Friday, October 18, 2013

CD Review : Heaven & Hell's The Devil You Know & Mexican Grindcore Mafia 3-Way-Split

2 cd ini aku beli di Kota Kinabalu pada bulan lepas, untuk tugasan seperti yang aku pernah katakan sebelum ini (sila rujuk entri INI). Kedua2 cd ini pun aku beli ketika aku menyempat untuk beli barang keluarga sekejap pada waktu tengahari sebelum kembali bertugas di waktu petangnya. Di bawah merupakan review serba ringkas tentang cd2 yang aku beli ini.

Mexican Grindcore Mafia 3-Way-Split (Ripping Organs / Nephyla / Cerebral Crusher)

CD dan inlay dalam 

Cover depan untuk cd ini

Apa yang aku suka tentang muzik grindcore ialah ianya juga sama seperti subgenre metal yang lain, melangkaui sempadan masa dan benua dan mudah diterima oleh kesemua peminat genre muzik ekstrim. Bagi aku yang kadang2 mudah berasa bosan dengan rock atau metal yang terlalu guitar-hero, mainstream rockstars dan terlalu "power metal", pendengaran aku lebih mudah menerima riff2 yang kejam, blast beat yang tidak masuk akal serta vocals berbentuk growl / squeal /scream seperti grindcore. Begitu juga dengan cd ini, ianya memberikan satu kelainan pada aku kerana seingat aku, hanya beberapa band ekstrim yang aku kenal dari Mexico, di antaranya ialah Brujeria (well technically these guys are Californians walaupun mereka ni ada kaitan dengan mexican metal scene) dan Disgorge (mexico).

Band2 yang diketengahkan dalam cd kompilasi ini sememangnya bagus2 belaka walaupun kualiti rakaman pada beberapa lagu agak kurang profesional dan rasanya perlu di mixing dengan lebih teliti lagi. But whattahell, that's what grindcore is all about, make people pissed off with the sounds it makes for music sake! Untuk band Ripping Organs, sound mereka agak clean sedikit dan straight forward grindcore yang mempunyai elemen punk yang sungguh ketara, terutama sekali pada lagu pembukaan mereka yang berjudul We Want Grindcore! Manakala band Nephyla pula menghidangkan 5 buah lagu dalam bahasa latin yang diadunkan dalam elemen crust serta mince-core ala Agathocles. Apa yang menarik tentang band Nephyla ini ialah ianya 3-piece all-girl band dan mereka sangat berbakat. Yeah, hot chicks can do the grinding too!

Seterusnya bagi band Cerebral Crusher pula, sound mereka agak teknikal dan mutu rakaman lagu2 mereka lebih bagus berbanding kedua2 band yang aku sebut sebelum ini. Cerebral Crusher ini merupakan band yang dianggotai oleh 2 orang anak muda sahaja. Walaupun begitu, lagu2 mereka memang boleh tahan bagus. Sound mereka paling hampir dengan Brujeria, Carcass (album Reek Of Putrefaction) dan Repulsion.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang rilisan ini, anda bolehlah lawati label mereka di bawah:

Ripping Organs - We Want Grindcore

Nephyla - Aphota

Heaven & Hell : The Devil You Know

Cover depan 

CD dan inlay

Baru sahaja tadi aku ada bagitau yang kadang2 aku bosan dengar muzik yang guitar-hero oriented kan? Tapi untuk Black Sabbath, eh salah...Heaven & Hell ada pengecualian. Well, ada lagi band lain yang aku suka, Heaven & Hell adalah diantaranya. Ok I admit, selera aku berubah2 mengikut mood dan keadaan. Aku rasa itu normal, kita peminat muzik, bukannya fanatik untuk beberapa subgenre rock sahaja. 

Rasanya tak banyak yang aku boleh katakan mengenai cd serta album ini, kecuali vokal mendiang Ronnie James Dio yang semestinya power habis dan all-out performance. Dimulakan dengan lagu Atom & Evil sudah cukup menunjukkan kemampuan vokal luarbiasa RJD dalam album ini. Walaupun aku juga meminati gaya vokal Ozzy Osbourne, namun aku tak berapa suka untuk membuat perbandingan. Aku suka kedua2 individu tersebut, masing2 ada gayanya sendiri. Riff2 yang dimainkan oleh Tony Iomi dalam album ini juga memang bagus, malahan aku rasa ianya lebih baik dari album 13 dari Black Sabbath. Apa2pun horns up to Heaven & Hell!

Heaven & Hell - Atom & Evil

8 comments:

  1. Heaven n hell memang best woo..gabungan rjd ngan iomi memang menjadi..
    Bro,try layan chtonic band ekstrim metal taiwan..boleh tahan gak tu pemain bass dia amoi chantek woo..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doris Yeh...amoi cantek hahaha....bassist cum model di taiwan sana...album mirrors of retribution memang gempak!

      Delete
  2. Replies
    1. Goblinz kalo x silap aku...hehe...kali ni bukan asialink

      Delete
  3. aku tak berapa suka sangat dengan grindcore...pasal pada aku ianya limited....tapi tak kisah la...lain orang lain telinganya...heheh...

    btw...RJD gi mana-mana pun memang jarang mengecewakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha xpa bro, biasala kita ni, selera lain2, ada masa sama ada masa memang totally different...anyway mcm mana dgn cd Muthas Day Out tu bro? Hehe

      Delete
  4. The devil you know aku tak minat sangat. Tapi, rjd anytime lagi best dari oazy, dan lirik content era rjd lagi best dari ozzy era, walaumgeezer butler yang tulis lirik untuk ozzy

    ReplyDelete
    Replies
    1. I knew you're gonna pick RJD than Ozzy haha...yup at some points u are right...RJD lebih ada karismatik dari Ozzy...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...