Sunday, July 22, 2012

CD Review : Maher Zain's Forgive Me (Second Album)

Maher Zain : Forgive Me CD
Setelah kejayaan pada album pertama beliau, Maher Zain kini kembali dengan susulan kepada lagu2 berbentuk dakwahnya iaitu "Forgive Me", album kedua yang diriliskan pada 1 April 2012 yang lalu. Album kedua ini masih juga mengekalkan konsep yang sama pada album pertama iaitu "Thank You Allah" iaitu Nasyid serta beberapa sentuhan muzik RnB. Kali ini Maher Zain memberi beberapa pendekatan baru dalam lagu2 nya iaitu topik yang dinyanyikan pada sesetengah lagu lebih berbentuk universal dan sesuai didengar oleh pendengar bukan Islam seperti lagu2 berjudul "The Number One For Me" (lagu yang menjadi single pertama dari album ini, didedikasikan kepada kaum ibu), "Freedom", "Forgive Me" dan "So Soon".

Apa yang menarik perhatian aku pada album Maher Zain kali ini ialah, beliau menyampaikan 2 buah lagu berbahasa Melayu yang berjudul "Ku Milik-Mu" dan "Tuntunku Kepada-Mu", sekali dengar (jika kita tidak mengenali Maher Zain la) terasa macam betul2 orang Melayu yang nyanyikan lagu2 tu haha...nice job Maher Zain! CD yang mempunyai 14 buah lagu ini ternyata sungguh berbaloi untuk dimiliki. Penyanyi dari Sweden ini (bernaung di bawah syarikat Awakening Records -sebuah nama besar dalam industri lagu2 Nasyid Antarabangsa) ternyata mempunyai bakat yang versatile, baik dari segi pembikinan lagu2nya serta seni vokal yang dimilikinya. Dapatkan CD ini dalam bentuk original di pasaran!

Akhir kata dari saya: AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN! BULAN PENUH BERKAT UNTUK KITA SEMUA....

Maher Zain : Number One For Me (Official Video)

Maher Zain : Freedom (Official Video)

Maher Zain : So Soon (Official video)

 Maher Zain : My Little Girl (Official Lyrics Video) My favorite song from the album!

For more info about Maher Zain, please visit www.maherzain.com



2 comments:

  1. i just love his songs... memang best!

    layan drama sirinya kat mustika semperna ramadan tok...

    anyways, Selamat berpuasa Adi Herman..!

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa alsofor you sis...Maher Zain's songs antara yg paling laku dimainkan di mana2 semasa bulan Ramadhan ini hehehe

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...