Wednesday, January 16, 2013

Pameran Petrosains Dinotrek 2 di Muzium Petroleum Miri, Sarawak

Sumber gambar dari laman web rasmi Petrosains Dinotrek

Peta untuk menuju ke Pameran Petrosains Dinotrek 2 @ Muzium Petroleum Miri

Seperti yang telah diperkatakan pada entri yang lepas tentang Muzium Petroleum Miri, kali ini aku nak bercerita sedikit tentang Pameran Petrosains Dinotrek 2 yang diadakan di tempat berkenaan. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama pihak Petrosains membuat pameran Dinotrek di muzium ini. Kalau tidak silap aku, kali pertama mereka buat pameran ini dalam tahun 2005 ataupun 2006, aku pun tak berapa pasti. Tapi masa kali pertama aku pergi ke pameran ini, aku masih bujang lagi, bawak parents ke sini (belum bawak wifey dengan anak lagi) dan dia punya exhibition facilities pun tidak berapa banyak.

Kalau di ibu negara, Petrosains Dinotrek ini dibuat di Suria KLCC pada tingkat paling atas, sama level dengan kedai buku Kinokuniya, tak silap aku la. Untuk kali kedua ini, pameran Petrosains Dinotrek sudah pun bermula pada 1 September 2012 dan akan berakhir 30 April 2013. Jadi kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran, jangan lepaskan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman secara interaktif bertemu dengan robot2 dinosaur (feel lebih kurang macam filem Jurassic Park jugak la, walaupun taklah grand sangat pun) dan ianya lebih sesuai jika dikongsikan bersama keluarga serta rakan taulan.

Antara robot2 dinosaur yang dipamerkan ialah Protoceratops, Spinosaurus, Stegosaurus, Velociraptors dan semestinya Tyrannosaurus Rex. Ada lagi yang lain, cuma aku dah tak ingat namanya. Di sini juga terdapat beberapa permainan interaktif yang sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya bersifat informatif serta educational. Tiket masuk untuk pelawat adalah seperti di bawah:


Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa di pameran berkenaan:

 Robot dinosaur Maiasaurus serta beberapa replika telur2 dan anak2nya

Dinosaur Triceratop dalam bentuk mekanikal

 My dear Ainul tengah bermain permainan interaktif 

Salah satu game yang syok kat sini. Tembak kepala Dinosaur!

Replika kepala T-Rex di atas siling muzium tersebut 

Robot dinosaur Stegosaurus. Siap ada tanda amaran "Please Do Not Touch" tu.

 The Bad Boy Called T-Rex

Dinosaur Apatosaurus (atau nama lainnya Brontosaurus) . Tiada kena mengena dengan lagu "Apa kono eh Jang".

 Velociraptor yang sedang bertarung dengan spesis dinosaur yang lain.

Adakah benar burung berevolusi daripada Dinosaur? Ataupun ianya semata2 teori sampah Darwinsm.

Contoh tiket untuk masuk ke pameran tersebut.

Video aksi robot dinosaur di Petrosains Dinotrek 2 @ Muzium Petroleum Miri, Sarawak

20 comments:

  1. Replies
    1. Haha boleh pergi petrosains di klcc gak bro...

      Delete
  2. ni bukan hanya budak2...bapak budak pun suka ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak budak boleh lost ingatan sekejap,tetiba jadi budak hahaha....mana tak nya,permainan interaktif kat sini memang enjoy gak la...

      Delete
  3. Dulu masa sekolah rendah, ada bercita2 nak jadi ahli Paleontologist (pakar dlm kajian dinosaur) akibat terpengaruh dgn filem Jurassic Park,tapi apakan daya...dah besar ni hanya mampu kerja dgn gomen ajer...sedih™

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa... janji minat tak hilang

      Delete
    2. haha klu btl ko jd palaeontologist pun ko ttp akan kerja dgn gov (bawah rais yatim), kecuali m'sia ada private archaeology atau ko kerja luar negara

      Delete
    3. Betul jugak kan? Haha...anyway itu cuma angan2 kosong masa jadi budak hingusan dulu...now i also have a great life, rocker bertaraf amatur....huhu sedih™

      Delete
    4. waktu aku kecik cita2 mau jd saintis (no specific field), akhirnya dpt juga kerja berkaitan sains hahaha~

      Delete
  4. T-rex menyanyi ada tak?mcm kat klcc tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha t-rex tak menyanyi kat pameran ni bro, dia cuma mengaum saja...eh betul ke mengaum?

      Delete
    2. Eh eh....sama pulak bunyi nyer hehe (jgn mare bro)

      Delete
  5. eeee Bro.. best na,...dah masok bayar murah jak..wuuuu~~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dont miss the excitement sis...ala bukan nya jauh pun Miri ya, boleh stay dkt hotel yg berdekatan...byk gik tempat best yg boleh diagak di miri nun...tempat shopping iboh padah la hahaha sendiri mau ingat haha

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...