Monday, December 30, 2013

My Personal Favourite Albums Of 2013 : Entri Terakhir Untuk Tahun 2013!

Aku tak banyak ambil tahu pasal perkembangan terkini dunia muzik secara umunya. Hanya memilih beberapa album dan cd kegemaran yang aku teringin nak dengar dan sudah lama follow (untuk certain bands / artists). You can call me very selective when it comes to music, tidak mengapa, citarasa masing-masing. Di bawah merupakan beberapa album yang menarik perhatian aku sepanjang 2013.


 1. Atom For Peace
    Tajuk Album: Amok
    Genre: Electronica / Alternative

Ini merupakan album debut dari band projek yang diketuai oleh Thom Yorke dari band Radiohead. Seperti album solo pertama beliau yang bertajuk The Eraser, konsep yang sama juga diketengahkan ke dalam band projek ini iaitu elemen Electronica yang tidak terlalu heavy, cuma mid-tempo sahaja, sama seperti kebanyakan idea yang dicurahkan oleh beliau di dalam album-album Radiohead yang sebelumnya seperti Kid A & Amnesiac. Cuma apa yang menjadi pertaruhan serta keunikan di dalam album ini ialah bassline dari Flea (yup, Flea dari RHCP) yang sungguh laid-back tapi masih lagi berbunga-bunga. Tidak ada teknik slapping dalam album ini.
Atom For Peace - Ingenue (Official Music Video)

.
.
.
.

 2. Lorde
    Tajuk Album: Pure Heroine
    Genre: Electronica / Pop / Minimalist

Gadis berusia 17 tahun yang berasal dari Auckland, New Zealand mula menggemarkan industri muzik pop antarabangsa dengan single beliau "Royals" pada pertengahan tahun ini. Ianya disusuli juga dengan rilisan album pertamanya yang bertajuk "Pure Heroine" ini. Kebiasaannya aku tidak berapa gemar jenis vokal sebegini akan tetapi apabila muziknya dipadankan dengan suara Lorde yang sedikit husky dan sexy ini, ianya menjadi menarik untuk didengar. Paling menambahkan lagi kualiti pada muzik Lorde ialah pada mutu persembahannya yang hanya diiringi oleh 2 orang sessionist sahaja iaitu seorang drummer (dengan kelengkapan digital drums sekali) dan seorang DJ / Keyboardist.

Lorde - Royals (Live at KCRW Radio)
.
.
.
.

 3. Kings Of Leon
     Tajuk Album: Mechanical Bull
     Genre: Alternative Rock

Mechanical Bull merupakan album keenam dari band Kings Of Leon. Walaupun sudah lama meninggalkan bawaan rock berbentuk Southern dan Blues (boleh rujuk album pertama Youth & Young Manhood dan album kedua Aha Shake Heartbreak), namun band ini tetap ada progression serta kemantapan dalam muzik mereka. Permainan gitar oleh Matthew Followill yang banyak menggunakan efek flanger juga kali banyak variasinya. Kekuatan lain yang ada pada album ini ialah songwriting nya, mungkin tidak banyak beza dari album sebelumnya tapi yang pasti lagu2 yang catchy serta melodi yang indah bisa membuatkan anda terpukau sekejap.

Kings Of Leon - Supersoaker (Live on Letterman)
.
.
.
.

4. The Dillinger Escape Plan
    Tajuk Album: One Of Us Is The Killer
    Genre: Matchcore / Progressive Metal

Mempunyai 11 buah lagu, album One Of Us Is The Killer ini merupakan album kelima untuk band ini. Walaupun sudah ditubuhkan semenjak 1997, namun band ini masih tidak berubah konsepnya & still crazy as hell baik dari segi persembahan mahupun dalam pembikinan lagu. Pernah datang buat show di Malaysia beberapa tahun lepas dan digelar sebagai "The Most Dangerous Band On Earth" oleh majalah Rolling Stone suatu ketika dahulu, dalam album kelima ini mereka ada sedikit perubahan di mana ada beberapa lagu yang mempuyai durasi yang agak lama berbanding standard2 lagu yang pernah mereka buat sebelum ini. Apa-apapun The Dillinger Escape Plan masih belum menghampakan setakat ini untuk mana2 album mereka.

The Dillinger Escape Plan - When I Lost My Bet (Official Music Video)

Friday, December 27, 2013

Japanese Film Festival Yang Bertempat Di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (Pada 7 & 8 Disember 2013)

Pada 7 & 8 Disember yang lalu, telah diadakan satu event yang menarik bertempat di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu. Event yang aku maksudkan ialah Japanese Film Festival anjuran Japan Foundation, Mitsubishi Corporation dan semestinya pihak UPM Kampus Bintulu sendiri. Disebabkan orang rumah aku ni salah seorang penjawat awam yang berkerja di universiti ini, maka amat mudah untuk my wifey dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa untuk event ini. Wife aku dia terlibat dalam bahagian dekorasi serta pengendalian booth untuk jualan kraftangan kepada pengunjung-pengunjung yang datang pada event tersebut. 

Aku, wife dan my dear daughter datang awal pada pagi sabtu 7 Disember tersebut, sekitar jam 8 pagi, disebabkan isteri aku diberikan tanggungjawab untuk mengatur beberapa booth jualan seawal waktu tersebut. Sedang my wife sibuk dengan kerja dia, aku dan my daughter berpeleseran sekitar bangunan dewan tersebut bagi menunggu untuk majlis tersebut bermula pada pukul 10 pagi. Gerai jualan makanan juga ada disediakan, kebanyakannya pelajar-pelajar universiti yang terlibat dalam penjualan tersebut. Balik-balik orang yang sama juga, tak apalah disebabkan nak kasi support event yang julung kalinya diadakan di Bintulu ini, aku beli jugalah makanan-makanan tersebut bagi mengalas perut yang belum lagi sarapan pada waktu itu.

Semasa proses persediaan majlis tersebut, ada juga aku terserempak beberapa perwakilan dari Japan Foundation dan Misubishi Corporation. Kebanyakan mereka berpakaian menggunakan kimono (bagi perempuan) dan ada satu baju jepun yang ringkas digunakan, sama seperti baju yang dipakai oleh pekerja-pekerja restoran Sushi King itu. Tanpa disedari, rakan seperjuangan dalam muzik iaitu Encik Barangkali Marus juga hadir di majlis tersebut, dia juga datang awal. Sempat juga kami meminjam baju jepun yang ringkas tadi daripada AJK yang bertugas, bagi kami berdua melaram sambil ambik gambar hahaha.

Semasa majlis ini bermula pada pukul 10 pagi, pertama sekali ada juga kata-kata aluan dari perwakilan Japan Foundation. Siap ada yang pandai cakap Melayu pulak tu, boleh tahan. Filem pertama yang ditayangkan pada pukul 10:30 pagi tersebut ialah The Chef Of South Polar, jangan tanya lah siapa jadi hero dalam filem ini, aku pun tak tahu dan kalau tahu pun memang berbelit lidah aku nak sebut nama pelakon tersebut. Filem ini boleh tahan juga jalan ceritanya, tidak membosankan dan ada diselitkan nilai-nilai orang Jepun yang jarang kita lihat. Nanti aku sertakan sinopsis filem ini. Kebanyakan pengunjung yang datang ke majlis ini banyak dari kalangan pelajar-pelajar UPM Kampus Bintulu sendiri, tak banyak orang awam yang datang, mungkin disebabkan kurangnya promosi di luar kampus, itu yang membuatkan sambutan dari orang luar agak hambar.

Walau bagaimanapun, diharap jika event ini diadakan di UPM lagi, diharapkan agar pihak pengurusan membuat promosi secara meluas di luar kawasan kampus bagi memberi info kepada orang awam akan adanya festival ini di Bintulu khususnya. Tahun depan kalau ada lagi, semestinya aku takkan ketinggalan menyaksikannya lagi. 

 Ini merupakan banner rasmi untuk event Japanese Film Festival 2013

 Awal pagi kami sekeluarga dah tercegat di dewan ini bagi membuat persediaan di masa akhir sebelum ianya bermula pada pukul 10 pagi

 Beberapa ruang pameran yang ada disediakan sepanjang event tersebut berlangsung

 Ini pula merupakan salah satu pameran dari pihak universiti yang ingin ditunjukkan kepada orang awam.

 Kalau dilihatkan dari sini, ada 7 buah filem yang ditayangkan sepanjang 2 hari tersebut. Kesemuanya dari pelbagai genre, ada dokumentari, anime, sci fi, drama dan komedi.

 My dear daughter bergambar bersama salah seorang perwakilan dari Japan Foundation

 Ini pula flyer serta tiket untuk masuk ke dewan bagi menonton filem2 tersebut, walaupun hakikatnya admission hanya percuma, tidak perlu bayar.

 Masa ini kami tengah menonton filem The Chef Of South Polar

Beberapa pelajar yang sedang khusyuk menonton filem tersebut

 Aku dan saudara Barangkali Marus sedang menggayakan pakaian ala pekerja Sushi King (pic ehsan dari Barangkali Marus sendiri)

Pada hari kedua iaitu 8 Disember pula ada diadakan satu sesi memasak makanan jepun dan antara yang disajikan ialah Onigiri (nasi berbentuk segitiga yang dibalut dengan seaweed). Selain sesi memasak, ada juga diadakan kelas membuat Origami dan permainan tradisional Jepun.

The Chef Of South Polar
Genre: 
Drama / Komedi

Sinopsis:
Mengisahkan 8 orang individu dari pelbagai latarbelakang dihantar oleh kerajaan Jepun bagi membuat pelbagai penyelidikan di Dome Fuji Station bertempat di Kutub Selatan. Seperti yang kita sudah maklum, Kutub Selatan tidak mempunyai sebarang habitat haiwan malahan kuman ataupun virus tidak mampu hidup lama di dalam situasi sejuk di bawah paras beku ini. Namun 8 individu ini berjaya mengharungi segala kesulitan dan rintangan sepanjang setahun berada di stesen kajian tersebut. Banyak kisah suka duka yang mereka tempuhi bersama di stesen tersebut. Salah seorang daripada mereka, Nishimura yang pada asalnya ialah tukang masak di dalam kapal tentera Jepun terpaksa ditugaskan untuk misi ini. Walaupun keberatan namun beliau mampu menyediakan makanan yang sedap belaka kepada petugas-petugas di stesen tersebut. 

Pendapat aku, filem ini memang seronok untuk ditonton bersama keluarga. Jalan ceritanya yang ringkas dan tidak terlalu berbelit. Disamping plot yang menarik, ianya juga ada showcase cara-cara hidangan beberapa makanan jepun contohnya Onigiri (yang macam aku sebut tadi) dan Mi Ramen. Tak rugilah luangkan masa menonton filem ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...