Monday, April 29, 2013

Bundle, Bundle & Bundle...Generasi Bundle! (My Infatuation On Second-hand T-Shirt & Other Stuff)

Sebahagian koleksi baju bundle aku

"I'm Gonna Pop Some Tags
Only Got 20 Dollars In My Pocket
I-I-I'm Hunting, Looking For A Come Up
This Is F#@king Awesome"
- Thrift Shop (feat. Wanz) by Macklemore & Ryan Lewis


Ketaksuban (erkkk...boleh ker guna perkataan ini) aku terhadap barangan second-hand atau lebih dikenali di Malaysia dengan produk "bundle" ini bermula semasa aku masih belajar ambik diploma di Semenanjung Malaysia suatu ketika dahulu. Kalau tak silap sekitar tahun 2000 - 2001. Sebelum mengenali barangan bundle, dressing aku agak trendy pada masa itu, maklumlah time tu tengah hot dengan muzik genre rapcore/nu-metal so seluar baggy, kasut Adidas Superstar, baseball cap dan baju band2 macam Korn, Deftones, Limp Bizkit dan sebagainya menjadi pilihan aku.

Akan tetapi ketika ber-dressing sebegini di Kuala Lumpur pada ketika itu banyak mengundang masalah pada aku. Aku asyik ke "pau" oleh Mat Pit (junkie) kalau berjalan di KL. Kawasan seperti area Bukit Bintang, belakang Sogo atau Pertama Complex, stesen LRT Putra Pasar Seni dan Puduraya merupakan "hot spot" kena pau pada ketika itu (sekarang dah ok sikit aku rasa sebab banyak polis meronda kat area2 ni).

Selepas kejadian yang tak best macam tu, barulah aku mula mengubah cara aku berpakaian. Aku mula meminati pakaian bundle ni masa roommate aku sama kolej dulu bawak aku pergi Chow Kit. Aku rasa ianya relevan untuk digelar "Bundle's Paradise" disebabkan sepanjang jalan tersebut memang dipenuhi dengan barangan second-hand pelbagai gred, dari baju kot, kasut suede, seluar khakis, jersi baseball/basketball, jeans dan tshirt dari pelbagai negara (kebanyakannya dari USA ataupun Jepun la).

Memang benar, kalau dah sekali terjebak ke alam "bundle enthusiast" ianya akan menjadi satu ketagihan. Bagi aku, aku lebih ke arah membeli t-shirt band rock. Pernah sekali aku terjumpa baju Metallica cover dari Black Album, siap ada tag official Metallica merchandise pada kolar nya. Tanpa berfikir panjang, aku beli saja. Harga tak payah tanya la, tapi yang pasti atas RM50 la macam tu. Aku siap buat tawar menawar dengan tauke kedai bundle tu. At last it's mine hehe...

Pada tahun 2003 selepas aku graduate, aku kembali ke tempat asal iaitu Bintulu. Pada masa ni budaya bundle dah menular ke Sarawak dan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Di Bintulu juga tidak terkecuali. Kadang2 aku akan spend masa 2 hingga 3 jam menyelongkar gerombolan tshirt lusuh dalam kedai bundle tu. Kenangan yang paling aku takkan lupa ialah apabila menjumpai tshirt band alternative/indie/post-grunge kegemaran aku iaitu Gin Blossoms, ianya sebenarnya ialah baju crew konsert mereka. Tapi bagi aku ianya dah kira rare lah sebab kalau orang tau nilai sebenarnya berapa, kau jual dalam eBay pastu letak harga kaw kaw, confirm ada jugak orang beli. Tapi aku tak la sampai ke situ haha.

Ada banyak lagi koleksi baju band rock bundle yang aku ada. Di atas cuma sebahagian. Aku rasa kalian pembaca pun ada jugak yang punyai minat seperti aku ni. Come on, admit it. Kadang2 aku pernah terjumpa orang yang lebih advance atau taksub dari aku haha siap berjam2 lamanya dia bertapa dalam kedai bundle, mencari barangan yang dia nak. Apa2pun, budaya pakaian bundle akan berada di dalam masyarakat kita sampai bila...one man's trash is another man come-up!

Thrift Shop (Feat. Wanz) - Macklemore & Ryan Lewis


18 comments:

  1. Bundle mmg fav aku jugak bro..kadang tengok nasib jugak dapat tshirt rare lebih murah dari Ebay..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul tu bro...kdg2 tengok nasib gak...kdg2 kita jumpa tshirt yg kita nak, tapi tetiba harga boleh jadi mahal pulak...

      Delete
  2. bundle rules... t shirt rm5 aje..pakai sampai jahanam

    ReplyDelete
  3. apek2 skarang dah tau main ebay...
    dorang sendiri filter barang dorang yang betul2 ada value terus masuk ebay.

    ReplyDelete
  4. setuju deaf...adik ipar kerja bundle...sekarang semua dah tapis dulu...yang cikai2 jer tinggal kat kedai...dulu yer...semua pun dia tabur ajer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo dulu diorang ingat untung cepat saja tanpa perlu buat valuation...

      Delete
  5. aku xbrapa sgt dgn baju bundle ni, wlupun kadang2 lama juga aku ronda2 sekitar "rumbingan" tamu beaufort (kalau aku balik sabah)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Dulu masa bujang, aku selalu usha baju bundle dekat satu kedai ni depan dengan city square JB

      Delete
  7. Bundle skrg harga giler.. Aku dh slow skit kumpul tshirt2 band ni.. Mana yg aku rasa band yg betul2 aku minat n reasonable price baru aku angkat..klu x sori la.. Haha tp best lyn bundle ni..puas hati klu dpt ape yg kita nk ngan harga yg very affortable

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekrang peniaga brg bundle ni tau dah menilai sesetengah barangan bundle ni,tu yg harga jadi mahal tu...tapi kalo dah jumpa mana yg kita nak, pergh memang best la

      Delete
  8. Sama minat kita tok adi..bila cerita pasal bundle tok aku teringat aku pernah nak buat satu projek tok..akan dicerita dlm entri baru aku yg masih dlm draf aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk perbincangan lanjut tentang projek bundle tok bro, sila inbox aku di fb bro hahaha aku on jak!

      Delete
  9. bro bintulu pnya bundle area mna bro?

    ReplyDelete
  10. Gua ada juai baju band bro

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...