Monday, March 9, 2015

Movie Review : Chappie (2015)

Chappie (2015)

Pertama kali aku menonton trailer filem ini beberapa minggu sebelum tayangan, aku tidak berapa yakin yang ianya akan berjaya disebabkan imej robot yang agak nampak terlalu ringkas dan tidak menarik perhatian. Akan tetapi apa yang menarik aku untuk kembali menonton filem ini ialah ianya diarah oleh Neill Blomkamp, seorang pengarah muda yang berasal dari Johannesburg, South Africa yang sebelumnya pernah mengeluarkan karya-karya terbaik seperti District 9 dan Elysium. Dikhabarkan juga Neill bakal mengarah filem "Alien 5" yang menjanjikan twist dan storyline taraf senggama minda. Ya, Sigourney Weaver akan turut berlakon dalam filem itu.

Kalau dalam District 9, Neill terpaksa mempertaruhkan nama Peter Jacksen (LOTR dan The Hobbits Trilogy) sebagai penerbit dalam filem tersebut, kali ini tidak perlu lagi, hanya bersandarkan skrip yang terbaik dan di luar jangkaan. Kalau sebelum ini anda biasa dengan ungkapan "don't judge a book by it's cover" tapi dalam review ini berlainan pula, ianya sepatutnya berbunyi "don't judge a movie by it's trailer". Ternyata sangkaan aku meleset, jalan cerita filem ini sememangnya kelas pertama. Punchline yang paling banyak meninggalkan kesan di hati ialah apabila bahagian pengakhiran filem ini tidak seperti yang anda jangkakan, dan anda sengaja menyukainya bila filem ini mencelarukan pemikiran anda atau dalam kata lain "messed-up with your brain".

Satu karya yang saya rekomen untuk kalian tonton. Cuma lebih elok kalau ianya tidak ditonton oleh individu di bawah umur 15 tahun kerana ada beberapa isu sensitif yang dipersoalkan dalam filem ini yang menjurus ke arah ketuhanan. Apa-apapun ianya tetap menghiburkan, Filem mana lagi yang boleh menghasilkan watak robot gangster no. 1 kalau tidak Chappie. Rating? 4/5.



Official Movie Trailer

9 comments:

  1. thanks info nya. aku tertarik nak tgk ceta ni.

    ReplyDelete
  2. oh seriously.. mula2 aku ada baca jugak cerita ni aku ingat cerita budak2 Walt Disney gitu, then baca post kau dan tengok trailer kau tampal ni, wahhh Seriously....

    Ni cerita memang uji minda ni. Virus2 chemical warfare, nuclear warfare, perang bakteria semua dah wujud kan? Manusia dah tak boleh kawal apa dorang cipta...
    Wah really thought provoking. Harap Chappie boleh tolong manusia get cure for cancer and lots of sickness.. I mean if the computers can think until like that.

    ReplyDelete
  3. mcm robot dlm game fallout tactics: brotherhood of steel

    ReplyDelete
  4. Ooo..patut la ramai dok sebut cite robot baru..baru harini aku tau tajuk dia chappie..heheh

    ReplyDelete
  5. Hoho cerita ni bhya untuk minda cerita ni.cerita ni mengambarkan boleh melawan takdir .die ingat orochimaru ke boleh salin kulit

    ReplyDelete
  6. Hoho cerita ni bhya untuk minda cerita ni.cerita ni mengambarkan boleh melawan takdir .die ingat orochimaru ke boleh salin kulit

    ReplyDelete
  7. Hoho cerita ni bhya untuk minda cerita ni.cerita ni mengambarkan boleh melawan takdir .die ingat orochimaru ke boleh salin kulit

    ReplyDelete
  8. Hoho cerita ni bhya untuk minda cerita ni.cerita ni mengambarkan boleh melawan takdir .die ingat orochimaru ke boleh salin kulit

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...