Friday, June 29, 2012

Tresno - Ukulele Ke Hatimu (Demo) : Preview dan Sedikit Ulasan

Me playing Ukulele (Ashton)

Lagu ini aku compose secara spontan, datang ilham lepas tengok video dari Jake Shimabokuro buat show di TED. Boleh search di Youtube kalau hendak (klik di sini). Dalam show tersebut, mamat ni perform bawak lagu "Bohemian Rhapsody" originally by Queen. Paling aku rasa berkesan di hati ialah, sebelum Jake membuat persembahan, dia berkata: "If Everyone Played The Ukulele, The World Would Be A Better Place". Satu quote yang rasanya memberi impak yang mendalam kepada sesiapa yang cintakan keamanan secara amnya. This is my song dedicated to that quote!

Tresno - Ukulele Ke Hatimu (Demo)


Andainya Kita
Hidup Bersama
Tanpa Sengketa
Tiada Duka

Melodi Indah
Milik Bersama
Hidup Harmoni
Suara Hati

Keperitan Hidupmu
Akan Berakhir Nanti

Humban Senjata
Buangkan Duka
Tiada Amarah
Yang Beri Bahagia

Keperitan Hidupmu
Akan Berakhir Nanti
Di Sana Bahgia Menunggu
Kekal Abadi
Kasih Ilahi

Written By Adi Herman (June 20th 2012)

P/S: klik pada video di bawah untuk mendengar lagu di atas.



Saturday, June 23, 2012

Meor Yusof Aziddin : Review Ringkas CD Album "Dari Rakyat Untuk Rakyat" dan Buku Beliau "Sembang Tepi Jalan"

Dari Kiri: CD album "Dari Rakyat Untuk Rakyat", buku "Sembang Tepi Jalan"

Aku mula mengenali muzik dan penulisan saudara Meor ini melalui rakan2 buskers di dalam komuniti Bintulu Buskers serta seorang rakan blogger iaitu Kaboi Tanduk. Meor sebenarnya bukan nama asing dengan penulisan berbentuk sastera moden serta penyampaian lagu rakyat (folk) di negara kita. Beliau banyak menulis catatan serta nukilan hatinya melalui blog Pesta Jiwa. Blog beliau ini juga agak interaktif, siap ada ditunjukkan diskografi album2 yang dirilis oleh beliau secara DIY dan beberapa buku karangannya. Dari blog beliau ini jugalah aku membeli CD album "Dari Rakyat Untuk Rakyat" dan buku "Sembang Tepi Jalan" secara langsung dari saudara Meor.

CD album "Dari Rakyat Untuk Rakyat" lebih berbentuk folk muzik dalam pengertian serta olahan beliau. Terdapat juga beberapa lagu yang ada mengandungi elemen reggae dan blues contohnya seperti lagu "I.S.A (Ikut Suka Aku" dan "Sampai Bila". Kebanyakan muzik dicompose oleh beliau sendiri manakala lirik pula diambil dari puisi2 dari penyair/sasterawan/artis tersohor seperti Pyan Habib, Hishamudin Rais (pengarah filem "Dari Jemapoh ke Menchestee") dan Abdullah Jones. Antara lagu2 yang memberi kesan di hati aku ialah Bapakku Seorang YB, Rakyat Bersatu, Membenarkan Kebodohan dan my favorite, Awasi Api Perempuan Ini (nyanyian oleh Mei Chern, kalau nak tau siapa Mei Chern ni, sila klik di sini). Jika anda seorang pejuang politik yang berhaluan kanan, anda dinasihatkan jangan mendengar lagu2 ini kerana ianya akan membuat anda naik darah! hehe.

Pasal buku beliau yang bertajuk "Sembang Tepi Jalan" pula lebih berbentuk memoir dan beberapa nukilan yang lebih kepada luahan hati beliau tentang beberapa topik seperti ketuhanan, kisah kehidupannya, hidup berkeluarga, pengaruh muzik, politik dan sosial. Seronok membaca buku ini. Two Thumbs Up for brader Meor!

Meor performing "Bapaku Seorang YB"

 Meor performing "Hari Hari Autistik"

Tuesday, June 19, 2012

Beberapa fakta menarik tentang Radiohead!

Radiohead. From Left: Phil Selway, Thom Yorke, Ed O'Brien, Jonny Greenwood, Colin Greenwood
Radiohead. Ianya bukanlah nama yang agak asing dalam persada muzik rock antarabangsa. Band alternative rock yang mula diasaskan di Oxfordshire, England ini merupakan hasil ciptaan 5 anak muda (originally formed in 1985 - sekarang diorang ni dah hampir senja) iaitu Thome Yorke (vokalis/guitar/keyboards/drums/etc), Jonny Greenwood (guitars/keyboards/synth/xylophone/drums/etc), Colin Greenwood (Bass/double bass/synth/keyboards/etc), Ed O'Brien (Guitars/backing vocals/sampler/bass/etc) dan Phil Selway (Drums/backing vocals/drum machine/guitars/etc). Bagi aku, Radiohead merupakan my childhood heroes, mana tidaknya, aku dah mula dengar muzik diorang semenjak dari darjah 6 lagi pada tahun 1993, bermula dengan single pertama dari album Pablo Honey mereka iaitu "Creep". Aku juga membesar bersama muzik mereka, sejak dari zaman pure alternative/ala2 grunge iaitu album Pablo Honey sehinggalah pada zaman elektronik/modern jazz mereka yang terkini iaitu album seperti "In Rainbows" dan "The King Of Limbs". Mungkin agak keterlaluan jika aku katakan di sini, akan tetapi Radiohead merupakan The new and improved version of Pink Floyd pada zaman sekarang, walaupun hakikatnya mereka (iaitu Thome Yorke and the gang) lebih selesa jika muzik mereka disama-tarafkan bersama sebuah lagi band eksperimental rock dari USA iaitu Talking Heads. Radiohead ditempatkan pada tangga ke 73 di majalah Rolling Stone dalam senarai "The Greatest Artist Of All Time". Berikut merupakan beberapa fakta menarik tentang band ini:

  1. Lagu "Planet Telex" (dari album OK Computer ops salah, sebenarnya ialah "The Bends") dirakam di studio di mana Thom Yorke menyanyikan lagu tersebut sambil baring dalam keadaan mabuk.
  2. Lagu "Pop Is Dead" merupakan response terhadap single yang membuatkan mereka famous internationally iaitu "Creep". Band ini sebenarnya agak bosan dan fed-up terhadap populariti lagu tersebut (Creep) sehinggalah pada 1998 semasa menjalani sesi tour untuk album OK Computer, mereka sepakat tidak akan membawakan itu lagi pada setiap show mereka.
  3. Jonny Greenwood merupakan ahli terakhir yang masuk ke dalam band ini sebenarnya beliau hanyalah berada di posisi pemain kibod. Jonny Greenwood merupakan adik kepada pemain bass Radiohead iaitu Colin Greenwood.
  4. Sebelum menukar nama kepada Radiohead, band ini pada asalnya menggunakan nama "On a Friday"
  5. Lagu "Idioteque" dari album Kid A, pada asalnya ialah sound sampling yang dibuat oleh seorang professor yang mengajar Sound Art di Princeton University.
  6. Antara beberapa artis ternama yang pernah membawa lagu "Creep" sebagai cover ialah Korn, Prince, Sodagreen (band indie dari Taiwan), Mutya Buena (ex Sugarbabes) , Macy Gray, Kelly Clarkson dan sebuah kumpulan koir dari Belgium iaitu Scala & Kolacny Brothers.
  7. Thom Yorke merupakan ketua kepada kumpulan ini. Disamping itu juga beliau pernah menghadapi (dan masih) masalah drooping eyelid (Ptosis) di mana mata kirinya tidak dapat terbuka secara normal (cuma dapat bukak sikit2 ajer) akibat otot mata yang rosak.
  8. Lagu "Creep" pada mulanya famous dan mendapat perhatian di Israel (rilisan single antarabangsa) ,setelah meriliskan lagu tersebut di UK pada tahun 1992.
  9. Nama band Radiohead diambil daripada salah sebuah lagu daripada band Talking Heads, bukan daripada lagu dari band Pixies yang juga mempunyai judul yang sama.
  10. Radiohead bijak menyembunyikan konflik dalaman yang berlaku dalam band tersebut daripada didengari oleh pihak wartawan hiburan. Pada satu sesi temuramah untuk Channel V, sebuah channel bercorak hiburan equivalent to MTV, tahun 2000 semasa proses pembikinan album Kid A, Thom Yorke memberi keterangan sekeras-kerasanya bahawa apa sahaja pertelingkahan yang berlaku di dalam band mereka, is not anybody business, otherwise he'll just leave the interview session.
  11. Terkini, dunia digemparkan dengan berita mengenai kematian seorang drumtech/road crew (Scott Johnson) Radiohead akibat kecelakaan yang menimpa beliau dan beberapa crew lain (yang cuma mengalami cedera ringan) apabila stage untuk konsert mereka di Toronto, Canada tiba-tiba roboh pada sabtu lepas. Pada website rasmi mereka, Radiohead mengumumkan sebarang tour di Canada dibatalkan serta merta bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap insiden yang berlaku, mereka juga memohon maaf dan takziah kepada keluarga Scott Johnson.
Fakta diambil dari http://www.funtrivia.com/ dan google.com

Radiohead - Live at Glastonbury 2003 (semasa era album "Hail To The Thief"), ini merupakan antara show Radiohead yang paling aku suka, my all time favorite!

Saturday, June 2, 2012

CD Review - Carburetor Dung : Inginku Rejam Raksasa Kejam

Pakej Album Terbaru Carburetor Dung : CD Album, Sticker, Patches dan A3 Size Poster

Pada bulan April yang lepas, aku telah membuat beberapa pembelian material yang berkaitan Punk Rock/Grindcore dari kenalan yang berasal dari Sabah, yang juga merupakan salah seorang organizer gig punk di Ranau. Nama beliau ialah RAY dari Shutdown Zine. Antara barangan yang aku teruja ingin memiliki ialah CD album terbaru Carburetor Dung yang berjudul Inginku Rejam Raksasa Kejam. Ini merupakan rilisan ke-3 yang secara rasminya, tanpa mengambil kira beberapa rilisan kompilasi dan Original Sountrack dari filem (Dari Jemapoh ke Manchestee).  Antara album terdahulu mereka ialah Songs For Friends (album pertama, rilis pada tahun 1993 edaran VSP) dan Allure of Manure (album kedua, rilis pada tahun 1999 edaran AGE records).

Apa yang menariknya tentang album ini ialah, ianya dijual dalam bentuk pakej yang amat menarik dan sesuai dijadikan koleksi kepada peminat muzik genre sebegini mahupun UG music scene fans secara amnya. Antara yang disertakan dalam pakej ini ialah CD Album "Inginku Rejam Raksasa Kejam" (nice title!), Sticker glossy warna merah, patches kain Carburetor Dung warna hitam bertemakan Punk Rawk! serta poster saiz A3 yang tunjuk muka kerbau! Besar wooo! haha

Album ini merangkumi 9 buah lagu semuanya, bertemakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan, berbaur isu politik dan sosial dan semestinya punk rock gaya old school yang sudah lama aku lost touch! Maafkan hamba, sudah agak lama hamba menyepi dari mendengar mana2 rilisan Punk Rock tempatan. Tapi apa2pun album Carburetor Dung ini menjanjikan kepuasan dari segi sound nya yang agak RAW akan tetapi ianya juga fully organized dalam diam, dengan bait2 liriknya yang straight forward dan IN YOUR FACE, album ini amatlah kurang sesuai jika anda berhaluan kanan (penyokong BN khususnya), jika anda dengar jugak, alamatnya habis hancur berkecai CD ini menjadi butir2 pasir akibat rasa amarah tuan setelah ianya dipijak dan dipatah2 oleh anda, iaitu penyokong BN. Aku pulak? well, i'm just here for the music! Punk Rock memang bukan rebel sebarangan, ianya bermotif dan spesifik dalam menyampaikan maklumat. 

Ada satu lagu cover yang menarik perhatian aku iaitu "Aku Mahu Jadi Anjing Mu" yang asalnya bertajuk "I Wanna Be Your Dog" dendangan Iggy And The Stooges. Layan jugak lagu ni dalam versi melayu, lirik oleh bro Joe Kidd. Antara lagu2 lain yang best dalam album ini juga seperti "Potong Nama, Tutup Buku", "Semua Sama Semua Bosan", "Aku, Buku dan AUKU" dan my favorite "Hanturaya Putrajaya" wow! mesej yang cukup pedas dalam lagu ni. Aku tak berani nak ulas panjang2. Tetapi ianya tetap PUNK ROCK!

Aku respect bro Joe Kidd dan rakan2 yang sudah lama bertahan dalam scene ini lebih dari 20 tahun! These guys pernah menempuh pelbagai rintangan dan halangan sepanjang karier mereka sebagai pemuzik punk rock. Masa aku kat KL dulu pun selalu jugak la aku lepak kat kedai bro Joe Ricecooker Shop ni Annexe Central Market (aku rasa sekarang dah berpindah kot). Oh ya, lupa nak bagitau, anda juga boleh dapatkan CD ini di laman web The Ricecooker Shop juga, sambil2 tu boleh berkenalan dengan brader2 dari band Carburetor Dung ni sekali haha...

Suatu masa dahulu, di kedai Ricecooker: aku lepak bersama Joe Kidd (kanan)
 Carburetor Dung - Hanturaya Putrajaya. Live at Dung & Dead Gig, Annex KL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...