Friday, August 17, 2012

Lagu Raya Alternative Rock / Indie! Not Your Average Raya Songs!

Muzik indie semestinya bukan satu genre yang asing buat aku. Aku boleh dikatakan membesar mendengar lagu2 dari band indie terdahulu seperti Stone Roses, The Smiths, Joy Division dan sebagainya. Although pada masa aku masih remaja dahulu (dekad 90an) terma "indie" amat jarang diterapkan dalam media massa ketika itu, namun muzik dari scene Britpop sentiasa menarik minat aku, still have a special place in my heart.

Sekarang kalau sebut indie, budak2 generasi new millenium akan ingat band2 seperti Hujan, Azlan & The Typewriter, Pesawat, Bittersweet, Meet Uncle Hussain dan sebagainya, which is okay for me. Evolusi itu penting bagi meneruskan legasi sesebuah genre. I respect these young bloods. Diorang pun kerja keras untuk berada di posisi mereka sekarang. Ok enough with my mengomel2 tentang muzik indie, di bawah merupakan beberapa lagu2 rayu dari band alternative rock/indie/post-grunge dari nusantara kita.

Yuna - Raya Oh Yeah (Official Music Video). Lagu dari Yuna ni agak special sebab feel jazzy dan catchy. Produced by AG CoCo (gitaris Hujan). Anyway congrats to Yuna sebab berjaya participate di festival Lollapalooza di USA pada 5 Ogos 2012

Force Vormit - Selera Raya (with lyrics). Band Indie dari Singapura ini dah lama menempa nama di dalam scene indie bawah tanah negara kita ni. Huge respect for this band!

Pesawat - Menjelang Syawal (promo video). Like this song sebab ada elemen muzik Ulek Mayang secara tidak sengaja pada bahagian awal lagu ini haha...

Butterfingers - Hari Raya Di Kuala Lumpur. Miss this band so much, things has never been the same semenjak ketiadaan Emmet (Butterfingers). 

Hujan feat. Raihan - Selamat Hari Raya Ayahanda Dan Bonda. Satu kolaborasi yang seriously mantap dari dua genre yang berbeza.

Hope you guys like all the videos!


4 comments:

  1. selamat hari raya to u too bro,maaf zahir n batin...lastly,glory2 man united!!

    ReplyDelete
  2. sikit nya... ada lagi x??

    ReplyDelete
  3. perh...bleh tahan jgk bro tahu sal music...gua pn baru je dlm bidng music nie...kalo nk add facebook gua name hell spirit...bleh kite share2 sal music...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...