem terdahulu beliau seperti Alive, Reality Bites, Brooklyn Finest dan Gattaca.  Di bawah merupakan sinopsis untuk filem berkenaan:

A struggling true-crime novelist stumbles into a grim supernatural mystery that threatens the lives of his entire family in this nightmarish horror yarn from director Scott Derrickson (The Exorcism of Emily Rose, The Day the Earth Stood Still). Ellison (Ethan Hawke) is seeking inspiration for his latest book when he moves his wife and children into a home where an entire family perished under gruesome circumstances. Terror soon hits closer to home, however, when the writer discovers a box of old family movies in the attic of his new house, and watches in horror as images of various families being murdered flicker before his eyes. Now the deeper Ellison investigates the disturbing case, the more he begins to fear he has stirred an ancient evil that won't rest until it has claimed his entire family.

Official Movie Trailer For Sinister (2012)



Thursday, January 24, 2013

Kuliah Agama "Program Siri Menjejak Cinta Ilahi : Tafaqquh Fiddin" Oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Banner untuk kuliah agama yang dihadiri oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin 

Bersempena Sambutan Maulidur Rasul

Sejujurnya aku agak terlewat mengenali Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ini. Pertama kali mengetahui tentangnya ialah melalui blog Kaboi Tanduk (you are the best, bro! Klik di SINI untuk membaca entri blog berkenaan) yang menceritakan pengalaman beliau menghadiri majlis ilmu ataupun lebih dikenali dengan nama tausiah yang dikendalikan oleh tuan guru sendiri. Betapa beruntungnya saudara Zulhelmi (pemilik blog Kaboi Tanduk tadi) kerana berkesempatan menghadiri majlis ilmu seperti itu.

Pada 29 sehingga 30 Disember 2012 yang lepas, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki telah datang ke Bintulu bagi menjayakan sebuah program yang dinamakan Siri Menjejak Cinta Illahi : Tafaqquh Fiddin yang dianjurkan secara usaha sama oleh JASA ABF (sebuah persatuan kebajikan Islam dari syarikat Asean Bintulu Fertilizer), Syarikat Perniagaan Melayu Sdn Bhd, UPM Corner dan Syawal Engineering & Services Sdn Bhd. Jadual tuan guru agak padat semasa kehadiran beliau di Bintulu pada ketika itu. Pada 29 Disember (Sabtu) beliau menjayakan program Tausiah Untuk Pendakwah serta Pengajian Hadith (Umum) di Masjid Hidayah,Tanjung Kidurong mulai pukul 11 pagi hingga 4:30 petang. Aku cuma berkesempatan menghadiri Kuliah Khas di antara waktu maghrib dan isyak yang bertempat di Masjid Assyakirin,Bintulu.


Tuan guru bersama para pendakwah lain sebelum majlis bermula

Tuan guru memulakan ceramah beliau

Perasaan teruja aku semasa majlis ingin bermula sudah tidak ditahan lagi. Aku antara pendengar ceramah berkenaan yang duduk paling depan bersebelahan dengan tempat tuan guru berceramah. Permulaan ceramaah beliau dimulakan dengan bacaan doa serta zikir munajat. Tuan guru juga sempat memberikan beberapa potongan hadith serta ayat Al-Quran tentang pentingnya mengingati Allah dan bersalawat ke atas nabi junjungan kita, Muhammad SAW terutama sekali selepas mengerjakan solat. Beliau sering memberi peringatan tentang pentingnya memperbanyakkan bacaan tasbih, tahmid dan takbir pada setiap perlakuan kita dalam aktiviti harian kerananya akan menguatkan lagi keimanan kita terhadap Allah Azza Wajalla.

Intonasi suara beliau agak tertib dan tidak berseloroh

Apabila majlis dimulakan dengan bacaan zikir, suasana pada majlis ketika itu menjadi sayu kerana bacaan tersebut diiringi oleh beliau serta beberapa jemaah yang lain. Seriously aku pun manly tears. Memang benar, mukjizat pada kalam Allah di dalam Al Quran merupakan penawar yang paling mujarab pada setiap permasalahan yang berkaitan hati khususnya. Tuan guru berjaya mengajak para jemaah menyelami intipati zikir serta munajat yang dilafazkan pada ketika itu.

Antara ucapan beliau mengenai zikir:
"Tidak ada yang biasa sahaja tentang zikir. Zikir mengingat Allah adalah suatu perkara yang luar biasa. Ianya bukan diukur dengan jumlah bilangannya. Sebanyak mana kita berzikir, sebanyak mana kita bertasbih, sebanyak mana kita mengingat Allah, sebanyak mana kita beribadah, yang penting daripada segala-galanya ialah bagaimana kita menghadirkan hati (dengan mengingati Allah) baik dari mulut ataupun perasaan dengan tulus ikhlas, Allah semestinya mengasihi hambaNya yang berbuat demikian"

Di pertengahan kuliah agama juga ada beliau menerangkan tentang beberapa mukjizat yang ada pada Rasulullah. Topik ini agak menarik kerana ianya menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan di kalangan Rasul Ulul Azmi seperti yang dinyatakan dalam Al Quran. Di antaranya ialah Kisah Pohon Kayu Yang Tunduk Pada Perintah Rasulullah SAW:

"Daripada Jabir bin Abdullah RA, katanya: "Kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW sehinggalah suatu masa kami telah sampai dan singgah berhenti di sebuah lembah yang luas. Lantas Rasulullah SAW pun pergi untuk melaksanakan qada' hajatnya. Sementara aku pula telah menyusulnya dari belakang dengan membawanya sebekas air. Kemudian Rasulullah SAW melihat-lihat ke arah sekitarnya, tetapi Baginda SAW tidak menemui apa-apa pun yang membolehkannya berselindung dari pandangan manusia.

Tiba-tiba Baginda SAW terlihat dua pohon kayu berada di tepi lembah tersebut. Lantas Baginda SAW pun menuju ke arah salah satu daripada pohon kayu tersebut dan kemudian memegang salah satunya sambil bersabda kepadanya: "Kamu ikutlah perintahku dengan izin Allah". Lantas pohon tersebut pun mengikuti Baginda SAW dari belakang seperti unta yang telah dicucuk hidungnya yang mengikut haluan arah pemegang talinya, sehinggalah Baginda SAW sampai ke kedudukan pohon yang kedua" - diambil daripada buku tulisan tuan guru yang bertajuk 40 Kisah Motivasi : Mukjizat Rasululah SAW.

Di antara buku serta DVD kuliah beliau yang sempat aku beli selepas majlis itu selesai. Aku akan buat review pasal buku dan DVD berkenaan di lain masa, insyaAllah. T-shirt Aqsa Syarif juga ada dijual pada ketika itu.

Banyak lagi kisah mukjizat yang diceritakan namun aku cuma ingat beberapa perkara sahaja, sedih. Kuliah yang dijalankan selama hampir 2 jam itu ternyata masih tidak cukup bagi aku yang masih mendambakan ilmu2 akhirat sebegini. Mudah2an segala informasi tentang intipati kuliah ini tadi dapat diamalkan oleh kita semua sebagai perisai kita untuk melawan hawa nafsu yang ada dalam diri kita. InsyaAllah. Di bawah merupakan sedikit biografi tentang beliau:

Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Beliau dilahirkan pada 1 September 1960 dan berasal dari Banjarmasin, Indonesia. Kemudian beliau dan keluarganya menetap di tanah suci Mekah pada tahun 1974. Pada tahun 1983, beliau telah melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar di Kaherah, Mesir pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiah. Beliau telah menubuhkan rangkaian pondok pesantren di Bogor (Indonesia), Kelantan, Kedah dan Johor. Beliau turut menghasilkan lebih dari 80 buah buku dan manuskrip.

Bacaan Qasidah bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...