Thursday, September 13, 2012

CD Review : The Lemonheads Sixth Album "Come On Feel The Lemonheads"

CD Come On Feel The Lemonheads (Rilisan tahun 1993)
CD inlay album tersebut yang penuh keceriaan haha
Gotta Own Up On My Own Somehow..

Baru sahaja menerima CD Come On Feel The Lemonheads dari saudara Berteromber beberapa hari lepas, hati aku dah menjadi berbunga2 sebab baru sekarang aku actually have the infamous album by the band I always admired, The Lemonheads. Bro Berteromber siap ada buat entri tu pasal trading CD ni dengan CD Motorhead kepunyaan aku sebelum ini hehe terima kasih yang tak terhingga bro. I'd die a happy man now, thanks to you bro. Hampir beberapa hari dah aku asyik pasang mp3 The Lemonheads dari album ni di dalam kereta aku on the way nak ke tempat kerja haha it really cheer up my days!

Ok berbalik kepada review untuk album ini. Rupa2nya setelah aku membuat kajian, ini merupakan album ke ENAM mereka! Aku ingatkan album It's A Shame About Ray rilisan tahun 1992 merupakan album pertama mereka, damn. Mana tidaknya, diorang ni baru nak famous samada di Amerika ataupun di UK pada awal dekad 90an dahulu pun oleh kerana single pertama dari album tersebut yang bertajuk Mrs. Robinson (sebuah lagu cover dari Simon & Garfunkel, yup it's a cover song. Not their own property though). 

Apa2pun album ini (Come On Feel The Lemonheads) memecah tradisi kepada The Lemonheads kerana melaluinya juga mereka mengecapi kejayaan secara peringkat antarabangsa melalui penjualan CD & kaset secara meluas serta tour yang agresif (diorang siap buat tour berbulan2 lamanya di Australia suatu ketika dahulu). Secara peribadinya aku mengenali dengan lebih mendalam tentang muzik band ini apabila ada satu stesen radio kerajaan berbahasa Inggeris sering memutarkan lagu2 mereka yang berjudul Dawn Can't Decide dan Into Your Arms (my all time favorite!) kalau tak silap aku antara tahun 1993 ke 1994 rasanya. Pada album ini, apa yang aku dapat simpulkan tentang muzik mereka ialah, it's a great mixture and almost immaculate blend of country, rock & roll and punk rock! Well, mungkin ada sedikit nilai grunge di beberapa tempat tapi ianya tidak ketara sangat.

Ramai yang tidak tahu bahawa lagu Into Your Arms merupakan satu lagi lagu cover. Lagu tersebut ciptaan asal oleh Robyn St Clare dari kumpulan The Hummingbirds, akan tetapi kemudiannya diletakkan lagu tersebut dalam debut album band duo beliau iaitu Love Positions (duet album bersama Nic Dalton yang juga merupakan pemain bass The Lemonheads pada ketika itu). Lupa nak bagitau, mereka berdua (Robyn dan Nic) berasal dari Australia. That's an interesting fact, right! duh...

Album ini mempunyai 15 buah track kesemuanya. Come on man, bagi die-hard fan alternative rock era 90'an macam aku ni, semua lagu dalam album ni all-killer-no-filler! Mana adil kalau kita buat perbandingan yang berbeza pada sesetengah lagu dalam album ni. Dari lagu The Great Big No hinggalah track terakhir The Jello Fund (lagu carca marba di mana Evan Dando tengah show off skill piano dia yang tak berapa best tu...diselangi dengan lagu yang berjudul "Lenny"), semuanya menarik dan catchy. Apa yang menguatkan lagi magis yang ada pada album ini ialah gandingan suara Juliana Hatfield (ex-member band trio indie 80an dahulu iaitu Blake Babies) serta Belinda Carlisle (masih ada yang ingat lagu Heaven Is A Place On Earth yang pernah famous suatu ketika dahulu? Haha dialah penyanyi untuk lagu itu) sebagai backing vocalists serta alunan instrumen Pedal Steel Guitar oleh seorang pemuzik bernama Sneaky Pete pada lagu2 seperti Being Around dan Big Gay Heart (ok lagu ini tiada kaitan langsung dengan homoseksual, malah ianya lebih mempromosikan kedamaian manusia sejagat. After all, the meaning of "gay" in old English is happy)

Damn, sudah sekian lama aku mencari CD ini, akhirnya dapat juga! Almost of the songs in this album are like the soundtracks of my life...masa aku sekolah dulu, aku cuma mampu dubbing dari kaset kawan aku sahaja. Sedih juga masa tu. Anyway, this album is still and always be legendary to me and some of my old friends! Evan Dando, we salute you! Kepada mereka yang belum membaca review aku tentang album The Lemonheads self-title previously, anda boleh klik di SINI!

P/S: Misi seterusnya...mencari CD album It's A Shame About Ray dan Car Button Cloth!

The Lemonheads - The Great Big No (Official Music Video)

 The Lemonheads - Into Your Arms (Official Video)

The Lemonheads - Being Around (Official Video - Acoustic Version)

4 comments:

  1. haha...dari terperuk kat cd rak aku...baik bagi kat orang yang betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much bro,u really cheer up my days! Haha...dah berkurun lama aku mencari cd ni

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...