Monday, May 30, 2022

LP WU-TANG CLAN "ENTER THE WU-TANG (36 CHAMBERS)" (1993)

 LP WU-TANG CLAN "ENTER THE WU-TANG (36 CHAMBERS)" (1993)

Video Tik Tok aku kembali lagi. Kali ini mengetengahkan LP Wu-Tang Clan dari album pertama mereka yang berjudul "Enter The Wu-Tang (35 Chambers)" yang diriliskan pada tahun 1993. Album yang dibawah naungan label Loud Records ini merupakan salah satu karya hip hop yang sering diperkatakan di dalam komuniti genre tersebut dan sering dikenang sebagai salah sebuah masterpiece untuk elemen gangster rap. Mungkin ianya tidaklah seganas ataupun notorious seperti N.W.A. mahupun 2pac, namun Wu-Tang Clan mempunyai gaya yang tersendiri dan unik.
Aku agak lambat mengenali Wu-Tang Clan. Kalau tidak kerana lagu "Shame" (salah sebuah lagu dari album 36 Chambers ini) yang dicover oleh System Of A Down suatu ketika dahulu, rasanya sampai sekarang aku tak akan tahu siapa mereka ini. Apa yang pasti, Wu-Tang Clan bergerak secara satu unit dan dianggotai oleh RZA, GZA, Ol' Dirty Bastard, U-God, Inspecktah Deck, Ghostface Killah, Raekwon dan Method Man. Kalau kalian layan TV series "Wu-Tang The American Saga", tentu korang akan tahu serba sedikit tentang sejarah unit hip hop tersohor ini.
P/S : Ini merupakan LP hip hop pertama aku. Damn, haha.




Thursday, May 26, 2022

ULASAN RINGKAS SIRI NETFLIX : ALL OF US ARE DEAD (2022)

 ULASAN RINGKAS SIRI NETFLIX : ALL OF US ARE DEAD (2022)

Kalau kita tengok sekarang di beberapa media sosial, siri Netflix ini sudah pun trending dan banyak mendapat perhatian para netizen. Jika dahulu aku sangat skeptical dengan apa-apa rilisan siri TV dari Korea Selatan, sekarang mentaliti aku sudah berubah dan dapat menerimanya terutama sekali apabila melibatkan elemen zombie.
Sejak kejayaan filem "Train To Busan" serta siri Netflix "Kingdom", tema zombie apocalypse kini sudah pun mendapat tempat di hati para peminat genre horror dan aksi. Pendek kata, kalau ada shooting untuk filem atau siri yang berkaitan dengan zombie, mereka akan cuba buat sehabis baik samada dari segi pengambilan rakaman video, make up, prop dan sebagainya.
Siri Netflix "All Of Us Are Dead" ini berasal daripada webtoon ataupun "manhwa" yang sudah pun diriliskan pada tahun 2009 dan berakhir pada 2011. Kiranya manhwa ni macam manga versi Korea cuma ianya dinikmati melalui pembacaan menggunakan telefon pintar.
Siri Netflix ini mempunyai elemen dark comedy yang agak explicit dan ianya juga mengandungi pengakhiran yang sukar diduga. Beberapa watak utamanya juga pada awalnya nampak seperti mudah diramal peranannya. Apabila sudah sampai ke episod terakhir, banyak watak utama beralih pula peranannya dan ini adalah satu keunikan untuk siri "All Of Us Are Dead". Seperti yang sudah dijangka dari awal, ianya sukar diramal.
Ada satu lagi keunikan yang ada pada siri ini (spoiler alert). Kebiasaan untuk filem-filem zombie yang lain, kita tidak didedahkan tentang asal usul virus yang menular. Akan tetapi lain pula dengan siri ini, di beberapa episod awal sudah diketahui puncanya dan ianya membuatkan jalan ceritanya lebih menarik.
Tidak sabar pula rasanya untuk menonton musim kedua siri ini. Kalau cerita pasal bab suspen, siri "All Of Us Are Dead" memang layak jadi juara untuk kategori ini.
Rating? 4 / 5



Monday, May 23, 2022

ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : THE ORBITAL CHILDREN (2022)

 ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : THE ORBITAL CHILDREN (2022)

Siri anime yang disiarkan melalui aplikasi Netflix ini merupakan sebuah karya dari salah seorang pengarah animator terkenal di Jepun iaitu Mitsuo Iso. Mungkin nama beliau tidaklah sehebat Hayao Miyazaki ataupun Makoto Shinkai, namun beliau sudah pun terlibat dalam pembikinan anime lebih daripada 30 tahun.
Antara karya-karya anime yang beliau pernah melibatkan diri dalam pembikinan ialah Mobile Suit Gundam, The End Of Evangelion, Ruroni Kenshin, Ghost In The Shell dan banyak lagi. Kebanyakan anime yang beliau hasilkan lebih ke arah elemen futuristik dan mechanical. Siri Netflix ini juga tidak terkecuali.
The Orbital Children merupakan sebuah siri anime yang mempunyai episod yang sikit (sekadar 6 episod sahaja) akan tetapi memberikan impak yang sangat bagus dalam pelbagai sudut. Ianya mempunyai elemen seperti Artificial intelligence (AI), robotik, futuristik, sedikit mekanikal dan jalan cerita yang menarik. Walaupun dilihat mempunyai banyak babak perbualan yang melibatkan hal-hal teknikal yang berkaitan dengan dunia teknologi dan internet, siri ini juga menghidangkan satu jalan cerita yang asli dan lebih ringan dari karya Mitsuo Iso sebelum ini seperti The End Of Evangelion dan Ghost In The Shell.
Entah kenapa anime ini agak kurang diketahui oleh umum walaupun diriliskan melalui aplikasi Netflix. Aku rasakan anime ini boleh tahan bagus juga walaupun tidaklah sehebat anime-anime yang tengah laku di pasaran sekarang ini. Boleh dikatakan under rated jugalah anime walaupun jalan ceritanya sangat menarik.
Rating? 3.5 / 5



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...