Thursday, January 24, 2013

Kuliah Agama "Program Siri Menjejak Cinta Ilahi : Tafaqquh Fiddin" Oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Banner untuk kuliah agama yang dihadiri oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin 

Bersempena Sambutan Maulidur Rasul

Sejujurnya aku agak terlewat mengenali Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ini. Pertama kali mengetahui tentangnya ialah melalui blog Kaboi Tanduk (you are the best, bro! Klik di SINI untuk membaca entri blog berkenaan) yang menceritakan pengalaman beliau menghadiri majlis ilmu ataupun lebih dikenali dengan nama tausiah yang dikendalikan oleh tuan guru sendiri. Betapa beruntungnya saudara Zulhelmi (pemilik blog Kaboi Tanduk tadi) kerana berkesempatan menghadiri majlis ilmu seperti itu.

Pada 29 sehingga 30 Disember 2012 yang lepas, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki telah datang ke Bintulu bagi menjayakan sebuah program yang dinamakan Siri Menjejak Cinta Illahi : Tafaqquh Fiddin yang dianjurkan secara usaha sama oleh JASA ABF (sebuah persatuan kebajikan Islam dari syarikat Asean Bintulu Fertilizer), Syarikat Perniagaan Melayu Sdn Bhd, UPM Corner dan Syawal Engineering & Services Sdn Bhd. Jadual tuan guru agak padat semasa kehadiran beliau di Bintulu pada ketika itu. Pada 29 Disember (Sabtu) beliau menjayakan program Tausiah Untuk Pendakwah serta Pengajian Hadith (Umum) di Masjid Hidayah,Tanjung Kidurong mulai pukul 11 pagi hingga 4:30 petang. Aku cuma berkesempatan menghadiri Kuliah Khas di antara waktu maghrib dan isyak yang bertempat di Masjid Assyakirin,Bintulu.


Tuan guru bersama para pendakwah lain sebelum majlis bermula

Tuan guru memulakan ceramah beliau

Perasaan teruja aku semasa majlis ingin bermula sudah tidak ditahan lagi. Aku antara pendengar ceramah berkenaan yang duduk paling depan bersebelahan dengan tempat tuan guru berceramah. Permulaan ceramaah beliau dimulakan dengan bacaan doa serta zikir munajat. Tuan guru juga sempat memberikan beberapa potongan hadith serta ayat Al-Quran tentang pentingnya mengingati Allah dan bersalawat ke atas nabi junjungan kita, Muhammad SAW terutama sekali selepas mengerjakan solat. Beliau sering memberi peringatan tentang pentingnya memperbanyakkan bacaan tasbih, tahmid dan takbir pada setiap perlakuan kita dalam aktiviti harian kerananya akan menguatkan lagi keimanan kita terhadap Allah Azza Wajalla.

Intonasi suara beliau agak tertib dan tidak berseloroh

Apabila majlis dimulakan dengan bacaan zikir, suasana pada majlis ketika itu menjadi sayu kerana bacaan tersebut diiringi oleh beliau serta beberapa jemaah yang lain. Seriously aku pun manly tears. Memang benar, mukjizat pada kalam Allah di dalam Al Quran merupakan penawar yang paling mujarab pada setiap permasalahan yang berkaitan hati khususnya. Tuan guru berjaya mengajak para jemaah menyelami intipati zikir serta munajat yang dilafazkan pada ketika itu.

Antara ucapan beliau mengenai zikir:
"Tidak ada yang biasa sahaja tentang zikir. Zikir mengingat Allah adalah suatu perkara yang luar biasa. Ianya bukan diukur dengan jumlah bilangannya. Sebanyak mana kita berzikir, sebanyak mana kita bertasbih, sebanyak mana kita mengingat Allah, sebanyak mana kita beribadah, yang penting daripada segala-galanya ialah bagaimana kita menghadirkan hati (dengan mengingati Allah) baik dari mulut ataupun perasaan dengan tulus ikhlas, Allah semestinya mengasihi hambaNya yang berbuat demikian"

Di pertengahan kuliah agama juga ada beliau menerangkan tentang beberapa mukjizat yang ada pada Rasulullah. Topik ini agak menarik kerana ianya menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan di kalangan Rasul Ulul Azmi seperti yang dinyatakan dalam Al Quran. Di antaranya ialah Kisah Pohon Kayu Yang Tunduk Pada Perintah Rasulullah SAW:

"Daripada Jabir bin Abdullah RA, katanya: "Kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW sehinggalah suatu masa kami telah sampai dan singgah berhenti di sebuah lembah yang luas. Lantas Rasulullah SAW pun pergi untuk melaksanakan qada' hajatnya. Sementara aku pula telah menyusulnya dari belakang dengan membawanya sebekas air. Kemudian Rasulullah SAW melihat-lihat ke arah sekitarnya, tetapi Baginda SAW tidak menemui apa-apa pun yang membolehkannya berselindung dari pandangan manusia.

Tiba-tiba Baginda SAW terlihat dua pohon kayu berada di tepi lembah tersebut. Lantas Baginda SAW pun menuju ke arah salah satu daripada pohon kayu tersebut dan kemudian memegang salah satunya sambil bersabda kepadanya: "Kamu ikutlah perintahku dengan izin Allah". Lantas pohon tersebut pun mengikuti Baginda SAW dari belakang seperti unta yang telah dicucuk hidungnya yang mengikut haluan arah pemegang talinya, sehinggalah Baginda SAW sampai ke kedudukan pohon yang kedua" - diambil daripada buku tulisan tuan guru yang bertajuk 40 Kisah Motivasi : Mukjizat Rasululah SAW.

Di antara buku serta DVD kuliah beliau yang sempat aku beli selepas majlis itu selesai. Aku akan buat review pasal buku dan DVD berkenaan di lain masa, insyaAllah. T-shirt Aqsa Syarif juga ada dijual pada ketika itu.

Banyak lagi kisah mukjizat yang diceritakan namun aku cuma ingat beberapa perkara sahaja, sedih. Kuliah yang dijalankan selama hampir 2 jam itu ternyata masih tidak cukup bagi aku yang masih mendambakan ilmu2 akhirat sebegini. Mudah2an segala informasi tentang intipati kuliah ini tadi dapat diamalkan oleh kita semua sebagai perisai kita untuk melawan hawa nafsu yang ada dalam diri kita. InsyaAllah. Di bawah merupakan sedikit biografi tentang beliau:

Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Beliau dilahirkan pada 1 September 1960 dan berasal dari Banjarmasin, Indonesia. Kemudian beliau dan keluarganya menetap di tanah suci Mekah pada tahun 1974. Pada tahun 1983, beliau telah melanjutkan pengajian ke Universiti Al Azhar di Kaherah, Mesir pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiah. Beliau telah menubuhkan rangkaian pondok pesantren di Bogor (Indonesia), Kelantan, Kedah dan Johor. Beliau turut menghasilkan lebih dari 80 buah buku dan manuskrip.

Bacaan Qasidah bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

14 comments:

  1. Info yang betul2 menarik bro..thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam youtube banyak koleksi video ceramah beliau bro...check it out...

      Delete
  2. menghadiri majlis ilmu memang banyak faedahnya...tak kira la siapa pun ustaznya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali tuan, the message lebih penting drpd the messenger...kdg2 saya selalu alpa betapa pentingnya menuntut ilmu di masjid sekaligus beriktikaf di sana. InsyaAllah kalau diikutkan aku teringin nak belajar mengaji lagi...mudahan dipermudahkan.

      Delete
  3. Replies
    1. Sama2 bro....mudah2an kita semua dpt manfaat dr menghadiri majlis ilmu sebegini.

      Delete
  4. untungla bro dapat dengar ceramah dari nya tok... mukanya masih nampak mbiak gik... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la tek...muka ulamak mcm nya tok ada Nur tersendiri...susah mok explain tapi apa2 pun ilmu yg diperolehi masa ceramah tok, ya yg lebih berharga...

      Delete
  5. "Sebanyak mana kita berzikir, sebanyak mana kita bertasbih, sebanyak mana kita mengingat Allah, sebanyak mana kita beribadah, yang penting daripada segala-galanya ialah bagaimana kita menghadirkan hati (dengan mengingati Allah) baik dari mulut ataupun perasaan dengan tulus ikhlas, Allah semestinya mengasihi hambaNya yang berbuat demikian"

    masyaallah, satu peringatan yang sangat baik supaya amalan yang kita lakukan itu hidup dengan erti kata yang sebenar2nya kerana Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A constant reminder to me too,brother....kata2 tersebut sentiasa dijadikan amanat yg bermakna bagi aku skrg....ibadah dgn penuh khusyuk dan semata2 mengingati Allah

      Delete
  6. Wah best li jak pngisian maulidur rasul ktk. Kmk bukan nk madah pengisian ctok x bagus cuma ceramah yg dberik oleh pnceramah riya alu ke lain, skjap jk sntuh ttg Rasulullah SAW pasya apa ndak diceritanya gk ka. Bagus mmg bagus tp xbest la nk mun kita xdgr ttg Rasulullah di hari bdaynya. Apa2 pun entri tok ng best. Kmk look forward hari Jumaat tok nk g ngga nya kat IPTAR, Samarahan. Tuan guru tok mmg molah tour sgek Malaysia; beberapa hari tok mmg dgr pasal nya jk. Rasa nk ngekot ke smua tpt jk dgr ceramahnya hihi tp yala kan mcm2 jk halangan.

    Btw haha smgt kmk nulis entri ritok skali harung eh, semua segmen nak dijoin semua benda nak ditulis dalam entri. Mkrg cuti seminggu pasya kmk xpulang, xtauk nak molah apa kan jadi begaul ngn blog jak2 la dua tiga hari tok. Makseh o ktk slalu jk ngagak blog kmk bca entri, kmk tok ng xrajin kedong cuti seminggu tok bolehlah kmk slalu ngabas blog ktk =)

    p/s: Blh begeng ngn bapak kmk ktk tok ng suka lagu rock sgala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mudah bapak kitak ya sama sebaya dengan kamek kali hehe...gurau jak la...xpa kamek nang follow blog kitak juak. kdg2 ada juak info yang berguna dalam blog kitak ya, boleh jadi nasihat dan iktibar kita bersama.

      Delete
    2. =) nk try jadikan blog ya medium dakwah, insyaAllah. haha kali la juak same-aged friends ta duak kali.

      Delete
  7. natural remedy for fatty liver disease natural remedy for fatty liver disease natural remedy for fatty liver
    disease

    Here is my blog; alcoholic fatty liver disease milk thistle

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...