Tuesday, December 20, 2011

Video Muzik MonoloQue - Batu Belah Batu Konkrit (Lagu Berbentuk Nasihat Makan-Dalam Buat Bangsa Melayu!)

MonoloQue : Loque serta rakan-rakan

Baru sahaja mendengar keseluruhan album sulung MonoloQue terbaru berjudul "Hikayat Halimunan Abad Ke-21 : Jejak Tanah", mempunyai 8 tracks kesemuanya. Feel nya lebih kurang macam album Butterfingers berbahasa Melayu sebelum ini iaitu "Selamat Tinggal Dunia" dan "Kembali". Secara peribadi, dari perspektif muzikaliti yang dibawakan MonoloQue, ianya sama sahaja seperti Butterfingers sebelum ini, cuma apa yang membezakan kali ini ialah kesemua lagu2 dari album ini dinyanyikan oleh Loque (tunggak dan pengasas kedua2 band yang aku sebut tadi) bukan Emmet (vokalis Butterfingers) lagi dan element psychedelic dikurang sedikit berbanding dengan album "Selamat Tinggal Dunia", "Malayneum" dan "Kembali" (era Butterfingers).

Berbalik kepada album "Hikayat Halimunan Abad Ke-21 : Jejak Tanah" tadi, lagu2 seperti Kekanda Adinda dan Tiada Kata Secantik Bahasa (P Ramlee Cover) sudah biasa aku dengar di corong2 radio, mungkin terlalu mainstream sampai aku rasa biasa sahaja semasa mendengar lagu2 berkenaan. Namun begitu, ada beberapa lagu2 yang boleh tahan juga seperti Cinta, Kupu-Kupu Malam dan semestinya Batu Belah Batu Konkrit (Bonda). Entah kenapa, lagu yang bertajuk Batu Belah Batu Konkrit ini menyentuh emosi aku haha apa la emo...

Interpretasi Aku Tentang Lagu "Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)"

Walaupun 80% sepanjang lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi veteran Azlina Aziz (famous di era 80'an dan awal 90'an), namun mesej yang sarat dengan nasihat makan-dalam yang terkandung dalam lagu ini seharusnya tidak harus dipandang ringan. Dengan nilai sarkastik yang ada pada setiap bait liriknya, ianya hampir2 mencerminkan budaya masyarakat Melayu Moden kini yang seperti kita sudah sedia maklum, makin pudar dan hilang nilai budaya dan budi pekertinya.

Lagu ini juga seakan2 ingin menceritakan kepada kita tentang keruntuhan akhlak spesifik ditujukan kepada bangsa Melayu. Dengan dunia sekarang yang serba serbi mengejar duit, sikap materialistik yang semakin tegar, norma2 kesopanan semakin terhakis, lagu ini sedikit sebanyak seolah2 memberi tamparan hebat kepada aku yang mengaku Melayu dan semestinya pembaca2 yang sebangsa dengan aku. Sebagai contoh, dunia korporat Melayu yang rata2nya bertaraf Billionaire, tak mungkin geng2 tauke Malay yang berjaya ini mahu membantu industri desa yang merangkak2 hendak maju (dengan penuh getir dan berpenat lelah). Alasannya senang sahaja, kalau tak ada untung banyak, jangan harap la aku nak tolong engkau!

Sifat Melayu Moden yang FAKAP sebeginilah yang meLAYUkan kita. Aku dah penat lihat bisnes Melayu yang suka menjerat bangsa sendiri. Bisnes baru nak mula, dah letak harga yang mencekik darah. Mana perginya keikhlasan yang diajar dalam Islam? Mana etika perniagaan Islam yang seharusnya kita contohi? Kenapa harus tindas bangsa sendiri? Dari segi moraliti bangsa Melayu pula, malas nak cerita panjang lebar lah. Terkini, tentang perkahwinan Gay oleh seorang bekas pelajar perubatan bernama Arif Alfian serta pasangannya Jonathan. Siap pakai baju Melayu serta tengkolok pulak masa bersanding dalam gereja! Secara seriusnya, ini sudah betul2 melampau dan betul2 menunjukkan yang Melayu semakin layu...Sudah lah murtad, ditambah lagi dengan hubungan songsang sebegini, hati ibu bapa mana yang tak purnah ranah dibuatnya.

Belum lagi kita bercerita pasal populasi Melayu yang paling banyak menghuni pusat serenti, kes2 buang bayi dan pemerdagangan orang, kes2 khalwat, rempit dan bermacam2 lagi...

Enough Said, baik kita sama-sama menghayati lagu ini serta lirik yang aku sediakan di bawah klip video ini



Lirik Lagu "Batu Belah Batu Konkrit (Bonda)" MonoloQue Feat Azlina Aziz

Wahai anakanda ku sayang
Ke mana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Pabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Sebab cinta atau wang
Atau kerna kurang peka

Seperti lalang-lalang
Suka belok suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari

Dari dihimpit putar belit
Masyarakat hipokrit

Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti
Kini sekadar impi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

Dari dihimpit putar belit
Hamba duit masyarakat hipokrit

Bonda rela dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

P/S: Masih ada ruang dan peluang untuk kita berubah...insyaAllah

4 comments:

  1. kalau compare versi video dengan versi studio tu bunyi dia lain sikit, bunyi gambus kan?

    ReplyDelete
  2. bro kaboi: yup memang ada bezanya, cuma tidaklah terlalu ketara...kalo dalam versi video nya ada suara eman manan tengah bercakap bahasa jawa (diambil dari telefilem Parit Jawa) manakala versi studio lebih straight forward hahha...anyway aku suka blog lu jugak bro! informative!

    ReplyDelete
  3. kmk paling suka lgu2 band Monoloque tuk....especially lagu tok...nang best bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu tok feel nya lain oooo...menyentuh perasaan...boleh manly tears mek dipolahnya haha

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...