Tuesday, February 21, 2012

The Dillinger Escape Plan : Live In Kuala Lumpur! Are You Serious?

Venue: BLACKBOX MAPS SOLARIS , DUTAMAS, KUALA LUMPUR
PRESALE TICKET : RM 60.00
AT DOOR : RM 80.00

Biar betul? The Dillnger Escape Plan, Band Mathcore dari America ini buat julung kalinya akan membuat debut performance mereka di Kuala Lumpur nanti (sila rujuk poster). Band yang lahir seiring dengan band2 bergenre sama iaitu Norma Jean, The Locust dan Converge ini (circa 1999 - 2003), mula menjadi band yang harus diberi perhatian suatu ketika dahulu apabila seorang member aku (ex UPM Kampus Bintulu punya student, jurusan Business Studies) kasi aku dengar CD EP mereka yang bertajuk "Irony Is A Dead Scene" (ermm tapi CD ni label Asialink). Muzik mereka ni is a mixture of Grindcore, Crusty, Death Metal, Jazz dan Fusion.

Agak komplikated kan? Tapi itulah dia The Dillinger Escape Plan yang diasaskan oleh Ben Weinman (gitar utama dan the only surviving member from their 1st line-up), muzik mereka unik dan pada mulanya agak sukar dihadam, akan tetapi ianya menguji capability seseorang pemuzik metal di luar sana. Dengan riff2 yang kedengaran berterabur tapi complicated, blast beat tahap laju macam pelesit tapi diadun dengan Jazz serta Fusion muzik yang tetiba muncul dalam hingar bingar sound mereka ni.

Tapi aku kembali ke realiti. Tak mustahil sekarang ni banyak band2 luar nak perform di negara kita, disebabkan sudah banyak organizer yang berani bawa band2 macam ni dan fulus pun semestinya cukup untuk membiayai kos penerbitan sesebuah konsert atau showcase sebegini. Kalau Evanescene pun dah boleh lepas dan perform di Malaysia, apatah lagi band macam The Dillinger Escape Plan ni kan, haha...tapi yang pastinya, aku memang tak akan kesampaian nengok diorang ni perform....bajet ma, mana ada cukup untuk ke arah menonton konsert sebegini...huhu berputih mata lagi la alamatnya ni.


The Dillinger Escape Plan performing "Panasonic Youth" yang diambil dari album kedua mereka iaitu Miss Machine (One of my all time favorite Mathcore album, aku ada kaset ni dulu tapi entah pergi mana dah sekarang)

2 comments:

  1. They all realize... buat konsert kat Malaysia untung juga ma...

    ReplyDelete
  2. ye lar kan,tak lama lagi Arch Enemy dgn Sepultura (bulan 10 kang,aritu kena postponed) akan pi KL buat konsert gak...perghh duit ajer takder nak ke arah benda tu...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...