Monday, June 29, 2015

Book Review : Bau Semangat Anak Muda (Hasil Nukilan Nami Cob Nobbler)

Front Cover (1st Pressing)

Antara faktor yang menarik tentang penulisan novel independent ini ialah tiada sekatan dalam menyuarakan pendapat serta eksperisi diri. Tiada siapa yang ingin menghalang, tinggal siapa yang hendak membaca buku karangan anda atau tidak. Itu juga merupakan daya tarikan utama yang menyebabkan saya berjaya menghabiskan membaca novel keempat hasil nukilan Nami Cobb Nobbler ini. Berdasarkan gaya penulisan beliau, ternyata beliau mempunyai pengetahuan yang boleh dikatakan agak meluas juga tentang dunia muzik rock di dekad 90'an.

Bahasa yang digunakan dalam karya ini juga mudah difahami, tidak ada ayat bunga-bunga, mengikut selera anak muda dan semestinya menepati citarasa pembaca bermentaliti urban. Jalan cerita yang berkait rapat dengan scene muzik Alternative Rock (atau secara spesifiknya genre Grunge) menambahkan lagi perisa dan membuatkan pembaca (terutama sekali yang pernah merasai usia remaja di dekad 90'an seperti saya) merasakan bahan bacaan ini sungguh dekat di hati. Beberapa bait lirik dari lagu rock alternative dari band terkemuka seperti Nirvana (semestinya), Pearl Jam, Soundgarden, Smashing Pumpkins dan Radiohead dijadikan quote permulaan setiap bab dalam novel, juga menjadi punchline yang bagus dan berjaya menarik perhatian pembaca.

Ok, mungkin penggunaan bahasa kesat ada juga digunakan dalam novel ini. Hey, ini penulisan novel urban dan independent, mana ada terikat dengan Dewan Bahasa & Pustaka. Kebebasan bersuara yang mewakili golongan remaja memang terserlah di dalam novel ini, terutama sekali bagi mereka yang pernah (atau sedang melalui) zaman rebel dan memberontak diselangi dengan luahan melalui muzik rock. Tapi pepatah Inggeris pernah mengatakan "All Good Things Must Come To An End", beberapa watak dalam novel ini juga melalui zaman kejatuhan Grunge dan menghadapi mid-life crisis (lebih kurang la) akibat faktor usia dalam pencarian makna hidup. Apa-apa pun, novel ini memang sesuai dibaca bagi yang mengaku dirinya remaja ataupun yang muda di hati. Rating? 4/5.

Untuk mendapatkan novel ini, sila klik Lejen Press.

Weird Al Yankovic - Smells Like Nirvana

Friday, June 26, 2015

Terminal - Tresno (Demo 2015)

Terminal (Lirik)

Dunia ini hanya satu persinggahan
Hanya seketika
Bersifat sementara

Tapi mengapa masih ada di antara kita
Mengejar nikmat ini
Yang bukan hakiki

Chorus*
Terminal ini hanya tempat rehat sementara
Tiada apa yang kekal di sini
Kecuali DIA
Dan dengan itu maka persiapkan diri kita
Jangan lengah kerna yang abadi
Sedia menanti

Tiada masa untuk kita mempersiakan
Masa yang singkat ini
Ia takkan kembali

Sujudlah pada Dia yang menciptakan kita
Kerna kasih sayangNya
Mengatasi kemurkaanNya

Chorus*
Terminal ini hanya tempat rehat sementara
Tiada apa yang kekal di sini
Kecuali DIA
Dan dengan itu maka persiapkan diri kita
Jangan lengah kerna yang abadi
Sedia menanti

P/S: Anda hanya perlu klik butang PLAY pada aplikasi Soundcloud di atas. Lagu ini masih belum diadun dengan baik. Harap maaf.


Monday, June 22, 2015

Movie Review - It Follows (2015)

Official Movie Poster

It Follows (2015)

Mungkin ramai di kalangan kita yang merindui feel ketika menonton filem seram dari dekad 80'an seperti Nightmare On Elm Street, Friday The 13th, The Thing dan sebagainya. Apa yang menariknya tentang filem It Follow ini, ianya berjaya mengembalikan keseronokan menonton filem seram dengan gaya penceritaan seperti kita menontonnya di dekad 80an! Cukup dengan runut bunyi filem ini yang majoritinya didominasikan dengan bunyian synth yang menyeramkan. Ianya terbukti berkesan, Kudos buat pencipta runut bunyi filem ini iaitu Disasterpeace.

Dari segi visual juga ianya tidak menghampakan. Teknik penggambaran yang kadang-kadang statik dan diiringi kejutan disaat yang diperlukan memang berjaya. Pengarah filem ini mampu membawa watak-watak lain dalam cerita ini berkembang karektornya seiring dengan penceritaan.

Cuma satu sahaja kelemahan filem ini, iaitu storyline yang agak membosankan dan tidak seperti yang dijangkakan. Trailer filem ini sebelumnya menjanjikan kejutan yang maha dahsyat dari segi visual. Akan tetapi pengakhirannya membuatkan mereka yang menonton filem ini terasa tertipu. Secara peribadi saya beranggapan ianya seperti filem indie dari genre horror yang tidak menjadi. Oleh kerana satu kecacatan ini membuatkan filem ini mudah dilupakan dan semestinya tidak layak dinobatkan sebagai di antara filem-filem paling seram untuk tahun 2015. Rating? 2/5

Official Movie Trailer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...