Thursday, January 26, 2012

BURN THE PRIEST : Evolusi Kepada New Wave Of American Metal!

Hari ini (seperti kebiasaannya di pejabat aku) aku menerima sebuah bungkusan yang datangnya dari Klang, Selangor. Ianya dikirim oleh seorang pengusaha pakaian bundle secara online yang aku kenali melalui mudah.my tempoh hari. Di dalam bungkusan tersebut ialah t-shirt band "Burn The Priest", sebuah band groove-metal/deathgrind/thrash-metal/hardcore-punk dari Virginia, USA. Ok, mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan band ini. Sebenarnya Burn The Priest merupakan nama lama kepada band yang tersohor sekarang ini iaitu Lamb Of God!

T-Shirt "Burn The Priest"
Scorched Earth Policy (title ni tidak mewakili mana2 lagu atau album mereka)
Size: L
Tag: Delta Pro Weight
Knit in USA
Assembled in Mexico
Di belakangnya ada tertulis ayat dalam bahasa German "Der Teufel Nennt Mich Bruder" yang bermaksud "The Devils Calls Me Brother" (tiada ditunjukkan)

Sejarah Ringkas Tentang "Burn The Priest"

Band ini telah lama ditubuhkan, iaitu pada tahun 1990, di mana ianya diasaskan oleh Mark Morton (Lead Guitarist), Chris Adler (Drummer) dan John Campbell (Bassist). Pada mulanya mereka ni sama menuntut di Virginia Commonwealth University. Band ini pada mulanya hanyalah band 3 piece dan mereka sebenarnya bertindak sebagai band metal instrumentalist sahaja (tiada vokalis pada masa itu).

Selepas graduasi, Mark Morton melanjutkan pengajiannya ke peringkat master's degree di Chicago, dan posisi beliau diambil oleh Abe Spear. Oleh kerana bosan bermain dengan muzik instrumental sahaja, Randy Blythe masuk pula ke dalam band ini dan mengambil posisi sebagai vokalis utama.

Jodoh Abe Spear dengan Burn The Priest tidak lama, itupun beliau sempat menghasilkan Split-EP (bersama Burn The Priest) dengan 2 band yang tengah naik masa itu iaitu ZED dan Agents Of Satan pada tahun 1997 dan kemudiannya menghasilkan self-titled debut album bersama Legion Records. Posisi Abe Spear kemudiannya diambil-alih oleh adik kepada Chris Adler iaitu Willie Adler dan pada masa perkara ini berlaku, Mark Morton sudah kembali ke pangkuan band tersebut.

Dari Kiri: John Campbell (Bass), Chris Adler (Drums), Randy Blythe (Vocals), Abe Spear (2nd Guitar) dan Mark Morton (Lead Guitar)

Split Ep Burn The Priest dengan Agents Of Satan

Self-Titled debut album mereka. Rilisan pertama ialah pada tahun 1999 keluaran Legion records.
Ianya kemudian dibuat versi remastered oleh pihak Epic Record dan dikeluarkan semula pada tahun 2005

Oleh kerana ingin menukar arah gaya muzik mereka sedikit, band ini sepakat untuk membuat penjenamaan semula pada nama band ini...dari Burn The Priest kepada Lamb Of God!

Seriously, apa yang buat aku minat dengan band ini (zaman pra-Lamb Of God) ialah sound yang ada pada mereka. Ianya punyai blast-beat dan riff guitar yang seakan Grindcore dan kemudiannya dicampur-aduk dengan sedikit elemen Death Metal dan Math-Metal! Kalian boleh kaji time-signature pada setiap lagu mereka, ianya kadang2 seakan meniru Meshuggah tetapi elemen breakdown seolah2 tidak wujud dalam sound mereka kerana dikaburi oleh blast-beat dari "One Of The Top Metal Drummer 2011 (Modern Drummer Magazine)" iaitu Chris Adler!

Akhir kata, hope you guys enjoy watching this nostalgic performance of Burn The Priest (Now is known as Lamb Of God)! This Is BLOODLETTING!!!



LAMB OF GOD - BLOODLETTING (LIVE AT PROVINSIROCK FESTIVAL 2007)



BURN THE PRIEST - RARE LIVE FOOTAGE TAKEN IN 1996!

3 comments:

  1. ntah kenapa aku kurang masuk ngan genre metal yg sebegini...Metalcore,Math-Metal,Nu Metal & seangkatan dengannya...

    mungkin jugak faktor usia...ni bukan zaman aku kot...heheh..

    ReplyDelete
  2. bro berteromber: takper bro, mungkin faktor usia yang menghalang utk menerima genre New Wave Of American Metal sebegini, at least we respect each other haha...saya pun bukannya muda sangat pun haha! sekurang2nya generasi muda harus ingat asal usul metal dari mana, learn from history, jgn bongkak dgn ilmu yg cuma secupak nasi sahaja & paling penting sentiasa ada rasa hormat dgn the pioneers of metal kerana tanpa mereka, takkan mungkin ada metal yg kita kenal hari ini (eg. Black Sabbath, AC/DC, Deep Purple dan sebagainya)

    ReplyDelete
  3. Hahahhahaaa muzik mereka merupakan santapan telinga bagi aku...Walaupun sudah tua...No doubt!!

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...