Monday, October 28, 2013

Beberapa Gambar Menarik Sepanjang Tayangan Secara Umum Perlawan Semi Final Piala Malaysia : Sarawak lwn Pahang (26 Oktober 2013)

Kali ini diadakan sekali lagi tayangan secara umum menggunakan 3 buah skrin besar bagi perlawanan ini di lokasi yang sama iaitu Dewan Suarah Bintulu. Aku dengan anak buah aku datang awal sedikit pada masa itu, kira2 dalam pukul 8:15 begitu. Kali ini suasana tidak begitu gamat akan tetapi masih lagi happening cuma crowd tidaklah sehebat perlawanan yang lalu semasa Pahang menentang Sarawak minggu dahulu. Mungkin disebabkan banyak supporter dari Bintulu telahpun berada di Stadium Negeri, Kuching pada ketika itu. Oh lupa nak bagitau, pada waktu, sebelum itu di waktu petang pada hari yang sama, aku dan beberapa rakan pemuzik mengikui sesi Jammed Of The Beast kelolaan Tuan Besar Korawk yang juga boleh dikatakan sebagai "bachelor party" untuk beliau kerana akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi (tahniah!). Tapi itu cerita lain la, akan aku buat pada entri lain hari.

Perlawan kali ini agak mengecewakan secara keseluruhan kerana Sarawak hanya mampu menjaringi satu gol sahaja (hasil header Bobby Gonzales) dan pengakhirannya menjadi 1 sama dengan pasukan Pahang, menyebabkan Sarawak kalah pada kiraan agregat. Akan tetapi walaupun begitu pasukan Sarawak telah mencuba sehabis baik pada perlawanan kali ini, cuba nasib tidak menyebelahi pasukan home sahaja. Goalkeeper serta benteng pertahanan Pahang juga bagus. Itu aku tak nafikan. Walaupun Matias Conti sudah terkeluar pada minit terakhir perlawanan namun serangan demi serangan telah dilakukan oleh pasukan Sarawak, tetap juga dibantutkan oleh pihak lawan hasil pertahanan mereka yang bagus. Banyak percubaan dari jarak jauh dilakukan oleh pasukan Sarawak pada beberapa minit terakhir perlawanan (banyak dibuat oleh Bobby Gonzales sendiri) namun satu pun tidak mengena, seriously goalkeeper Pahang tu memang boleh tahan (maaf, aku tak ingat nama dia).

Namun, walaupun pasukan Sarawak telah tewas di tangan Pahang, ianya tidak bererti team penyokong Sarawak akan patah semangat dan berputus asa. Makin rancak lagi ada pulak aku tengok mereka ni berchanting, hampir2 boleh menyamai dengan supporters Sarawak yang berada di Stadium Negeri pada ketika itu. Syabas aku ucapkan, diharap semangat begini akan berterusan, jangan hanya bermusim sahaja. Kepada pasukan Pahang, tahniah diucapkan kerana bakal bertemu dengan pasukan Kelantan di final Piala Malaysia nanti. Jom layan gambar pulak!

Pasukan penyokong Sarawak (Bindiv) sedang rancak berchanting 

Blogger miss Ezzah Memo juga tidak ketinggalan menyaksikan perlawan tersebut hehe... 

"Siapa Sayang Sarawak Tepuk Tangan!"

Rakan2 pemuzik independent Bintulu (dari kiri: Rashid COG dan tauke 36 Studio, Mr Borhan) 

 Aksi cucuk bintang? Nice hehe...

Siap ada berjoget lagi tu

 Pogo, jangan tak pogo bang!

Brader yang jadi Capo ni memang best 

Flare sudah keluar!

 Kali ini ada 3 skrin besar yang digunakan (berbanding perlawan lepas yang hanya ada 2 skrin sahaja)



Kelihatan saudara Barangkali Marus (blogger, pengasas Buku Jalanan Bintulu, pemuzik jalanan, etc) sedang mengetuk djember beliau, selaku di antara ahli drumline pada ketika itu

 Terjumpa lagi awek2 rakan2 dari ofis aku ni...haha die-hard fans jugak mereka ni

 Aku bersama seorang wartawan jalanan (facebook) yang paling popular di Bintulu, saudara Francis Ngu (sebelah kiri).

P/S: Maaf jika kualiti gambar2 pada entri ini agak kurang memuaskan.

16 comments:

  1. Varg vikerness takda pulak?heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Varg Vikernes terkandas kat Papua New Guinea haha...padan muka dia

      Delete
  2. Nasib baik comel! Thunb up bang! Pengulasan & gamba yg kacak! Kalah entri kmk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak gilak typo dgn kesalahan tatabahasa...sedih...klak mek ator ya balit huhu

      Delete
  3. Foto2 ni ngah game ke abis game, kalau abis game , out, tapi masih meriah senyum camni, memang aku salute abis

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh game lah kot.

      Delete
    2. Sebelum game dan selepas selesai game...

      Delete
    3. Oh terlupa nak bagitau, semasa rehat separuh masa pertama pun ada jugak chanting sebegini.

      Delete
  4. Takder rezeki...cuba lagi season depan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, harap ada luck lagi season depan...tunggu liga super lagi lepas ni

      Delete
  5. kesian Adi.. sedih Adi.. haha

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Aksi Bob Marlus pun terbaik dan ngumpaiks juak hahaha...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...