Monday, September 10, 2012

CD Review : Spiral Kinetic Circus "Sweetened Condensed Tunes For The Broken Hearted"

CD Spiral Kinetic Circus album yang berjudul "Sweetened Condensed Tunes For The Broken Hearted"
CD inlay yang mempunyai credits dan lirik lagu



Kumpulan Spiral Kinetic Circus merupakan di antara band2 alternative tempatan yang bergiat aktif pada dekad 90'an dahulu. Kumpulan yang ditubuhkan di Kuala Lumpur mulai aktif pada awal dekad 90'an lagu melalui siri2 gig alternative ketika itu. Pengasasnya iaitu Fathullah Luqman Yusuf yang juga merangkul tanggungjawab sebagai vokalis band grindcore tempatan iaitu Infectious Maggots (one of my favorite local grindcore band), merupakan tunggak utama pada band SKC (short form untuk Spiral Kinetic Circus la).

CD yang berjudul "Sweetened Condensed Tunes For The Broken Hearted" merupakan debut album mereka dan aku rasa the one and only album that they produced. Album ini diterbitkan oleh Independent Records dan diedarkan oleh Polygram Records Sdn Bhd (aku rasa company ni dah bungkus dah sekarang). Penerbit untuk album ialah Ajin (ex-vokalis Blackrose, sebuah band rock kapak yang cukup terkenal suatu ketika dahulu). Line-up yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Fathul (vokalis dan songwriter), Ken di posisi gitar (sekarang beliau aktif di dalam kugiran The Malayan) dan Andy selaku pemain bass (siapa tak kenal Andy! Pengasas band Flop Poppy dan juga The Malayan).

Seriously album ini amat nostalgia buat orang macam aku yang membesar sebagai remaja di era 90'an dulu. Apa yang menarik tentang album ini ialah masih tegar dalam pembawaan melodi alternative pada masa itu dan semestinya guitar oriented seolah2 mahu mengikut muzik pembawaan band2 seperti Stone Roses, Ocean Colour Scene dan sedikit elemen American Alternative Rock seperti The Wallflowers, The Lemonheads, Weezer dan RHCP. Apa yang aku kagum sekali ialah penggubahan lagu2 yang terdapat di dalam album ini yang tidak mengikut format cliche lagu2 pop masakini. Dalam sesebuah lagu2 nya mempunyai 2 atau 3 bahagian bridge dan chorus. Bassline dari Andy juga cukup menarik seperti di dalam lagu berjudul Sunflower, Dizzy dan Dragon Girl. Tak sangka Andy juga seorang pemain bass yang berbakat!

Tapi sayangnya, pada 29hb Ogos 2012 (Rabu) yang lalu, Fathullah membuat pengumuman di laman fanpage Facebook mereka yang SKC sudah dibubarkan secara rasmi. Alasannya dia dah tak larat nak stage dive, dah tua katanya haha! SKC telah banyak berjasa menaik taraf scene underground di negara kita secara tidak langsung. We all gonna miss you guys alot!

P/S: Thanks to Korawk sebab sudi jualkan CD ni kat aku haha...you're the man, bro!


Spiral Kinetic Circus (RIP 1992-2012) From left: Andy, Ken & Fathul
Spiral Kinetic Circus - Iris (Official Music Video). Lupa nak bagitau, lagu ni pernah diletakkan dalam sebuah kompilasi band2 alternative awal 90'an dulu yang bertajuk "Circle Of Friends" rilisan tahun 1993.

5 comments:

  1. Ni mmg cover asal dia eh..klu tak silap aku pernah tgk cover dia yg ada angkasawan..lg satu lagu2 dlm album ni asalnya lagu2 split demo dengan dead mushroom (klu tak silap)..anyway tahniah dpt album ni-matakucing-

    ReplyDelete
  2. rasanya cd yg ada cover angkasawan tu kompilasi atau the best of kot,sbb ada gak saya tgk kat fanpage FB diorang hari tu tp xda keterangan lanjut pasal album tu.perghh kalo la dpt carik cd split dgn Dead Mushroom tu kan best.

    ReplyDelete
  3. Bro boleh tak bagi lirik lagu Iris tu bro.. Minat btol aku dgn lagu tu

    ReplyDelete
  4. Bro boleh tak bagi lirik lagu Iris tu bro.. Minat btol aku dgn lagu tu

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...