Sunday, September 9, 2012

Pics Sekitar Sesi Jamming + Training Metuk Ulau Projekt (8th September 2012)

Enter Sandman with Gangnam Style!

Berikut merupakan beberapa pics yang sempat aku ambil petang tadi semasa sesi jamming + training Metuk Ulau Projekt bersempena sambutan Hari Malaysia (16 September nanti) yang akan dihadiri oleh Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi ataupun nama ringkasnya MOSTI. Sesi latihan ini diadakan di Bilik Mesyuarat (rasanya kot) di Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Bintulu di mana tempat bro Ijau D Koceng berkerja hehe.

Mister Korawk (rakan blogger & member keras) sedang tekan menekan kibod Yamaha Portable Grand DGX-230, mungkin tengah memikirkan untuk menjadi keyboardist, menggantikan Jordan Rudess dalam Dream Theater kot.
Dari Kiri: Azrul (The Shredding Machine!), Bro Ijau (El Kapitan), Barangkali Marus Kamarudin (Seruling Anak Gemala) dan Fadel Bulibahkalaukau (dari band Curse Of God) di posisi bass.
Bro Bob Iskandar dengan teknik drumming ala Oppa Gangnam Style yang sungguh menakjubkan!
En. Barangkali Marus (Sebelah kiri, didatangkan khas dari Bintulu Buskers) telah diundang khas bagi show kali ini sebagai peniup seruling manakala Bro Korawk tengah asyik menekan kibod, barangkali ingin menukar posisi menjadi pemain kibod lain kali...barangkali lah
Untuk liputan lanjut tentang sesi jamming & training ini, anda juga boleh ke blog Geng Kereta Sapu dan Ada Apa Dengan Ijau.

4 comments:

  1. Replies
    1. haha belum dengar performance Mohram lagi tu...baru dengar si Pendekar Bambu a.k.a Barangkali Marus Kamarudin

      Delete
  2. Takut nak follow blOg ktk tok mula2. Mcm bunyi nak meletup jak. Btw, fllow mine juak k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha namanya ajak meletop tp xda yg berbahaya utk kesihatanpun haha...ok klak saya follow ktk juak

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...