Monday, October 31, 2011

Dekad 80'an - Tahun aku dilahirkan, dibesarkan, diberi pendedahan pertama tentang muzik dan jadi budak nakal! Part 3 (Finale)

Damn! Rap Music? Are You F**king Serious Bro?

Believe it or not, i have to admit yang aku suatu ketika dahulu kipas-susah-mati (die hard fan) muzik Rap. Ala jangan nak sorok2 dan menidakkan kenyataan ini, aku rasa ada di antara kalian yang juga pernah menempuhi zaman yang sama. We were kids back then, what do you expect, right?

Antara lagu rap terawal yang berjaya melekat di pendengaran aku suatu ketika dahulu ialah "Ice Ice Baby" dendangan Vanilla Ice. Mula muncul dengan album pertamanya yang berjudul "Hooked" (kemudiannya bertukar tajuk kepada "To The Extreme" selepas perpindahan ke label SBK Records) pada tahun 1989, Vanilla Ice merupakan rapper berkulit putih pertama yang berjaya menduduki takhta tertinggi di carta Billboard pada ketika itu. Come on lah, zaman itu hampir semua kanak-kanak dan remaja menjadikan Vanilla Ice sebagai idola mereka. Kini, Vanilla Ice masih lagi aktif dalam muzik cuma arah tuju irama beliau lebih ke arah Rap-Rock (merujuk kepada album WTF - rilisan tahun 2011). Apa yang menjadi signature kepada persembahan beliau setiap kali show ialah tarian break-dancing serta running-man, haha masa itu memang terkenal jugalah tarian ini. Saat paling klimaks kepada stardom Vanilla Ice di era 80'an dahulu ialah apabila lagu beliau yang berjudul "Go Ninja Go" dimuatkan ke dalam Soundtrack kepada filem Teenage Mutant Ninja Turtle!


Klip Video : Vanilla Ice - Ice Ice Baby

Wajah Vanilla Ice (suatu ketika dahulu) pic rembat dari Google

Wajah Vanilla Ice (sekarang) pic rembat dari Google

Seorang lagi rapper yang tidak kurang hebatnya suatu ketika dahulu iaitu MC Hammer. Terkenal melalui lagu yang berjudul "U Can't Touch This", MC Hammer kemudiannya menjadi ikutan remaja dan muziknya menjadi siulan kebanyakan kanak-kanak pada zaman itu (dan aku tidak terkecuali). Apa yang istimewa tentang MC Hammer ialah seluar baggy (sejenis seluar yang mengembang di bahagian paha) yang sering beliau gunakan di pentas mahupun dalam video muziknya. Walaupun pernah diisytiharkan muflis pada awal dekad 90'an (zaman kejatuhan beliau selepas album "Too Legit To Quit") akan tetapi berkat ketabahannya, beliau mampu bertahan dalam industri muzik sehingga sekarang. Kini, MC Hammer menjadi CEO kepada syarikat rakamannya sendiri iaitu Bust It Records.


Klip Video MC Hammer : U Can't Touch This

Wajah MC Hammer suatu ketika dahulu, di zaman kegemilangannya (pic rembat dari Google)

Wajah MC Hammer kini, CEO kepada Bust It Record Label (Pic cilok dari Google)

Selain daripada 2 ikon rap yang aku sebut tadi, terdapat beberapa artis Rap yang tidak kurang hebatnya pada ketika itu seperti Kriss Kross (femes melalui lagu mereka yang berjudul "Jump" dan seluar baggy terbalik!), Naughty By Nature, Public Enemy, Arrested Development, Snow dan bermacam2 lagi. Masa tu jugak, kumpulan seperti NWA (Niggaz With Attitude) baru nak meningkat famous juga, akan tetapi akibat mesej yang disampaikan oleh kumpulan ini terlalu Explicit (banyak curse words) maka lagu2 mereka jarang diperdengarkan di corong2 radio.

Of course, mana boleh lupa juga kepada artis tempatan kita yang dengan beraninya membawa irama Rap ke pendengaran masyarakat Malaysia khusunya. Artis2 seperti kumpulan 4u2c, Nico, KRU, Res2, Feminin, Nana Nurgaya, Krash Kozz...mereka ini semua merupakan perintis kepada pemuzik hip hop kini seperti Teh Tarik Crew, Too Phat, Poetic Ammo, Ahli Fiqir dan sebagainya. Kudos to these fine artists!

Akhir kata, sebelum aku tutup topik ini, aku persembahkan sebuah video klip dari Farid Harja yang membawakan lagu berjudul "Ini Rindu". Damn, lagu ini pun boleh tahan famous juga suatu ketika dahulu (walaupun ianya tidaklah 100% muzik rap, akan tetapi unsur2 terawal genre tersebut ada pada lagu ini), lalu mengheret aku ke lembah muzik rap haha. Adios!



P/S: Letih aku menaip pasal muzik Rap ni, arghhh buang masa aku sahaja! What am I doing?

4 comments:

  1. come on bro...admit it hahaha....kita semua suka tengok dan dengar sekali hahaha

    ReplyDelete
  2. sbb awek2 res'2 comel berbanding awek2 feminin

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah jadi mak orang kot...tapi mungkin masih bergetah...who knows kan hahaha

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...