Saturday, May 4, 2013

Movie Review : Mama (Released On 18th January 2013)

Official Movie Poster

Untuk trailer movie ini, aku sudah melihatnya sejak dari pertengahan tahun lepas lagi, sama waktu aku tengok teaser trailer untuk filem Evil Dead (the remake yang katanya akan jadi lebih brutal, horrific dan lebih improved dari segi storyline). Apa yang menjadi faktor utama yang mendorong kebanyakan peminat filem horror untuk menonton filem ini ialah nama Guillermo Del Toro itu sendiri yang kali ini juga bertindak sebagai executive producer seperti filem Don't Be Afraid Of The Dark sebelum ini.

Apa yang menarik pada filem ini hanyalah nama Guillermo Del Toro itu sendiri. Ok aku boleh bagi 2 thumbs up untuk teknik CGI pada filem ini yang rasanya lebih bagus dari filem Don't Be Afraid Of The Dark. Cuma yang kurang menyengat tentang filem ini ialah storyline yang sungguh senang untuk dijangka pada bahagian akhirnya. Bagi aku ianya cukup mendukacitakan.



 Watak Mama dalam filem ini...CGI boleh tahan la

Kenapa Guillermo? Kenapa kau tak nak jadi pengarah lagi? Hanya nak jadi penerbit sahaja? Takkan sibuk dengan filem The Hobbit : An Unexpected Journey sahaja (beliau juga bertindak sebagai salah seorang penerbit dalam filem ini) ? Padahal filem arahan beliau sebelum ini (sila rujuk entri ini) semuanya hebat2 belaka dan bagi aku, teknik kombinasi CGI, animatronics serta storyline yang menarik merupakan trademark beliau yang bijak sekali.

Walaupun aku tak menyukai filem ini, tapi ianya tidaklah gagal secara keseluruhan. Lakonan Jessica Chastain sebagai punk-rocker yang keberatan menjadi penjaga kanak2 malang tersebut memang seharusnya diberi pujian. She's cool, ada imej rebel dan masa yang sama boleh membawa watak keibuan. Apa2pun kepada yang minat filem yang bercorak horror tapi boleh ditonton bersama keluarga, rasanya filem ini sesuai untuk kalian. Cheers!

Official Movie Trailer

8 comments:

  1. betul bro..storyline dia mudah di jangka,cuma pada awal permulaan cerita je aku rasa ok,elemen suspen dia.tapi bila dah masuk pertengahan cerita,alamak..potonggg..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo anda peminat movie2 Guillermo Del Toro, ending filem ni lebih kurang sama mcm El Orfanato dgn Pan's Labyrinth. Malah lebih predictable...sungguh mengecewakan sebenarnya.

      Delete
  2. Kebetulan....review filem ni tgh dlm draf...tunggu jer la nanti aku post...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa bro, buat jer review, komen masing2 hehe

      Delete
  3. Aku kurang sikit movie camtok.tapi game2 unsur cam tok layan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kurang kit main video game (sebab selalu kalah hahaha)

      Delete
  4. Kawan aku tengok then cerita kat aku storyline.
    Aku balik rumah then cerita kat love ones aku.
    So semua tak tengok tapi dah tau ending dah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghh kalau ikur cara mcm ni, memang jimat duit la, tak perlu tengok wayang haha

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...