Friday, October 26, 2012

Review Movie : The Message : The Story of Islam (Selamat Hari Raya Aidil Adha Buat Semua Pembaca Blog Molotov Cocktailz)

Official Movie Poster. Released in 1976
Kalau tiba Raya Korban ni, tak banyak memori yang boleh aku ingat balik la. Mungkin ada satu atau dua peristiwa contohnya masa aku masih muda remaja dulu ikut aktiviti penyembelihan kambing dan lembu untuk dikorbankan di masjid. Tapi di antara memori yang masih melekat di fikiran aku masa tima raya korban ini ialah semasa aku 1st time tengok movie "The Message : The Story of Islam" arahan Moustapha Akkad yang ditayangkan di RTM 1 masa aku masih kecik dulu (kira2 awal dekad 90'an kot). Ramai yang tak tahu bahawa pengarahnya Moustapha Akkad merupakan orang yang bertanggungjawab menghasilkan filem bersiri Halloween pada dekad 70'an dahulu. Menurut sumber dari Wikipedia, filem ini juga di-finance secara kerjasama di antara beliau dengan bekas diktator Lybia iaitu Muammar Ghadafi.

Filem ini berkisar tentang kisah hidup nabi junjungan umat Islam iaitu Nabi Muhammad S.A.W. yang diutuskan oleh Allah sebagai rasul yang terakhir serta rentetan peristiwa penting dalam penyebaran agama Islam di Mekah serta Madinah pada ketika itu. Di antara peristiwa penting yang dimaksudkan ialah penghijarahan umat Islam ke Madinah (pada asalnya digelar Yathrib), Perang Badar, Perang Uhud serta penawanan kota Mekah oleh Rasulullah SAW.

Gaya penceritaan filem ini sungguh menarik kerana jika diperhatikan, tiada satupun scene dalam movie ini menunjukkan sifat serta rupa Rasulullah mahupun suara baginda, ini adalah kerana bagi menjaga sensitiviti masyarakat Islam sedunia kerana seperti yang kebanyakan umatnya mengetahui bahawa membuat sesuatu yang menyerupai baginda adalah salah dan haram sama sekali. 

In accordance with Muslim beliefs regarding depictions of Muhammad, he was not depicted on-screen nor was his voice heard. At the beginning of the film, a statement is displayed, "The makers of this film honour the Islamic tradition which holds that the impersonation of the Prophet offends against the spirituality of his message. Therefore, the person of Mohammad will not be shown." Wikipedia

Ianya lebih kepada penceritaan dari point-of-view beberapa sahabat Rasulullah seperti Saidina Hamzah (Singa Allah dan merupakan pakcik Rasulullah), Abu Sufian serta isterinya dan Bilal Bin Rabah. Apa yang membuatkan filem ini menjadi sungguh beremosi ialah pada bahagian terakhirnya di mana Khutbah Terakhir Rasulullah dibaca oleh Narrator dan kamera difokuskan kepada para jemaah haji yang datang ke Rumah Allah iaitu Masjidil Haram. Seriously manly tears. Filem ini juga sesuai untuk tatapan penonton yang bukan Islam bagi menerangkan asal usul Islam yang sebenar, tanpa ada sifat bias ataupun yang menyimpang.

Full version of the movie in HD. Boleh sedut kat sini hehe

12 comments:

  1. Replies
    1. Haha enjoy reading bro...best cerita ni

      Delete
  2. Klasik movie ni..dulu bila puasa atau nak raya masa aku kecik2 dulu memang selalu di tayangkan kat tv..selamat hari raya aidiladha bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sama la kita berdua ni bro...filem ni dah banyak kali ditayangkan di rtm 1,filem ini juga ada dibuat versi animasi dan voice over dibuat oleh sebahagian ahli Raihan...

      Delete
  3. selamat hari raya... menarik filem nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya to u too bro...haha filem old school ni!

      Delete
    2. dah sedut dalam torrent.... Anthony Quinn macam orang Islam... teringat dai jadi Omar Mokhtar dalam filem Lion Of The Desert

      Delete
    3. Mcm menarik ajer filem Lion Of The Desert ni bro...haha nanti gua check kat youtube...

      Delete
  4. dulu aku kecik2, aku ingat ada Ustazah aku cakap, dia pergi tengok wayang, tengok filem2 dari sudut pandangan Hollywood gitu la cam Ten Commandments la apa la...
    Dia cakap tak salah tengok, tapi untuk kita nilai dan bukan percaya hollow hollow gitu la.
    Sebab tu aku suka ambik tahu hal agama lain dari kawan2 aku dan mass media, jadi aku pun lagi tahu tentang keistimewaan agama Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar kata tuan deaf angel,tapi movie ini director nya org syria yang femes di hollywood,sunni if im not mistaken.berbanding the ten commandments dgn passion of christ,yang itu memang non muslim yang buat and its also nice to see their point of view,bukan utk percaya secara total.

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...