Friday, February 28, 2014

Video "Four Wheels And A Board : Skateboarding & Pennyboarding In Bintulu Part 3"


Rakaman video ini dibuat semasa outing session bersama rakan-rakan lain bertempat di Bintulu Promenade (as usual) pada 31 Januari yang lalu. Kali ini banyak aksi yang boleh dikatakan tahap kamikaze jugalah. Aku cuma mampu ambik video sahaja. Kalau nak buat trick pelik2 minta maaf la aku memang tak berani haha. Tapi biasalah adat main benda-benda meluncur ni, kalau tak jatuh memang tak sah. Video part 2 dulu tu hanya showcase kitorang cruise secara santai sahaja, kali ni agak ekstrim jugak la.

 Band Curse Of God (ehsan dari Noise Of Borneo)

Curse Of God Official Logo

Dalam video ini pula aku gunakan lagu "Curse Of God" dendangan band metal dari Bintulu iaitu Curse Of God. Oleh kerana video ini menyaksikan lagak ngeri suam-suam kuku, maka memang eloklah kiranya lagu ini dijadikan runut bunyinya (dengan izin dari pihak band juga). Oh ya, sebelum aku terlupa, jika ada di antara kalian yang berminat untuk membeli cd band Curse Of God ini silalah klik di SINI. Selamat menonton!

Four Wheels And A Board : Skateboarding & Pennyboarding In Bintulu Part 3

6 comments:

  1. hebat la...
    beb ko buat yang macam tu hari la, skateboard sambil pegang kamera...dahsyat tu kalau siap ngan jatuh2 gitu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah nanti kita try buat video skateboarding sambil pegang kamera lagi....hahaha

      Delete
  2. syiok betul la ko boleh bagi2 masa untuk aktiviti riadah macam ni...aku sekarang satu sukan pun dah tak sempat main....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang aku dah kurangkan aktiviti jamming ataupun main muzik, so ada byk masa utk riadah dan bersukan. Yang penting kena pandai bahagi masa antara family dgn bersukan la skrg ni.

      Delete
  3. Cantik tempat riadah kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan tepi pantai ni bro...memang view yang spectacular

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...