Sunday, May 5, 2013

Beberapa Gambar Menarik Semasa Pilihanraya Umum Ke-13 Di Tempat Aku (Bintulu, Sarawak)

Aku sampai ke tempat mengundi agak lewat sebenarnya, kira2 pukul 3 petang begitu. Bangun lewat sikit hari ahad begini, buat apa nak terburu2 sangat, betul tak? Ini merupakan kali ke-3 aku mengundi, 2 kali untuk Parlimen dan sekali untuk Dewan Undangan Negeri. Suasana berkempen di Bintulu kali ini agak biasa2 sahaja, tak ada berlaku kacau bilau, tak ada buat replika kapal selam mahupun helikopter untuk mewakili mana2 parti seperti yang dibuat di semenanjung Malaysia, kali ini agak santai sahaja. Entah lah, macam tak happening saja aku rasakan. Ya, mungkin ada ceramah serta manifesto yang dibuat pada beberapa lokasi dan perang poster juga tidak ketinggalan, cuma aku rasakan akibat daripada perlawanan 2 penjuru sahaja (melibatkan BN menentang DAP) maka agak obvious siapa yang dapat menang. Malas nak cerita panjang pasal ni, jom layan pics yang aku perolehi tadi:

Kelihatan kenderaan para pengundi telah pun "menyemak" di tepi jalan raya semata2 untuk turun mengundi di sekolah tersebut.

Banner yang dipasang di luar kawasan sekolah yang menyatakan bahawa tempat ini telah dijadikan sebagai pusat mengundi (duh!) 

Seperti kebiasaannya, sekolah ini iaitu SMK Bintulu sering dijadikan sebagai Pusat Mengundi bagi kawasan P-217 (Bintulu) 

Poster yang menunjukkan kod2 kawasan penduduk yang layak mengundi di pusat mengundi ini (SMK Bintulu). Tak sangka pulak 5 Mei ni pun Mother's Day rupanya.

Khemah2 yang disediakan oleh SPR bagi memudahkan orang ramai mendapatkan no. giliran serta saluran mengundi mereka. 

Kelihatan orang ramai menunggu giliran untuk mendapatkan no. saluran masing2. Pegawai yang membuat semakan pun member2 aku jugak, rata2 penjawat awam dari jabatan lain. 

Lenguhnya berdiri lama2 semata2 nak dapatkan nombor saluran mengundi. Tapi ada member bagitau, waktu pagi tadi lagi banyak, barisan sampai keluar khemah! dahsyat...

Aku tengah terkial2 mencari mana satu bilik kelas yang dijadikan saluran mengundi 

Ni aku punya no. giliran serta saluran aku, no. 9! Sapa2 kaki no. 4D rasanya boleh kot ambik no. giliran aku tu: 5164 hahaha....(gurau jer bro!)

Di antara blok kelas yang dijadikan tempat mengundi, tali kuning SPR dijadikan sempadan bagi mengawal keadaan.

 Ada juga para pengundi yang bawa satu keluarga pergi keluar mengundi, kesian budak2 terpaksa berpanas di luar kawasan blok bangunan tu.

Setelah aku selesai mengundi, sempat juga aku ambil gambar di khemah semakan mengundi tadi. Nampaknya makin ramai yang datang untuk menjalankan tanggungjawab masing2. Tahniah! 

Sekadar gambar hiasan (bukan cadangan untuk hiasan ok) 

Barisan Nasional punya poster dan bendera

DAP punya poster dan bendera 

Dakwat hitam dicalit pada jari telunjuk tangan kiri aku sebagai tanda yang aku telah mengundi. Makin buruk la jari aku ni. Gambar The Ramones di belakang tu sekadar hiasan sahaja (Hey Ho Let's Go Voting!)

Aku undi parti mana? Mana boleh bagitau. Bak kata orang, undi anda adalah rahsia. Malam ini adalah penentuan siapa yang layak memerintah negara. Tak kisah siapa pun yang bakal memerintah, yang penting kekalkan keharmonian dan muafakat di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di negara kita ni. 

Sekian.

14 comments:

  1. Perrhhh... Laporan lengkap..teringat sekolah aku dulok marek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lengkap agik tok rus...ada beberapa details aku malas mok ulas panjang gilak haha..sikit2 jadi la

      Delete
  2. Terima kasih di atas laporan anda..lu pangkah rumah kassim baba ke bro?heheh
    "Aku suruh kau pangkah rumah kasim baba,yg kau gi pangkah rumah kecik tu kenapa?" -ali baba bujang lapok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barangkali marus yg memangkah rumah kasim baba...gua pangkah pintu jamban belakang rumah apek ajer haha

      Delete
  3. adui... lupa nak update pasal PRU 13 di PD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha come on bro, masih sempat lagi ni...boleh buat lagi entri tu

      Delete
  4. Replies
    1. Tak la meriah sangat pun bro, biasa2 saja haha

      Delete
  5. Nice report bro...

    aku tak sempat nak update blog...letih & mengantuk masih tak pulih...tapi Alhamdulilah calon aku menang DUN Puteri Wangsa...kira upset...tak sia2 kempen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat aku ni BN menang clean cut, calon DAP memang xda fight, beza undi pun jauh sgt...apa2pun kita semua dah tau keputusan dia mcm mana kan? X kesah la apa pun kontroversi yg timbul, what's done is done haha

      Delete
  6. suka tengok foto2 ni pasal undi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Deaf, kalo Singapore nanti buat election, jangan lupa ambik foto jugak ye...hehe

      Delete
  7. Laporan terkini! steadddyyyy! Apa ya tek ada khemah2? nang untung bisnes kanopi dan busines printing time election oo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamek pun rasa mcm ya juak la sis, time tok confirm byk company yg buat bunting/poster untung besar la...nei ndak, memang posters of parties everywhere la...haha it is so suffocating to see at the same time...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...