Sunday, January 20, 2013

CD Review : Radiohead I Might Be Wrong - Live Recordings (Rilisan 2001)

Kulit album asal untuk album live Radiohead : I Might Be Wrong - Live Recordings

CD untuk album berkenaan yang aku beli melalui eBay pada bulan lepas

Ini merupakan kali kedua aku membeli CD melalui laman web eBay versi Malaysia dan masih lagi menggunakan kaedah pembayaran secara bank-in, aku masih dungu dengan cara PayPal, sedih. Harga CD ini pun agak berpatutan (kurang dari RM50, belum termasuk kos poslaju). Benda rare dan imported, takkan nak expect harga sama macam di Speedy kot hehe.

CD ini merupakan album live pertama dari Radiohead dan ianya diriliskan di pasaran UK pada 12 November 2001, manakala di USA pula pada 13 November, hari keesokannya. Lagu2 dalam album ini merangkumi beberapa persembahan live mereka sekitar konsert jelajah mereka di Eropah dan Amerika Utara. Kesemua lagu (kecuali True Love Waits diambil dari B-Side/EP 2+2=5 Com Lag) diambil dari album Kid A dan Amnesiac sahaja.

Apa yang menarik mengenai album ini ialah, ianya seumpama satu statement kepada pengkritik muzik pada ketika itu yang mengatakan bahawa 2 album Radiohead (iaitu Kid A dan Amnesiac) semasa era post-OK Computer merupakan satu cubaan eksperimental yang gagal. Mereka berjaya membuktikan bahawa tanggapan pengkritik tersebut adalah salah sama sekali. Cuba dengar pada lagu "Idioteque" yang lebih sing-a-long dan mendapat komen yang memberangsangkan oleh peminat mereka. Manakala pada lagu "Everything In Its Right Place" pula penggunaan device seperti Kaoss Pad jenama Korg telah menambahkan lagi feel ambient serta meletakkan elemen eletronik sebagai tunjang utama pada struktur lagu berkenaan.

Kepada peminat Radiohead (seperti aku), album ini harus kalian miliki kerana ianya bertindak sebagai batu loncatan kepada Radiohead untuk menghasilkan album2 yang lebih bermutu seperti Hail To The Thief (2003), In Rainbows (2007) dan yang boleh dikatakan baru jugak lah The King Of Limbs (2011).

Radiohead - Idioteque (Live In Paris 2001)

Radiohead - I Might Be Wrong (Live In Paris 2001)

Radiohead - Everything In Its Right Place (Live In Paris 2001)

Radiohead - True Love Waits (Live at Beacon Theater NY 2003)

12 comments:

  1. tahniah kerana sudah memilikinya hihihi... Paypal senang jak lah... senang dan simple...

    ReplyDelete
  2. Sejujurnya 2 album (kid a + amnesiac) tersebut terlalu berat utk dihadam..tp pabila mendengarkan ia secara live vibenye lebih terasa. Mungkin ia didesign sebegitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn pendapat lu bro. Aku dulu pun masa 1st time dgr album2 tu memang rasa agak janggal sbb sebelum ni kita terbiasa dgn sound Radiohead yg lebih rock n roll. Apabila berubah ke arah electronic, kita jadi bingung pada mulanya. Tapi lepas tgk live performance diorg, barulah kita yakin bahawa album2 to bukan dibuat sebarangan.

      Delete
  3. Lagu high n dry ada tak dalam live album ni?

    ReplyDelete
  4. Haha sori bro...lagu2 dari album lama (pablo honey,the bends & ok computer) memang x ada dlm cd ni...ianya lebih memberi penekanan kpd album2 eksperimental mereka iaitu Kid A dan Amnesiac...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..diorang main live album2 eksperimental diorang je la ya..radiohead ni aku suka album2 terawal diorang je.high n dry paling menawan..hehe

      Delete
    2. High and Dry antara lagu2 terbaik mereka di dalam album The Bends, byk lagi yg best bro seperti Just, Fake Plastic Trees, My Iron Lung, Nice Dreams... Skrg muzik mereka lebih dinamik tapi rasanya kurang expose dlm dunia muzik mainstream...

      Delete
  5. tak pandai nak komen radiohead...tak minat...tambah2 pulak bila electronic... :P

    tapi bila ebay...pakai paypal yang link ke kad kredit...bidnya memang sedap...tapi cukup bulannya yang sakit...heheh.

    ReplyDelete
  6. Ujong bulan tu la yg sengsara bro haha ada bagusnya kalo x buat apa2 internet banking utk kad kredit (cthnya connect dgn paypal atau sebagainya) sebab temptation kuat ooo nak beli brg yg kita nak tapi x la priority....hehe biasala bro, budak 90's mcm aku gemar muzik2 mcm Radiohead ni...mgkn generasi lu x faham, at least kita cuba make it as a mutual understanding between generations...hehe ckp omputeh plak dah

    ReplyDelete
  7. But im creep.. And i realise fuckin is is not a vulgarity, just an expression

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merely an expression, if you choose the correct way expressing it

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...